Assalammu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Satu perkara yang ingin saya kemukakan ialah tentang BERMIMPI BERTEMU NABI. Daripada hadis riwayat Muslim seperti dibawah ini memberi pengertian sepertimana dakwaan kebanyakan mereka yang bermimpi Rasulullah s.a.w. Walaupun mereka mendakwa mengetahui sifat-sifat lahiriah Rasulullah s.a.w. daripada beberapa hadis tetapi hal sedemikian tidak cukup untuk mensabitkan bahawa yang dimimpikan itu adalah benar-benar Rasulullah s.a.w. Kenapa? MEREKA TIDAK MELIHAT DENGAN MATA KEPALA MEREKA SENDIRI BENTUK RUPA RASULULLAH S.A.W.KERANA MEREKA TIDAK HIDUP DALAM LINGKUNGAN(PERIOD) JANGKA HAYAT NABI S.A.W. Kata lainnya,MEREKA TIDAK HIDUP SEWAKTU DENGAN NABI S.A.W. ADA DAN MELIHAT SENDIRI NABI S.A.W.
Dalam pengetahuan saya, hanya Saidatina Siti Fathimah saja bermimpi melihat ayahnya Rasulullah s.a.w. Jika, para ahli keluarga dan sahabat Nabi s.a.w. bermimpi Rasulullah,itu adalah suatu dakwaan yang wajar kerana mereka hidup bersama dan benar-benar melihat Nabi s.a.w.;sepertimana yang kita semua tahu bahawa Syaithan tidak boleh menyerupai Nabi s.a.w.MEREKA DAPAT KENAL NABI S.A.W. WALAUPUN DIDALAM MIMPI KERANA MEREKA HIDUP SEWAKTU DENGAN NABI S.A.W.
Kebijaksanaan Allah SWT yang mencipta wajah manusia;tiada satu pun yang sama pada hanya keluasaan wajah manusia saja,telah mencapai bilangan beberapa billion sekarang ini.
Contoh:
Jika sesaorang bermimpi bertemu dengan ayahnya maka sudah tentu dia dapat mengenali bahawa yang dimimpikan itu adalah ayahnya kerana dia berkesempatan hidup dan bersama dengan ayahnya.Begitu jugak jika kita bermimpi bertemu dengan sahabat rapat kita,sudah tentu kita dapat mengenalinya kerana kita pernah lama bersama dengannya. Lagi,isteri,pak cik dan mak cik yang rapat dengan keluarga kita, kesemuanya dapat kita kenali.Jangankan dalam mimpi,jika disuruh bayangkan atau gambarkan wajah mereka pun kita akan dapat melakukannya.
Okey,sekarang kita cuba! Sila bayangkan rupa ayah kamu sekarang buat seketika. Adakah kamu berjaya mengingati wajahnya? Dah tentu berjaya. Kenapa? Kamu banyak bersamanya dan selalu melihatnya.
Sekarang ini pulak,cuba bayangkan datok atau nenek kamu; semasa hidupnya kamu tidak berpeluang bersama dan melihatnya. Adakah kamu berjaya mengingati wajahnya? Jika benar,bererti kamu pernah melihat fotonya yang berada di album disebaliknya jika kamu gagal,itu tandanya kamu tak pernah pun melihat wajahnya.
BAGAIMANA DENGAN WAJAH RASULULLAH S.A.W. YANG TIDAK PERNAH DILIHAT; WAJAHNYA SEMASA HIDUP ATAU FOTONYA.Memanglah benar,Allah SWT boleh melakukan apa saja untuk memperlihatkan wajah Rasulullah dalam mimpi tetapi APAKAH ASAS MENGENALNYA BAGI ORANG YANG MELIHATNYA DALAM MIMPI?
APAKAH,
1. Kamu memerlukan suatu SUARA GHAIB untuk membantu meyakinkan bahawa yang dimimpikan itu adalah Rasulullah?
2. Kamu berharap Malaikat datang dalam mimpi memberitahu?
3. Kamu berharap Rasulullah sendiri memberitahu bahawa yang dilihat itu adalah Rasulullah?
Penjelasan: Pertanyaan No. 3 itu telah berlaku, dimana seorang penuntut UIA bermimpi bertemu dengan Rasulullah dan memberi pengakuan kepadanya: " Assalamu'alaikum...Ana Rasulullah "
Nota: Jika ada Hadis Rasulullah s.a.w. memberitakan tentang SYAITAN TIDAK BOLEH MENIRU UNGGAPAN PENGAKUAN SEPERTI ITU, maka selesai masalah tentang mimpi bertemu Nabi s.a.w. Maka bolehlah,semua manusia mendakwa bertemu Nabi s.a.w. dalam mimpi apabila unggapan itu diucapkan,"Assalamu'alaikum...Ana Rasulullah"
Nik Aziz,Mursyidul Am PAS ketika menjawab cabaran Ahli UMNO Fuad Zakhasyi telah menyelitkan atau mempromosikan dalam ceramah(clip video dibawah) TARAF ATAU MERTABATnya sebagai orang yang telah bermimpi dengan Rasulullah s.a.w. Pandai pulak itu berselindung! Mula-mula dia kata tentang Abdul Hadi Awang dulu;yang telah 3 kali bermimpi dengan Nabi s.a.w.,kemudian baru disebut bahawa dia jugak telah bermimpi 1 kali bertemu dengan Nabi s.a.w. Puak yang berada dan mendengar ceramahnya itu agaknya memahami niat Nik Aziz ini bahawa siapa itu Fuad Zakhasyi berbanding dengan dia dan Hadi Awang. Dengarlah sendiri apa yang diceramahkan didalam clip video itu; tersebut satu perbandingan bahawa ORANG LAIN BERMIMPI BERJUMPA DENGAN SYAITAN, MEREKA BERMIMPI BERTEMU NABI. Orang lain semuanya mimpi buruk-buruk dan mereka semuanya mimpi baik-baik belaka!
Budak universiti Islam jugak mendakwa bermimpi dengan Nabi s.a.w. tetapi caranya berlainan sedikit dan dilihat lebih cerdik daripada Mursyidul Am PAS ni. Dia mendakwa Rasulullah s.a.w. datang memberi salam dan mengaku kepadanya,"Assalamu'alaikum.....Ana Rasulullah" Si budak universiti ini bukan saja bermimpi Rasulullah s.a.w. bahkan dia jugak bermimpi bertemu dengan 4 sahabat Nabi s.a.w yang terkemuka iaitu Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali. Yang bagusnya,kesemua sahabat Nabi s.a.w. membuat pengakuan bahawa yang dilihat dalam mimpi adalah mereka sebenar.
Dr. Haron Din jugak ada membuat pengakuan bertemu dengan Nabi dalam mimpi. Nanti saya lihat video clipnya tentang itu tetapi 25 tahun yang lalu saya pernah duduk dalam pengajiannya di masjid kampung batu,jalan Ipoh. Dia ada menceritakan tentang mimpi berada di luar khemah;didalamnya Nabi s.a.w. dan para sahabat sedang bermesyuarah. Kalau tidak silap saya,kasut Nabi dia dapat lihat, tidak pada wajahnya. Itu dulu tapi mimpi visi sekarang saya tahu dan insyaAllah akan mendengarnya nanti.
Fitnah yang terbesar sekali,pengakuan arwah Asyaari Muhammad bekas pemimpin Arqam;bukan saja BERTEMU DALAM MIMPI bahkan mendakwa BERTEMU DALAM KEADAAN JAGA.Inilah FITNAH YANG TERBESAR DI AKHIR ZAMAN.
Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah bagaimana manusia yang tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. SEMASA HIDUPNYA boleh mendakwa MENGENALI RASULULLAH S.A.W. di dalam MIMPInya!
Oleh sebab AKAL YANG WARAS tidak akan bertentangan dengan MAKNA SEBENAR HADIS yang sahih maka PERSOALAN BERMIMPI RASULULLAH S.A.W. ini diperhalusi dengan melihat dari banyak sudut termasuk faedah baik dan kesan buruk yang akan menimpa umat Islam. Salah satu daripadanya ialah fitnah akhir zaman;manusia menggunakan perkara itu bagi MENAIK TARAF DIRI SENDIRI,DIGUNAKAN UNTUK MEMPENGARUHI PARA PENGIKUT TOTOKNYA.
Para pembaca yang budiman bolehlah mendengar sendiri apa yang dikatakan oleh Nik Aziz dan jika tidak faham bahasa yang digunakan,,bolehlah baca terjemahannya seperti dibawah yang dipetik daripada sahabat blogger.
Hadis riwayat Muslim.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Siapa yang melihat aku dalam mimpi maka sebenarnya itulah romanku(wajahku) kerana Syaithan tidak dapat menyamar rupaku.
Hok buat ucapan di Kuala Lumpur nu bukan sebarang orang. Orang yang berkelulusan. Nok royat ari ni satu benda; Ustaz Hj Hadi ni dio royat ke ambo dia jupe ngan Nabi, tiga kali. Mimpi jupo Nabi tigo kali doh. Orang lain duk jupo syaitan dalam tidur. tindih di hantu.. Dio jupo ngan Nabi tiga kali, dan di akhir sekali –hok dio mimpi akhir sekali- dia sebut, Nabi sebut ke dio ‘siiru ‘ala barakatillah’. Nabi mitok Ustaz Hadi bergerak atas berkat Allah Taala. Ambo mimpi sekali je jupo dengan Rasulullah, dio tiga kali. Jangan main-main. Dio orang mengaji di Madinah, pah buat di Kaherah. Orang ni buatnya ilmu…..”
Nik Aziz dan kita umat Islam semua kena ingat, hebat dan tinggi manapun ilmu agama seseorang, syaitan dan iblis masih mampu perdaya dan tewaskan mereka. Jika tidak dgn cara yang jelas jahat, iblis syaitan gunakan cara halus dengan sesuatu yang berselindung dibalik kebaikan dan atas nama agama.
ReplyDeletejadi jangan sangga mrk yang belajar tinggi2 tidak dapat ditipu oleh syaitan dan tidak terpesong dari ajaran Islam sebenar.
Apa yang pasti, syaitan iblis cuma tidak dapat satu jenis golongan manusia sahaja.
ORANG YANG BENAR-BENAR IKHLAS!
keliru... xpaham
ReplyDeleteKenyataan yg jelas bertentangan dgn Hadis
ReplyDelete"Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah bagaimana manusia yang tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. SEMASA HIDUPNYA boleh mendakwa MENGENALI RASULULLAH S.A.W. di dalam MIMPInya!"
- Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Siapa yang melihat aku dalam mimpi maka sebenarnya itulah romanku(wajahku) kerana Syaithan tidak dapat menyamar rupaku.
# sebenarnya penulis keliru...xpaham
mimpi nabi Muhammad mmg benar. sume org blh mimpi nabi Muhammad jika martabat nya di sisi Allah di naik kan seperti wali. setan tidak dpt menyerupai Muhammad apatah lg mengaku sebagai Muhammad. nabi Muhammad ialah maksum. terpelihara.
ReplyDeletepesanan untuk blogger,cuba zikir lailahailallah 10000 dan selawat ke atas nabi 1000 sehari. baru ko akn tau mimpi nabi Muhammad tu benar atau tidak. br ko tau nik aziz tipu atau tidak. jgn ckp byk. pg buat.
ye setuju bebeno tu...jangan pandai cakap ikut logik akal je...pergi ler mengaji lg...banyakkan zikir..selawat tiap2 hari...ikut sunnah Nabi SAW..baru kau tau nik aziz tu tipu ke idak...paham?dan satu lagi jangan lupa solat taubat.
ReplyDeleteSaya pun masih tertanya-tanya jugak, padahal diri ini tidaklah kuat imannya, kdg2 subuh pun terbabas. Tapi entah kenapa, semalam, telah bermimpi tentang Rasullullah.
ReplyDeleteHanya dapat melihat wajah sipi2nya sahaja, Baginda tidak tua dan juga tidak muda mungkin dalam lingkungan 30an....dalam rombongan tu, ada suara-suara yang menyatakan, sila beri laluan pada Nabi. Rupanya Nabi datang menziarahi wajah-wajah yang mati syahid..keadaan semacam di bumi Palestin.....
Penulis sebenarnya tidak Faham
ReplyDeleteSesiapa sahaja Bolih bermimpi Bertemu Dengan kekasih Allah ini..Sesiapa yg dikhendaki Allah..Bruntunglah mereka ini..Tidakkah penulis tringin untuk Bertemu Rasulullah saw..Penulis tidak pernah melihat neraka bagaimana penulis takut akan neraka...Bgitulah..walaupun tidak pernah melihat Rasulullah saw..ia akan hadir kepada mereka yg benar2 menyintai Rasulullah mudahmudahan kita akan bertemu dgn Rasulullah di dalam mimpi yg indah sebelum kita bertemu di padang mashal nanti
DeleteWah...wah.. siapa saje boleh bermimpi bertemu Rasulullah ke? Murah ke muka Rasulullah tu sesiapa saje boleh bermimpi dia.
DeleteHai Encik Rusli, jika bermimpi Rasulullah semurah itu maka selesai le masalah agama. Para sahabat Nabi le yang paling layak untuk dapat bermimpi bertemu dengan Rasaulullah apabila sesuatu permasalahan agama timbul dikalangan mereka.
Cubaa...citer.....cuba citer....selain daripada Siti Fatimah,siapakah antara para sahabat yang bermimpi bertemu dengan Rasulullah berdasarkan sirah Nabi s.a.w.
Cubaaa...citer...
Abu Jahal pun jumpa nabi bukan setakat mimpi.. tapi lihatlah kesudahannya yang terhina sebab sombong tak nak terima kebenaran yang nabi sampaikan..pokoknya bukan jumpa nabi tapi terima atau tak ajaran nabi tu..tak boleh tipu macam munafik sebab Allah maha tahu segalanya
Deletesedangkan orang bukan Islam pun ramai yg bermimpi jumpa Rsulullah (kemudian mereka terus masuk Islam setelah mendapat bukti kebenaran Islam), ni kan pulak ulama2 kita.. mimpi ni bukanlah satu privilege yang sangat jarang.. mohon penulis artikel ni cepat2 bertaubat dan banyakkan menelaah ilmu Islam.. honestly artikel ni bunyinya sangat dangkal..
ReplyDeleteLama dah bertaubat,terus-terusan hingga sekarang serta terus berdahwah kepada manusia yang musyrik. Itulah matlamat hidup.
DeleteKamu boleh lelonglah agama anutan kamu tu!
betul betul dangkal gaya penulisan penulis
DeleteAssalamualaika wahai Tabligh,
Deletelepas kamu dah taubat yang sebenar,
baru kamu boleh da'wah kepada seluruh umat manusia,
bukan kepada manusia yang musyrik sahaja,
kasi betul matlamat hidup kamu tu,
aku rasa kamu tak taubat sungguh sungguh,
sebab tu kamu `dahwah' kepada manusia yang musyrik je.
p/s (DAHWAH tu amende Tabligh?)
untuk penulis, selidiki dulu susur galur atau asal usul nik aziz, kemungkinan nik aziz tergolong dalam keturunan ahlul bayt,
ReplyDeletemelihat kepada peribadi nik aziz tidak mustahil beliau berjumpa RASULULLAH
Betul le kata kamu tu ayeeee! Itu sebabnya Ikon kamu,Nik Aziz tu semacam yakin aje bahawa Muhammad itu macam mamat...mamat biasa aje. Orang kampung..situ ada muhammad,ada mat.....orang Melayu Kelantan panggil Mat..serupa ajo...
DeleteApakah ini yang kamu katakan bermungkinan tergolong dalam keturunan ahlul bayt?
Jika kamu nak tau,Ikon kamu tu telah melakukan perbuatan MENGHINA NABI. Menyokong dia bererti BERLAKU ZALIM. Jika menyokong orang yang berlaku zalim,ITULAH NAMA ASSABIYAH.
Macam mana nak bermimpi dengan Nabi,kenal pun tidak, mentelah lagi hidup pada zamannya dan paling celaka sekali sanggup menghina terhadapnya!
jgn lah guna mencemar nama tabligh kalu nak keluarkan pendapat dan akal sendiri..tabligh ni adalah sifat Rasulullah..rasulullah tak pernah hina atau merendahkan orang lain. kalau mereka mengadu mimpi nabi terpulang la kepada tuan2 nak poercayai atau tidak, dan serah kepada ALLAH akan kebenarannya, jika benar beliau mimpi Nabi itu adalah rahmat Allah, kita yang belum mimpi Nabi ni jagalah amal, taat lah segala perintah ALLAH dan ikut sunnah Nabi, jika tak mimpi jumpa Nabi atas dunia ni pun tak apa...yang penting kita mahu keredaan Allah..tak payah lah kita tengok kelemahan orang lain, cuba lah kita lihat kelemahan diri kita dan memperbaiki diri kita dari masa ke semasa...
Deletehang percaya ka hang tuah ada?.. hang pernah mimpi .. hehehehe
ReplyDeletehang kenai ka hang tuah... hehehe
Mamat Oii....bukan setekad Hang Tuah,Nabi Muhammad s.a.w. pun saya kenal!
DeleteHaaa.....haaa....
Kau kata tak pernah mimpi jumpa Nabi Muhammad tetapi mcm mana kau kata kau kenal nabi Muhammad.. pelik kau. Jangan nak bohong lah hoi..
Deletetak kenal maka tak cinta....dah kenal Nabi maka marilah kita sama sama ikuti ajarannya yang benar itu untuk sejahtera dunia dan akhirat ...mudah mudahan kita diberkati Allah didunia dan akhirat ..
DeleteHang Tuah hanyalah mcm mamat biasa yang duduk kat kampung saja.. Pahlawan sebenar yang paling agung adalah seorang sahabat Nabi iaitu KHALID BIN WALID. Jika Khalid bin Walid beradu kekuatan dengan hang tuah, dah tentu Khalid dapat membunuh hang tuah. Setakat Hang Tuah, aku pun boleh bunuh dia.
ReplyDelete...boleh bunuh hang tuah....
DeleteBudak2 hingusan
Tabligh..kamu ni sudah tersasar..ingatlah janji Allah S.W.T tu pasti..adakah kamu tidak PASTI dengan janji Allah?..wallahuaklam..
ReplyDeleteapo bondo ee ni tak habis2 cerito yg menunjuk riak, sebenar ee mimpi jumpo nabi tu memang ado tapi yg mimpi tak akan cerito pado orang sbb dio dipilh nabi sendiri & nabi pasti tahu orang yg mimpi tak akan cerito dgn siapo2 melainkan yg benar2 dia percaya dan sama2 menyimpan rahsia. kalau dah di hebah pada khalayak tak lebih hanyalah nak menunjuk2. Jadi siapo saja yg mengaku mimpi jumpa nabi tu adalah palsu belaka. Nokta.
ReplyDeleteSaudara, Pernah tak saudara mimpi nampak orang yang saudara tak kenal. Rata-rata kita ada mimpi jumpa orang tak kenal. So x Mustahillah kalau Allag boleh bg kita mimpi jumpa Nabi Muhammad s.a.w Wallahua'lam.
ReplyDeleteKesiannya...sangat kesian..
ReplyDeletesubhanallah, apela yg dok sibuk sgt, baik mengaji lagi elok,pandang dulu diri saudara kat cermin,baru buat cerita cerita mcm nie. nie la nama dia bangang bn bahlol.
ReplyDeletePelik lah tabligh
ReplyDeleteSultan Melaka mimpi bertemu Nabi sebelum kedatangan Islam ke Melaka. Buktinya kalamnya telah dikhatankan setelah bangun dari tidur.
ReplyDeletesama macam simerah silu diacheh sana... mimpi jumpa nabi lepas tu datang pendakwah cucu cicit nabi dari Arab membawa islam kepadanya...belum diajar mengucap dah tau sebab diajar dlm mimpi oleh nabi serta dah pandai baca Alquran ..begitulah ceritanya
DeleteItu bukan tabligh tp macai la
ReplyDeleteAssalamualiakum,
Deletesaya ada cadangan untuk penulis,
cuba tukar nama pena anda kepada Fittan,
lebih sesuai nama itu dengan gaya penulisan penulis,
mohon cadangan saya dipertimbangkan sebaik mungkin.
Sekian terima kasih.
Artikel yang dikeluarkan adalah serabut dan penulis menggunakan nama "Tabligh" sedangkan perkataannya dan lagak bahasa bukan seperti tabligh..
ReplyDeletemimpi jumpa Rasullulah SAW adalah harus sebab mimpi adalah salah satu cara Allah memberi ilham kepada kita, jangan lah dipersendakan Nik Aziz tu, kalau dia silap maka tegurlah dengan berhemah barulah dinamakan persaudaraan sesama islam....
Deletetidak mustahil boleh mimpi rasulullah bagi orang yang dekat denagn Allah, amal segala perintah Allah, hadapan kehendak Allah, amal segala sunnah rasulullah, jaga mata daripada melihat perkara yang ditegah oleh Allah, jaga hati supaya sentiasa bersih dari segala kekotoran spt sangka buruk, cinta dunia, cinta harta, takhta & wanita, dll..jangan kita cuba menafikan perkara mimpi nabi ni..orang macam kita yang hari2 kutuk orang sana sini, tengok FB, gambar2 tak tutup aurat, tak jaga perintah Allah dan Sunnah Rasul maka agak mustahil nak mimpi nabi...wallahuaklam.
ReplyDeletekalau di kaji sirah nabi maka kenal lah kita bahwa nabi tu adalah pesuruh Allah membawa kebenaran dan pertunjuk dalam hidup melalui agama islam...apa nak dihairankan bila mimpi jumpa nabi sebab Allah maha kuasa untuk berbuat sesuatu menurut kehendakNya
Deleteastaghfirullahalazim...saya yang tak kuat iman ni pun amat menyintai Rasulullah saw. Sy ingin bertemu dengannya. jgn lah saudara tabligh jauh tersasar. beristighfar byk2. Kita pernah tak tengok Allah swt? kita tak pernah tengok kan? tp mengapa kita mengamalkan segala suruhannya? begitu juga Rasulullah. Kita juga tak pernah tengok Baginda...tetapi Baginda adalah pesuruh Allah utk menyampaikan dakwah Islamiah. Sebab itu kita kena berbalik pada Rukun Iman. Rujuk Rukun Iman dan hayati sepenuhnya.
ReplyDeletepenulis ni memang bodoh sombong. pegi belajar lg. jgn ingat kau tu betul. untung bg yg pernah bermimpi dengan Rasulullah. sesungguhnya syaitan tidak akan boleh sesekali menyerupai baginda. inilah org syariat. selamilah lautan tasawuf baru leh faham...
ReplyDeletejangan buat pandai kalau ilmu masih cetek...dan satu lagi haram memusuhi serta memperburukkan ulama
ReplyDeletebetul tu Liyana Jamaluddin,
Deletekepada tabligh banyakkan bertaubat,
kalau dah rase diri tu dah banyak bertaubat,
taubat lagi,lagi,lagi dan lagi,
kamu nie aku tengok dah lain macam dah,
dah tak serupa macam TABLIGH (Menyampaikan),
dah macam nak memburukkan orang pulak aku tengok,
kalau camtu kamu tukar je nama pena tu,
jangan pakai nama tabligh lagi.
Allah bersama org org yg benar..
ReplyDeletetabligh tpi penyampaian rosak subhanallah taubat le kamu wahai si tabligh sesungguhnye cre penyampaian kamu jauh terserong. jumpe dgn nabi allah itu sesungguhnye hak allah jika kamu wahai si tabligh mempertikaikan pemberian allah berjumpa dgn kekasihnye rasullah maka kamu seperti kaum bani israil yg selalu persendakan allah sehibgga di laknat hingga ari kiamat.taubat le sblm terlambt
ReplyDeleteSaya pernah bermimpi berjumpa dengan rasulullah sebanyak 2 kali. Saya adalah orang tabligh. Saya berharap tabligh di atas tu bertaubat. Pertama saya bermimpi berhadapan dengan Rasulullah dan kali yang kedua saya bermimpi rasulullah sedang duduk dengan para sahabat yang lain pada waktu yang agak gelap di luar masjid.
ReplyDeleteSubhanallah.. beruntungnya anda... sgt2 beruntung.... Subhanallah...
DeleteOrg melayu memang pelik..mimpi nabi pun jadi berbalah. Itu sebab Allah hina kerana sifat buruk dlm hati...
ReplyDeleteOrg melayu memang pelik..mimpi nabi pun jadi berbalah. Itu sebab Allah hina kerana sifat buruk dlm hati...
ReplyDeleteinilah yang berlaku diakhir zaman..
ReplyDeleteUlama dipinggirkan....
Pegang saja pd sifat ALLAH swt KUN FAYAKUN. Itu lbih slmt & diredhai Allah. Mngpa tidak kita ambil perkongsia pnglaman Tok Guru Nik Aziz secara positif. Motivasi diri utk memperbaiki amalan kita. Ramai juga ulama tersohor prnah saya baca bermimpi Rasulullah s.a.w. Jgn sampai kita terbelit dgn sifat ujub bila mngata org lain riya'.
ReplyDeleteNik ajis syiah
ReplyDeleteSbnrnye alur keturunan nik aziz dari india..
ReplyDeleteIni bukan orng Tabligh/da'wah yg tulis ni.tak macam orng dawah ni.
ReplyDeleteowh.. hbs tu, nik aziz yg meroyan n keluarkan segala mcm fatwa sesat tu org tabligh/ dakwah ke? dakwah apanya, aku nampak dakwah pakai jubor ada la.bak kata org kelantan, 'kecek kot jubor'
Deleteaku nengok wajah rasullullah takdok janggot pong. duk lepak isap rokok dgn aku.....dier tak pakai jubah pong, bajunye paras peha je, main bola sepak semalam dengan aku. hehehe
ReplyDeleteKo ni kafir ke? Buat main-main tentang Rasulullah. Allah Taala dalam al-Quran sentiasa refer kepada nabi dengan kata-kata baik. Ko yang hina ni boleh buat gurau tentang nabi.
Deletewoii kapiaq hang dok memain pa egat adek bradek hang ka dok jd kapiaq apa bodo.... sampi pasai nabi pon boleh dok bt main ishh laaa mak hang didik jd gu mna ha smpi bodo langsng.... ��
Deletemohon blogger jgn sekadar menggunakan logik akal kalau berbahas mengenai agama..sebab dlm pnulisan kt atas tu, blogger byk mnggunakan pndapat sendiri,wlaupun ade letak hadis..mohon rujuk dlu dgn guru agama atau ustaz sebelum memberikan pendapat mngenai perkara sperti ini..sesungguhnya ilmu Allah tu Mala Luas..langsung x trcapai oleh logik akal..mohon berguru dahulu sblum buat penulisan2 mcm ni..
ReplyDeletep/s: sy rs ilmu sy sgt2 ckit berbanding tuan blogger,tp xde la smpai menolak kmungkinan mimpi jumpa Rasulullah..tu anugerah dr Allah..moga dibukakan hati untuk lbih mngkaji hal ni..nnt dh kaji ckup2,share lg ok..:)
sebenarnya penulis ini tidak ikhlas dalam menyatakan idea ataupun sengaja mengeruhkan keadaan. hakikatnya jelas dinyatakan dalam hadis itu mengatakan bahawa apabila seseorang itu bermimpi rasulullah bermakna dia telah melihat baginda, tak kiralah nabi sendiri yang menyatakan dirinya ataupun orang yang bermimpi mengatakan itu nabi.
ReplyDeletesaya sarankan agar penulis faham benar2 maksud hadis dan minta penjelasan daripada ustaz2 yg bertauliah, insyaAllah mendapat penjelasan yang jernih. kerana kalau kita asyik prasangka dan putar-belit maknya ibadat solat yang kita lakukan itu sia-sia saja.
kepada tuan blogger:- kau sendiri tak penah lihat rasul'h, tak tahu rasul'h bagaimana wajahnya, dah pandai2 nak mengata orang yang dah jumpa rasul'h. pe'el syaiton mana kau bawa nie.
ReplyDeletesapa blogger ni ye? karkun btul ke atau guna nama saja?
ReplyDeleteTulis blog guna otak.. Otak letak d tmpt yg btul. Jgan letak d lutut.. Guna otak.. Jangan nak main cakap je ikut ska bapak mak engkau..
ReplyDeletePenulis ada idea dan pemikiran yg tajam.Bagus cara berfikir mcmni..kalau penulis menulis satu artikel ttg bnde mcm ni lagi..sy cdg..pnulis khatam kitab syamail muhammadiyah dlm bahasa arab dahulu dan dtg bertanya pada ulama di atas.Lebih adil dan para pembaca pun puas hati.
ReplyDelete-pelajar universiti al azhar-
Sila baca postings saya yang terbaru agar dapat sedikit penjelasan.
DeleteIdea yg bagus... syaitan memng x blh menyerupai rasulullah.. Tp syaitan blh mnyerupai orng lain.. Bgimana klu syaitan mnyerupai muka saya n mengaku rasulullah dlm mimpi kalian.. Buknkah ini blh brlaku? Maknanya sgt mudh kita kene tipu dgn syaitan.... apa kata dikumpulkn org2 y mimpi jumpa rasulullah tu n suruh mereka cerita semula rupa y mereka lihat...:
ReplyDeleteSyaitan tidak boleh meniru/menyerupai Rasulullah S.A.W, hanya yang ada sesetengah umat Nabi Muhammad yang masih ragu ragu dengan Nas2 dan Hadis yang terdapat di dalam Al-Quran.
DeleteDari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Siapa yang melihat aku dalam mimpi maka sebenarnya itulah romanku(wajahku) kerana Syaithan tidak dapat menyamar rupaku.
as salam,
ReplyDeletehadis yg sahih tetap laa hadis yg sahih...xperlu laa dipertikaikan...yg boleh dipertikaikan adalah mereka yg mendakwa berjumpa baginda rasulullah...ulama telah pon bersetuju penggunaan hujah mimpi adalah TIDAK BOLEH digunakan walaupon mimpi berjumpa rasulullah...bagi aku kalau betol pon ada mereka yg berjumpa rasulullah itu adalah rahmat baginya dan utk dirinya seorang...bukanlah utk diriakkan kepada org lain...sudah byk hadis2 sahih yg diriwayatkan...kita tidak perlu hadis mimpi tambahan utk umat manusia...bagi aku mereka yg mggunakan mimpi utk berhujah adalah mereka yg jahil....
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Siapa yang melihat aku dalam mimpi maka sebenarnya itulah romanku(wajahku) kerana Syaithan tidak dapat menyamar rupaku.
ReplyDeleteaku mmg x boleh pertikaikan hadith tersebut. ianya mmg wujud dan tiada sesiapa pun yg berhak menafikan atau memadamkan hadith tersebut. masalahnya, dlm dunia ni, ada berbillion- billion manusia n mustahil kita kenal semua org dlm dunia ni. jd, x mustahil klu syaitan menyamar sebagai sesiapa sahaja dlm dunia ni yg kita x kenal, dan mengaku bahawa dia adalah Nabi Muhammad SAW. pd pendapat sy, tiada jaminan bahawa sekiranya kita bertemu dgn baginda, itu adalah benar2 baginda. bukan syaitan yg menyamar sbg sesiapa sahaja tetapi mengaku sbg baginda. bukankah syaitan juga telah berjanji utk menyesatkan cucu cicit adam? mungkin itu adalah salah satu permainan syaitan utk menyesatkan umat manusia..
DeleteBlogger syaitan
ReplyDeleteRamainya penjilat tegar nik ajis aka macai sheikh KETUM anu war berahi al juburi
ReplyDeletehmmmm,,
DeleteDia ni jual nama tabligh...blogger fasiq
ReplyDeletemcm mana pulak klu syaitan menyamar menjadi sesiapa sahaja yg kita x kenal, lps tu, mengaku bahawa dia itu adalah Nabi Muhammad SAW? apakah jaminan bahawa, sekiranya kita bermimpi berjumpa baginda, itu adalah benar2 baginda? bukan syaitan yg menyerupai sesiapa sahaja yg kita tidak kenal?
ReplyDeletePertanyaan anda yang pertama itulah yang banyak dialami oleh mereka yang mendakwa bermimpi Nabi s.a.w. sahinggakan orang yang tak sempurna solat lima waktunya jugak mendakwanya. Bukan sekali tetapi beberapa kali. Sekarang ini,orang yang mendakwa itu bersekedudukan dengan seorang wanita. Pertanyaan yang kedua: Tiada jaminan kerana kita tidak pernah melihat Nabi s.a.w. dalam keadaan jaga ia-itu kita tidak hidup sezaman dengan Baginda. Sejarah tiada tercatit bahawa para sahabat bermimpi Nabi s.a.w. kecuali Saidatina Siti Fatimah. Dr. Zakir Naik didalam video ceramahnya jugak tidak bermimpi Nabi s.a.w. apabila ditanya oleh penonton.
Deletesaya harap perbincangan ini tamat disini sahaja. saya bimbing kita secara tidak sedar telah menghina,mencerca, memperlekeh dan memperkata sesuatu yang tak sepatutnya terhadap RASULULLAH yang kita rindui.
ReplyDeleteSaya bimbang kita akan berdosa sesama kita dan berdosa terhadap RASULULLAH. Tambahan pula , kita akan jatuh kafir jika menghina,mengcerca, memperlekeh dan ,menjatuh maruah Rasulullah SAW. Semuga pandamgam saya daif ini tidak bertentangan dengan syariah . HARAF MAAF. sekian.
syaiton tdk dpt menyerupai setiap inci rasulullah saw termasuk ucapan. Itulah makna yg dimaksudkan tdk blh menyerupai romanku.(wajah dlm bhs arab blh membawa erti keseluruhan peribadi zahir & batin). Natijahnya syaiton tdk blh menyamar rasulullah saw dari segala bentuk aspek. Justeru itu rasulullah telah bersabda sedemikian krn baginda tahu umatnya yg jauh dari zamannya akn mempertikaikn hal ini. Jadi tersuratnya hadith ini membawa makna hakikat kebenaran rasulullah didalam makna yg tersirat terhadap pertemuan dgn baginda didlm mimpi. Hikmahnya telah terjawab didalam Al Qur 'an. (syaaban el-fakir)
ReplyDeleteBercakap dgn org jahil mmg penuh dgn alasan..biarkan.blogger perlu banyak belajar lagi..bukan dgn logik.. ilmu Allah tak terjangkau dek aqal kita..banyakkan belajar dari guru yang betul ya..
ReplyDeleteapakah yang kamu tulis ini sedara.. jika Allah mengkehendaki seorang hambanya dapat bemimpi Rasulullah, itu boleh terjadi, walaupun tak pernah dilihatnya.. Hanya orang yang mengamalkan sunah dan cinta Rasulullah saja dapat bermimpikan baginda. Bukan kaki fitnah, kaki adu domba, atau suka membuka aib orang.
ReplyDeleteKawan aku mimpi org umno banyak masuk neraka. Betul ka mimpi tu....aku tanya seorg ust dia jwb mungkin betul sbb perangai org umno byk kearah neraka.
ReplyDeleteSALAM
DeleteSalam atas Muhd s.a.w
tolong jangan tulis blog pasal Hadis kalau tak belajar atau tahu dosa,penting ini amaran dari hati yang benar dan ingin menyampaikan
Orang yang mimpi Muhd s.a.w bukan Maksumm, tapi terima kasih yang megajar aku berselawat sampai dapat mimpi Muhd s.a.w
aku pun tak ingat ustaz mana yg bg th aku selalu selawat!!!!
Sebab aku pun sekolah biasa je,bukan Budak Tahfiz atau tahu sangat hal agama ini..
Ayat korang sangat Bodoh dan tak wajar di baca menyusahkan orang lain untuk tahu hal Hadis dan Agama,
kalau mimpi pun,tapi dia bgth hal jangan ini itu,bukan dia nak ajar pasal memerintah BODOH!!!!!
KO ingat mimpi je orang tu benar laa ye!!!
Aku harap korang faham
Salam ats Muhd s.a.w jangan asyik leka menulis dan baca je,ini semua manusia yg buat!!!! tak beri mafaat pun,
takut jadi dosa pula ,sebab lalai tambah pula tulis yg mungkin Fitnah Dajal
Nak buat jadikan negara Malaysia benar Islam Pemerintahnya Kepada UMNO terutamanya!!! Laksana Hudud dulu,macam Saudi Arabia ke Brunei kan2x
BY
Kalau ada masalah besar je mimpi Rasullah. s.a.w
ReplyDeleteMungkin nak selamatkan dia tu dari apai neraka ke!!!
n kat dunia ni,
ITU BAGI AKU LA,
MIMPI ITU HANYA UNTUK BUAT KITA TAHU WAJAH MUHD S.A.W JE KUT!!!!
Apa ko ingat!!! Senang nak jadi pemerintah seperti Muhd s.a.w
SEMPURNA
DAN ORANG TAK NAK BG TH SEBAB DIA TAKUT LA,MUNGKIN ORANG FANATIK SEDANG DIRI TAK MACAM IMAM YG MAZHAB ITU SEMUA...
KO INGAT NIK AZIZ YG DAH ALLAHYAM
ReplyDeleteTU MAKSUMM N BETUL SGT KE?
BUAT APA,JADI ORANG MISKIN DUK KAT KELANTAN TU,RAMAI,
RASULLAH TAK PERNAH GUNA ZAKAT KAN!!!!
DIA PUN SM JE,
SETAKAT 1 PONDOK JE FREE BELAJAR AGAMA,
TAK FAHAM AKU,
ORANG PAS TERUTAMA KELANTAN TAK BOLEH JADI PEMIMPIN LA,PEKAUMAN SGT KUT!!!!!
DAN BLA,2X
ANYMOUS BLOGGER JANGAN BUAT FITNAH DAJALL KO PASTI KE MIMPI ORG YG MEGAKU RASULLAH S.A.W ITU MUNGKIN SYAITAN!!!!!!
TAK PER LAH AKU BACA G BYK2X BENDA LAIN
TAPI AKU TAK TOLAK GAK PANDAGAN INI,
THX LA ............
hang tarak qeti apa aihhh... xpa sok hang mati nk try tgk ada nek kalimah Allah dak... awan lindung dak... Allah aihh sembang supa gila2... maw dok pekemaih buang sat...
DeleteRamai pulak puak liberal ckp agama dan ttg nabi saw kt sini... meluatnya aku. Bangang tk nk gi ngaji.. pastu ckp mcm pandai. Pepuak ginilah yg melambatkan kemenangan Islam.. aduiih.. moga diberi hidayah.
DeleteTGNA dh tentu akhir hayatnya dgn ciri kebaikan.. awak tu dh siapkan diri ke?
Biar miskin dunia, jangan miskin akhirat tuan. Dunia sementara akhirat yg abadi.
ReplyDeleteRasulullah saw bila wafat dan sahabat r.a semua bila meninggal mana ada tinggal harta yg banyak.
Allahyarham TGNA bukan maksum tapi kesudahannya baik. Kita pun disuruh doa kematian yg baik dan minta dijauhkan kematian yg buruk. Saudara cubalah mengaji/ dengar kuliah agama antara tanda2 husnul khatimah kemudian bandingkan dengan kematian TGNA. Meninggal malam jumaat, oleh ribuan jemaah termasuk solat jenazah ghaib di masjidil haram dan madinah oleh jemaah Msia di sana. TGNA pun hafizul quran. Badan yg tak dimakan api neraka ialah para hafiz/hafizah quran. Carilah hadis nya.
Hanya org yg bermimpi bertemu baginda Rasulullah shj yg dpt menjiwai mimpi tersebut. Dengan Nama Allah sy berkata ini bg siapa yg tidak pernah brmimpi maka tidak akn mngetahui bgaimana dan apa yg dikatakan itu benar Baginda ataupn tidak. Mimpi sperti itu tidak sama sperti mmpi-mimpi yg anda bayangkan. Allahuakbar
ReplyDeleteUlama blogger, baik kau delete je entri kau ni. Takut nnt dlm kubor payah. Tu tk cerita di akhirat lagi.
ReplyDeleteBetul. Dia orang ni mcm nak perlekeh ulama dan orang² yg diberi kelebihan utk bermimpi Rasulullah saw. Puak wahabi yg panas dengar kisah ini.
DeleteTak penah dpt bimbingan guru mursyid dlm bidang kerohanian ke? Sian
ReplyDeleteWajah nabi bercahaya berseri umpama bulan purnama... tp... kenapa ramai yg kata nabi berjanggut... betul ke?
ReplyDeleteJika tuan Tabligh kenal akan nabi, bagaimana wajah nabi...
ReplyDelete1)Rambut panjang atau pendek?
2)Bermisai?
3)Berjanggut?
.... 3 soalan mudah, mohon jawab dgn ikhlas tuan Tabligh.