Wednesday, May 30, 2012

Amalan Ahli Syorga Pada LahirNya Dimuka Umum Tetapi Sebenarnya Ahli Neraka

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Orang tua ni, tak habis-habis nak memperlihat mertabat diri sendiri. Pelakuan dia sebenarnya memperlihat tahap kepandaiannya. Walhal, hal sedemikian menunjukkan kebalikannya.


Dilihat pada pertanda bayang,orang tua ni solat tidak menepati syarat sah. Dia bersolat MERINTANGI BAYANG BATANG POKOK bererti jika hal ini berlaku pada waktu pagi (solat duha) kiblatnya ke UTARA seperti ke RUSIA disebaliknya jika disebelah petang,kiblatnya ke SELATAN seperti ke AUSTRALIA.


Kalau ia pun, bawalah kompas supaya tahu arah kiblat atau mempunyai ilmu perihal bayang-bayang Matahari. Tempoh hari, saya ada memberi komen tentang kiblat dalam postings mengenai Hoslan,imam yang dipenjarakan kerana kurang ajar dengan para hakim.


Untuk pengetahuan semua,jika sesaorang itu berpijak dibumi Allah SWT;sama ada di atas tanah atau di dalam bangunan,syarat sah adalah mengadap ke kiblat. Jika sesaorang itu berada dalam kenderaan yang bergerak;diatas unta,bas,keretapi,bot,ferri,kapal,kapalterbang dan roket, maka kiblatnya adalah mengikut arah tuju kenderaan itu.


Walau pun kita tidak tahu apa yang didalam hati tetapi lahiriahnya manusia dapat berfikir bahawa ibadah orang tua ini,mempunyai unsur-unsur riya. Berkemungkinan ibadah yang minta dipuji;minta dikatakan oleh orang ramai bahawa dia orang 'alim;orang keramah;jangan main-main orang ini sentiasa tidak putus dengan wudu'nya. Ehhh....macam-macam lagiiii. Dia bukan tak tahu,ramai orang mempunyai alat yang canggih dapat merakam perlakuannya untuk dipamirkan kepada orang ramai! Tidak takut ke dia?



Nota: Cuba lihat bayang batang pokok dan jugak bayang tongkatnya yang tercacak ke tanah.Kemanakah arah kedua-dua bayang itu? 


Ada satu fahaman yang melibatkan AKIDAH iaitu mempercayai bahawa Allah SWT BERADA DIMANA-MANA. Fahaman yang seperti ini diyakini oleh orang-orang kafir. Oleh itu,bagi fahaman yang seperti ini,mana-mana arah pun boleh dijadikan kiblat.

Para pembaca yang budiman,


Kita semestinya berasa takut akan amal ibadah tidak diterima oleh Allah SWT.Jika berlaku sedemikian maka rugilah manusia itu. 


Hadis riwayat Muslim:


Dari Sahli bin Sa'adi Al Sa'idy r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:" Banyak orang-orang yang beramal dengan AMALAN AHLI SYORGA PADA LAHIRNYA DIMUKA UMUM ,tetapi sebenarnya ia AHLI NERAKA;dan banyak pula orang yang beramal AMALAN AHLI NERAKA PADA LAHIRNYA DIMUKA UMUM,tetapi sebenarnya ia AHLI SYORGA."


Sekali lagi,apa yang didalam hati manusia tidak diketahui tetapi secara lahiriah, manusia kebiasaanya akan memberi komen keatas pertimbangan fakta yang diketahui.


Ada satu hadis yang menerangkan tentang perihal diri sendiri iaitu Nabi s.a.w. mengatakan bahawa kamu adalah seperti mana yang dikatakan oleh sahabat kamu. Maksudnya,jika kamu nak tahu tentang peribadi sendiri,dengarlah apa yang diperkatakan oleh sahabat kamu tentang dirimu.


Wassalam.


Wednesday, May 23, 2012

Naik Taraf Mertabat Sendiri - Nik Aziz Mimpi Bertemu Nabi

Assalammu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Satu perkara yang ingin saya kemukakan ialah tentang BERMIMPI BERTEMU NABI. Daripada hadis riwayat Muslim seperti dibawah ini memberi pengertian sepertimana dakwaan kebanyakan mereka yang bermimpi Rasulullah s.a.w. Walaupun mereka mendakwa mengetahui sifat-sifat lahiriah Rasulullah s.a.w. daripada beberapa hadis tetapi hal sedemikian tidak cukup untuk mensabitkan bahawa yang dimimpikan itu adalah benar-benar Rasulullah s.a.w. Kenapa? MEREKA TIDAK MELIHAT DENGAN MATA KEPALA MEREKA SENDIRI BENTUK RUPA RASULULLAH S.A.W.KERANA MEREKA TIDAK HIDUP DALAM LINGKUNGAN(PERIOD) JANGKA HAYAT NABI S.A.W. Kata lainnya,MEREKA TIDAK HIDUP SEWAKTU DENGAN NABI S.A.W. ADA DAN MELIHAT SENDIRI NABI S.A.W.


Dalam pengetahuan saya, hanya Saidatina Siti Fathimah saja bermimpi melihat ayahnya Rasulullah s.a.w. Jika, para ahli keluarga dan sahabat Nabi s.a.w. bermimpi Rasulullah,itu adalah suatu dakwaan yang wajar kerana mereka hidup bersama dan benar-benar melihat Nabi s.a.w.;sepertimana yang kita semua tahu bahawa Syaithan tidak boleh menyerupai Nabi s.a.w.MEREKA DAPAT KENAL NABI S.A.W. WALAUPUN DIDALAM MIMPI KERANA MEREKA HIDUP SEWAKTU DENGAN NABI S.A.W.


Kebijaksanaan Allah SWT yang mencipta wajah manusia;tiada satu pun yang sama pada hanya keluasaan wajah manusia saja,telah mencapai bilangan beberapa billion sekarang ini.


Contoh:


Jika sesaorang bermimpi bertemu dengan ayahnya maka sudah tentu dia dapat mengenali bahawa yang dimimpikan itu adalah ayahnya kerana dia berkesempatan hidup dan bersama dengan ayahnya.Begitu jugak jika kita bermimpi bertemu dengan sahabat rapat kita,sudah tentu kita dapat mengenalinya kerana kita pernah lama bersama dengannya. Lagi,isteri,pak cik dan mak cik yang rapat dengan keluarga kita, kesemuanya dapat kita kenali.Jangankan dalam mimpi,jika disuruh bayangkan atau gambarkan wajah mereka pun kita akan dapat melakukannya.


Okey,sekarang kita cuba! Sila bayangkan rupa ayah kamu sekarang buat seketika. Adakah kamu berjaya mengingati wajahnya? Dah tentu berjaya. Kenapa? Kamu banyak bersamanya dan selalu melihatnya.


Sekarang ini pulak,cuba bayangkan datok atau nenek kamu; semasa hidupnya kamu tidak berpeluang bersama dan melihatnya. Adakah kamu berjaya mengingati wajahnya? Jika benar,bererti kamu pernah melihat fotonya yang berada di album disebaliknya jika kamu gagal,itu tandanya kamu tak pernah pun melihat wajahnya.


BAGAIMANA DENGAN WAJAH RASULULLAH S.A.W. YANG TIDAK PERNAH DILIHAT; WAJAHNYA SEMASA HIDUP ATAU FOTONYA.Memanglah benar,Allah SWT boleh melakukan apa saja untuk memperlihatkan wajah Rasulullah dalam mimpi tetapi APAKAH ASAS MENGENALNYA BAGI ORANG YANG MELIHATNYA DALAM MIMPI?


APAKAH,


1. Kamu memerlukan suatu SUARA GHAIB untuk membantu meyakinkan bahawa yang dimimpikan itu adalah Rasulullah?
2. Kamu berharap Malaikat datang dalam mimpi memberitahu?
3. Kamu berharap Rasulullah sendiri memberitahu bahawa yang dilihat itu adalah Rasulullah?


Penjelasan: Pertanyaan No. 3 itu telah berlaku, dimana seorang penuntut UIA bermimpi bertemu dengan Rasulullah dan memberi pengakuan kepadanya: " Assalamu'alaikum...Ana Rasulullah "


Nota: Jika ada Hadis Rasulullah s.a.w. memberitakan tentang SYAITAN TIDAK BOLEH MENIRU UNGGAPAN PENGAKUAN SEPERTI ITU, maka selesai masalah tentang mimpi bertemu Nabi s.a.w. Maka bolehlah,semua manusia mendakwa bertemu Nabi s.a.w. dalam mimpi apabila unggapan itu diucapkan,"Assalamu'alaikum...Ana Rasulullah"


Nik Aziz,Mursyidul Am PAS ketika menjawab cabaran Ahli UMNO Fuad Zakhasyi telah menyelitkan atau mempromosikan dalam ceramah(clip video dibawah) TARAF ATAU MERTABATnya sebagai orang yang telah bermimpi dengan Rasulullah s.a.w. Pandai pulak itu berselindung! Mula-mula dia kata tentang Abdul Hadi Awang dulu;yang telah 3 kali bermimpi dengan Nabi s.a.w.,kemudian baru disebut bahawa dia jugak telah bermimpi 1 kali bertemu dengan Nabi s.a.w. Puak yang berada dan mendengar ceramahnya itu agaknya memahami niat Nik Aziz ini bahawa siapa itu Fuad Zakhasyi berbanding dengan dia dan Hadi Awang. Dengarlah sendiri apa yang diceramahkan didalam clip video itu; tersebut satu perbandingan bahawa ORANG LAIN BERMIMPI BERJUMPA DENGAN SYAITAN, MEREKA BERMIMPI BERTEMU NABI. Orang lain semuanya mimpi buruk-buruk dan mereka semuanya mimpi baik-baik belaka!


Budak universiti Islam jugak mendakwa bermimpi dengan Nabi s.a.w. tetapi caranya berlainan sedikit dan dilihat lebih cerdik daripada Mursyidul Am PAS ni. Dia mendakwa Rasulullah s.a.w. datang memberi salam  dan mengaku kepadanya,"Assalamu'alaikum.....Ana Rasulullah" Si budak universiti ini bukan saja bermimpi Rasulullah s.a.w. bahkan dia jugak bermimpi bertemu dengan 4 sahabat Nabi s.a.w yang terkemuka iaitu Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali. Yang bagusnya,kesemua sahabat Nabi s.a.w. membuat pengakuan bahawa yang dilihat dalam mimpi adalah mereka sebenar.


Dr. Haron Din jugak ada membuat pengakuan bertemu dengan Nabi dalam mimpi. Nanti saya lihat video clipnya tentang itu tetapi 25 tahun yang lalu saya pernah duduk dalam pengajiannya di masjid kampung batu,jalan Ipoh. Dia ada menceritakan tentang mimpi berada di luar khemah;didalamnya Nabi s.a.w. dan para sahabat sedang bermesyuarah. Kalau tidak silap saya,kasut Nabi dia dapat lihat, tidak pada wajahnya. Itu dulu tapi mimpi visi sekarang saya tahu dan insyaAllah akan mendengarnya nanti.


Fitnah yang terbesar sekali,pengakuan arwah Asyaari Muhammad bekas pemimpin Arqam;bukan saja BERTEMU DALAM MIMPI bahkan mendakwa BERTEMU DALAM KEADAAN JAGA.Inilah FITNAH YANG TERBESAR DI AKHIR ZAMAN.


Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah bagaimana manusia yang tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. SEMASA HIDUPNYA boleh mendakwa MENGENALI RASULULLAH S.A.W. di dalam MIMPInya!


Oleh sebab AKAL YANG WARAS tidak akan bertentangan dengan MAKNA SEBENAR HADIS yang sahih maka PERSOALAN BERMIMPI RASULULLAH S.A.W. ini diperhalusi dengan melihat dari banyak sudut termasuk faedah baik dan kesan buruk yang akan menimpa umat Islam. Salah satu daripadanya ialah fitnah akhir zaman;manusia menggunakan perkara itu bagi MENAIK TARAF DIRI SENDIRI,DIGUNAKAN UNTUK MEMPENGARUHI PARA PENGIKUT TOTOKNYA.


Para pembaca yang budiman bolehlah mendengar sendiri apa yang dikatakan oleh Nik Aziz dan jika tidak faham bahasa yang digunakan,,bolehlah baca terjemahannya seperti dibawah yang dipetik daripada sahabat blogger.


Hadis riwayat Muslim.


Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Siapa yang melihat aku dalam mimpi maka sebenarnya itulah romanku(wajahku) kerana Syaithan tidak dapat menyamar rupaku.






Hok buat ucapan di Kuala Lumpur nu bukan sebarang orang. Orang yang berkelulusan. Nok royat ari ni satu benda; Ustaz Hj Hadi ni dio royat ke ambo dia jupe ngan Nabi, tiga kali. Mimpi jupo Nabi tigo kali doh. Orang lain duk jupo syaitan dalam tidur. tindih di hantu.. Dio jupo ngan Nabi tiga kali, dan di akhir sekali –hok dio mimpi akhir sekali- dia sebut, Nabi sebut ke dio ‘siiru ‘ala barakatillah’. Nabi mitok Ustaz Hadi bergerak atas berkat Allah Taala. Ambo mimpi sekali je jupo dengan Rasulullah, dio tiga kali. Jangan main-main. Dio orang mengaji di Madinah, pah buat di Kaherah. Orang ni buatnya ilmu…..”



 Pembaca yang budiman,


Akhir sekali buat nasihat kepada semua bahawa bukan senang untuk bermimpi bertemu dengan Nabi s.a.w. dan untuk mendapatkannya tidak mustahil TETAPI HAMPIR KEPADA MUSTAHIL. Ini kerana ADA BEBERAPA FAKTOR YANG PERLU KITA TAHU.


Selain mengetahui segala sifat-sifat lahiriah Baginda Rasulullah s.a.w. untuk mengenal pasti WAJAH SEBENAR RASULULLAH S.A.W.,sesaorang itu PERLU TAHU bahawa ada 2 personaliti BESAR yang mempunyai MIRIP WAJAH RASULULLAH S.A.W.. Mereka itu ialah Imam Hassan ibn Ali ibn Thalib dan Abdullah ibn Ja'far ibn Abi Thalib.

Wassalam.

Saturday, April 21, 2012

Setelah Mendapat Hidayah Baru Sedar Akan Kesesatan

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Dalam dunia ini,semua orang akan marah jika diperkatakan kepada mereka bahawa mereka itu sesat. Tetapi,ada suatu ketika nanti apabila hidayah telah masuk ke dalam mindanya menyebabkan dia sendiri yang akan mengatakan kepada dirinya sendiri bahawa duhulu (sebelum memperolehi hidayah) aku sememangnya dalam keadaan sesat.


Hendak menjadi sesat, cukup senang. Apabila dikatakan sesat,hal sedemikian agar kasar bunyinya. Jadi,anggaplah makna sesat itu ialah sesuatu yang menyimpang daripada JALAN KEBENARAN. Secara umum,sesaorang itu dikatakan sesat memberi makna,dia sebenarnya telah menyimpang daripada jalan yang benar.Tetapi  secara khusus jika sesat berlaku pada akidah,sesaorang itu boleh jadi KUFUR atau MURTAD pada erti lainnya.


Berita dari Hadis yang membawa maksud: suatu ketika Nabi bersama dengan para sahabatnya lalu Baginda mengambil sepotong ranting kayu dan melakar satu garisan lurus diatas tanah.Pada sisipan kiri dan kanan  garisan lurus itu, Baginda menggariskan cabang-cabangnya. Nabi saw bersabda bahawa pada setiap persimpangan ada Syaitan yang menunggu untuk menyesatkan manusia.Hendaklah kamu berada pada jalan yang lurus itu. Semua kita tahu bahawa didalam permohonan kita kepada Allah SWT semasa membaca surah AlFatihah,kita ada menyebut,"Tunjukilah kami ke jalan yang lurus".


Hidayah adalah milik Allah SWT. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia pilih. Banyak terdapat bukti-bukti didalam Al Quran dan juga Hadis Rasulullah saw tentang perkara ini. Hidayah dikurniakan kepada sesiapa saja yang bergelar manusia. Ini bermakna, hidayah merentasi sempadan negara,bangsa dan agama. Erti kata lainnya,sesaorang yang tinggal di negara Europah,berbangsa Inggeris dan beragama Nasrani atau tidak beragama lansung,boleh dipilih oleh Allah SWT untuk HIDAYAH. Allah SWT Maha Adil dalam pemilihinNya.


                                                                     

Mari kita sama-sama lihat manusia pilihan Allah untuk Hidayah. Jika dikaji latar belakang manusia ini sebelum hidayah,orang akan kata hampir mustahil dia akan mendapat hidayah kerana tabiat buruknya seperti merokok,meminum arak dan berperempuan (womanizer) sabahagian daripada hidupnya sebagai seorang pemuzik yang penuh dengan hiburan dan keseronokan.Tetapi,hatinya seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu dalam kehidupan. Hal sedemikian boleh dilihat dalam kebanyakan lagu-lagu karangannya yang bersifat ketuhanan.



Keberangkalian hati yang dimilikinya masih lagi baik;tidak tercemar dengan benda-benda khurafat dan syirik hanya bergelumang dengan dosa-dosa selain itu. Jadi benarlah,apa yang dikatakan oleh Allah dan RasulNya bahawa Dia mengampunkan SEGALA JENIS DOSA KECUALI DOSA SYIRIK.


Oleh itu,manusia janganlah pandang manusia lain dengan sebelah mata kerana dosa-dosa yang dilakukan. Bergaullah dengan semua orang dengan baik tidak kira dia itu peminum arak,penjudi, kaki perempuan,tak pakai tudung dan sebagainya kerana kamu tidak tahu apa yang ada didalam hati sesaorang. Benarlah kata Allah dan RasulNya bahawa didalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah ia dan jika busuk daging itu maka busuklah dia. Itulah yang dinamakan HATI.



         

Ini adalah satu lagi manusia yang mendapat hidayah,moga-moga ia kekal di dalamnya sahingga maut menjemputnya.


Hidayah Allah SWT tidak mengenal rupa bentuk sesaorang seperti diberitakan didalam hadis bahawa Allah tidak melihat pada rupa paras sesorang dan apa yang dilihatNya adalah HATI. Banyak lagi dikalangan manusia yang ada nama di kalangan masyarakat telah kembali ke JALANNYA dengan meninggalkan apa yang mereka usahakan sebelumnya.


Persoalannya,


Yusof Islam telah kembali ke jalanNya dengan meninggalkan usahanya yang lepas-lepas.
Malik Noor telah kembali ke jalanNya dengan meninggalkan usahanya yang lepas-lepas.


TETAPI,


Apakah mereka ini telah kembali ke jalanNya dengan meninggalkan usaha memecah-belahkan umat Islam dengan menggunakan dan mengamalkan BEBERAPA BAHAGIAN daripada POLITIK KUFUR DEMOKRASI; yang membenarkan penubuhan kesatuan politik tandingan terhadap kesatuan politik yang terawal, UMNO?


Sungguh,setelah sekian lama usaha mereka ini untuk mendapatkan kehidupan didunia ini dan berlarutan sahinga sekarang. 


Ingat!!! Seperti mana yang saya katakan bahawa hidayah Allah tidak mengenal rupa paras sesaorang. Adakah dengan penampilan image sebegini,mereka dikatakan telah mendapat HIDAYAH?

         


         




       

       


Selagi tiada hidayah daripada Allah SWT mereka akan kekal seperti mana usaha mereka di dunia ini.


Wassalam.










Sunday, March 11, 2012

Siapakah Hoslan Hussain Yang Sebenar - Masjid Ar Rahimah Kg: Pandan

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Kesian Imam ni! Sungguh pun bumi Allah ni luas terbentang dan kita dibolehkan bersolat dimana saja asalkan tidak kelihatan ditempat itu najis tetapi apakah kita tidak mengambil kira akan keadaan sekeliling dan 'urgency'nya sesuatu ibadah itu?


Sesungguhnya,perbuatan ibadah yang dilakukan, hanya Allah saje yang tahu tetapi apakah motif melakukan ibadah ditempat terbuka seperti itu? Adakah kiblat solatnya betul? Adakah imam itu berpandukan kompas sebelum melakukan solatnya? Tahukah imam itu selain daripada bersolat didalam kenderaan seperti di atas unta,kereta,bas,kapal terbang,jenis kenderaan laut seperti sampan,feri,kapal atau kapal angkasa,disyaratkan menghala ke kiblat Baitullah Mekah?


Sekarang ini sudah menjadi satu 'trend' bagi mempromosi diri;agaknya nak jadi calun,dengan melakukan sesuatu yang boleh menjadi kontrovesi kepada umat manusia agar seluruh umat manusia bercakap tentang kontrovesi itu.


Kesian imam Hoslan,timing tidak menyebelahinya! Dia terpaksa tinggal di penjara selama 8 bulan;setelah ditolak rebate, melepasi tarikh jangkaan pilihanraya umum yang disebut-sebut pada bulan Mei ini. Jika tidak, mungkin berpotensi menjadi calun pilihanraya. Nampak-nampaknya, tahun 2016 sajelah harapan yang ada.


Sesungguhnya,baginda Rasulullah s.a.w. diutuskan oleh Allah SWT kepada umat manusia bagi menyempurnakan akhlak. Penampilan sunnah, akhlak punah,semua jadi punah-ranah. Para pembaca bolehlah membaca artikal dibawah ini, pendedahan oleh kariah masjid Ar Rahimah,Kg: Pandan perihal imam Hoslan.Atau melawat ke blog ini.


http://arrahimah.blogspot.com


Wassalam.




3 days ago

                                                
                                               


2 days ago



2 days ago
2 days ago
2 days ag


3 days ago



Ramai di kalangan rakyat Malaysia tertipu dengan sandiwara yang dimainkan oleh Hj Hoslan Bin Hj Hussain setelah beliau membuat kegemparan dengan membaling kedua-dua seliparnya kepada ketiga-tiga Hakim yang mengendalikan kesnya.


Siapa dia Hoslan Hussein yang sebenarnya yang dianggap oleh beberapa pihak terutamanya dari parti pembangkang sebagai seorang "hero" yang menegakkan keadilan. Maka pihak masjid terpaksa menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh Hoslan Husain bagi menjaga nama baik Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan yang sudah dicalarkan oleh manusia durjana ini dengan menjaja-jaja keburukan pihak masjid.


Hoslan Hussain berasal dari Perak tetapi sudah lama menetap di Kg Pandan. Ayahnya Hj Hussain Bin Hj Abu Bakar, seorang yg. sering berulang-alik berjemaah di Masjid Ar-Rahimah. Disebabkan kekerapan Hj Hussain berjemaah di masjid, maka beliau sering membantu untuk melaungkan azan di kala tidak ada Muazzin di Masjid.Akhirnya Hj Hussain memohon jawatan sebagai Bilal.Dalam pada itu juga, Hj Hussain akan menjadi Imam jika sewaktu itu Imam Masjid mempunyai keuzuran dan tidak dapat hadir.Peluang ini juga diambil oleh Hj. Hussain (bapa Hoslan) untuk memohon pula jawatan sebagai Imam, maka dijadikan sebagai Imam Kariah atau dipanggil juga Imam Rakyat.Imam Kariah hanya boleh menjadi Imam untuk Solat Fardhu biasa dan beliau tidak berkelayakan untuk membaca khutbah Juma'at dan menjadi Imam untuk Solat Jumaat.


Sementara bagi Hoslan Hussain pula, beliau sebelum ini dikenali sebagai "Mat Rempit" di Kg. Pandan.Disebabkan Hoslan begitu aktif dengan parti pembangkang yang disertainya, maka Hoslan begitu teruja apabila melihat beberapa rakan-rakannya pergi menunaikan fardhu haji. Hoslan yang bekerja di Jabatan Alam Sekitar, akhirnya dapat mengumpulkan duit untuk menunaikan fardhu haji.Bermula dari balik hajilah, Hoslan mengubah penampilannya dengan hanya memakai jubah dan berserban walau ke mana sahaja dia pergi. Hoslan mengikuti jejak ayahnya Hj Hussain, berjemaah di Masjid Ar-Rahimah yang hanya terletak beberapa meter sahaja dari kediamannya di rumah setinggan Kg Pandan.


Pada satu Juma'at tahun 2005, Pengerusi Masjid mengumumkan bahawa masjid sedang mencari seorang Muazzin bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Hj Hussain meminta agar anaknya Hoslan memohon jawatan tersebut, maka disebabkan Hoslan sering berada di masjid, permohonannya diterima.Maka bermulalah karier Hj Hoslan sebagai Muazzin dan beliau memohon agar dapat menduduki kuarters yang disediakan oleh masjid untuk kakitangan masjid.Sejak dari memegang jawatan Muazzinlah, Hoslan begitu merasa bangga dengan jawatannya apatah lagi adakalanya beliau menjadi Imam bagi mengganti keuzuran Imam yang lain.Hoslan cuba juga memohon jawatan sebagai Imam tetapi permohonannya ditolak disebabkan beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama.Difahamkan daripada Hoslan sendiri, beliau hanyalah belajar membaca Al-Quran daripada seorang Imam yang bernama Hj Salleh.(Allahyarham)


Sebagimana lazimnya seperti juga yang terjadi di masjid-masjid yang lain, Ahli Jawatankuasa Masjid sering tidak sefahaman di antara satu sama lain dalam beberapa isu.Ketidaksefahaman mereka ini disebabkan mereka berpuak-puak dalam menjalankan sesuatu program dan bermulalah episod tuduh menuduh beberapa isu di antara mereka.Perkara ini akhirnya sampai ke pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di mana akhirnya kesemua AJK dibubarkan dan JAWI sendiri mengambil alih pentadbiran masjid pada tahun 2006-2009. Untuk itu, pihak JAWI menghantar seorang Ketua Imam bernama Fathul Amin bagi mentadbir masjid dalam beberapa hal.Namun begitu Fathul Amin gagal dalam menjalankan tanggung-jawabnya dan sering sahaja tidak berada di masjid, maka pihak JAWI menghantar pula seorang pembantu, Ustaz Asri yang sebelum ini bertugas di masjid Alam Shah Jalan Pasar, K.L. Kelemahan yang terdapat pada Fathul Amin, membuatkan Hoslan mengambil kesempatan untuk memohon jawatan sebagai Imam Rawatib apatah lagi Hoslan seringkali menjadi "cover-up" untuk Fathul Amin.Dengan kuasa perlantikan yang ada kepada Fathul Amin, maka Hoslan pun berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan sebagai Imam Rawattib.


Masalah disiplin Fathul Amin, Ketua Imam akhirnya sampai ke pengetahuan pihak JAWI dan akhirnya Fathul Amin ditukarkan ke Masjid Sg. Penchala dan tempatnya diganti oleh Ustaz Asri (pembantunya sebelum ini).Namun Fathul Amin tetap tidak berubah dan akhirnya JAWI terpaksa menamatkan perkhidmatannya sebagai Imam di Masjid Sg Penchala.


Ketua Imam yang baru, Ustaz Asri (kini bertugas di Masjid Besi Putrajaya), seorang yang begitu tegas dalam menjalankan amanahnya.Sedikit demi sedikit, masalah yang ditimbulkan oleh petugas-petugas masjid diperbetulkan dan Ustaz Asri jugalah yang bertanggung-jawab menyediakan uniform untuk Imam-Imam sebagaimana yang dipakai oleh Imam-Imam masjid yang lain.Hoslan tidak senang dengan ketegasan Ustaz Asri kerana Hoslan sering ditegur kerana selalu ponteng tugas (di cover oleh ayahnya), dan selalu melarikan diri setiap program yang dianjurkan oleh masjid. Hoslan juga ingkar agar diwajibkan semua Imam-Imam dan Bilal memakai pakaian rasmi sewaktu Solat Jumaat kerana Hoslan lebih suka dengan penampilannya.


Sewaktu Hoslan bertugas untuk membaca khutbah dan menjadi Imam Solat Juma'at, terdapat banyak rungutan daripada jemaah kerana bacaannya dalam Solat dari segi Tajwid tidak betul.Malah beberapa jemaah juga tidak senang apabila Hoslan dengan riak seolah-olah menunjuk-nunjuk menangis sewaktu membaca Khutbah. Daripada rungutan jamaah tersebutlah, maka pihak masjid mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Hoslan membaca khutbah dan menjadi Imam bagi Solat Juma'at. Hoslan juga dinasihati agar mendalami ilmu Tajwid kerana masjid juga mengadakan pengajian Bertalaqi al-Quran bertajwid yang dibimbing oleh Ustaz Khalid Isa. Namun Hoslan tetap dengan pendiriannya untuk tidak belajar dengan berkata, bahawa beliau hanya menyerahkan bacaannya kepada Allah swt.


Masjid Ar-Rahimah sebagaimana lazimnya juga menjemput penceramah untuk menyampaikan Tazkirah Juma'at. Pada satu Juma'at sekitar tahun 2008, seorang Pegawai Jakim datang menyampaikan Tazkirahnya dan seterusnya akan menaiki mimbar untuk berkhutbah dan menjadi Imam Solat.Hal ini tidak disenangi oleh Hoslan yang akhirnya beliau sendiri naik ke atas mimbar untuk berkhutbah dan sudah tidak dapat dihalangi lagi.Sebelum itu, berlaku sedikit pertengkaran di dalam bilik Imam di mana Hoslan memanggil semua Imam-Imam kecuali ayahnya sebagai syaitan. Perbuatan Hoslan menaiki mimbar membuatkan pihak JAWI memanggil beliau untuk diberi kaunseling yang diketuai oleh Ustaz Syed Abdullah.


Hoslan yang menjadi Imam Rawatib ditawarkan rumah wakaf kepunyaan masjid tetapi di atas nasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, rumah tersebut tidak sesuai didiami kerana terlalu hampir dengan jalanraya. Maka pihak masjid mengarahkan Hoslan menduduki kuarters yg. terletak di dalam masjid di mana kuarters tersebut telah dikosongkan oleh Imam Zakaria@Zubir.Imam Zakaria sebagai pendaftar nikah, berpindah pula ke kuarters masjid yang lebih selesa kerana dikosong oleh Imam Zahid Ya'acob. Imam Zahid ditukarkan ke Masjid At-Tarmidzi Taman Sentosa Jln kelang Lama yang baru siap dibina. Disebabkan tidak sabar untuk Hoslan menduduki kuarters yang berjiran dengan ayahnya, maka Hoslan memecah masuk kuarters tersebut tanpa memaklumkan kepada Ustaz Asri, Ketua Imam. Perbuatannya itu ditegur oleh Ustaz Asri dan Hoslan mula menaburkan fitnah dengan mengatakan Ustaz Asri datang ke rumahnya seperti gengster.


Penamatan jawatan Imam Hj Hoslan berlaku, apabila Hoslan sekali lagi bertindak menaiki mimbar untuk berkhutbah walaupun dilarang.Kali ini Hoslan tidak memakai jubahnya dan berserban tetapi memakai baju Melayu sepasang, bersampin dan memakai songkok.Beberapa jemaah yang melihat Hoslan, ketawa dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Hoslan.Maka sekali lagi pihak JAWI memanggilnya dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya setelah diberi nasihat, kaunseling dan amaran berkali-kali. Dengan itu Hoslan juga diminta agar mengosongkan kuarters yang didiaminya kerana ia untuk digunakan juga oleh pegawai-pegawai masjid yang hanya menumpang di kuarters2 pegawai yang lain. Hoslan tetap berkeras tidak mahu pindah walaupun pihak masjid dengan begitu baik memohon untuknya Pangsapuri PPRT di Jalan Chocrane. Kedegilan Hoslan membuatkan pihak masjid terpaksa memotong bekalan api dan air di kuarters tersebut, namun Hoslan bertindak pula menyambung getah dengan mengambil air dari pili masjid, sementara bekalan elektrik diambil dari rumah ayahnya dengan menyambung wayar. Akhirnya pihak masjid tidak ada pilihan selain daripada mengambil tindakan mahkamah ke atas Hoslan dan bermulalah kes Hoslan di mahkamah. Hoslan juga sering membuat kacau di mana pada satu Juma'at, Khatib sedang membacakan khutbah melarang umat Islam menyertai Perhimpunan Bersih, maka Hoslan terus membuka jubahnya dengan mempamirkan baju Bersih yang ada di dalam jubahnya.Disebabkan perbuatnnya itulah, pihak polis terpaksa menahan beliau dan menyiasat kegiatannya.Hoslan yang cuba merayu dengan membangkitkan beberapa isu yang tidak berkaitan, membuatkan Hakim terpaksa menolak rayuannya.Sebagaimana sikapnya yang keras hati, itulah yang ditunjukkannya kepada semua masyarakat sehingga sanggup membaling kedua-dua seliparnya ke arah ketiga-tiga Hakim. Kemudian sebagaimana lazimnya, Hoslan akan menjaja-jaja kepada umum sambil mempamirkan kewarakkannya untuk meraih simpati tentang keburukan mahkamah pula.Akhirnya di atas kebijaksanaan Hakim-Hakim, maka Hoslan terpaksa didiamkan dan dipenjara selama setahun di atas perbuatannya yang keterlaluan menghina Instituti Kehakiman.


Buat pengetahuan umum. bapanya Hj Hussain jiga ditamatkan perkhidmatannya sebagai Imam Kariah kerana faktor usia.Ini memandangkan pihak JAWI mengambil berat dari segi bacaan dan lain-lainnya.Namun begitu pihak JAWI dan masjid, begitu bermurah hati memeberi keizinan untuk ayahnya terus menduduki kuarters masjid disebabkan beliau tidak mempunyai kediaman yang tetap. Kami berharap, dengan pendedahan ini akan membuka mata semua masyarakat tentang perkara yang sebenarnya berlaku.Hoslan dipecat di atas perangi buruknya sendiri dan pemecatan dilakukan oleh pihak JAWI dan tidak ada unsur-unsur keterlibatan orang-orang politik seperti yang dijaja-jaja olehnya.


Posted by Ahli Kariah Masjid Ar-Rahimah. at 6:03 PM