Assalamu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Saya telah menjelaskan tentang apa itu Demokrasi pada postings saya yang lepas. Untuk memudahkan saya menjelaskan dan jugak memudahkan para pembaca yang budiman memahami message yang hendak saya sampai maka ada baiknya saya pastekan balik erti Demokrasi itu.
Demokrasi terdiri daripada 2 kata dari bahasa Yunani. Pertama 'Demo' dari kata-kata Yunani 'Demos' ertinya rakyat atau penduduk. Yang kedua 'Krasi' dari kata-kata Yunani 'Cracy' bermaksud kekuasaan. Jika dihubungkan 2 kata-kata ini maka terbentuklah perkataan 'Demokrasi' iaitu membawa erti 'kekuasaan rakyat/penduduk'
Para pembaca jugak boleh membacanya pada topik saya yang ini:
http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2010/12/amalan-kufur-demokrasi-menjadi-amalan.html">http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2010/12/amalan-kufur-demokrasi-menjadi-amalan.html
Demokrasi ini adalah suatu sistem pemilihan pemimpin yang berteraskan suara ramai. Jesteru itu, suara ramai ini diterjemahkan melalui sistem pilihanraya.Para calun pemimpin yang masuk bertanding adalah daripada calun yang berparti dan calun persendirian jugak boleh mengambil bahagian dalam pilihanraya pada tiket calun bebas.Maknanya,yang tidak ada parti pun boleh bertanding. Calun parti yang menang majoriti akan menguasai sama ada NEGERI atau NEGARA. Maknanya,calun-calun yang menang akan ke Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat(Parlimen)
Pada awal pemilihan calun pilihanraya,mereka yang terpilih dengan suara majoriti rakyat akan menjadi wakil mereka dalam DUN atau PARLIMEN. Para wakil rakyat yang dipilih akan mewakili rakyat sesuatu DAERAH bertujuan mendapatkan pembelaan apa saje yang boleh mengharmonikan kehidupan mereka. Pada peringkat ini,sisem Demokrasi yang diamalkan tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Para wakil rakyat ini adalah pembuat undang-undang atau nama lainnya ialah LEGISLATORS. Sesuatu undang-undang itu akan diluluskan, jugak berdasarkan Demokrasi iaitu suara majoriti. Disinilah kita akan dapat lihat pertentangan jika ada, antara DEMOKRASI dengan ISLAM.Jika sesuatu undang-undang diluluskan oleh amalan Demokrasi bertentangan dengan Islam maka amalan inilah yang disebut sebagai amalan KUFUR dalam Demokrasi.
Bersambung.......................................
Pembaca yang budiman,
Terlebih dahulu saya meminta maaf kerana agak lama masa yang diambil untuk menyambung penulisan saya ini. Maklum saje le,bekerja sendiri. Jika tidak melakukan sesuatu maka tak berasaplah dapur rumah saya itu.
Begitulah pengertian Demokrasi iaitu kuasa suara majoriti yang boleh dilihat pada pemilihan pemimpin dan jugak di dalam DUN serta PARLIMEN. Selebihnya dilihat sebagai masyuwarah. Sungguh senang untuk memahami pengertiannya tetapi jika kita kaitkan dengan bermacam-macam isme-isme maka ianya akan menjadi kronik dan tidak dilihat islamik. Inilah tabiat manusia yang suka menyusah-nyusahkan, perkara yang senang menjadi sukar. Di dalam Al Quran jugak Allah SWT ada menegur orang-orang yang suka mentafsir ayat-ayat MUTASYABIHAT demi kepentingan mereka.
Tibalah masanya saya memperjelaskan makna SEKULARISME. Banyak sungguh definasi yang disebut oleh cerdik pandai termasuklah Dr.Yusof Al Qardawi. Kesemua tafsiran tidak lari daripada mempunyai pengertian PEMISAHAN ANTARA KEHIDUPAN DUNIA DAN AGAMA. Mentelah pula,perkara ini(Sekularisme) kebiasaannya dikaitkan dengan KENEGARAAN atau CORAK PEMERINTAHAN/PENTAKBIRAN. Dikatakan,pemerintahan/pentakbiran yang memisahkan antara DUNIA dan AGAMA disebut sebagai SEKULAR. Peluru ini digunakan oleh golongan yang anti pemerintah/pembangkang untuk mendakwa-dakwi bertujuan meraih sokongan rakyat kepada mereka.
Berapa banyak istilah-istilah yang tidak disebut oleh Nabi mengenainya tetapi digunakan oleh pemimpin serta umat Islam. Dari manakah istilah-istilah ini datang dan untuk tujuan apa ianya dibawa masuk ke dalam dunia umat Islam? Lihat sajelah istilah-istilah ini digunakan untuk menghentam pemerintah oleh golongan yang anti dan iini sekaligus dilihat boleh mengeliru serta memporak-perandakan pemikiran umat Islam.Inilah yang dikatakan PELURU-PELURU ASING yang digunakan oleh musuh-musuh umat Islam untuk mengganggu-gugat kestabilan dan keamanan negara.
Pembaca yang budiman,
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan kepelbagaiannya berpaksi kepada kemajmukan rakyatnya.Oleh sebab kemajmukan rakyatnya,corak pemerintahan jugak mengambil kira kemajmukan itu. Apa yang menjadi asas kepada corak pemerintahan ialah KEADILAN untuk semua. Semua rakyat tidak terlepas daripada undang-undang serta peraturan-peraturan yang ada bagi menjamin keadilan tercapai.
Surah An-Nisa 4:58 - Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Allah menyuruhmu,supaya kamu membayarkan amanat kepada yang empunya,dan apabila kamu menghukum antara manusia,hendaklah kamu hukum dengan KEADILAN. Sesungguhnya Allah sebaik-baik mengajar kepadamu. Sesungguhnya Allah Mahamendengar lagi Mahamelihat."
Surah An-Nisa 4:135 - Allah SWT berfirman: "Hai orang-orang yang beriman,hendaklah tegakkan KEADILAN,serta menjadi saksi bagi Allah,meskipun atas dirimu sendiri atau ibubapamu dan karib kerabatmu................."
Natijah daripada segala perutusan hukum adalah berdasarkan KEADILAN. Sepertimana yang telah disebut bahawa negara Malaysia adalah negara yang unik lagi berbilang kaum. Semua rakyatnya tidak terlepas daripada hukuman jika ada melakukan kesalahan. Oleh itu,wujudnya Makamah Syariah dan Makamah Sivil bertujuan melindungi rakyatnya. Bukan entiti kedua makamah itu yang menjadi persoalan(sekular atau tidak sekular) tetapi KEADILAN yang terlahir daripadanya. KEADILAN itulah yang menjadi ASAS terhadap ROH ISLAM.
Kita ambil satu contoh,katakan jenayah penipuan berlaku antara seorang muslim dengan bukan Islam,kemana harus dirujuk;makamah syariah atau sivil? Berlaku kejadian rogol antara seorang muslim dengan bukan Islam,kemana harus dirujuk;makamah syariah atau sivil? Keunikan inilah yang menjadikan pelaksanaan Islam itu(KEADILAN) lebih matang, berlaku di negara ini. Oleh itu,keliru orang yang menganggap bahawa kewujudan kedua entiti makamah itu membawa pengertian negara ini adalah negara sekular. Apa itu sekular? Memisahkan pentakbiran negara(dunia) terasing/berasingan daripada agama.
Kita boleh sebutkan juzuk-juzuk amalan dalam agama Islam seperti Akidah(Perlembagaan Negara: Perkara 121(1A),Perkara 3 dan Perkara 11 Fasal 4) Ibadah(Syiar agama),Muamalat(Perbankan Islam dan yang serupa dengannya),Munakahat (Makamah syariah tempat penyelesaian) dan Jinayat (Menuju kearah kesempurnaan) yang kesemuanya terangkum didalam pemeriantahan serta pentakbiran negara kita Malaysia. Bagi orang-orang yang mencari kesalahan pemerintah,sememangnya mereka akan menidakkan apa saje yang datang daripada pemerintah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment