Assalamu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Saya telah jelaskan tentang NASIONALISME dan sekarang penjelasan saya tentang 'ASABIYYAH pulak.
Terlebih dahulu saya kemuka hadis yang bersangkutan dengannya.
Hadis riwayat Abu Daud:
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada 'ASABIYYAH, dan bukan dari golongan kami orang yang berperang(berjuang) di atas dasar 'ASABIYYAH;dan bukan dari golongan kami orang yang mati di atas 'ASABIYYAH."
Sunan Abi Daud Bayrut;Dar al-Kitab al-Ilmiyyah. Hlm 451 hadis No. 5119 Riwayat Ahmad dan Ibn Majah:
Sabda Rasulullah apabila ditanya oleh seorang lelaki: Wahai Rasulullah,adakah daripada 'ASABIYYAH jika seseorang itu KASIH akan KAUMNYA? Sabda Baginda:" TIDAK,tetapi 'ASABIYYAH itu adalah seseorang yang MENOLONG KAUMNYA di atas KEZALIMAN."
Sengaja saya menaip huruf besar pada KATA-KATA KUNCI agar senang difahami dalam penjelasan saya.
Pembaca yang budiman,
Penjelasan saya tentang tafsiran NASIONALISME; pada postings saya di bahagian I topik ini, ialah SEMANGAT/EMOSI/PERASAAN. Ianya dikaitkan dengan CINTA/KASIH/SAYANG akan BANGSANYA dan NEGARANYA. Saya letakkan sebaris:
NASIONALISME ialah SEMANGAT/EMOSI/PERASAN CINTA/KASIH/SAYANG akan BANGSA dan NEGARANYA.(Untuk pengetahuan pembaca sekelian definasi ini saya kutip daripada buku penulis tempatan;yang nampak condong kepada menentang,'Nasionalis Sekular Ekstrim di Malaysia'-Ustaz Abdul Basir Alias.)
Oleh itu,'ASABIYYAH bukan NASIONALISME! Apabila ditanya kepada Nabi s.a.w.,adakah daripada 'ASABIYYAH jika seseorang itu kasih akan kaumnya dan Nabi kata:'Tidak'! Apa maknanya? Ini bermakna bahawa kasih kepada bangsa sendiri dibolehkan dan dibenarkan. Jika tidak boleh( Cinta/kasih/sayang kepada kaum atau bangsa),seperti mana yang kita semua tahu bahawa tidak boleh Nabi s.,a.w. biarkan perkara yang salah;kena diterangkan jika perkara itu salah.
Jika perkara itu boleh, maka tepat sekali definasi Nasionalisme itu; yang saya kutip,iaitu Cinta/kasih/sayang akan bangsa dan negara. Sememangnya itu benar kerana terdapat beberapa hadis yang Nabi .s.a.w melarang umatnya mencaci akan keturunan sesaorang dan ada jugak hadis yang melarang umatnya mencaci bangsa Arab. Ini benar sangat!; Assebab bangsa Arab itu,AlQur'an diturunkan; assebab bangsa Arab,Islam dapat disebarkan,assebab bangsa Arab,bangsa Melayu dapat Islam dan yang paling kritikal sekali ialah Nabi s.a.w. daripada BANGSA ARAB.
Pembaca yang budiman,
Saya nak ajak semua pembaca hafal akan makna 'ASABIYYAH yang diperjelas oleh Nabi s.a.w. iaitu 'ASABIYYAH itu adalah sesaorang yang MENOLONG KAUMNYA DI ATAS KEZALIMAN.
Untuk senang diperjelaskan bagi hadis yang lagi satu, saya taip balik dalam bentuk 1,2,3....(point form) dan setiap satu isi saya masukkan makna 'Asabiyyah. Jadi,ianya akan seperti dibawah.
1. Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada 'ASABIYYAH.
Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada SESAORANG YANG MENOLONG KAUMNYA DI ATAS KEZALIMAN.
2. Bukan dari golongan kami orang yang berperang(berjuang) di atas dasar 'ASABIYYAH.
Bukan dari golongan kami orang yang berperang(berjuang) di atas dasar SESAORANG YANG MENOLONG KAUMNYA DI ATAS KEZALIMAN.
3. Bukan dari golongan kami orang yang mati di atas dasar 'ASABIYYAH.
Bukan dari golongan kami orang yang mati di atas dasar SESAORANG YANG MENOLONG KAUMNYA DI ATAS KEZALIMAN.
Pembaca yang budiman,
Secara keseluruhan jika dilihat kepada semua orang iaitu umat Islam secara individu maka siapa yang jatuh kedalamnya,dia boleh diketogerikan sebagai 'ASABIYYAH. Lihat pada semua.
Jika dilihat pada semua kesatuan NGOs maka NGO yang jatuh kedalamnya boleh diketogerikan sebagai 'ASABIYYAH.
Bagi kesatuan POLITIK pula seperti UMNO,PAS,PKR,orang-orang Melayu dalam DAP maka PARTI yang jatuh kedalamnya boleh diketogerikan sebagai 'ASABIYYAH.
TETAPI,
Oleh sebab masalah perpecahan umat Islam adalah satu perkara yang sangat serious dan wajib ditangani oleh semua yang mengaku Islam dan beriman kepada Allah SWT dan RasulNya dan juga salah satu DO'A Rasulullah s.a.w. ditolak, jugak dek kerana berpecah-belah, setelah diselidiki dan dikaji puncanya( Sila baca postings saya yang lepas) maka PARTI PAS,PKR(lebih buruk lagi orang-orang Melayu yang didalam Parti DAP) yang menjadi PARTI TANDINGAN kepada UMNO,adalah PARTI 'ASABIYYAH. Malahan,lebih buruk lagi parti-parti tersebut kerana BERSEKONGKOL dengan parti DAP yang nyata-nyata MENENTANG ISLAM.
Kenapakah saya berkata sedemikian? Lihat pada definasi 'ASABIYYAH tadi!
Parti PAS dan PKR ini,MENYERU,BERJUANG DI ATAS DASAR MENOLONG KAUMNYA/PARTINYA di atas KEZALIMAN.
KEZALIMAN APA?
1. Tidak mengamal syariat Islam- mengambil kesempatan daripada amalan DEMOKRASI mewujudkan PARTI TANDINGAN bagi menentang PARTI ARUS PERDANA.(Apa makna parti arus perdana telah diterangkan pada postings yang lepas)
2. Memporak-perandakan umat Islam dalam banyak hal penyebab kepada umat Islam berpecah-belah.
3. Menggunakan Islam sebagai alat untuk memecah-belah umat Islam.
4. Mengamalkan cara politik maki-hamun,caci-maki,fitnah, dan provokasi.
5. Bersekongkol dengan orang-orang kafir Harbi yang sememangnya menentang Islam.
AKIBATNYA:
1. Umat Islam Berpecah-belah.
2. Kuasa yang ada pada bangsa Melayu(bangsa Muslim-bangsa berpaksikan agama) menjadi lemah.
3. Agama Islam banyak dipermainkan.
4. Image agama Islam banyak tercemar.
5. Mempersulitkan pemerintahan umat Islam serta melambatkan proses membangunkan umat Islam dek kerana pemerintah terpaksa melayan kerenah mereka.
Wassalam.
SALAM SUKU SAKAT HANG TUAH!
ReplyDeleteMANTAP BENAR ARTIKEL SAUDARA, TIDAK RAMAI BLOGGERS YANG MAHU MENGUPAS ISU NASIONALISME DAN ASSABIYAH KERANA TAKUT TERSALAH FAKTA ... DALAM HAL INI, KUPASAN ISU SAUDARA CUKUP HEBAT!
benar tuan
ReplyDeleteSalam kembali,
ReplyDeleteTerima kepada anda yang memberi komen. Saya sangat hargainya.
Saya berharap agar dapat anda sebarkan.
Terima kasih sekali lagi.
abis tu amngok parti islam?
ReplyDeleteperjuang agama?
kshkshksh lawak la pak tabligh oi
Ulasan dangkal.... Hujjah tak kukuh! Lebih kepada mengampu...
ReplyDeleteLu tak faham apa itu assabiyah, lu tak faham apa itu kezaliman, dan akhir sekali lu tak faham apa itu kafir harbi!
ReplyDeleteBuat kajian lebih sikit, jangan ikut emosi!
pas la ni dah banyak sesat
ReplyDeleteAbis tu BN mengamalkan syariat Islam ke?menyimpang jauh lagi ada...
ReplyDeleteUMNO adalah parti INDUK umat Islam wujud di atas dasar kesepakatan terawal oleh 41 kesatuan umat Islam walaupun tidak ada nama Islam pada parti itu.
ReplyDeleteParti PAS adalah penting TANDINGAN wujud di atas dasar kesepakatan terkemudian oleh individu yang berhasad dengki sesama saudara Islam.
Nama tak penting tetapi pengisian Islam itu penting.
tafsiran ASSABIYAH yang tak tepat, jadi huraian selanjut tak boleh pakai. Penulisan tidak bersifat ilmiah dan tidak selari dengan prinsip dan kesepakatan ulamak muktabar, tapi lebih mejurus kepada memahkotakan NASIONALISME. kupasan saudara amat mengelirukan.
ReplyDeleteUMNO ibarat orang buta yang nak terjatuh lubang bahaya. PAS ibarat orang celik dari jauh yang menjerit-jerit dan memaki hamun UMNO "kenapa nak jahanam masuk lubang bahaya itu!!" serta memutuskan silaturrahim sesama Islam.Pengajaran - JADILAH ORANG YANG MEMIMPIN TANGAN DENGAN KASIH SAYANG SI BUTA UNTUK TIDAK MASUK KE LUBANG BAHAYA ITU.
ReplyDeleteDah banyak kali dipimpin sibuta itu, tetapi sibuta itu tidak mahu mengenang budi. ditendang keluar sicelik..
Deletesapa la penulis blog ni, cakap tak pakai akal, main bedal sebab dendam,,,
ReplyDeleteBlogger ini berkata :
ReplyDelete"UMNO adalah parti INDUK umat Islam wujud di atas dasar kesepakatan terawal oleh 41 kesatuan umat Islam walaupun tidak ada nama Islam pada parti itu.
persoalannya semua di dalam UMNO itu adalah melayu dan adakah blogger ini tidak sedar yang setiap perhimpunan agung mereka, teriakkan keramat melayu dilaungkan (Hidup melayu). Bukankah itu asabiyah? Seperkara lagi terdapat ancaman terhadap kaum lain jika mereka mengancam melayu.. Mengapa tiada perbincangan untuk mantapkan akidah dalam setiap perhimpunan jika UMNO ini parti Islam.. seperkara lagi.. Maksud UMNO itu sendiri nampak asabiyah walaupun ada usaha nak nafikannya.. kenapa tidak ditukarkan sahaja nama itu dan buang melayu..?
selain tu blogger ini menuduh Parti PAS adalah penting TANDINGAN wujud di atas dasar kesepakatan terkemudian oleh individu yang berhasad dengki sesama saudara Islam
Apa yang definasikan hasad dengki. Adakah terdapat perbezaan pendapat boleh ditakrifkan dengan hasad dengki. Adakah dengan teguran dilakukan, boleh didefinasikan dengan hasad dengki?
Blogger ini menekankan "Nama tak penting tetapi pengisian Islam itu penting."
Selama 50 tahun ini.. apakah syariat terhadapp setiap umat islam itu ditekankan. Teruatama dalam pendidikan di sekolah? adakah diwajibkan lulus agama di setiap peringkat kepada setiap anak islam.. Adakah ditekankan (promosi) agar anak2 melayu islam masuk sekolah agama.. adakah makin berkurangan hiburan2 dilakukan di malaysia. Adakah sangat kurang atau tiada melayu Islam ada maasalah sosial, bohsia, bohjan, rempit, anak luar nikah dan sebagainya yang membuktikan UMNO menekankan Islam dalam organisai mereka. Pemimpin2 sendiri tidak menunjukkan contoh pertama, bagaimana mereka hendak implemenkan kepada rakyat dan ahli mereka?
Kenyataan isu ini amat sangat meneglirukan
boleh i share
ReplyDelete