Wednesday, July 29, 2015

UMNO Atau Ambiga Nak Selesaikan Masalah PM DS Najib!!! Pemimpin UMNO Jangan Jadi Bacul le!!!

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Manusia makin meluat dengan PM Najib Tun Razak.Bagaimana boleh jadi seperti itu? Hal ini kerana permasalahan 1MDB mengecewakan ramai penyokongnya. Pada permulaan, mereka benci kepada orang-orang yang mengfitnah PM tapi lama-kelamaan sayang kepada PM bertukar menjadi benci. Apa yang dinanti-nantikan selama ini mengenai 1MDB telah menghampakan banyak daripada peminatnya.

PM dilihat beriya-iya untuk menyelesaikan dan merungkaikan permasalahan 1MDB.Penglibatan Ketua Audit Negara Amrin Buang,SPRM,PDRM dan PAC seolah-olah memberi cahaya penyelesaian kemelut 1MDB kepada rakyat Malaysia.Tapi,apa sebaliknya!

4 orang daripada anggota PAC di tarik keluar untuk diberi jawatan Timbalan Menteri! Apa ini? Kenapa mereka? Tak ada orang lain ke? Aiyoo...yoo....!!! Takkan rakyat buta! Takkan rakyat bodoh! 1MDB ini telah menjadi perhatian rakyat jelata. Hal ini, tidak perlu guna pembangkang untuk menjatuhkan UMNO.

Interim repot mengenai 1MDB telah siap oleh Ketua Audit Negara, kenapa tidak didedahkan kepada umum? Rakyat ternanti-nanti! Banyak rakyat sayangkan kamu(PM) kerana tohmahan terhadap kamu! Apa lagi? Hal inilah yang membuatkan banyak di kalangan rakyat dah naik melaut dengan PM.

Apa pasal pi pecat TPM,si Mahyuddin Yassin?

Apa pasal pi pecat Syafei Afdal?

Apa pasal pi pecat Peguam Negara?

Apa pasal pi pecat Ketua Siasatan Jenayah?

Bukankah ini semua ada pertalian dengan 1MDB????

Kebakaran di Bukit Aman pada tingkat 9 dan 10 elok aje berlaku,seperti dibuat-buat pulak tuu!!

Macam beriya-iya aje,kononnya kerajaan perihatin masalah 1MDB dengan menahan 3 orang pengarah syarikat dan seorang penghantar surat untuk disoal siasat!

Terbaru,pendedahan bekas TPM Mahyuddin Yassin bahawa PM sendiri mengaku bahawa duit ada masuk dalam akaunnya. Bagaimana pulak hal itu PM nak jawab???

PM telah memperlihatkan bahawa dirinya ada bersabit dengan masalah 1MDB. Semua rakyat tahu bahawa apa saje kelulusan mengenai kewangan kena-mengena dengan PM. Apa tahnya! Bukankah PM sendiri Menteri Kewangan?

PM terlihat bersalah oleh pembuatan dia sendiri. Nak lari kemana? Apa aje rancangan menutup permasalahan 1MDB oleh PM akan menjerut tengkoknya sendiri.

Patutlah PM bersungguh-sungguh sangat membantu rakyat sana dan sini. Apa! Rakyat boleh kena tutup mulut dengan BR1M ke?

Seluruh pimpinan UMNO kena bangkit dan usulkan perhimpunan tergempar bagi menyelesaikan kemelut ini. Patutlah permilihan pucuk pimpinan parti UMNO ditangguhkan,strategi rupanya. Orang-orang UMNO jangan jadi bacul le! Jika kamu semua tidak berani menyelesaikan masalah dalaman kamu sendiri,siapa lagi yang kamu ingat akan selesaikan! Rakyat sememangnya tidak sabar lagi. Apakah kamu ingat rakyat akan menyelesaikan masalah kamu melalui peti undi;wahai orang-orang UMNO? Bukankah Pilihanraya Umum ke-14 lambat lagi? Rakyat tidak sabar lagi! Bukankah ada rancangan untuk turun ke jalan raya (KL) pada Sabtu ini oleh pertualang-pertualang yang suka melihat negara ini terlungkup.

Tunggu dan lihat aje leee,nampaknya!

Wassalam.








No comments:

Post a Comment