Tuesday, July 2, 2013
Mazhab Azhar Idrus - Niat Musafir atau Mukim - Mengelirukan Pendengar! - Komen:Telanjangkan Dia- Bhg.2
Apa yang keluar dari mulut si JOKER daripada klip video ini.
"Dia kalau kita nak boleh jama' dan qasa' mestilah kita ni, musafir. Kalau kita mukim, boleh tak jama' qasa'? Dak boleh. Jadi bila kita nak jama' qasa', senang aje. Masa kita nak jama' tu, kita hukum dulu. Adakah aku sekarang musafir atau mukim.Itu saje keadahnya. Oh aku sekarang musafir,boleh jama', Oh aku sekarang mukim, tak boleh jama'. Benda makna mukim?
Makna mukim ialah orang yang duduk pada satu tempat tidak kemana-mana atau dia pergi ke satu tempat lalu dia singgah ke negeri itu paling kurang 4 hari dan ke atas maka dia bernama mukim. Bila dia bernama mukim, tidak boleh jama' qasa'. Contoh daripada Bangsar nak pergi ke JB. Selama mana nak pergi, 4 hari. Masuk sempadan selamat datang ke JB maka kita telah bernama pemukim JB. Pasal apa? Kerana kita niat nak duduk 4 hari di JB dan ke atas, maka bila kita nama mukim, boleh tak jama' qasa'? Dah boleh ehh."
Cuba anda semua dengar betul-betul apa yang diperkatakan oleh Azhar Idrus ini mengenai niat bermukim dari 1.57 hingga 2.54
Pembaca yang budiman,
Elok rasanya saya memperjelaskan hal mengenai NIAT. Secara umumnya:-
Hadis riwayat Muslim:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: " Bersabda Rasulullah s.a.w.: 'Berkata Allah Ta'ala: Apabila hambaKu berniat akan mengerjakan kebajikan,maka akan Ku tuliskan satu kebaikan selama niat itu belum dikerjakannya. Apabila telah dikerjakannya,maka akan Ku tuliskan sepuluh kali. Apabila ia berniat akan berbuat jahat,maka Aku mengampuni niatnya selama belum dikerjakannya. Apabila niat jahat itu telah dilakukannya,maka Ku tuliskan satu kejahatan.' Berkata Malaikat: 'Ya Allah,itu hambaMu mau berbuat jahat!' Sedangkan Allah sebenarnya mengetahui. Berkata Allah: ' Amat-amatilah dia,apabila dikerjakannya,tulislah satu kejahatan,dan apabila diurungkannya,maka tulislah satu kebajikan,kerana perbuatan itu diurungkannya sebab takut kepada Aku.' " Selanjutnya Rasulullah s.a.w. bersabda:" Apabila telah baik keislaman seseorang daripadamu,maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya ditulis sepuluh kali sampai tujuh ratus lipat-ganda,dan tiap-tiap kejahatan yang dikerjakannya ditulis sekali saja sampai matinya."
NIAT BAIK.
Berdasarkan hadis di atas bahawa jika sesaorang itu berniat untuk membuat baik maka Allah SWT akan memberi 1 kebaikan ke atas niat baik itu walaupun kebaikan yang diniatkan itu belum lagi dilaksanakan.
Jika ia melaksanakan niat baik itu maka 10 kali ganjaran kebaikan daripada Allah SWT akan dikurniakan.Maknanya, jika ia sempurnakan niat baik itu ia akan mendapat 10 ganjaran iaitu 1 ganjaran kebaikan bagi niat baik dan 10 kali lagi untuk pelaksanaan niat baik itu.
NIAT JAHAT.
Jika sesaorang itu berniat untuk berbuat jahat maka Allah SWT mengampuni niat jahat itu sahinggalah niat jahat itu dilaksanakan,barulah dikira 1 kejahatan.
Di atas asas inilah, mazhab Hambali membolehkan sesaorang itu melakukan solat qasa' dan jama' walaupun pemergiannya(musafir) dengan niat melakukan kejahatan. Maknanya,bepergian(musafir) dengan tujuan maksiat.
Syarahnya: Bepergiannya dia dikira MUSAFIR dan niat jahatnya belum lagi dikira 1 kejahatan malahan diampuni akan niatnya oleh Allah SWT. Hal ini benar, jika kita orang yang berakal kerana PELAKSANAAN NIAT JAHATNYA BELUM TENTU BERLAKU.
Imam Syafei ada menyebut dalam BAB KAWIN MUT'AH.
Sesaorang berniat untuk bermut'ah dengan seorang wanita ia-itu dia berniat mengawini seorang wanita untuk jangka masa tertentu mithalnya 10 hari,1 bulan,1 tahun dan sebagainya,mengundang 2 senario; perihal sah atau tidak akad pernikahannya:
1. TIDAK SAH - Semasa proses IJAB KABUL ada disebut masa tertentu. Inilah yang dikatakan NIKAH MUT'AH.
2. SAH - Semasa proses IJAB KABUL seperti biasa iaitu tidak disebutkan masa tertentu walaupun niat asalnya berkahwin hanya untuk seketika sahaja. Hal ini adalah NIKAH BIASA.
Imam Syafei berkata bahawa NIAT TIDAK BAIK sesaorang itu tidak menghalang SAHNYA AKAD PERNIKAHAN ITU selagi dia tidak menyebut MASA TERTENTU semasa proses IJAB KABUL.
Pendapat Imam Syafei dalam BAB KAWIN CINA BUTA
Muhallil (lelaki yang menjadi CINA BUTA) yang batal nikahnya dengan perempuan itu, jika dalam ijab kabul menyatakan sesuatu maksud untuk mentalaknya kemudian,agar nantinya halal kembali bagi Muhallal(bekas suami yang pertama). Adapun jika ia ketika ijab kabul tidak menyatakan maksudnya ini maka aqad nikahnya SAH.
Pembaca yang budiman,
Imam Syafei berkata," NIAT TIDAK ADA BAGINYA HUKUM,KECUALI DENGAN ADA SESUATU BERSAMA NIAT ITU." ( Petikan diambil daripada Al Umm-Kitab Induk Imam Syafei)
Apakah yang dimaksud dengan unggapan itu? Lihat contoh diatas dalam hal, SAH dan TIDAK SAH ijab kabul dalam suatu proses pernikahan.
Penjelasan:
1. TIDAK SAH - Hal ini kerana NIAT TIDAK BAIK sesaorang itu DILAFASKAN didalam IJAB KABUL semasa proses pernikahan. Maknanya,NIAT dizahirkan bersama (ada sesuatu bersama niat itu) masa tertertu dalam proses ijab kabul.
2. SAH - Hanya NIAT SAHAJA tidak ada sesuatu bersama NIAT itu oleh sebab NIAT TIDAK ADA BAGINYA HUKUM.
NIAT bermaksud NAZAR
Contohnya:
Jika seseorang berniat," Aku lulus peperiksaan akhir,aku akan memberi makan 10 orang fakir miskin."
Penjelasan: Niat seperti ini;ada sesuatu bersama niat itu,merupakan NAZAR.
Pembaca yang budiman,
Berbalik kepada permasalahan si Azhar Idrus ini dalam HAL NIAT pada BAB SOLAT JAMA' dan QASA'.
Ada 2 klip video yang dia memperdengar tentang NIAT dan NIAT ITU MENJADI HUKUM. Silalah mendengarnya dahulu kerana hal itu dapat mempastikan bahawa dia berkeyakinan seperti itu. Saya kira,ITULAH MAZHAB AZHAR IDRUS.
1. Dia berkata, "Contoh daripada Bangsar nak pergi ke JB. Selama mana nak pergi, 4 hari. Masuk sempadan selamat datang ke JB maka kita telah bernama pemukim JB. Pasal apa? Kerana kita niat nak duduk 4 hari di JB dan ke atas, maka bila kita nama mukim, boleh tak jama' qasa'? Dah boleh ehh."
2. Dia berkata juga tentang berniat ke Beyjing selama 5 hari maka sampai saje di Beyjing kita adalah pemukim Beyjing maka tidak boleh qasa' jama'.
Penjelasan:
Bagi Azhar Idrus mengikut apa yang diperkatakan, NIAT ITU ADALAH HUKUM. Apabila kita berniat untuk berada disuatu tempat selama 4 hari maka sesampainya kita ditempat tersebut, kita disabitkan sabagai ORANG YANG BERMUKIM,tak boleh lagi BERSOLAT QASA' DAN JAMA'.
Persoalan: Jika NIAT ITU ADALAH HUKUM jesteru, seseorang yang BERNIAT MUSAFIR lalu MELAKUKAN PERJALANAN maka sepatutnya dia sudah boleh bersolat qasa' jama',apa perlu memenuhi syarat JARAK PERJALANAN untuk membolehkan qasa' jama'!!!
Dengar apa yang diperkatakan oleh si Azhar ini,saya cuba ajok cakapnya.
Azhar Idrus berkata sambil merendah-rendahkan orang lain," Hok salah faham gini,bila kita nak pergi 5 hari sampai sana, 3 hari boleh jama' qasa'. Tak ada ulamak kata,yang ada orang bercakap di kedai kopi,cakap dalam facebook, hok itu ada,pandangan ulamak tak ado. Dia asalnya mukim musafir mukim musafir. dok guona dah boleh jama'. Jama' guano mu orang mukim. Mukim guano.. aku beyjing ni, tau nak duduk berapa hari,nak duduk 5 hari,dah pemukimlah orang panggil sebab orang yang duduk atas bumi ini dia tiga aje,musafir,mukim mustautin............"
Penjelasan:
Itulah yang saya katakan bahawa si Azhar ini berkeyakinan bahawa jika kita berniat nak pergi Beyjing selama 5 hari maka apabila sampai di sana kita dikira orang yang bermukim. Dia kata bahawa tak ada ulamak kata,pandangan ulamak tak ado.
Apa punya ilmu yang dia belajar! Duduk berdiri persoalan pun tidak jelas! Dia buat soalan,dia jawab pun tidak jelas. Pening...pening....guanoo mu nii....tak cukup belajar lagi..... sedap cakap ajeeee...isyy...isyyy...isyy...
Dia kata duduk di suatu tempat 4 hari dan lebih dikatakan orang bermukim maka tidak boleh jama'qasa'. Tidak boleh jama'qasa' bagi si Azhar sejak sampai lagi.Ini kerana berniat nak pergi Beyjing 5 hari. Di ambil kira dari hari perjalanan,sampai disana dikira kita orang bermukim. Mampoosss.............
TETAPI,
Mengikut pendapat Imam Malik dan Syafei,kedua Imam ini mengatakan bahawa JIKA SESEORANG BERNIAT HENDAK MUKIM LEBIH DARI 4 HARI,HARUS MENCUKUPKAN SOLAT DAN KALAU KURANG,BOLEH MENGQASA'. Apa maknannya? Maknanya,4 hari menjadi BATASNYA,lebih daripada itu kena mencukupkan solat. 4 hari itu, kita masih boleh mengqasa' solat.
Penjelasan: 1. Mengenai dengan NIAT - Niat bermukim berlaku apabila kita telah berada ditempat itu. 2. Jika kita berniat mukim,katakanlah 6 hari maka hari yang ke 5 kita sudah mulai mencukupkan solat;tidak lagi menjama' dan mengqasa',maknanya solat seperti biasa iaitu SOLAT PENUH. Ini jika kita mengikut pendapat Imam Malik dan Syafei.
Saya kemukakan hadis sebagai BUKTI.
Hadis riwayat Bukhary:
Dari Ibnu Abbas,katanya: "Nabi s.a.w. bermukim dalam salahsatu perjalanannya selama 19 hari dan selalu bersembahyang 2 raka'at. Maka kami pun kalau bermukim dalam perjalanan selama 19 hari,kami akan tetap mengqasa',dan kalau lebih dari itu,akan kami cukupkan."
Pembaca yang budiman,
Sebenarnya,bermukim ini bukan saje batasannya 4 hari seperti pendapat daripada Imam Malik dan Syafei TETAPI, Nabi s.a.w. dan para sahabatnya bermukim dalam jumlah hari yang berlainan. Sila lihat sinarai dibawah:-
1. Imam Hanafi berpendapat,jika berniat mukim 15 hari,harus mencukupkan solat.Maknanya,hari pertama berniat mukim hinggalah hari ke 14,masih boleh mengqasa' solat.(Ini juga merupakan pendapat Al-Laits bin Saad,dan menurut riwayat,juga dianut oleh 3 orang sahabat iaitu Umar,Abdullah bin Umar dan Ibnu Abbas.)
2. Imam Ali bin Abi Thalib r.a.,jika bermukim 10 hari,harus mencukupkan.
3. Hasan r.a. mengatakan bahawa boleh terus mengqasa' selama seseorang belum kembali ke tempatnya semula.
Ada banyak lagi para sahabat yang berniat mukim bagi jumlah hari yang berlainan. Dalam hal ini Ibnul Mundzir mengatakan dalam satu penyelidikannya,bahwa para ahli telah ijma' bahawa seorang musafir itu dibolehkan tetap mengqasa' selama ia tidak bermaksud akan terus menetap(bermastautin) di sana,walaupun bermukimnya itu berlangsung selama waktu bertahun-tahun.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setidak nya dia mampu guna Ferrari. Kamu mampu??
ReplyDeletemasalahnya bbukan ustaz Azhar je cakap gitu... dok baca solusi pun kata gitu.. yang utk berbelas hari tu, kalau tak ada niat nak spend berapa lama di kawasan tersebut...
ReplyDeleteAssalam, saya berpandangan anda mempunyai penyakit iaitu penyakit hati yg perlu segera diubati. Saya yakin ada salah faham anda berkaitan syarahan UAI. Mungkin beza budaya, bahasa, loghat. Sebelum menuduh atau mengata seseorang perlu mendapat penjelasan. Maaf menuduh perkataan saya yang tidak sesuai. Seeloknya guna perbezaan pendapat akibat perbezaan budaya yg perlu dirai dan cari jalan yg baik. Bukan dengan mengata. Wassalam
ReplyDeleteAnda bljr x abes..sila bljr n kaji dgn guru yg murshid sblom anda post sesuatu yg memalukan anda ini di dunia n plg dashat di akhirat..
ReplyDeleteEngkau yg tak paham. Belajar lg.
ReplyDeletehmmm.. maaf deh, deme bukan org ganu, deme dok phm ustaz royak mendape, nk royak ke deme bhs ganu ni pelek skit, sesuatu kalimah boleh diganti dgn nada suara shj, makna kata kalu satu ayat penuh ade 7 kalimah, kadang2 pada bhs tganu boleh jadi 4 kalimah je, hok tiga lagi tu dihilangkan dan digantikan dengan nada suara. dan lagi, bhs tganu ni tidak bersusun kalimahnya, yg spatutnya duk di permulaan ayat boleh jd duk di belakang skali dan jugok ada bnyak sgt kias-kiasnya. kalu deme dok phm bhs, jdnye deme dok reti base. dan lagi, wlaupn deme kemukakan hadits, deme sdiri x phm tafsir hadits tu, napok terang deme ngaji x guru, paka baca sorg, bdk tadika reti kalu gitu..
ReplyDeleteKamu ni syiah!!! yang hanya mahu menyesatkan alul sunnah wal jemaah..
ReplyDeleteKamu ni syiah!!! yang hanya mahu menyesatkan alul sunnah wal jemaah..
ReplyDeletetuan blog..pegi belajar lagi.jangan mengarut.buat malu diri sendiri je..belajar xabis ni..
ReplyDeleteLain kali pergi kuliah dia dengar sendiri tanya sendiri bagi soalan dekat dia bukannya dengar video sahaja lalu buat andaian sendiri, tafsiran sendiri yang kelihatan lebih kpd untuk menghentam uai dan bukannya perbincangan dan pendapat yg berilmiah yg seterusnya mengelirukan umat islam yg jahil dgn agama pd harini.. Jgn smpai jd najis!
ReplyDeleteOo asal orang ganu..boleh maki mwncarut?
ReplyDelete