Wednesday, March 2, 2011

Rakyat Mesir Telah Faham Makna Politik,Rakyat Kelantan Bila Lagi!

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Saya pernah kemukakan satu tajuk dalam postings saya yang lepas tentang 4 mertabat manusia yang telah digariskan oleh syariat Islam. Sila baca:

http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2011/01/larangan-syariat-membenci-dan-mencaci.html">http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2011/01/larangan-syariat-membenci-dan-mencaci.html

Pengharaman menentang mereka sebenarnya ada kena-mengena dengan  tugas dan tanggungjawab yang dibebankan ke atas mereka oleh syariat Islam. Mereka akan diadili oleh Allah SWT apa-apa yang telah dipertanggongjawabkan. Disini saya ingin berhujah mengenai Pemerintah/Ulilamri dan mengambil kira penjelasan saya bersangkutan dengan isu semasa di negara kita dan pergelokan yang sedang berlaku di beberapa negara Arab.


Mari kita baca hadis mengenai hukuman kepada pemerintah yang gagal menjaga kepentingan rakyatnya.


Hadis riwayat Bukhary dan Muslim:


Abu Ja'la(Ma'qil) bin Jasar r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Tiada seorang yang diamanati oleh Allah memimpin rakyat,kemudian ketika mati ia masih menipu rakyatnya,melainkan pasti Allah mengharamkan baginya Syurga."


Hadis riwayat Bukhary dan Muslim:


Ibn Umar r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:" Kamu sekalian pemimpin dan kamu akan ditanya dari hal rakyat yang dipimpinnya.Pemimpin akan ditanya hal rakyat yang dipimpinnya. Suami akan ditanya hal keluarga yang dipimpinnya. Isteri memelihara rumah tangga suaminya dan akan ditanya hal yang dipimpinnya. Pelayan memelihara milik majikannya dan akan ditanya dari hal yang dipimpinnya."


Pemerintah yang baik lagi adil adalah pemerintah yang menjaga kepentingan  rakyatnya. Apakah kepentingan rakyat yang perlu dijaga oleh pemerintah? 


KEAMANAN-bersangkutan dengan menjaga nyawa dan harta-penyediaan penguatkuasaan seperti polis,tentera pelbagai segi seperti darat,laut dan udara-makamah dan pegawai undang-undang serta para hakim.
KESIHATAN-bersangkutan dengan menjaga nyawa serta kesihatan rakyat-penyediaan hospital dan klinik-klinik,para doktor dan farmasi,para jururawat dan ubat-ubatan dan segala kemudahan yang diperlu untuk merawat.
EKONOMI-bersangkutan dengan keperluan pekerjaan bagi rakyat,keperluan makan dan minum-pemerintah perlu memastikan makanan untuk rakyat cukup jika tidak terpaksa mengimpotnya-keperluan air bersih untuk minuman dan bersuci-ini semua akan tercapai jika pemerintah yang baik akan mengadakan perancangan jangka masa pendek dan panjang kerana pertambahan penduduk mesti diambil kira.
PENDIDIKAN-bersangkutan dengan pembasmian buta huruf,menjadikan rakyat cemerlang ilmu dan mempunyai daya pemikiran kreatif dan berinovasi,celik IT dan berteknologi tinggi-kesemuanya ini  menjadikan rakyat kearah kecemerlangan dalam kehidupan.-ianya jugak salah satu cara bagi pembasmian kemiskinan-pembinaan universiti,kolej,maktab,sekolah,vokasional,pusat-pusat latihan kemahiran.
PERLINDUNGAN-bersangkutan dengan tempat tinggal rakyat.
KEMUDAHAN PENGANGKUTAN-bersangkutan dengan kemudahan rakyat dan perniagaan-pengangkutan darat,laut dan udara.-pembinaan jalan dan lebuhraya.
JANAKUASA-bersangkutan dengan penyediaan elektrik-merancang untuk rakyat mengenai keperluan mereka untuk jangka masa panjang.
KEMUDAHAN BERIBADAH-bersangkutan dengan agama untuk rakyat-pembinaan sekolah agama,institiusi keagamaan,masjid,surau-penyediaan guru-guru agama,para imam dan sebagainya..


Kesemuanya ini adalah tanggungjawab pemerintah untuk rakyatnya dan ianya bukan mudah,memerlukan kerjasama daripada para pemimpin dalam sesuatu pemerintahan dan rakyat mempunyai tanggungjawab untuk mentaati dan bersabar dengan kerenah pemerintah tanpa membuat sebarang provokasi terhadapnya.Dan tidak semua pemerintah dapat melakukannya seratus peratus bagi memuaskan hati rakyatnya. Ada jugak pemerintah yang lalai terhadap tanggungjawabnya penyebab kepada keadaan yang tidak stabil didalam negara.


Pembaca yang budiman,


Apa yang berlaku sekarang kepada negara-negara Arab di timur tengah adalah kegagalan pemerintahnya melihat akan keperluan rakyatnya. Negara Arab adalah negara yang kaya dengan pengeluaran sumber minyak tetapi keadaan rakyatnya hidup dalam kemiskinan.Mesir menghadapi 2 digit inflation iaitu 12%. 40% daripada rakyat Mesir berpendapatan kurang daripada $2 sehari iaitu lebih kurang RM5-00 sehari. Hasil pendapatan cukai ialah 15% daripada GDPnya tetapi 8% pergi kepada subsidi bahan api dan makanan.


Lebih kurang 80 million penduduk Mesir,belia adalah jumlah terbesar. 50% lelaki dan 90% wanita Mesir tidak bekerja setelah tamat pengajian sekolah. Peluang pekerjaan yang ada menurun lebih daripada 10% dalam tahun 2009 apatah lagi tahun mendatang. Kebanyakan daripada pekerjaan yang ada melibatkan kerja-kerja yang tidak formal dengan bayarannya murah. Sedikit sangat peluang pekerjaan bagi sektor yang formal seperti sektor pembuatan,pelancongan dan kewangan.1 daripada 10 peluang pekerjaan terbit daripada sektor pembuatan dan 1 daripada 20 peluang pekerjaan terbit daripada pelancongan dan kewangan.


Index rasuah Mesir berada pada ranking 98 daripada 178 negara mengikut Transparency International's 2010 Corruption Perception Index dengan pencapaian markah 3.1 daripada 10.Rasuah dalam perniagaan berleluasa.Satu kaji selidik mendedahkan 6 daripada 10 usahawan Mesir menganggap rasuah adalah major kekangan dalam perniagaan.


Pembaca yang budiman,


Kebangkitan rakyat Mesir bukan kerana perjuangan puak-puak pembangkang yang dilihat selalu memainkan sesuatu isu untuk kepentingan kedudukan mereka. Kebangkitan rakyat Mesir bukan kerana ideologi atau kefahaman Islam yang dibawa oleh pembangkang dan bukan jugak bersangkutan dengan isu-isu kenegerian Arab seperti slogan-slogan yang berbunyi,"Jahanam kepada Israel,Amerika dan Penjajahan global" atau "Bersama membebaskan Palestine dan Iraq". Tidak jugak membawa slogan,"Islam is the solution". Hampir kesemuanya itu tidak timbul. PUAK PEMBANGKANG MESIR MACAM PAS DI NEGARA KITA INI. PERJUANGAN MEREKA HANYA UNTUK MENGEKALKAN JAWATAN DIDALAM SESUATU PEMERINTAHAN.RAKYAT BOLEH PERGI JAHANAM.


Kebangkitan rakyat Mesir adalah kerana PERUT. Pemerintah mereka tidak menjaga kepentingan PERUT RAKYATNYA.Rakyat hidup dalam kemiskinan dengan serba serbi kekurangan. Pendapatan murah,pengangguran banyak dan rasuah menjadi budaya kehidupan seharian. Kebanyakan daripada rakyat yang berdemontrasi di jalanan terdiri daripada golongan belia yang tak ada kena mengena dengan mana-mana pergerakan politik. Ini sememangnya benar dan sejarah negara jugak tidak boleh dilupakan, dimana bangsa Melayu beragama Islam pada ketika itu ditindas oleh penjajah British.KMM ditubuhkan pada tahun 1932 jugak berdasarkan ALASAN PERUT.Taraf ekonomi bangsa Melayu yang rendah,kemiskinan melata dan penindasan berleluasa.


Kesimpulannya,rakyat sesuatu negara itu akan bangkit apabila PERUT mereka terjejas,KEHIDUPAN MEREKA TERTINDAS dek kerana KEMISKINAN. Ternyatalah bahawa KEWUJUDAN PARTI PAS ini tidak membawa manfaat kepada umat Islam malahan menjadi pertualang kepada PERPADUAN UMAT ISLAM. Mereka adalah PUNCA PERPECAHAN. Ternyata jugak rakyat negeri Kelantan tidak dapat memahami bahawa makna dan peranan politik itu adalah bersangkutan dengan perihal keadaan kehidupan mereka. Seperti yang dinyatakan oleh penulis berbangsa Mesir itu," Egyptians are rediscovering the real meaning of politics: politics,before anything else,is concern about citizens' living conditions within the borders of the relevant nation-state." Rakyat Kelantan telah didadahkan dengan agama sahingga mereka lupa tanggungjawab mereka sesama mereka untuk membangunkan kecemerlangan negerinya. Semoga pada pilihanraya umum yang akan datang RAKYAT KELANTAN MESTI BANGKIT untuk menukar PEMIMPIN yang kosong otaknya; perihal seluk-beluk pentakbiran negeri.


Wassalam.



1 comment:

  1. 1924 M - 2011 M, Malapetaka 87 Tahun Keruntuhan Khilafah

    Negara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah telah runtuh pada tahun 1924.

    Lihatlah Blog Ar Rayah World News
    http://ibnuyassir.blogspot.com/

    Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.

    ReplyDelete