Tuesday, December 25, 2012

Nik Aziz Mempersoalkan Hak Mutlak Allah SWT Memasukkan Manusia Ke Syurga Atau Neraka

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Pertama-tama sekali pembaca hendaklah mendengar klip video ini bermula dari 5.02 hingga habis. Disinilah bermulanya dia bercakap tentang HAK MUTLAK ALLAH. Dia menjawab apa yang diperkatakan oleh Dr Shukor,YDP Majlis Fatwa Malaysia tentang " ketentuan orang Islam masuk Syurga Neraka adalah hak mutlak Allah". Sebenarnya,jika pembaca rajin untuk mendengar,cubalah dengar bermula dari 5.02 pada siri 2 hinggalah ke-siri 7, kesemuanya diperkatakan tentang hak mutlak Allah sebagai usaha bagi menjawab masalah tersebut.

Jika tidak pun,cukuplah sekadar mendengar dari 5.02 hingga habis pada klip video ini. Para pembaca mungkin tidak mempercayai ulasan yang dibuat tentang HAK MUTLAK ALLAH ini.

Apa yang difahamkan daripada ucapannya,seolah-olah dia tidak bersetuju HAK MEMASUKKAN MANUSIA KE SYURGA ATAU NERAKA, KEPUNYAAN ALLAH. Dia beranggapan bahawa orang yang sembahyang mesti masuk Syurga, orang yang hisap dadah mesti masuk Neraka. Ohhh...begitu....... Dia menghendaki Allah berlaku seperti itu. Allah tak ada choice,mesti macam itu! Dia tidak mahu Allah masukkan manusia yang hisap dadah ke Syurga dan dia tak mahu Allah masukkan orang sembahyang ke Neraka. Sila dengar dari 6.37 hingga 6.49 sebagai rujukan.



Pembaca yang budiman,

Apa nak dibuat dengan si Nik Aziz ni! Apakah ini SALAH SATU DARIPADA CARA ALLAH SWT MEMPERLIHATKAN KESALAHAN PERJUANGAN SONGSANG MEREKA YANG BERSELINDUNGKAN (AGAMA) JUBAH,SERBAN DAN JANGGUT agar umat Islam semua dapat melihat dan mendengar sendiri daripada mulutnya? Fikir-fikirkanlah! Ini sangat merbahaya!

Para pembaca yang budiman,

Kita semestinya berasa takut akan amal ibadah tidak diterima oleh Allah SWT.Jika berlaku sedemikian maka rugilah manusia itu. 

Hadis riwayat Muslim:

Dari Sahli bin Sa'adi Al Sa'idy r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:" Banyak orang-orang yang beramal dengan AMALAN AHLI SYORGA PADA LAHIRNYA DIMUKA UMUM ,tetapi sebenarnya ia AHLI NERAKA;dan banyak pula orang yang beramal AMALAN AHLI NERAKA PADA LAHIRNYA DIMUKA UMUM,tetapi sebenarnya ia AHLI SYORGA."

MERBAHAYA! MERBAHAYA! MERBAHAYA! INI SANGAT MERBAHAYA!

Akidah ahli sunnah wal jamaah ialah ketentuan sesaorang itu masuk Syurga dan Neraka adalah HAK MUTLAK ALLAH SWT.


Manusia itu sebenarnya tidak tahu apa yang ada didalam hati walaupun secara luarannya manusia itu nampak baik tetapi akhir sekali yang MENENTUKAN NASIBNYA ADALAH ALLAH SWT. Kita semua tahu akan prinsip serta konsep PAHALA dan DOSA. Secara prinsipnya,buat baik dapat pahala dan buat jahat dapat dosa. Tetapi perlu diingat bahawa konsepnya pulak,buat baik MESTI IKHLAS baru amal itu diterima. Buat jahat pulak,MESTI SEMPURNA PERBUATANNYA bukan hanya NIAT AJE. 


Dalam kehidupan ini,peluang diberi kepada setiap manusia dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Keseluruhan amal perbuatan baik yang diterima dan jahat yang diampuni akan menghasilkan NATIJAH AKHIR HAYAT YANG BAIK BAGI SESAORANG( Husnil khatimah).


Saya percaya, para pembaca yang budiman jugak mengetahui bahawa nasib kita; sama ada ke Syurga atau Neraka, TIDAK DIKETAHUI KERANA ITU ADALAH HAK MUTLAK ALLAH. Walaubagaimana pun,kita disuruh BERMOHON dengan merasai TAKUT dan BERHARAP agar mendapat KEREDHAAN ALLAH SWT.


BERAMAL TANPA ILMU, SIA-SIA dan BERILMU TANPA HIDAYAH, SESAT. 


Wassalam.



Saturday, December 22, 2012

Lupakan Saja Memanggil Mereka Tuan Guru Atau Pemikiran Kamu Bercelaru!

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Kaedah panggilan "Tuan Guru" terhadap sesaorang selalunya bersabit dengan ilmu yang bermanfaat yang diajar kepada para muridnya. Hasil didikannya membuahkan puluhan atau ratusan murid yang mengikut jejak langkah gurunya. Sumbangan kepada masyarakat adalah matlamat utama. Bukan saje darisegi tenaga usaha yang disumbangkan malahan kitab-kitab karangan mereka jugak menjadi pedoman dan panduan hidup kepada masyarakat.

Akhlak dan keperibadian yang baik lagi murni. Tindak tanduk mereka ini memperlihatkan ketundukan serta kepatuhan yang sangat tinggi kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Memiliki ilmu yang mendalam serta keupayaan menterjemah syariat Islam selari dengan peredaran zaman berpaksikan Al Qur'an dan Sunnah.

Kehadiran mereka di muka ini sebenarnya, memberi suatu rahmat kepada penduduk bumi. Suasana kehidupan di muka bumi ini menjadi aman dan tenteram dengan kehadiran mereka. Mereka adalah aset kepada kehidupan manusia. Pemilikan ciri-ciri serta sifat-sifat seperti ini melayakan sesaorang itu digelar atau dipanggil tuan guru.

Apakah 2 orang manusia di dalam gambar layak dipanggil tuan guru? Jika tidak layak,kenapakah masih ada suara-suara yang memanggil mereka ini dengan panggilan tuan guru? Jika yang memanggil mereka ini adalah para penyokong dan pemimpin mereka,itu suatu yang wajar. Tetapi panggilan itu diungkapkan oleh pihak yang bukan daripada sekutunya dalam sesetengah ucapan atau ceramah apabila namanya disebut. Bukankah ini sesuatu yang janggal? Seolah-olah MEMPERAKUI KEBENARAN PERJUANGAN MEREKA yang  SONGSANG, menjadi punca kepada PERPECAHAN UMAT ISLAM. Kalau atas tujuan menghormati mereka sekali pun,apalah salahnya dipanggil dengan pangkat Dato atau Dato Seri yang mereka miliki.

Hindari daripada memanggil mereka ini tuan guru,tok guru dan sebagainya atau keyakinan dan kepercayaan kamu di ragui.







Wassalam.


Thursday, December 6, 2012

Kebodohan Hadi Awang Tentang Arak! Masalah Liwat Pun Masih Belum Boleh Cover Lagi

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Seperti mana didalam klip video ini mereka,pemimpin PAS mengatakan bahawa Tun Mahathir tidak tahu tentang hukum Hudud dan dia cuma tahu tentang perubatan aje.Apa yang pernah saya dengar yang keluar daripada mulut Tun ialah mengenai hukum hudud mencuri,berzina melibatkan orang Islam dan bukan Islam.
Tun berfikiran;sebagai seorang negarawan ia-itu sebagai seorang yang pernah menjadi pemerintah yang memerintah negara berbilang bangsa, suatu hukum bagi sesabuah negara adalah hukum yang dikuatkuasakan untuk dilaksanakan kepada rakyat secara keseluruhan;bagi semua bangsa. Ini sememangnya BENAR kerana berdasarkan kepada Al Qur'an:-

"Dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

Berbalik kepada topik perbincangan,

Setahu saya,tak pernah pun saya dengar Tun bercakap bab arak. Mereka ni yang mengatakan tentang bab arak dan kemudian mengatakan bahawa Tun tak tahu hukum hudud.

Tun pernah berkata bahawa hukum hudud PAS bukan hukum hudud Islam. Atas alasan itu mereka mendakwa bahawa Tun menolak hukum hudud. Lihatlah,betapa cepatnya mereka menjatuhkan hukum kepada sesaorang. Hal ini kerana, hudud PAS menghukum orang-orang Islam sahaja dan orang-orang bukan Islam terlepas daripadanya.

Mengenai minum arak mereka berkata bahawa bagi orang Islam, itu adalah hudud. Maknanya,meminum arak bagi orang Islam adalah satu jenayah yang boleh dihukum dibawah hukum hudud.Bagi orang-orang bukan Islam itu adalah HAK MEREKA.Maknanya,tidak menjadi kesalahan bagi orang yang bukan Islam meminum arak kerana itu adalah HAK MEREKA. Agaknya, jika mereka melaksanakan hukum Islam di negara ini maka HUKUM ISLAM YANG SEMACAM ITULAH RUPA BENTUKNYA. Terus-terusan mereka mendabik dada bahawa mereka adalah orang-orang yang tahu pasal hukum Islam dan orang lain semua bodoh-bodoh belaka.



Pembaca yang budiman,

Hadi Awang berkata," disana ada beza adil untuk semua dan hak untuk semua. Disana ada hak,hak orang yang bukan Islam.Orang yang bukan Islam ni,hak dia untuk mengizinkan perkara yang dibenarkan oleh agama dia. Contohnya hukum hudud yang berkait dengan arak,orang minum arak kena hukum.Itu hukum hudud.Kita tak boleh hukum orang yang bukan Islam,sebab dia dibenarkan oleh agama dia. Bukan di kelantan kita benarkan penjualan arak bagi orang yang bukan Islam. Itu contoh hukum hudud le tu."

Komen saya: Jika kebenaran penjualan ARAK di Kelantan dikatakan itu hukum hudud,apakah Hadi buta ke, bahawa di merata tempat di Malaysia ni penjualan arak sememangnya dibenarkan oleh pemerintah kepada orang yang bukan Islam,jugak bolehlah dianggap sebagai hukum hudud? KEPALA OTAK DIA. Maknanya,hukum hudud bagi penjualan arak di Malaysia ini, telah dilaksanakan oleh pemerintah sejak dulu lagi. Kalau begitu,hukum hudud bab arak ni telah dilaksanakan oleh pemerintah sejak dulu lagi. Cakap tak tak guna akal!

Pembaca yang budiman,

Hadi Awang bercakap tentang adil untuk semua menggunakan kepala otak dia yang gundu dan hatinya yang bernafsu. Dia belum pi belajar habis lagi. Pemerintahan Islam dalam masyarakat majmuk telah ada contoh daripada Nabi s.a.w. ketika beliau memerintah negara Medina. Bercakap tentang orang bukan Islam dalam negara yang diperintah oleh pemimpin Islam seperti Malaysia,orang yang bukan Islam BUKAN SAJA ADA HAK TETAPI MEREKA MEMPUNYAI TANGGONGJAWAB TERHADAP PEMERINTAH ISLAM.Perkara sebegini telah di pulopori oleh Nabi s.a.w. sendiri, diikat akan orang-orang bukan Islam dengan sebuah PIAGAM yang kita semua ketahui SAHIFAT AL-MADINAH. Piagam ini menggariskan HAK dan TANGGUNGJAWAB PEMERINTAH DAN RAKYAT SERTA HUBUNGAN KEDUA-DUA BELAH PIHAK DAN JUGA HUBUNGAN RAKYAT SESAMA RAKYAT YANG BERBILANG KAUM DAN AGAMA.

Beberapa tanggungjawab TERPETRI DIDALAM PIAGAM yang perlu saya kemukakan disini bersangkutan dengan apa yang dibincangkan sekarang.

* Mematuhi undang-undang negara.
* Memelihara perasaan orang-orang Islam.
*Menghormati agama Islam. Ini termasuklah tidak menghina Allah,kitab suci Al Qur'an,diri   Rasulullah s.a.w. dan keluarganya,pengajaran Islam dan seumpamanya.

Jadi,bukan HAK saje tetapi TANGGUNGJAWAB jugak ada. Memang benar bahawa meminum arak adalah jenayah yang dikenakan hukum hudud kerana kesemua IMAM MAZHAB berpendirian seperti itu.Inilah yang dikatakan IJMA' ULAMA apabila NAS AL QUR'AN TIDAK MENETAPKAN KADAR HUKUMANNYA. Ada sesetengah ulamak tidak mengkelasifikasikan sebagai hukum hudud. Oleh itu,jika hal sedemikian (meminum arak),dianggap sebagai jenayah hudud maka orang-orang bukan Islam kena patuh kepada hukum tersebut. Maknanya,layanan hukum adalah sama antara orang Islam dan yang bukan Islam bagi sabitan meminum arak dengan beberapa peruntukan sebagai kelonggaran bagi orang-orang yang bukan Islam. Di atas sebab inilah(ketiadaan NAS) pada zaman khulafah ar Rasyidin, perlaksanaan hukuman dari segi bilangan sebat, berubah-ubah.

Pandangan  Dr. Yusuf al Qardawi,ibid hal 41-42:-

Selain daripada itu,mereka adalah terikat dengan hukum-hukum Islam sama ada dalam bidang jenayah dan muamalat. Pada umumnya,hak mereka adalah sama dengan orang Islam dan tanggungjawab mereka adalah sama dengan tanggungjawab orang Islam.

Pandangan Dr. Muhammad al Sadiq Afifi, dalam kitab al Islam wa al-Alaqat al Dauliyyah. hal 334:

Dari sudut undang-undang negara,mereka wajib mematuhinya sama ada didalam bidang muamalat atau jenayah,disamping mereka juga terikat dengan kehakiman Islam selama mereka berada didalam negara Islam. Kedudukan ini tidaklah berbeza dengan kedudukan orang-orang DHIMMI seperti yang telah kita jelaskan sebelum ini.

Nota: Bukan saje orang-orang bukan Islam yang menjadi warga negara bahkan pendatang asing jugak wajib mematuhi undang-undang Islam.

Pembaca yang budiman,

Kebebasan melalui HAK orang-orang yang bukan Islam semestinya berpaksi kepada TANGGUNGJAWAB dan perkara ini terikat dengan kepentingan negara.Jika hal sedemikian boleh menggugat kestabilan negara dan perpaduan ummah,maka pemerintah boleh mengambil langkah-langkah yang wajar untuk membendungnya atau menghapuskan perkara yang menjadi ancaman itu kerana TINDAKAN PEMERINTAH ADALAH TERIKAT DENGAN MASLAHAH UMMAH.

Kesimpulannya,

HAK ORANG-ORANG BUKAN ISLAM BAGI MEMINUM ARAK seperti yang disebutkan oleh Hadi Awang di dalam klip video itu tidak terpakai bagi orang-orang bukan Islam yang menjadi RAKYAT sesabuah negara Islam. Itu kata KEPALA OTAK HADI! Bagi saya,jika undang-undang hudud dilaksanakan oleh pemerintah maka hukuman hudud itu jugak boleh dikenakan kepada rakyat yang bukan Islam.

Saya pernah menulis tentang MERTABAT PEMERINTAH atau ULILAMRI yang mempunyai HAK melaksanakan apa jugak hukum/undang-undang demi  untuk menjaga kepentingan rakyatnya.

Dalam urusan kekeluargaan dan sosial,mereka tidaklah dilarang untuk mengamalkan apa jua perkara yang diharuskan oleh agama mereka, sekali pun perkara itu di larang oleh agama Islam. Seperti urusan berkaitan dengan perkhawinan,perceraian,makan babi dan yang bersabit dengan akidah tetapi tidak pada meminum arak walaupun meminum arak itu dibenarkan oleh agama mereka. Seperti mana yang telah saya terangkan bahawa IJMA' ULAMA MEMPERAKUI BAHAWA MEMINUM ARAK ADALAH JENAYAH DI BAWAH HUKUM HUDUD. Maka,jika hukum hudud dilaksanakan di negara Malaysia ini, MEMINUM ARAK adalah suatu JENAYAH HUDUD yang semestinya ditaati oleh RAKYAT YANG BUKAN ISLAM agar dapat dilaksanakan kepada SEMUA RAKYAT.

Ada banyak lagi kebodohan mereka tentang apa yang mereka dakwa sebagai hukum hudud. Dibawah ini,satu lagi hukum hudud PAS mendefinasikan perkara LIWAT. Ini dibangkitkan oleh Zulkifli Nordin semasa perbahasan di Parlimen.

Boleh baca seterusnya,


"Mereka (Pas) sering kali sebut yang kami nak laksanakan Enekmen Hudud, Qisas dan Takzir Kelantan 1993, Enekmen Hudud, Qisas dan Takzir 2002 (Terengganu). Jadi kita kena tunjukkan kepada rakyat, adakah ini Hudud yang dimaksudkan oleh Islam.

"Kebetulan, saya ada kedua-duanya, satu drafnya dan satu lagi yang telah diluluskan, yang ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu sendiri.

"Yang jelas di sini ialah Enekmen Hudud, Qisas dan Takzir 2002 (Terengganu) yang diluluskan oleh DUN Terengganu ketika Pas memerintah Terengganu," ujarnya dalam sidang media di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Antara contoh yang didedahkan Zulkifli bagi membuktikan ini bukan Hudud Islam sebaliknya ianya hudud Pas ialah di dalam seksyen 14, dia sebut jelas bagi tafsiran liwat, liwat adalah satu kesalahan merupakan persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain, ataupun antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang lain yang dilakukan di luar tabii (yang dilakukan melalui dubur).

"Liwat di dalam enekmen Hudud Pas ini, bermakna lelaki dengan lelaki main ikut belakang, lelaki dengan perempuan ikut belakang. Itu dianggap liwat kecuali melalui dubur isterinya.

"Bermakna kalau dia main dubur isterinya, tak dianggap liwat. Jadi saya kata, ini Islam ke? Takkan liwat isteri, tak dianggap hudud kerana prinsip liwat ialah main ikut belakang. Ini perkara yang mereka simpan cukup lama, mereka takut ianya akan dibongkar," tambahnya.

Wassalam.