Tuesday, September 25, 2012

Punca Perpecahan-Jawapan Tun Mahathir Menepati Kehendak Allah SWT

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Jika kita ingin mencari kebenaran maka carilah didalam Al Qur'an. Pendedahan oleh Al Qur'an itu tidak boleh diragui.

Allah SWT berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 2:-

"Kitab itu (Al Qur'an) tidak ada keraguan padanya,jadi petunjuk bagi orang-orang yang taqwa."

Isu perpecahan adalah sangat penting bagi diri saya. Itu sebabnya,sebahagian besar kandungan tulisan di blog saya berpaksi perihal perpecahan; Punca Perpecahan Umat Islam; Angkara Siapa;Sebab-Sebab Perpecahan dan sebagainya.

Masalah perpecahan berkait-rapat dengan masalah KEMUSYRIKAN kerana ia mempunyai kaitan dengan PENYEMBAHAN MANUSIA kepada tuhan yang lain SELAIN ALLAH. InsyaAllah,kepada para pembaca yang budiman yang suka membaca tulisan didalam blog ini agar dapat teruskan usaha MELAYARI BLOG INI bagi mendapatkan ILMU KETUHANAN;mungkin tidak ada pada orang lain, demi MENGESAKAN ALLAH SWT.

Pembaca yang budiman,

Allah yang menciptakan manusia dan Dialah yang tahu segala permasalahan mengenai manusia itu. Permasalahan Perpecahan telah disebut oleh Allah SWT akan sebabnya.

Allah SWT berfirman didalam surah Asy Syuuraa ayat 14:-

"Tiadalah mereka berpecah-belah,melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan karena berdengki-dengkian sesama mereka."

Ulasan saya: Lazimnya,manusia berdengki-dengkian sesama sendiri kerana jawatan,pangkat,harta,gaji,tanah,ingin hidup mewah,ingin dipandang mulia,wanita dan sealiran dengannya.

"setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan" memberi pengertian telah sampai kefahaman dan kesedaran jika mereka lakukan perbuatan (ilmu pengetahuan) itu,mereka akan mendapat kesenangan,pengaruh,kekayaan,dihormati,bermegah-megahan dan sebagainya. INILAH PUNCANYA MANUSIA BERPECAH-BELAH;bukan sahaja pada orang Islam bahkan kepada sesiapa sahaja yang bernama MANUSIA.

Pembaca yang budiman,

Tun Dr. Mahathir ada menulis dalam Mingguan Malaysia bertarikh 23/9/2012 mengenai suara hatinya pada tajuk,"Suara Hati Dr. Mahathir" yang sepatutnya dibaca oleh semua orang yang merasakan dirinya MELAYU. Inti-pati daripada tulisan beliau berkisar terhadap orang melayu sebelum dan sesudah merdeka;Penderitaan,Penghinaan,Kebangkitan,Perpecahan dan Akibat daripada perpecahan. Dalam tulisannya terdapat PUNCA PERPECAHAN yang diterang oleh beliau dengan cara bersahaja melalui sejarah yang dilaluinya. Apa yang beliau nyatakan mengenai SEBAB-SEBAB perpecahan BERTEPATAN dengan apa yang disebut oleh Allah SWT mengenai perpecahan;BERDENGKI DENGKIAN.

Mari kita baca petikan daripada tulisan beliau:-

"Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu,maka BERMULALAH REBUTAN UNTUK NIKMAT yang datang dengan pemerintahan sendiri,khususnya untuk MENJADI AHLI DALAM DEWAN-DEWAN NEGERI dan DEWAN UNDANGAN PERSEKUTUAN. Keahlian ini menjanjikan PANGKAT,ELAUN dan LAIN-LAIN KEMUDAHAN.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan KELULUSAN TERTENTU. Tetapi untuk menjadi YANG BERHORMAT,MENTERI,bahkan PERDANA MENTERI tidak memerlukan apa-apa SIJIL atau KELULUSAN."

Ulasan saya: Benarlah apa yang dinyatakan oleh Allah SWT," Setelah Sampai Kepada Mereka Ilmu Pengetahuan"

"Yang kecewa,YANG TIDAK DAPAT NIKMAT YANG DIKEJAR lupa akan NIKMAT PERPADUAN dan MEREKA TINGGALKAN UMNO untuk tubuh KESATUAN mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang."

SIAPAKAH YANG MENJADI DALANG KEPADA PERPECAHAN?

Pada postings yang lepas-lepas,saya ada membuat perbezaan antara ORANG AGAMA dengan ORANG BERAGAMA. Sila layar: http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2011/02/orang-orang-agama-verses-orang-orang.html

Sebenarnya,orang-orang agama yang mempergunakan agamanya demi kepentingan dunawinya adalah orang-orang yang banyak membawa perpecahan dan malapetaka kepada umat Islam umumnya dan agama Islam itu sendiri, khususnya. Saya juga ada menulis tentang golongan sesat yang disebut didalam hadis,sila layar: http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2011/06/apakah-kelompok-ini-saperti-yang-di.html

Allah SWT ada menyebut Asy-Syuuraa,ayat 14:

"Sesungguh orang-orang yang diwariskan kitab kepadanya,kemudian mereka,adalah dalam SYAK dan RAGU-RAGU."

Adakah mereka ini menepati seperti yang disebut? Kita sambung petikan daripada Tun Dr. Mahathir:

"Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ULAMA DALAM UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini."

Pertanyaan saya: BUKANKAH itu 'ULAMA DALAM UMNO' boleh disebut sebagai 'ORANG-ORANG AGAMA'?

Penting: Orang-orang agama/ Ulama dalam UMNO adalah mereka yang mengenepikan SYARIAT ISLAM dan mengguna-pakai SYARIAT DEMOKRASI;yang membenarkan penubuhan kesatuan tandingan ( Parti PAS ) umat Islam. Mengaku saje sebagai ULAMA dengan penampilan Islamnya tetapi secara sedar ataupun tidak sedar bahawa mereka ini adalah PERTUALANG AGAMA.

Orang-orang yang menjadi ahli,menyokong serta mengundi mereka ini, boleh disabitkan sebagai:-

1. Ingin Mengekalkan Perpecahan antara Umat Islam.

2. Menjadi Dalang kelemahan Pemerintahan Umat Islam.
3. Melakukan Kemusyrikan.
3.1 Penyembah Demokrasi
3.2 Penyembah tuhan lain selain Allah.
3.3.Penyembah 2 Tuhan.
3.4 Mereka yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah.
4. Yang diberitakan oleh Hadis Nabi s.a.w. sebagai para penyeru ke ambang pintu Neraka.

Pembaca yang budiman,

Sebab yang diberikan oleh Ustaz Kazim,TIDAK TEPAT. Ini kerana,sesuatu perpecahan itu mestilah dirujuk dan diselidiki terhadap ASAL-USUL( SUMBER) PUNCANYA. 



Punca Perpecahan yang dikemukakan oleh Allahlah yang PALING TEPAT. Sekali lagi saya tekankan:-


Allah SWT berfirman didalam surah Asy Syuuraa ayat 14:-

"Tiadalah mereka berpecah-belah,melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan KARENA BERDENGKI-DENGKIAN SESAMA MEREKA."

Wassalam.