Assalamu'alaikum.
Para Pembaca Yang Budiman,
Seperti yang dibincangkan pada tulisan yang lepas,demokrasi ini adalah suatu sistem yang dicipta oleh orang Yahudi. Sistem demokrasi selagi ianya tidak berlawanan dengan sistem Islam,hal itu boleh diterima. Tetapi,jika amalan-amalannya bertentangan dengan amalan Islam maka mengamalnya boleh membawa kepada kekufuran.
Mengapa sebegitu? Hal ini kerana pengamal sistem demokrasi ini boleh membawa kepada perpecahan umat Islam dan seterusnya memberi kesan kepada kepincangan,kelemahan dan kehancuran pentakbiran pemerintahan. Mana-mana negara yang menggunakan sistem demokrasi ini akan mengalami kehancuran.
Mengapa negara-negara barat tidak mengalami kehancuran seperti dinegara-negara Islam dewasa ini? Jawapannya ialah mereka telah memisahkan antara gereja iaitu agama dengan pentakbiran negara. Ringkasnya,mereka pengamal salah satu daripada sifat demokrasi yang bertentangan dengan Islam ia-itu Sekular. Mereka serasi dengannya.
Agama tidak lagi menjadi penghalang dalam pemerintahan mereka. Jika mereka merasakan sesuatu undang-undang itu dikehendaki oleh majoriti ahli dewan maka undang-undang itu akan diluluskan. Walau pun hal itu bertentangan dengan agama atau fitrah manusia,itu tidak menjadi masalah.
Contohnya,
Jika dalam sesabuah negara itu rakyatnya banyak yang mengamal hubungan sejenis atau homoseksual maka didesaknya kerajaan untuk membenarkan amalan itu dengan kuatkuasa undang-undang maka dewan legislatif mereka akan mendapatkan majoriti ahli-ahlinya bagi meluluskan amalan itu agar hal itu tidak menjadi suatu kesalahan. Disinilah yang dikatakan sifat demokrasi ini yang bertentangan dengan sifat Islam. Kekufuran berlaku apabila larangan Tuhan diengkari.
Apa lagi sifat-sifat demokrasi yang bertentangan dengan sifat Islam yang boleh membawa kepada kekufuran?
1. Kebebasan Bersuara! - Kebebasan dalam demokrasi bertentang dengan kebebasan dalam Islam. Islam membenarkan bersuara tetapi mempunyai keterhadannya. Apa yang boleh dilihat sekarang ini umat Islam memperlihatkan akhlak yang buruk bertentangan dengan akhlak Islam.
Memaki,Mencaci,Mengfitnah,Mengumpat,Memprovokasi,Mengadu-domba terhadap Pemerintah.Perkara seperti itu berlaku di media masa,media internet;facebook,twitter dan sebagainya.
Hadis At-Tirmidzy - Abu Bakrah r.a. berkata: Saya telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang menghina raja (pemerintah),Allah akan menghinakannya.
Hadis Bukhary dan Muslim - Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang percaya pada Allah dan Hari Kemudian harus berkata baik atau diam.
Hadis Muslim - Dari Abdullah bin Mas'ud,katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Memaki-maki orang muslim itu kedurhakaan dan membunuhnya kekafiran.
Hadis Muslim - Dari Huzaifah,katanya: Saya mendengar khabar bahawa ada seorang yang membuat fitnah dengan perkataan lalu katanya: Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tukang fitnah tidaklah akan masuk Syurga."
2. Kebebasan Penubuhan Kesatuan Politik dalam amalan politik/siyasah - Politik atau siyasah bersangkutan dengan sesuatu pemerintahan. Tujuan utamanya untuk menjatuhkan pemerintah. Islam tidak membenarkan 2 kesatuan umat Islam wujud pada satu masa. Hal ini membawa kepada perpecahan umat Islam. Tetapi,amalan demokrasi membenarkan. Ini bertentangan dengan kaedah Islam memilih pemimpin.
Demokrasi melibatkan rakyat jelata mengambil bahagian dalam pemilihan pemimpin walhal dalam Islam hanya kumpulan kecil orang-orang yang arif dan soleh berperanan memilih siapa yang layak menjadi pemimpin mereka. Kumpulan kecil ini dinamakan Syura. Setelah pemimpin dipilih maka rakyat disuruh bai'ah.
Dalam sejarah Islam,Abu Bakar r.a. dipilih oleh ketua-ketua puak yang bermusyawarah. Kemudian,para pengikut masing-masing berbai'ah. Umar r.a. ditunjuki oleh Abu Bakar r.a. kemudian umat Islam ketika itu membai'ahnya. Usman r.a. dipilih dengan majoriti dikalangan 6 sahabat yang disyorkan oleh Umar r.a. untuk bermusyawarah. Kemudian,umat Islam membai'ahnya. Begitu juga,Ali r.a. dibai'ah oleh sebilangan besar umat Islam ketika itu walau pun telah berlaku perpecahan.
Satu perpecahan kepada satu perpecahan,satu peperangan kepada peperangan yang lain berlaku assebab umat Islam tidak taat kepada pemerintah. Bermula dari zaman Usman r.a.,seorang yang bernama Abdullah bin Saba menjadi angkara pemberontak terhadap khalifah Usman r.a. Fitnah,adu-domba,provokasi terhadap khalifah tidak terkawal lagi penyebab kepada pembunuhan khalifah. Apa yang mereka provokasikan semasa itu? Khalifah Usman mengamalkan Nepotisma,Kronisma dalam pemerintahannya. Abdullah Saba berjaya melaga-lagakan umat Islam ketika itu. Sejarah pemerintahan beraja bermula dari zaman Muawiyah r.a. Masa berlalu,pemerintahan Islam yang asalnya satu menjadi beberapa pemerintahan maka terjadi apa yang dinamakan taklukan jajahan pemerintah iaitu nation state.
Umat Islam sinonim dengan umat yang beragama. Amalan serta pengetahuan Islam itu menjiwai didalam hati mereka. Demokrasi datang menghuncurkan. Jika dahulu,pemerintah berpecah kepada nation state;taklukan jajahan tetapi sekarang demokrasi yang diamalkan oleh umat Islam memporak-perandakan pemerintahan didalam negara itu sendiri. Tidak terkecuali, perpecahan jajahan taklukan berlaku jugak seperti berpisahnya Singapura daripada Malaysia.
Demokrasi berjaya memasukkan jarum penghasutan kepada umat Islam dengan sifat kekufurannya agar menentang pemerintah jika rakyatnya tidak sukakannya. Maka,sifat-sifat demokrasi seperti yang disebut diatas, digunakan bagi menjatuhkan pemerintah. Inilah amalan-amalan yang dipulopori oleh Abdullah bin Saba.
Oleh itu, Allah dan RasulNya ada memberitakan sesuatu tentang pemerintah yang sepatutnya ditaati. Hal ini bertujuan agar pemerintah boleh menjalankan tanggongjawabnya dan suasana pemerintahan berada dalam keadaan aman. Beberapa tujuan yang dinyatakan oleh Allah sendiri dalam firmanNya bahawa Allah menjadikan Jin dan manusia hanya untuk beribadah. Tujuan lainnya,Allah berfirman bahawa Dia menjadikan manusia itu berbangsa-bangsa untuk saling dapat mengenali dan berkasih sayang antara satu dengan yang lain.
Bagaimana dapat umat Islam itu merealisasikan tujuan itu jika keadaan negara kucar-kacir,pembunuhan berlaku,umat Islam hidup dalam ketakutan;kekurangan makanan,ubat-ubatan,menjadi pelarian,ekonomi hancur,penderitaan sepanjang masa dek kerana perbalahan mengenai pemerintah.
Negara Malaysia jika tidak diinsafi oleh umat Islam akan mengikut jejak langkah yang dihadapi oleh negara-negara Islam di Timur Tengah. Apa jadi kepada negara Libya,Afganistan,Jordan,Syria,Iraq,Palestin dan yang terbaru Yamen. Kesemuanya kerana umat Islam tidak taat kepada pemerintah penyebab berlakunya kucar-kacir membolehkan negara asing mencampuri urusan dalam negara mereka. Apa untungnya kepada umat Islam?
Pembaca Yang Budiman,
Mari kita baca peringatan daripada Allah dan RasulNya.
Firman Allah: Hai sekalian orang beriman,taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan yang memegang pemerintahan daripada kamu. (An Nisa:59)
Dalam firman yang sama,Allah kata: " Kalau kamu berbantah-bantah tentang sesuatu,hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Rasul.."
Daripada Allah saje: 1. Berpegang teguh kepada Islam,jangan berpecah-belah. 2. Damaikanlah kaum muslimin yang berperang. 3. Perbalahan itu menjadikan kamu umat yang lemah.
Ada banyak lagi syor Allah kepada Umat yang mengaku beriman kepadaNya. Allah juga telah mendedahkan sebab kepada perpecahan adalah kerana berdengki-dengkian antara satu sama lain. Baca buktinya:
Firman Allah: Tiadalah mereka berpecah-belah,melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan karena berdengki-dengkian sesama mereka. (Asy-Syuura:14)
Hanya itu saje sebab kepada perpecahan dan tidak ada lain sebab. Hal ini dapat difahami bahawa Allah NAFI adanya sebab lain kemudian Allah ISBAT hanya berdengki-dengkian. Seperti mana kita semua fahami maksud daripada KALIMAH TAUHID. Allah NAFI tuhan-tuahn lain kemudian Allah ISBAT hanya DIA saje.
"melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan" - Membawa maksud,mereka tahu jika dapat kuasa pemerintahan,mereka jugak akan dapat pangkat,mengumpul harta,wanita,kesenangan hidup dan kemewahan hidup. Itu yang menjadikan mereka itu gila untuk mendapatkan kuasa memerintah
Kamu tahu tak,apakah lazimnya umat Islam diseluruh dunia;yang menentang pemerintah, menggunakan cara untuk menjatuhkan pemerintahnya?
Tidak lain tidak bukan,mereka menggunakan Islam tafsiran mereka, berkosmetikkan jubah,serban dan janggut. Rata-rata umat Islam di negara Islam menggunakan unggapan-unggapan yang provokasi bahawa pemerintah menzalimi rakyatnya;pemerintah tidak melaksanakan hukum Islam;pemerintah makan rasuah dan sebagainya.
Pembaca Yang Budiman,
Mari kita baca pula apa kata Nabi s.a.w dalam hal pemerintah ini.
1. Rakyat setuju atau tidak, WAJIB TAAT kepada pemerintah kecuali dia dipaksa (secara physikal) melakukan maksiat terhadap Allah.
Hadis Bukhary dan Muslim: Ibnu Umar r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w.: Seorang muslim wajib mendengar,taat pada pemerintahnya dalam apa yang disetujui atau tidak disetujui,kecuali jika diperintah maksiat. Maka apabila disuruh maksiat maka tidak wajib mendengar dan tidak wajib taat.
Ulasan: Nabi s.a.w tidak kata pun menentang menjatuhkan pemerintah.
2. Dalam apa jua keadaan, WAJIB TAAT.
Hadis Muslim: Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tetaplah mendengar dan taat dalam keberatan mau pun keringanan,dalam kelancaran dan kesukaran,BAHKAN dalam reaksi dan berebutan pengaruh dengan kamu.
3. Siapa jugak yang menjadi pemerintah, WAJIB TAAT.
Hadis Bukhary: Anas r,a, berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Dengarlah dan taatlah meskipun yang terangkat dalam pemerintahmu seorang budak Habasyah yang kepalanya bagaikan kismis.
4. Pemerintah yang menuntut haknya dan menahan hak rakyat,WAJIB TAAT.
Hadis Muslim: Abu Hunaidah bin Hudjur r.a. berkata: Salamah bin Jazid Aldju'fy bertanya pada Rasulullah s.a.w.: Ya Rasulullah,bagaimana jika terangkat di atas kami kepala-kepala yang pandai menuntut haknya dan menahan hak kami,maka bagaimanakah kau menyuruh kami berbuat? Pada mulanya Rasulullah mengabaikan pertanyaan itu,hingga ditanya kedua kalinya,maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Dengarlah dan taatlah maka sungguh bagi masing-masing kewajipan sendiri-sendiri atas mereka ada tanggung-jawab dan atas kamu tanggung jawabmu.
5. Pemerintah yang monopoli dan mengutamakan diri sendiri,WAJIB TAAT.
Hadis Bukhary dan Muslim: Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sungguh akan terjadi sepeninggalanku nanti monopoli dan mengutamakan diri sendiri,dan hal-hal yang kamu anggap tidak benar. Sahabat bertanya: Apakah yang kau pesankan kepada orang-orang yang mendapati kejadian itu,ya Rasulullah? Jawab Nabi s.a.w.: Kamu harus menunaikan kewajipanmu dan mengharapkan kepada Allah apa yang menjadi hakmu.
Ulasan: Apa saje yang rakyat anggap tidak benar bermaksud perbuatan pemerintah yang mengumpul harta,kronisma,nepotisma,menindas rakyat,mengenakan GST dan sebagainya yang kamu anggap itu tidak benar,tetap rakyat kena menunaikan kewajipan taat kepadanya.
6. Nabi s.a.w menasihati agar BERSABAR apabila kamu membenci pemerintah.
Hadis Bukhary dan Muslim - Ibnu Abbas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang membenci sesuatu dari pemerintahnya hendaknya sabar. Sesungguhnya siapa yang keluar dari pemerintahnya walau sekedar satu jenkal,kemudian ia mati,mati dalam JAHILIYAH.
7. Larang menentang oleh Nabi s.a.w. selama mereka tetap menegakkan sembahyang.
Hadis Muslim - Auf bin Malik r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebaik-baik pemimpinmu ialah yang kamu cintai dan mereka cinta pada kamu dan kamu do'akan dan mereka mendo'akan kamu. Dan sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan membenci pada kamu dan kamu kutuk dan mengutuk kamu. Sahabat bertanya: Bolehkah kami menentang (melawan) mereka? Jawabnya: TIDAK, selama mereka tetap menegakkan SEMBAHYANG.
8. Mentaati pemerintah satu kewajipan,melanggarnya bermakna engkar kepada Allah dan RasulNya.
Hadis Bukhary dan Muslim - Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang taat padaku berarti taat pada Allah dan siapa yang melanggar padaku berarti melanggar kepada Allah. Dan siapa yang taat pada pemerintahnya berarti taat padaku dan siapa maksiat kepada pemerintahnya berarti maksiat padaku.
9. Hadis Muslim dari Abdullah bin Amer memberitakan tentang keadaan huru-hara yang terjadi kerana perebutan kuasa pemerintahan. Oleh sebab hadis ini terlalu panjang saya ungkapkan pesanan Nabi s.a.w. saje.
Nasihat Nabi: " Maka siapa ingin terhindar dari Neraka dan masuk Syurga,harus ia mati tetap dalam iman percaya pada Allah dan Hari Kemudian,dan berlaku kepada SESAMA MANUSIA apa yang ia sendiri suka diperlakukan orang demikian. Dan siapa yang berbai'ah pada suatu pemerintah dan telah menyanggupkan taatnya dan setia hatinya,harus taat jika dapat. Maka jika datang lain orang akan merebut kekuasaannya penggallah leher orang yang merebut itu."
Ulasan: Dalam keadaan huru-hara;negara kacau-bilau,tentu sekali kita tidak mahu orang lain atau puak lain menyeksa atau membunuh kaum keluarga kita, begitulah jugak orang lain tidak mahu perkara itu terjadi kepada mereka. Nabi s.a.w SEBUTKAN SESAMA MANUSIA. Ini memberi erti tidak boleh jugak melakukan perkara itu terhadap bangsa lain;Melayu ke,Cina ke,India ke,Iban ke dan lain kaum. Cuma kita perlu tangkap saje orang yang nak merebut kuasa itu dan penggal lehernya. Ini membuktikan Islam menjamin keharmonian kehidupan,keselamatan umat manusia dan kemakmoran dan kestabilan pemerintahan.
Apa yang kita dengar di negara Timur Tengah sana berlaku pembunuhan sesama manusia sama ada 2 puak atau 3 puak. Penyembelihan manusia berlaku jugak kerana mereka puak yang berlawanan.
Ada jugak dengar ketika 13 Mei 1969,berlaku perlindungan terhadap sesama manusia. Kita pernah dengar bangsa Melayu memberi perlindungan kepada bangsa Cina yang terperangkap dan begitu jugak bangsa Cina diberi perlindungan sewaktu mereka yang terperangkap. Hal ini selari dengan nasihat Nabi s.a.w.
Dewesa ini, berlaku perpecahan di negara ini antara umat Islam. Jika berbalik ke pangkal jalan,kesatuan umat Islam yang terawal sekali ditubuhkan oleh 26 NGOs Islam berjaya memperolehi kemerdekaan adalah kesatuan yang semesti umat Islam berada didalam. Apa-apa kesatuan yang ditubuhkan selepas daripada itu adalah HARAM hukumnya kerana mereka menjadi tandingan kepada yang terawal sahingga berlaku perpecahan umat Islam begitu kritikal. Umat Islam wajib bersatu didalamnya tambahan pulak negara yang berbilang bangsa dan mengamalkan demokrasi kepartian yang boleh memberi ruang terhadap kuasa pemimpin Islam terlepas ke tangan pemimpin yang lebih zalim daripada sekarang.
Lihat,apa dah jadi dengan negara Iraq,rakyatnya melakukan kekacauan sahingga negara lain mengambil kesempatan memporak-perandakan negara itu. Negara Iraq tidaklah lebih baik pada masa kini seperti mana era pemerintahan Saddam hussein.
Akhir sekali,bahayanya perpecahan ini sahingga dikatakan oleh Allah bahawa mereka ini;orang yang berpecah-belah,telah menyengutukan Allah. Lihat buktinya:
Firman Allah: Hendaklah kamu kembali (taubat) kepadaNya dan takutlah kepadaNya dan dirikanlah sembahyang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang MUSYRIK (mempersekutukan Allah), (Ar-Rum:31)
Siapakah orang-orang yang mempersekutukan Allah? Dijelaskan oleh Allah dalam ayat yang berikut.
Firman Allah: Ia-itu orang-orang yang berpecah-belah dalam agamanya serta bergolongan-golongan. Tiap-tiap golongan gembira dengan apa-apa yang ada disisinya. (Ar-rum:32)
Nabi s.a.w pernah memohon 3 do'a kepada Allah 2 do'anya diterima 1 ditolak. Yang ditolak itu ialah pemohonan Nabi s.a.w agar Allah menyatu-padukan umatnya tapi tidak diterima oleh Allah. Kenapa agaknya? Apa yang dapat difahamkan bahawa banyak daripada perintah-perintah Allah agar umat Islam bersatu-padu dan jangan berpecah-belah. Perintah ini sangat jelas.
Allah berfirman: Jikalau tiadalah terdahulu perkataan Tuhanmu sampai waktu yang ditentukan,niscaya dihukum antara mereka. Sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kitab kepadanya,kemudian mereka adalah dalam SYAK dan RAGU-RAGU. (Asy-Syuuraa:14).
Kesimpulannya,
Umat Islam yang berpendirian kepada Al Qur'an dan Sunnah ia-itu mereka yang taat kepada perintah Allah dan RasulNya adalah golongan yang disebut sebagai GOLONGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH dan mereka yang mengengkarinya tergolong ke dalam AHLI PUNNAH WAL JAMAAH.
Wassalam.
salam sedara/sahabat..tulisan sedara kemas..baca pun mudah faham insyaAllah..
ReplyDeletebagi saya kafir amal sistem demokrasi dan dia berjaya sebab itu memang manual/sistem kehidupan mereka/kafir..kita muslim/mukmin jika mengamal/meniti manual kehidupan mereka/kafir memang la kita x berjaya..
nampak je mcm berjaya...
cari la 1 negara muslim/mukmin yg mengamal/meniti manual/sistem kehidupan kafir ni dapat berkasih sayang 1 dgn lain sesama muslim/mukmin..
mesir?syria?sebut 1 je kalo ada...
nampak je mcm berjaya...
"macam" tu la yg j a di umpan...
mcm judi la...
nampak je "macam" boleh kaya...
"macam" je...
umpan..
Ilmu bukan utk menyalah/ Bercakaran, sebaliknya bertukar2 pandapat dgn mnda yg terbuka krn kita semua akan balik ke alam kekal
ReplyDeleteJadi perpecahan bila pemimpin ego angkuh dgn ilmu, kebolehan dan dirinya, pengikut pula taksub kpd pemimpin atau kumpulannya.
DeleteKedua dua sifat ini tidak menjadikan seseorg itu tergolong dlm golongan yg selamat.
Pndgn aku,
ReplyDeleteAhli Sunnah, semestinyalah, mengetahui, memahami, menyedari dan beramal dgn sunnah.
Diketahui sunnah mana yg wajib diikut, yg sunat, yg makruh dan sunnah yg haram diikut.
Diketahui sunnah dr segi akidahnya bgmn, dr segi syariatnya bgmn dan dr segi akhlaknya bgmn ? Dan bepegang dan beramal dia dgn sunnah sunnah berkenaan.
Ahli Al Jamaah pula adalah org org yg setia kpd jamaah jumhur umat Islam yg benar akidahnya, benar syariatnya dan benar juga akhlaknya dgn pimpinan ulil amrinya, tidak mengeluarkan diri drnya (spt golongan khawarij), mematuhi dan taat kpd ulil amrinya selagi tidak disuruh atau diperintah memaksiati Allah swt dan RasulNya saw, tidak menentangnya atau membughat kpdnya, sekalipun ulil amri itu sendiri bermaksiat atau 'asi orgnya.