Monday, March 21, 2011

Akibat Tidak Taat Kepada Pemerintah! Darahhhh!....Darahhh!......Orang Punya Darahh Dia Sudah Hisappp..!!!h

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Umat Islam perlu membayar sekian banyak darah daripada saudara Islamnya semata-mata kerana tidak taat kepada pemerintah. Apakah dengan cara berdemonstrasi keadaan akan bertambah baik? Belum tentu lagi! Nak pemimpin yang macam mana? Dan nak pemimpin yang adil macam mana?


Okeylah,kalau kita katakan bahawa Presiden Mubarak itu tidak peka hal rakyatnya. Ertikata lainnya,mengambil haknya, menahan hak rakyat yang diperintahnya. Bagaimanakah pulak nak dibuangkan BEBERAPA SABDAAN NABI dalam hal ini?



Hadis riwayat Bukhary dan Muslim:


Ibnu Umar r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w.: Seorang muslim wajib mendengar,taat pada pemerintahnya dalam apa yang disetujui atau tidak disetujui,kecuali jika diperintah maksiat. Maka apabila disuruh maksiat,maka tidak wajib mendengar dan tidak wajib taat.

Hadis riwayat Muslim:


Abu Hunaidah(Wa'il) bin Hudjur r.a. berkata: Salamah bin Jazid Aldju'fy bertanya pada Rasulullah s.a.w.: Ya Rasulullah,bagaimana jika terangkat di atas kami kepala-kepala yang hanya pandai menuntut haknya dan menahan hak kami,maka bagaimanakah kau menyuruh kami berbuat? Pada mulanya Rasulullah mengabaikan pertanyaan itu,hingga ditanya kedua kalinya, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Dengarlah dan taatlah maka sungguh bagi masing-masing kewajiban sendiri-sendiri atas mereka ada tanggung-jawab dan atas kamu tanggung jawabmu.

Penjelasan: Pada ayat hadis yang di boldkan merah jelas menunjukkan pemerintah yang pandai mengambil haknya tetapi menahan atau tidak memberi hak rakyat. Bukankah itu zalim namanya? Tetapi,cuba baca apakah nasihat Nabi terhadap kita sebagai rakyat?

Hadis riwayat Bukhary dan Muslim:


Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sungguh akan terjadi sepeninggalku nanti monopoli dan mengutamakan diri sendiri,dan hal-hal yang kamu anggap tidak benar. Sahabat bertanya: Apakah yang kau pesankan kepada orang-orang yang mendapati kejadian itu ya Rasulullah? Jawab Nabi: Kamu harus menunaikan kewajipanmu, dan mengharapkan kepada Allah apa yang menjadi hakmu.

Penjelesan: Pada ayat hadis yang di boldkan merah jelas boleh di ertikan sebagai pemimpin yang memonopoli projek-projek dan jugak pemimpin yang mengutamakan diri sendiri dengan mengenepikan rakyat yang dibawah jagaannya.

Pembaca yang budiman,


Apakah umat Islam boleh mengenepikan apa yang telah disabdakan oleh Nabi dalam hal pemerintahan ini? Mungkin terhadap Presiden Mubarak, umat Islam boleh mengiyakan perbuatan seperti demonstrasi itu;tidak pada saya,tetapi bagaimana pulak perkara yang seakan-akan serupa boleh berlaku terhadap PEMERINTAHAN SAIDINA USMAN,SAIDINA ALI DAN SETERUSNYA....? 


Mereka ini adalah manusia yang telah dijamin oleh Baginda s.a.w. sebagai PENGHUNI SYURGA masih jugak dianggap tidak ADIL. Jika pun mereka tidak adil,apakah cara seperti berdemonstrasi itu,satu-satunya jalan penyelesaiannya?


Sejarah telah tercatat,manusia yang berdemonstrasi di zaman saidina Usman sahingga membawa kepada pembunuhannya, masih lagi ternanti-nanti KEADILAN yang mereka sangkakan akan dapat diperolehi. Tetapi ternyata,pembunuhan sileh berganti sahinggakan membawa kepada perpecahan umat,perpecahan jajahan taklukan,masih lagi misteri KEADILAN ini tidak terjawab. Sahingga ke hari ini,umat Islam masih lagi melakukan kesilapan lampau; yang kesilapan itu telah tersedia tercatat dalam sejarah umat Islam itu sendiri.


Tak pandai-pandai lagi umat Islam belajar daripada sejarah! Tak pandai-pandai lagi umat Islam belajar daripada Al Qur'an,walhal mereka mengakui menerima KEBENARANNYA! Tak pandai-pandai lagi umat Islam belajar daripada Al Hadis,walhal mereka mengakui Muhammad s.a.w. itulah satu-satunya Nabi ikutan mereka dan penutup sekelian NABI dan RASUL.


Inilah akibatnya, dek kerana tidak taat kepada Allah SWT dan tidak mengikut pesanan Rasulullah s.a.w. dalam menjalani kehidupan di dunia ini.


Lihatlah apa yang telah terjadi kepada saudara Islam kita di Libya! Mula-mula berdemonstrasi, tetapi sekarang  seluruh rakyatnya dapat melihat bukan sahaja demonstrasi manusia tetapi demonstrasi percikan bunga api yang datang dari bawah ke atas dan jugak yang datang dari atas ke bawah. Berapa banyakkah umat Islam Libya yang mesti menjadi korban dan berapa lamakah yang akan mereka tempohi,gara-gara menagih sebuah KEADILAN yang tidak pernah tepat tafsirannya oleh Sang Mahluk bernama manusia.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment