Thursday, December 11, 2014

Berpolitik Kerana Dunia!(Berpecah Belah) Berceramah Kerana Dunia!(Manusia Ketawa-Kita Dapat Wang) Bekerja Kerana Dunia!( Halal Haram Hantam) Inilah Hakikat Tipudaya Dunia!!!


Pembaca yang budiman,

Assalamu'alaikum.

Janganlah kita tertipu dengan kehidupan dunia ini kerana jika kita mengetahui hakikat hidup yang sebenarnya, hidup ini hanyalah untuk beribadat kepadaNya. Kita diberi sedikit sahaja masa, bukannya lama. Allah berfirman bahawa 1 hari di Akhirat 1000 tahun mengikut kiraanmu di dunia.

Masa yang sedikit ini yang diberi hanya untuk menguji kita,siapakah antara kita yang baik amalnya. Istilah baik amal menjerus kepada ketaqwaan kita kepada Allah. Ketaqwaan bermakna mentaati perintah dan menjauhi laranganNya.

Saya ada mengemuka 2 bukti iaitu 1. Allah jadikan langit dan bumi serta isinya sekali 2. Allah jadikan hidup dan mati. Kedua-duanya dijadikan untuk menguji siapa antara kita yang baik amalnya. Oleh itu, kehidupan di bumi ini hanya untuk ujian belaka. Untuk apa Allah uji? Hal ini kerana Allah hendak mengurniakan kehidupan yang hakiki kepada kita;yang tidak berkesudahan, kekal abadi selama-lamanya.

Bukti yang ketiga,Allah sendiri berfirman bahawa kehidupan di dunia ini adalah tipu daya belaka. Tipu daya belaka!!! Sila baca:

"Ketahuilah,bahawa sesungguhnya hidup di dunia hanya pergurauan,permainan,perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berlomba-lomba banyak pada harta benda dan anak-anak........................Hidup di dunia tidak lain hanya kesukaan tipuan." ( Al Hadid:20 )

" Hidup di dunia ini,tidak lain hanya suatu kesenangan dan permainan. Sesungguhnya kampung khirat itulah kehidupan yang sebenarnya,jika mereka mengetahui." ( Al Ankabuut:64 )

" Sesungguhnya janji Allah sebenarnya,sbab itu janganlah kamu terpedaya oleh hidup di dunia dan jangan pula terpedaya terhadap Allah oleh pendaya( Syaitan )." ( Luqman:33 )

" Hai manusia,sesungguhnya janji Allah sebenarnya,sebab itu janganlah kamu terpedaya oleh kehidupan di dunia dan jangan pula terpedaya terhadap Allah oleh sipendaya( Syaitan )." ( Faathir:5 )

Salah satu syarat ke Syurga,sesaorang itu mesti melalui hidup di dunia,tidak kiralah panjang atau pendek umurnya. Oleh sebab hidup di dunia ini adalah tempat ujian maka umur kehidupan yang diberi olehNya mestilah dikendalikan oleh kita dengan sebaik mungkin. Segala apa yang kita lakukan mestilah berpaksikan kepada taqwa kepada Allah. ( taat kepada Allah jauhi laranganNya ).

Itu sebabnya,Allah berfirman bahawa kita hendaklah mencari kehidupan di Akhirat disamping kita jangan lupa nasib kita di dunia. Mencari nasib kita di dunia bukan boleh main cari saja, mestilah mengikut syariatNya. Manusia ini suka membuat andaian seperti ini," Allah Maha Adil Lagi Mengasihani - Asalkan kita solat 5 waktu jangan tinggal solat, sudahhh."

Astargfirrullah! Solat itu adalah kewajipan kita kepada Allah sebagai hambanya yang telah menciptakan kita. Kita mesti ada kewajipan kepada Pencipta, umpama anak/kita yang dilahirkan ke dunia,Ibubapa mempunyai kewajipan menyara anak itu.

Rasulullah s.a.w. yang begitu banyak solatnya kepada Allah sahingga bengkak-bengkak kakinya pun, bukan solatnya yang memasukkan beliau ke dalam Syurga. Nabi s.a.w. tahu akan hakikat kehidupan di dunia hanya mencari keridhaanNya dengan mengsyukuri nikmatNya.

Mari kita baca hadis Rasulullah s.a.w. tentang kehidupan di dunia.

Hadis Riwayat Muslim:

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: Pernah Rasulullah s.a.w. lewat di pasar,masuk sebelah atas dan manusia-manusia berjalan sebelah kiri kanannya,kemudian beliau melihat bangkai se ekor kambing yang kecil dua telinganya,lalu diambilnya sambil bersabda:" Siapa antara kamu yang ingin membeli ini dengan harga 1 dirham?" Jawan mereka; siapa yang akan membelinya dan apa gunanya. Kata beliau: " Inginkah kamu memilikinya tanpa membeli." Kata mereka; demi Allah meskipun ia masih hidup tetapi bercacat 2 telinganya apalagi bangkai pula. Maka berkatalah beliau: " Demi Allah sesungguhnya DUNIA pada sisi Allah lebih TIDAK BERNILAI dari BANGKAI KAMBING ini kepadamu."

Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi:

Sahal Ibn Sa’ad as-Sa’idi ra meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Seandainya dunia itu ada nilainya disisi Allah bahkan seberat sayap nyamuk sekalipun, tentu Dia tidak akan sudi memberi minum pada orang kafir meskipun seteguk air.”

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Oleh itu,perhatikanlah apa yang kita usahakan di dunia ini! Hanya sanya kita diberi peluang hidup di dunia untuk di UJI. Apakah kita tidak mendapat hidayah dan petunjuk tentang itu? Insaflah! Insaflah! Insaflah!

Wassalam.

No comments:

Post a Comment