Tuesday, December 25, 2012

Nik Aziz Mempersoalkan Hak Mutlak Allah SWT Memasukkan Manusia Ke Syurga Atau Neraka

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Pertama-tama sekali pembaca hendaklah mendengar klip video ini bermula dari 5.02 hingga habis. Disinilah bermulanya dia bercakap tentang HAK MUTLAK ALLAH. Dia menjawab apa yang diperkatakan oleh Dr Shukor,YDP Majlis Fatwa Malaysia tentang " ketentuan orang Islam masuk Syurga Neraka adalah hak mutlak Allah". Sebenarnya,jika pembaca rajin untuk mendengar,cubalah dengar bermula dari 5.02 pada siri 2 hinggalah ke-siri 7, kesemuanya diperkatakan tentang hak mutlak Allah sebagai usaha bagi menjawab masalah tersebut.

Jika tidak pun,cukuplah sekadar mendengar dari 5.02 hingga habis pada klip video ini. Para pembaca mungkin tidak mempercayai ulasan yang dibuat tentang HAK MUTLAK ALLAH ini.

Apa yang difahamkan daripada ucapannya,seolah-olah dia tidak bersetuju HAK MEMASUKKAN MANUSIA KE SYURGA ATAU NERAKA, KEPUNYAAN ALLAH. Dia beranggapan bahawa orang yang sembahyang mesti masuk Syurga, orang yang hisap dadah mesti masuk Neraka. Ohhh...begitu....... Dia menghendaki Allah berlaku seperti itu. Allah tak ada choice,mesti macam itu! Dia tidak mahu Allah masukkan manusia yang hisap dadah ke Syurga dan dia tak mahu Allah masukkan orang sembahyang ke Neraka. Sila dengar dari 6.37 hingga 6.49 sebagai rujukan.



Pembaca yang budiman,

Apa nak dibuat dengan si Nik Aziz ni! Apakah ini SALAH SATU DARIPADA CARA ALLAH SWT MEMPERLIHATKAN KESALAHAN PERJUANGAN SONGSANG MEREKA YANG BERSELINDUNGKAN (AGAMA) JUBAH,SERBAN DAN JANGGUT agar umat Islam semua dapat melihat dan mendengar sendiri daripada mulutnya? Fikir-fikirkanlah! Ini sangat merbahaya!

Para pembaca yang budiman,

Kita semestinya berasa takut akan amal ibadah tidak diterima oleh Allah SWT.Jika berlaku sedemikian maka rugilah manusia itu. 

Hadis riwayat Muslim:

Dari Sahli bin Sa'adi Al Sa'idy r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:" Banyak orang-orang yang beramal dengan AMALAN AHLI SYORGA PADA LAHIRNYA DIMUKA UMUM ,tetapi sebenarnya ia AHLI NERAKA;dan banyak pula orang yang beramal AMALAN AHLI NERAKA PADA LAHIRNYA DIMUKA UMUM,tetapi sebenarnya ia AHLI SYORGA."

MERBAHAYA! MERBAHAYA! MERBAHAYA! INI SANGAT MERBAHAYA!

Akidah ahli sunnah wal jamaah ialah ketentuan sesaorang itu masuk Syurga dan Neraka adalah HAK MUTLAK ALLAH SWT.


Manusia itu sebenarnya tidak tahu apa yang ada didalam hati walaupun secara luarannya manusia itu nampak baik tetapi akhir sekali yang MENENTUKAN NASIBNYA ADALAH ALLAH SWT. Kita semua tahu akan prinsip serta konsep PAHALA dan DOSA. Secara prinsipnya,buat baik dapat pahala dan buat jahat dapat dosa. Tetapi perlu diingat bahawa konsepnya pulak,buat baik MESTI IKHLAS baru amal itu diterima. Buat jahat pulak,MESTI SEMPURNA PERBUATANNYA bukan hanya NIAT AJE. 


Dalam kehidupan ini,peluang diberi kepada setiap manusia dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Keseluruhan amal perbuatan baik yang diterima dan jahat yang diampuni akan menghasilkan NATIJAH AKHIR HAYAT YANG BAIK BAGI SESAORANG( Husnil khatimah).


Saya percaya, para pembaca yang budiman jugak mengetahui bahawa nasib kita; sama ada ke Syurga atau Neraka, TIDAK DIKETAHUI KERANA ITU ADALAH HAK MUTLAK ALLAH. Walaubagaimana pun,kita disuruh BERMOHON dengan merasai TAKUT dan BERHARAP agar mendapat KEREDHAAN ALLAH SWT.


BERAMAL TANPA ILMU, SIA-SIA dan BERILMU TANPA HIDAYAH, SESAT. 


Wassalam.



No comments:

Post a Comment