Wednesday, March 30, 2011

Anugerah Tuhan Vs "Anugerah Tuhan" Di Tawarkan Wanita - Satu Kesilapan Fakta!

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Kita semua tentu pernah mendengar daripada kuliah agama bahawa dalam missi da'wah Rasulullah pada peringkat awal beliau pernah ditawarkan dengan 3 TA iaitu Takta,Harta dan Wanita. Tawaran itu dibuat oleh puak kafir Quraisy terhadap Rasulullah setelah mereka gagal mempengaruhi Abu Talib bagi menghentikan kegiatan anak saudaranya itu.


Fakta tawaran wanita kepada Rasulullah adalah suatu fakta yang salah.Sungguh memalukan bagi orang-orang yang mengemukakan fakta itu terhadap Nabi s.a.w. seorang manusia Anugerah Tuhan kepada umat Islam walau pun fakta itu digunakan untuk perkara yang baik seperti berda'wah. Ini kerana Nabi s.a.w. dikenali sebagai pemuda yang berkeperibadian yang mulia,baik.jujur dan adil. Tidak terlintas di benak kaum Quraisy untuk menawarkan wanita kepada pemuda yang mulia seperti Nabi s.a.w.


Pembaca yang budiman,


Sebenarnya Nabi s.a.w. ditawarkan untuk 4 perkara iaitu HARTA,PANGKAT,RAJA dan DOKTOR. Untuk makluman semua, saya nukilkan petikan perbualan yang dipetik daripada Kisah Sejarah Muhammad s.a.w. oleh wakil kaum Quraisy bernama Utba dengan Nabi s.a.w.


"Anakku",katanya,"seperti kau ketahui,dari segi keturunan,engkau mempunyai tempat di kalangan kami. Engkau telah membawa soal besar ke tengah-tengah masyarakatmu,sehingga mereka cerai-berai karenanya.Sekarang,dengarkanlah,kami akan menawarkan beberapa masalah,kalau-kalau sebagian dapat kau terima."


"Kalau dalam hal ini yang kau inginkan adalah HARTA,kami pun siap mengumpulkan harta kami,sehingga hartamu akan menjadi yang terbanyak di antara kami."


"Kalau kau menghendaki PANGKAT,kami angkat engkau di atas kami semua;kami takkan memutuskan suatu perkara tanpa ada persetujuanmu."


"Kalau kedudukan RAJA yang kau inginkan,kami nobatkan kau sebagai RAJA kami."


"Jika engkau dihinggapi penyakit saraf(gangguan jin) yang tak dapat kau tolak sendiri,akan kami usahakan pengobatannya(DOKTOR) dengan harta-benda kami sampai kau SEMBUH."


Selesai Utba berbicara,Muhammad s.a.w. membacakan Surah 'Ha Mim' As Sajadah.Utba diam mendengarkan kata-kata yang begitu indah itu. Dilihatnya sekarang yang berdiri di hadapannya itu ,bukanlah seorang laki-laki yang didorong oleh ambisi HARTA,ingin Kedudukan(PANGKAT) atau Kerajaan(RAJA),juga bukan orang yang SAKIT,melainkan orang yang mau menunjukkan kebenaran,mengajak orang kepada kebaikan.Ia mempertahankan sesuatu dengan cara yang baik,dengan kata-kata penuh mujizat.Utba pergi kembali kepada kaum Quraisy.Apa yang dilihat dan didengarnya itu sangat mempesonakan dirinya.Dia terpesona karena kebesaran orang itu(Muhammad s.a.w.).Penjelasannya sangat menarik sekali.


Pembaca yang budiman,


Jangan terkeliru dengan "Anugerah Tuhan" yang satu lagi tu! Dia tu,bukan ditawar tapi mencari-cari lagiiii. Umat Islam mesti sedar bahawa penawaran Wanita kepada Nabi s.a.w. itu;seperti mana yang telah disebut-sebut,sememangnya tidaklah layak bagi seorang yang mulia seperti Nabi s.a.w. Kaum Quraisy pun tahu dan tidak berbuat sedemikian rupa.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment