Thursday, July 2, 2015

Kena Baca: Ahli Sunnah Atau Ahli Punnah!!! Bahagian Akhir



Assalamu'alaikum.

Para Pembaca Yang Budiman,

Seperti mana yang dinyatakan pada tulisan yang lepas-lepas,Demokrasi mempunyai beberapa amalan yang bertentangan dengan syariat Islam. Salah satu elemen yang kufur ialah cara menjatuhkan pemerintah oleh rakyat dengan menggunakan sifat-sifat yang bertentangan dengan syariat.

1. Memaki hamun,mencaci,mengumpat,tuduh-menuduh dan mengfitnah.
2. Melakukan demonstrasi jalanan;melakukan banyak kerosakan harta awam serta menghalang rakyat rakyat lain menjalankan tugas harian.
3. Mengwujudkan satu keadaan yang tidak tenteram membawa kepada keadaan huru-hara.
4. Kebolehan penubuhan parti politik jika dianuti oleh umat Islam mengakibatkan perpecahan sesama umat Islam; parti PAS,PKR,PASMA,IKATAN.

Sebab-sebab ini digunakan pakai oleh Abdullah bin Saba semasa pemerintahan saidina Usman bin Affan. Akhirnya,kerajaannya tumbang dan beliau terbunuh.

Sifat-sifat yang dimiliki oleh Demokrasi sangat jelas bertentangan dengan syariat Islam. Tambahan pula,arahan daripada Al Qur'an dan banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan bagaimana sepatutnya PERADABAN umat Islam terhadap pemerintah. Semuanya telah dijelaskan pada tulisan yang lepas.

Allah SWT mengetahui bahawa untuk mengawal manusia ini bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh itu,ketaatan kepada pemerintah sesuatu yang utama; mesti dititik beratkan oleh setiap warga negara. Tujuan utama diwujud pemerintah agar dapat mengawal rakyatnya dari segala segi supaya keamanan dapat dikecapi. Itulah ASAS yang utama sesuatu pemerintahan. Apabila keamanan dikecapi semua rakyatnya dapat menjalankan segala aktiviti harian mereka dengan baik.

Republik Rakyat China yang memerintah rakyatnya dengan KUASA SATU PARTI POLITIK berjaya mengawal keamanan negara yang mempunyai penduduk berjumlah 1.3 billion. Cubaan menukarkan kepada Demokrasi mengakibatkan ribuan nyawa manusia yang menjadi korban. Hal sedemikian diketahui oleh pemerintah negara China bahawa Demokrasi;umum mengetahui, keterlibatan semua rakyat dalam proses pemilihan pemimpin,memberi kesan buruk kepada keamanan negara.

Negara Arab Saudi yang mengamalkan sistem BERAJA jugak berjaya mengawal penduduknya yang berjumlah 27 juta. Keamanan dikecapi dan hasilnya semua rakyatnya dapat menjalankan aktiviti harian dengan baik. Allah SWT merakamkan didalam Al Quran, surah At Tin ayat 3: "Demi negeri ini yang aman". Dalam surah Al Balad ayat 1, Allah SWT menggunakan negeri ini (Mekah) untuk bersumpah. Firman Allah: " Aku bersumpah dengan negeri ini (Mekah)."

Kedua-dua negara ini;Republik of China dan Arab Saudi, mempunyai persamaan iaitu rakyat jelata tidak terlibat dalam proses pemilihan pemimpin. Kuasa sepenuhnya di tangan Presiden dan Raja. Rakyat jelata wajib taat kepada pemerintah negara. Peliknya negara China ini walaupun melebalkan negara Republik tetapi pemilihan pemimpin hanya dikalangan dalaman Satu Parti Komunisnya. Rakyat tidak terlibat. Di kalangan negara yang seperti ini ialah Korea Utara,Russia,Laos dan Vietnam.

Bagi Arab Saudi,kuasa sepenuhnya ada pada Raja. Pemilihan pemimpin berlaku dikalangan keluarga raja Arab Saudi. Rakyat tidak terlibat dan mereka wajib taat kepada pemerintah. Di kalangan negara yang seperti ini ialah Brunei,Swaziland,Oman,Qatar dan UAE.

Negara-negara Arab yang telah bertukar corak pemerintahannya daripada Raja kepada negara demokrasi atau negara republik,satu persatu mengalami kemusnahan dan kehancuran. Hal ini kerana keterlibatan rakyat jelata dalam proses pemilihan pemimpin memberi kesan buruk kepada kestabilan dan keamanan didalam negara itu sendiri. Signifikannya,rakyat jelata terlibat dalam proses pemilihan pemimpin kerana Demokrasi dan Republik memberi hak kepada mereka. Banyaklah hak-hak rakyat yang disebut didalam perlembagaan negara sahingga para pemimpin terpaksa menjadikan rakyatnya sebagai PUNCA untuk mengekalkan KUASA. Bagi para penentang pemerintah (Pembangkang), rakyat jelata sebagai PUNCA untuk menjatuhkan pemerintah (secara pilihanraya) atau PUNCA memporak-perandakan pemerintah melalui SIFAT-SIFAT DEMOKRASI yang KUFUR. Oleh itu,Demokrasi dilihat mengadakan ruang dan peluang bagi rakyatnya untuk mencorakkan negaranya sendiri.

Realitinya,apabila rakyat jelata sesabuah negara tidak berpuas hati dengan pemerintahnya maka kejala DEMONSTRASI JALANAN adalah suatu yang SIGNIFIKAN berlaku. InsyaAllah,mudah-mudahan pembaca semua boleh faham apa yang dimaksud. Maka,tak habis-habis pergolakan berlaku didalam negara;keamanan dan kestabilan hancur;apa yang dikatakan HAK RAKYAT benar-benar terlihat;apa yang disebut sebagai SUARA RAKYAT benar-benar terlihat,maka puak/parti ini menzahirkan HAK MEREKA dan puak/parti lainnya pulak menuntut HAK MEREKA. Maklum sajalah semua mempunyai HAK,maka akhir sekali negara menjadi porak-peranda,pembunuhan berlaku,kekacauan melata,ekonomi merudum,kegiatan ekonomi terbatas,pembangunan terhenti,peluang pekerjaan terhenti,rakyat merompak sana sini,kemiskinan meningkat,keselesaan hidup tergugat,ada yang menjadi pelarian di negara sendiri dan tidak terkecuali menjadi pelarian ke negara orang lain. Memburukan lagi keadaan apabila orang asing,negara asing mengambil kesempatan membunuh rakyat jelata dinegara yang bergolak atas nama PERLINDUNGAN KEMAKNUSIAAN maka, apa lagi yang tinggal untuk kembali stabil HANYA dengan kembali BERSATU-PADU dan BERLAKU TAAT kepada pemerintah yang SEDIA ADA. Itu pun jika boleh berlaku!!! Tapi,pada hakikatnya agak mustahil. Hal sedemikian kerana SEMUA RAKYAT MEMPUNYAI HAK,bukan begitu? Bukan senang untuk menyatu-padukan SUARA RAKYAT!!

Benarlah,apa yang difirmankan oleh Allah SWT dan apa-apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. bahawa rakyat perlu bersabar dengan pemerintahnya. Silalah baca tulisan saya yang terdahulu. Saya ada mengatakan bahawa RAKYAT JELATA TIADA HAK untuk memilih,hak itu hanya ada pada sekelompak kecil cerdik pandai. Rakyat jelata hanya kena taat apa yang terpilih bagi mereka (bai'ah).  

Kesimpulannya,

Rakyat Malaysia khususnya kepada bangsa Melayu yang beragama Islam,untuk menjadikan diri kita tergolong kedalam Ahli Sunnah, wajiblah mentaati apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan apa-apa yang di sampaikan oleh Nabi s.a.w. mengenai perkara yang bersabit dengan pemerintah.

Oleh itu,penyelesaian kepada umat Islam yang menjadi warganegara Malaysia; negara demokrasi, bahawa mereka wajib kembali/menyokong kepada KELOMPOK atau KESATUAN ARUS PERDANA ia-itu kesatuan,yang mana umat Islam TELAH BERSATU AWAL PERMULAAN PADANYA dan berjaya MEMERDEKAKAN MEREKA daripada PENJAJAH. Kesatuan yang menjadi TERAS PEMERINTAHAN NEGARA oleh para pemimpin daripadanya. Berpecah-belah daripadanya membawa implikasi BERSEDIA UNTUK BERKELOMPOK ia-itu bersedia untuk berpecah-belah, memberi pengertian ia-itu ingkar terhadap arahan Allah. Arahan Apa?  Baca ni:

Surah Ali-Imran ayat 103: Berpeganglah kamu sekalian kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu.......Ayat 105 pula: Janganlah kamu seperti orang-orang yang berpecah-belah dan bersilang selisih.....

Apa yang perlu umat Islam takut ialah tentang ancaman Allah bersabit dengan berpecah-belah iaitu mereka termasuk orang-orang yang MUSYRIK (mempersekutukan Allah). Allah zahirkan pada surah Ar-Rum ayat 31-32.

Penyelesaian kepada Hak Mengundi! - Untuk tidak berpecah-belah dan terpaksa memilih pemimpin melalui undi, maka undi diberi kepada para pemimpin pemerintah sebagai bai'ah kepada pemerintah. Itulah cara untuk mengislamisasikan sifat-sifat demokrasi yang bertentangan dengan syariat Islam.

Jika ada apa-apa soalan untuk pencerahan, bolehlah kemukakan.

Wassalam.








1 comment:

  1. assalam. perkongsian yg bagus. dlm rukun iman yg ke 6 kita mesti beriman kpd qada & qadar. Sejarah tanah melayu yg dijajah adalah termasuk kehendak qada & qadar Allah swt. Apa yg ada hari ini kita terima seadanya dgn hukum2 asas agama selagi ia x mbawa kpd yg haram..Apa pulak hukum megundi jika ia boleh menentu keadaan agama islam di sesebuah negara..HARAM, HARUS , WAJIB atau apa hukumnya?..kerana disebalik hukum itu memerlukan tindakan sewajarnya org2 islam spt d malaysia. pendapat peribadi sy : kerja2 dakwah ke arah sistem sunnah perlu istiqomah & berterusan utk kesempurnaan pengurusan negara & dlm masa yg sama ia boleh menghalang anasir2 yg berniat jahat utk menghancurkn islam ahlus sunah. Sy yakin kerja2 dakwah secara berterusan akan menyucikan segala jenis orang & kehidupan masyarakatnya dari atasan hingga kpd penyapu sampah sekali pun disamping kekangan sistem demokrasi yg sediada & peranan dakwah berterusan memastikan sistem demokrasi itu hampir2 mirip kpd sistem sunnah..jika dakwah terhenti maka sistem demokrasi itulah penyebab kemusnahan spt mana yg saudara beritahu sebelum ini.

    ReplyDelete