Assalamu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Dalam dunia ini,semua orang akan marah jika diperkatakan kepada mereka bahawa mereka itu sesat. Tetapi,ada suatu ketika nanti apabila hidayah telah masuk ke dalam mindanya menyebabkan dia sendiri yang akan mengatakan kepada dirinya sendiri bahawa duhulu (sebelum memperolehi hidayah) aku sememangnya dalam keadaan sesat.
Hendak menjadi sesat, cukup senang. Apabila dikatakan sesat,hal sedemikian agar kasar bunyinya. Jadi,anggaplah makna sesat itu ialah sesuatu yang menyimpang daripada JALAN KEBENARAN. Secara umum,sesaorang itu dikatakan sesat memberi makna,dia sebenarnya telah menyimpang daripada jalan yang benar.Tetapi secara khusus jika sesat berlaku pada akidah,sesaorang itu boleh jadi KUFUR atau MURTAD pada erti lainnya.
Berita dari Hadis yang membawa maksud: suatu ketika Nabi bersama dengan para sahabatnya lalu Baginda mengambil sepotong ranting kayu dan melakar satu garisan lurus diatas tanah.Pada sisipan kiri dan kanan garisan lurus itu, Baginda menggariskan cabang-cabangnya. Nabi saw bersabda bahawa pada setiap persimpangan ada Syaitan yang menunggu untuk menyesatkan manusia.Hendaklah kamu berada pada jalan yang lurus itu. Semua kita tahu bahawa didalam permohonan kita kepada Allah SWT semasa membaca surah AlFatihah,kita ada menyebut,"Tunjukilah kami ke jalan yang lurus".
Hidayah adalah milik Allah SWT. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia pilih. Banyak terdapat bukti-bukti didalam Al Quran dan juga Hadis Rasulullah saw tentang perkara ini. Hidayah dikurniakan kepada sesiapa saja yang bergelar manusia. Ini bermakna, hidayah merentasi sempadan negara,bangsa dan agama. Erti kata lainnya,sesaorang yang tinggal di negara Europah,berbangsa Inggeris dan beragama Nasrani atau tidak beragama lansung,boleh dipilih oleh Allah SWT untuk HIDAYAH. Allah SWT Maha Adil dalam pemilihinNya.
Mari kita sama-sama lihat manusia pilihan Allah untuk Hidayah. Jika dikaji latar belakang manusia ini sebelum hidayah,orang akan kata hampir mustahil dia akan mendapat hidayah kerana tabiat buruknya seperti merokok,meminum arak dan berperempuan (womanizer) sabahagian daripada hidupnya sebagai seorang pemuzik yang penuh dengan hiburan dan keseronokan.Tetapi,hatinya seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu dalam kehidupan. Hal sedemikian boleh dilihat dalam kebanyakan lagu-lagu karangannya yang bersifat ketuhanan.
Keberangkalian hati yang dimilikinya masih lagi baik;tidak tercemar dengan benda-benda khurafat dan syirik hanya bergelumang dengan dosa-dosa selain itu. Jadi benarlah,apa yang dikatakan oleh Allah dan RasulNya bahawa Dia mengampunkan SEGALA JENIS DOSA KECUALI DOSA SYIRIK.
Oleh itu,manusia janganlah pandang manusia lain dengan sebelah mata kerana dosa-dosa yang dilakukan. Bergaullah dengan semua orang dengan baik tidak kira dia itu peminum arak,penjudi, kaki perempuan,tak pakai tudung dan sebagainya kerana kamu tidak tahu apa yang ada didalam hati sesaorang. Benarlah kata Allah dan RasulNya bahawa didalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah ia dan jika busuk daging itu maka busuklah dia. Itulah yang dinamakan HATI.
Ini adalah satu lagi manusia yang mendapat hidayah,moga-moga ia kekal di dalamnya sahingga maut menjemputnya.
Hidayah Allah SWT tidak mengenal rupa bentuk sesaorang seperti diberitakan didalam hadis bahawa Allah tidak melihat pada rupa paras sesorang dan apa yang dilihatNya adalah HATI. Banyak lagi dikalangan manusia yang ada nama di kalangan masyarakat telah kembali ke JALANNYA dengan meninggalkan apa yang mereka usahakan sebelumnya.
Persoalannya,
Yusof Islam telah kembali ke jalanNya dengan meninggalkan usahanya yang lepas-lepas.
Malik Noor telah kembali ke jalanNya dengan meninggalkan usahanya yang lepas-lepas.
TETAPI,
Apakah mereka ini telah kembali ke jalanNya dengan meninggalkan usaha memecah-belahkan umat Islam dengan menggunakan dan mengamalkan BEBERAPA BAHAGIAN daripada POLITIK KUFUR DEMOKRASI; yang membenarkan penubuhan kesatuan politik tandingan terhadap kesatuan politik yang terawal, UMNO?
Sungguh,setelah sekian lama usaha mereka ini untuk mendapatkan kehidupan didunia ini dan berlarutan sahinga sekarang.
Ingat!!! Seperti mana yang saya katakan bahawa hidayah Allah tidak mengenal rupa paras sesaorang. Adakah dengan penampilan image sebegini,mereka dikatakan telah mendapat HIDAYAH?
Selagi tiada hidayah daripada Allah SWT mereka akan kekal seperti mana usaha mereka di dunia ini.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment