Tuesday, March 1, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah-1Mac 1946 Kongres 41 Kesatuan Melayu Islam-Menjawab Tuduhan Nik Aziz

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Hari ini dalam sejarah iaitu 1 mac.1946 berlansung di Kelab Sultan Sulaiman Kg.Baru,Kongres 41 kesatuan bangsa Melayu beragama Islam,sebulat suara bersetuju menubuhkan kesatuan UMNO yang menjadi WADAH PERJUANGAN UMAT ISLAM BAGI MENUNTUT KEMERDEKAAN.


Pemimpin PAS seperti Nik Aziz telah mengakui bahawa bangsa Melayu mesti diutamakan kerana mereka adalah BANGSA MAJORITI dan TELAH MENERIMA ISLAM terdahulu daripada bangsa lain.


Hujah yang saya nak kemukakan ialah jika 41 kesatuan umat Islam BERSATU DALAM kesatuan UMNO DAN IANYA MENJADI WADAH PERJUANGAN UMAT ISLAM(diakui oleh Nik Aziz bahawa bangsa Melayu adalah bangsa majoriti dan menerima Islam terdahulu daripada bangsa lain) maka UMNO adalah KESATUAN UMAT ISLAM ARUS PERDANA.


Umat Islam WAJIB berada didalamnya dan bersama-sama berjuang untuk memertabatkan AGAMA,BANGSA DAN NEGARA. Parti PAS wujud kerana rasa tidak puas hati dengan pemimpin UMNO. Parti PAS adalah Parti Tandingan kepada Kesatuan UMNO kewujudannya memberi impak perpecahan terhadap umat Islam yang dibenarkan oleh AMALAN DEMOKRASI tetapi HARAM bagi SYARIAT ISLAM.


Jika KEWUJUDAN Parti PAS ini HARAM pada mulanya maka sampai bila-bila pun AKAN MENJADI HARAM. Berpihak dengannya iaitu menjadi AHLI,MENYOKONG,MEMBANTU PERJUANGANNYA serta MENGUNDI boleh bersabit dengan BERTOLONG-TOLONGAN di atas DASAR KEZALIMAN('ASABIYYAH) terhadap KESATUAN UMNO bagi menjatuhkan,memporak-perandakan KESATUAN YANG TELAH DISEPAKATI oleh umat Islam.


MENGUNDI Parti Pemerintah adalah memberi BAI'AH kepada mereka dan MENGUNDI Parti PAS adalah CUBAAN MENJATUHKAN Pemerintah sekaligus berbuat KIANAT khusus kepada pemimpin umat Islam dan umumnya kepada umat Islam.


BERBAI'AH bersama Pemerintah Umat Islam membawa pengertian BERPEGANG-TEGUH kepada TALI ALLAH;mentaati perintahNya agar bersatu-padu dan tidak mahu berpecah-belah, dan MENYOKONG SERTA MENGUNDI Parti PAS membawa pengertian untuk KEKAL sebagai orang yang MENYOKONG SERTA REDHA AKAN PERPECAHAN UMAT ISLAM membawa implikasi MENENTANG SURUHAN ALLAH SWT kemudian RASULNYA.


Pembaca yang budiman,marilah kita sama-sama memperkukuhkan KESATUAN UMAT ISLAM dan jangan sesekali kita lalai dengan HASUTAN SYAITAN yang senantiasa menunggu-nunggu perluang untuk memecah-belahkan KESATUAN UMAT ISLAM.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment