Tuesday, March 15, 2011

Berpecah-belah Apabila Dapat Memerintah Tetapi Bersatu-padu Apabila DiJajah

Assalamu'alaikum.


Umat Islam berpecah-belah didalam negara yang dipimpin oleh pemimpin umat Islam daripada kalangan mereka. Ini boleh dilihat dimana-mana negara umat Islam di dunia ini. Tetapi,umat Islam bersatu-padu apabila  berada dibawah pemerintahan pemimpin bukan Islam. Erti kata lainnya,bersatu-padu apabila dijajah. PERSOALANNYA, APAKAH UMAT ISLAM LEBIH RELA DIJAJAH, BARU NAK BERSATU-PADU?


Pembaca yang budiman,


Dewasa ini, banyak fitnah yang berlaku terhadap umat Islam. Perkara inilah yang merunsingkan Nabi s.a.w. kerana fitnah membawa kepada perpecahan. Sahingga Nabi s.a.w berdoa kepada Allah memohon agar umatnya bersatu-padu tetapi ditolak oleh Allah SWT. Fitnah jugak membawa kepada pembunuhan para Nabi dan fitnah jugak telah membawa kepada pembunuhan saidina Usman dan Ali karamallahu wajha.Di heretnya fitnah itu sahingga terbunuhnya Imam Hasan dan Husin;cucu kesayangan Nabi s.a.w. Mustahil mereka tidak kenal akan cucu Baginda! Mustahil mereka tak kenal akan keakraban saidina Ali dengan Baginda s.a.w.dan mustahil mereka tidak kenal akan suami Siti Fathimah binti Muhammad s.a.w.! Mengapakah perkara semacam ini boleh berlaku?


Bermulanya pada zaman saidina Usman,golongan yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya telah membuat onak,provokasi,adu dumba,fitnah bertujuan mengkucar-kacirkan keamanan pemeriantahan. Mereka mendakwa-dakwi bahawa saidina Usman tidak berlaku adil dalam pemerintahannya. Saidina Usman didakwa oleh mereka mengamal KRONISME; favouring his close friends and companions, dan NEPOTISME;favouring his own relatives,didalam pemerintahannya. Istilah ini jugak diguna-pakai oleh golongan yang tidak berpuas hati dengan pemerintah sekarang. Tomahan rasuah terhadap pemeriantah dibibir mulut mereka. Kemana jugak mereka berceramah,perkara ini mesti dibangkitkan. Seolah-olah mereka telah belajar daripada sejarah saidina Usman bahawa provokasi ini telah membawa kejayaan besar sahingga membawa kepada perpecahan umat Islam. Kejayaan ini sahingga terhasil bukan saje perpecahan terhadap umat Islam bahkan perpecahan  jugak berlaku terhadap kuasa memerintah. Kuasa memerintah tidak lagi dibawah satu khalifah atau pemimpin tetapi beberapa pemimpin, menjadikan mereka berada didalam beberapa jajahan kecil. Akhirnya mereka dijajah oleh golongan asing.


Benarlah firman Allah bahawa laranganNya supaya jangan berpecah-belah nanti kamu akan menjadi lemah telah terbukti. Dan benar jugak firman Allah bahawa Mekah adalah NEGERI YANG AMAN dan Allah menjamin keamanannya. Negeri yang tidak pernah dijajah walaupun dengan bala tentera bergajah Abrahah.


Oleh sebab kejayaan puak pengkianat dizaman saidina Usman,pemerintahan yang asalnya berpaksikan KHALIFAH telah bertukar menjadi pemeriantahan BERAJA yang dipolupori oleh Muawiyah. Satu sistem pemerintahan dimana kuasa pemerintahan diturunkan kepada anaknya.


Apakah benar perbuatan golongan yang membuat onak,provokasi dan fitnah ini dizaman saidina Usman? Berjayakah golongan pengkianat ini mendapatkan KEADILAN? Bukankah KEADILAN ini yang menjadi subjek sahingga terbunuhnya saidina Usman? Apa tidak fahamkah mereka tentang perintah Allah supaya mereka bersatu-padu dan jangan berpecah-belah! Apa tidak fahamkah mereka tentang perintah Allah supaya mereka taat kepada pemimpin! Bagaimanakah ini semua boleh berlaku? Jawapan kepada persoalan itu ialah TIDAK TAAT PERINTAH ALLAH dan TIDAK MENGIKUT PERTUNJUK RASULULLAH perihal PEMERINTAH iaitu orang yang berkuasa diantara kamu.


Pembaca yang budiman,


Saya ada memperjelaskan tentang MENTAATI PEMERINTAH dari sudut Al Quran dan Hadis iaitu apa yang difirmankan oleh Allah SWT dan apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. Sila baca topik pada postings saya yang lepas:

http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2011/01/bagaimana-sepatutnya-reaksi-umat-islam.html">http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2011/01/bagaimana-sepatutnya-reaksi-umat-islam.html

Negara-negara Arab bergolak lagi mengenai pemerintahan di negara mereka.Sebilangan rakyatnya tidak berpuas-hati terhadap pemerintahnya.Mereka memilih cara yang tidak ditunjuki oleh Rasulullah.Akibatnya, negara mereka mengalami keadaan yang tidak stabil,huru-hara dan menjadi lemah. Musuh-musuh Islam menanti masa untuk melakukan sesuatu yang akan merugikan rakyatnya. Keadaan rakyatnya menjadi lebih teruk daripada sebelum ini.Kehidupan mereka menjadi lebih susah,kebebasan terbatas dan ekonomi lebih merudum. Apakah kesudahannya? Negara Afganistan yang mempunyai rakyat yang HOMOGENEOUS,sahingga sekarang hidup dalam suasana yang tidak stabil dan tenteram. Dulu,sebelum PENCEROBOHAN AMERIKA,para pemimpinnya selalu bertelagah;berperang sesama sendiri dan tidak berpuas hati dengan corak pemerintahan dan pentakbiran. Salah satu sebabnya ialah penonjolan terhadap sesama sendiri,siapa yang lebih Islam. Lihatlah,sehingga sekarang rakyatnya masih lagi susah,kebebasan terhad,ekonomi terbantut dan pembangunan tak ada. Segala kewajipan dan tanggongjawab pemerintah yang sepatutnya dapat diberikan kepada rakyat,tergendala dan terbantut. Apakah itu yang dikehendaki oleh agama Islam? SALAH AGAMA ISLAM KE ATAU SALAH PENGANUTNYA YANG BERAGAMA ISLAM?


Pembaca yang budiman,


Ketaatan kepada pemerintah itu wajib, sama ada kita berada didalam negara yang diperintah oleh pemimpin Islam atau pemimpin bukan Islam. Kewajipan itu terangkat jika kita dipaksa melakukan sesuatu yang bermaksiat kepada Allah SWT. Selagi sesuatu pemerintah itu tidak memaksa keatas umat Islam untuk melakukan maksiat terhadap Allah,ketaatan wajib diberikan kepada pemerintah. Ini kerana TUJUAN PEMERINTAH ITU DIADAKAN UNTUK MEMBAHAGIAKAN RAKYATNYA DALAM SERBA SERBI. Jadi,umat Islam yang menjadi rakyat sesuatu negara bukan Islam,wajib mentaati pemimpin negaranya kerana nikmat yang dikecapi sepanjang kehidupan di negara itu, hasil kebijaksanaan pentakbiran dan pemerintahan pemimpin negara tersebut. 


Apakah sesaorang itu boleh berdiam diri berada dibawah suatu pemerintahan;sama ada pemerintahan umat Islam atau bukan Islam, tanpa menjalankan kerja-kerja dahwah? Tentu sekali tidak! DAHWAH kepada umat Islam,dahwah kepada rakyat dan dahwah kepada para pemimpin adalah ASAS PERJUANGAN AGAMA, menjadi ikutan CARA KERJA PARA NABI DARI DULU HINGGA SEKARANG tidak kira dimana kita berada. Oleh itu,terbentuknya umat Islam yang cintakan agama adalah hasil daripada DAHWAH dan apabila umat Islam cinta kepada agama maka terbentuklah sebuah DAULAH yang mendapat KEAMPUNAN daripada Allah SWT. 


ISLAM TIDAK TERBENTUK DENGAN KUASA TETAPI DENGAN DAKWAH. KELIRU BAGI SESIAPA YANG MENGATAKAN ISLAM DITEGAKKAN DENGAN KUASA SEPERTI YANG BERLAKU KEPADA PUAK PAS.


ISLAM TIDAK DITEGAKKAN DENGAN KILAUAN PEDANG(KUASA) TETAPI ISLAM DITEGAKKAN MELALUI ASAS KETAJAMAN LIDAH(DAHWAH).


Wassalam.

No comments:

Post a Comment