Assalamu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Banyak udang banyak garam,banyak orang banyak ragam. Itu perpatah secara umum aje.
Bagi orang yang mulai cendrung kepada agama, akan sampai suatu masa dia akan berfikir golongan mana yang dia harus bersama untuk berada di jalanNya.
Semua orang tahu bahawa golongan yang selamat ialah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka ini disebut sebagai golongan yang berpaksi kepada Al Qur'an dan As Sunnah.
Banyak orang mendakwa bahawa mereka berada dalam golongan ASWJ tapi sifatnya (aqidah dan amalannya) tidak sedemikian. Apa benar kita ini ASWJ, maka mempunyai pengetahuan tentang hal itu memberi kita keyakinan. Jika tidak,kita akan tangkap muat sahaja.
Bermula daripada seorang(guru) menjadi kumpulan kecil kemudian menjadi golongan dan akhirnya menjadi sistem dan amalan hidup kita.
Maka,terjadilah golongan-golongan yang mendakwa bahawa golongan mereka adalah yang benar yang lain salah.
Ada orang berada dalam golongan tabliq!
Ada yang berada dalam golongan tarikat!
Ada yang berada dalam golongan Arqam!
Ada yang berada dalam golongan PAS!
Ada yang berada dalam golongan UMNO!
Ada yang berada dalam golongan PKR!
Ada yang berada dalam golongan PASMA!
Ada yang berada dalam golongan tarikat!
Ada yang berada dalam golongan Arqam!
Ada yang berada dalam golongan PAS!
Ada yang berada dalam golongan UMNO!
Ada yang berada dalam golongan PKR!
Ada yang berada dalam golongan PASMA!
Yang terbaru,
mereka yang berada dalam golongan ISIS!
Ada yang tak ada golongan lansungggggggggg!!!!!
Jangan lupa,umat berpecah bukan sahaja pada masalah aqidah bahkan mereka jugak berpecah pada masalah siasah/politik.
Kepada pembaca sekelian,
Siasah/politik mengundang perpecahan kepada umat Islam. Apakah tidak diajar oleh Nabi s.a.w. cara nak berpolitik? Apakah tidak diberitakan didalam Al Qur'an bagaimana semestinya setiap orang terhadap pemerintahnya? Jika ada,kenapa banyak berlaku kehancuran terhadap umat Islam dinegara-negara Islam! Apakah yang menjadi penyebab kepada kehancuran ini? Demokrasi!! Demokrasi!! Demokrasi!!
Demokrasi lahir daripada bahasa Yunani iaitu "Demo" bermaksud penduduk atau rakyat dan "Crasy" bermaksud kuasa. Jadi,"Democrasy" bermaksud kuasa rakyat.
Kesimpulannya,kuasa rakyat memilih pemimpin dan pemimpin yang dipilih duduk di Parlimen membuat hukum bagi kesejahteraan rakyatnya.
Mengapakah Demokrasi ini membawa kepada kehancuran terhadap umat Islam? Untuk mengetahuinya,kita perlu tahu sifat-sifat Demokrasi yang kufur dan bertentangan dengan Islam.
Oleh itu,orang-orang yang mengamalkan Demokrasi sebenarnya telah mengenepikan Islam dan keyakinan bahawa dia berada dalam Jamaah Ahli Sunnah adalah sesuatu yang tangkap muat atau perasan sahaja.
Siapakah para pengamal Demokrasi ini?
Semua umat Islam tahu bahawa Allah menyuruh kita masuk islam sepenuhnya. Aqidah dan Amalannya sesuatu yang saling menyempurnakan antara satu sama lain. Hal ini memberi rupa bentuk kita yang sebenar. Apakah rupa bentuk kita dilihat semua Islam atau semua kafir atau separuh Islam separuh kafir.
Jangan salah mengerti bahawa amalan yang dimaksudkan. Bukanlah amalan yang dimaksudkan; seperti solat,puasa,menutup aurat dan sebagainya. Ini kerana,mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,sesaorang yang tidak menutup aurat telah melakukan kemungkaran dan dia masih seorang Islam bukannya seorang yang kafir.
Amalan yang saya maksudkan ialah Amalan yang membenarkan Aqidah kita. Sesuatu yang berupa kepercayaan/aqidah,contoh; memohon kepada selain Allah itu adalah aqidah dan melakukan perbuatan memohon itu menjustifikasikan keyakinan aqidah kita.
Pembaca yang budiman,
Kita semua tahu bahawa Islam itu menjamin keamanan;Islam itu bererti tunduk atau taat kepada perintah. Taat dalam Islam ialah sesuatu yang perlu dilaksanakan.Ada 4 mertabat manusia yang wajib ditaati selagi mana ianya tidak memaksa kita melakukan suatu kemungkaran terhadap Allah SWT.
Mertabat seorang Nabi atau Rasul semestinya dihormati serta ditaati tanpa banyak soal. Dan 3 lagi ialah Pemerintah,Ibubapa dan Suami. Jika mereka ini memaksa kita meminum arak maka di saat itu kewajipan mentaati terangkat. Maknanya,kita tidak perlu ikut. Jika dikenakan seksa,kita ada 2 pilihan sama ada ikut tetapi tidak redha atau kita mati dek kerana seksaan itu. Sejarah telah memberi beberapa contoh.
Ikut tapi tidak redha - berlaku kepada keluarga Yasir.(Ayat Al Qur'an turun assebab itu)
Mati kerana diseksa - berlaku kepada Masyitah (penyisir rambut Asiah isteri Firaun).
- Asiah dan ibu bapanya sekali.
Mati kerana diseksa - berlaku kepada Masyitah (penyisir rambut Asiah isteri Firaun).
- Asiah dan ibu bapanya sekali.
Hal ini diperjelaskan oleh nabi s.a.w.
Hadis Bukhary dan Muslim: Ibu Umar r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w.: Seorang muslim wajib mendengar,taat pada pemerintahnya dalam apa yang disetujui atau tidak disetujui kecuali jika diperintah maksiat. Maka apabila disuruh maksiat,maka tidak wajib mendengar dan tidak wajib taat.
Untuk pengetahuan,Islam mengajar apabila menghadapi situasi sebegitu kita boleh gunakan 2 pilihan tetapi tidak pulak Islam mengajar supaya menentang. Bayangkan jika bapa kita memaksa kita meminum arak dan kita menolak sahingga menentang dia, terjadi pergaduhan sahingga membawa maut atau sebagainya;ini tidak diajar oleh Islam. Hal ini kerana orang yang kita berdepan ialah manusia yang mempunyai mertabat disisi Islam. Agama tidak mengajar menentang Pemerintah,Ibu dan Bapa dan Suami.
Oleh sebab kebanyakan manusia menentang pemerintah, sama ada dia sedari atau tidak;maksudnya,sama ada dia ada pengetahuan tentang itu atau tidak, jadi,penjelasan saya akan bertumpu kepada hal Siasah/Politik.
Ada beberapa sifat-sifat Demokrasi yang menentang sifat-sifat Islam. Amalan Demokrasi ini jika diamalkan boleh membawa kepada kekufuran. Ini kerana, ianya bersabit dengan Aqidah Islam dan jika diamalkan,amalan itu menjustifikasikan Aqidah kita.
Islam mengajar kepada Penyatuan umat Islam;bersatu-padu dan Demokrasi mengajar kepada Perpecahan umat Islam;berpecah-belah.
Apa saje yang dikatakan makhluk; bersifat ada awal dan ada akhir. Dan Sifat Allah SWT,tiada awal dan akhir. Jadi,awal kesatuan umat Islam bersatu-padu dalam Kesatuan Perdana;ditubuhkan oleh 26 NGOs Islam sahingga mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan adalah sesuatu yang sukar dikecapi. Banyak negara didunia mengecapi kemerdekaan dengan pengorbanan beribu-ribu nyawa manusia. Kemerdekaan mengerluarkan manusia atau rakyatnya daripada kegelapan kepada cahaya. Kemerdekaan membolehkan rakyat tempatan menjadi ketua negara dan dengannya pemimpin memperolehi kuasa mentakbir negaranya sendiri.
Islam mengajar penganutnya agar tetap bersatu-padu dalam Kesatuan yang terawal; dengannya kamu mencapai kemerdekaan. Islam mengharamkan perpecahan daripadanya setelah itu. Seberang usaha menubuhkan kesatuan lain iaitu berpecah daripada yang awal adalah HARAM.
Penjelasan daripada Nabi s.a.w.:
Hadis Bukhary dan Muslim: Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. beersabda: Dahulu bani Isra'il selalu dipimpin oleh Nabi,setiap mati seorang Nabi digantikan oleh Nabi lainnya, dan sesudah aku ini tidak ada Nabi, dan akan terangkat sepeninggalanku beberapa Khalifah,bahkan akan bertambah banyak. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah apakah pesanmu kepada kami? Jawab Nabi: Tepatilah bai'ahmu pada yang pertama dan berikan kepada mereka haknya,dan mohonlah kepada Allah bagianmu,maka Allah akan menanya mereka dari hal apa yang diamanahkan dalam memelihara hambaNya.
Hadis Muslim: Abdullah bin Amer r.a. berkata: Nabi s.a.w bersabda: Tiada seorang Nabi sebelumku melainkan ia berkewajipan menunjukkan ummatnya pada segala kebaikan yang ia ketahui dan memperingatkan mereka dari bahaya yang ia ketahui. Dan ummat ini telah ditentukan selamatnya pada permulaannya dan pada akhirnya akan ditimpa bala dan hal-hal yang kamu ingkari, dan terjadi fitnah sehingga teranggap ringan setengah dari kejadian yang sebelumnya. Kemudian terjadi fitnah,sehingga seorang mu'min merasa mungkin di sini binasaku. Maka siapa ingin terhindar dari Neraka dan masuk Syurga,harus ia mati tetap dalam iman percaya pada Allah dan hari Kemudian dan berlaku kepada sesama manusia apa yang ia sendiri suka diperlakukan orang demikian. Dan siapa yang berbai'ah pada suatu pemerintah dan telah menyanggupkan taatnya dan setia hatinya,harus taat jika dapat. Maka jika datang lain orang akan merebut kekuasaannya penggallah leher orang yang merebut itu.
Keterangan saya: Hadis dari Abu Hurairah menerangkan tentang,'Tepatilah bai'ahmu pada yang pertama'. Dan pada hadis dari Abdullah bin Amer menerangkan tentang,'Maka jika datang lain orang akan merebut kekuasaannya penggallah leher orang yang merebut itu.'
Kesimpulannya, apabila telah bersatu umat Islam di dalam kesatuan terawal;dengannya, umat Islam bersatu-padu, sahingga mencapai kemerdekaan maka sebarang usaha dengan apa cara sekali pun,TIDAK DIBENARKAN. Penegasan ini dilihat pada hadis kedua sahingga boleh dibunuh bagi yang cuba merebut kekuasaan.
Wassalam.
Kita bersambung lagi.......Jangan tinggal membacanya sahingga habis. Ikutilah penjelasan seterusnya untuk mengetahui sama ada kita tergolong dalam Ahli Sunnah atau Ahli Punnah bhg ke-2
Sering diperkatakan satu golongan yg selamat dr 73 golongan itu adalah golongan yg benar akidah tauhid atau fikrah ideologinya. Namun jika dipertemukan hadis ttg perpecahan umat berkenaan dgn ayat ayat Al Quran ttg golongan yg selamat (19:71,72 ; 23:52-61) dpt kita simpulkan, golongan yg sebenar benarnya selamat adalah golongan org org yg bertaqwa, yg sempurna benar, soleh dan baik tiga komponen agamanya ; akidahnya, syariat atau amalannya dan akhlaknya, bukan hanya pd pegangan akidahnya sahaja semata mata.
ReplyDeleteDan lagi 73 golongan, yg mana 72 drnya tidak selamat, disebut Nabi saw sbg umatnya, iaitu yg 72 itu walaupun tidak selamat, masih tergolong umat Nabi saw. WaAllahu'alam.
duduk kat kenyataan semata mata...tak masuk dalam x kenal lah
ReplyDelete