Assalamu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Hati kecil ini mengatakan bahawa Ketua Pembangkang ini adalah seorang yang jahat. Adegan seks yang diperkatakan oleh ramai orang sebenarnya adalah satu perangkap yang sengaja diadakan bagi memerangkap pemerintah dengan permainannya.
Tidak salah dan tidak berdosa bagi seorang mewar-warkan akan peribadi beliau. Ini kerana,jika tidak berbuat sedemikian,umat Islam akan jadi lebih mudharat dan negara berkemungkinan mempunyai pemimpin yang buruk akhlaknya. Negara akan hancur jika peribadi seperti dia bersama-sama puak-puak lebai pakturut beserta puak-puak Cina berfahaman Komunis memerintah negara ini.
Dalam surah Al Hujurat ayat 12:
"Hai orang-orang yang beriman,jauhilah kebanyakan sangka-sangka(sangkaan terhadap sesama muslim),karena sebagian sangka-sangka itu ialah dosa............."
Mengikut pendapat ulamak, bersangka jahat kepada orang yang sememangnya jahat,itu dibenarkan. Seperti mana firman Allah SWT bahawa SEBAGAIAN sangka-sangka itu ialah DOSA. Maknanya SEBAGAIAN lagi dibolehkan, selari dengan pendapat ulamak.
Jika diambil kira kes liwat yang pertama pada tahun 1998,KETIGA-TIGA HAKIM MAKAMAH PERSEKUTUAN berpendapat bahawa Ketua Pembangkang itu ada terlibat dalam aktiviti kegiatan songsang.
Isu video seks yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang itu adalah satu rancangan perangkap berdasarkan beberapa faktor:
I. Selalunya,video seks bersabit dengan individu kenamaan disebarkan di You-Tube dulu atau disebarkan kepada orang ramai melalui CD seperti yang berlaku pada Cha Soi Lek.Tetapi,senario yang berlaku sekarang ini ialah saorang yang menggelarkan dirinya sebagai Datuk T membuat pendedahan rasmi dengan memanggil beberapa editor surat khabar melihatnya disatu tempat yang exklusif iaitu di Carcosa. Tempat ini pernah menjadi penginapan Presiden Yasser Arafat semasa kunjungan beliau di Malaysia. Dah arwah pun dia ini.
Persoalannya: Keberanian Datuk T memberi petanda bahawa ianya satu set-up. Ini kerana,1.Datuk T tentu tahu implikasi undang-undang bahawa memiliki video porno adalah satu kesalahan jenayah. 2. Dia telah membuat satu ugutan terang-terangan kepada Ketua Pembangkang itu supaya meletakkan jawatan dalam masa seminggu jika tidak video seks didedahkan kepada orang ramai,jugak satu kesalahan.
II. Datuk T mengatakan bahawa dia akan menghantar salinan video seks mirip Ketua Pembangkang itu untuk di verified dan jika betul dia(Anwar) maka dia(Anwar) hendaklah meletakkan jawatan.
Beberapa persoalan mesti diperjelaskan disini bahawa jika video akan dihantar, ini bermakna ianya belum lagi dihantar. Kalau video itu belum lagi dilihat oleh Anwar hanya berdasarkan cakap orang,Ketau Pembangkang itu tak perlu takut. Ini kerana video seks diakui sendiri oleh Datuk T bahawa ianya dalam genggamannya seorang dan belum lagi disebarkan cuma hanya diberi tonton kepada editor akhbar dalam keadaan pengawasan yang ketat.
III. Ketua Pembangkang itu telah membuat polis repot di pejabat polis Dang Wangi diiringi oleh para penyokongnya dengan sedikit demonstrasi dan jerit pekik. Anwar membuat polis repot memberi petanda bahawa ianya memang satu rancangan jahat dia sendiri. Ini memperlihatkan bahawa ianya sesuatu yang telah dirancang kronologinya.
Persoalannya: Atas ASAS apakah repot polis itu dibuat? Ini kerana, Anwar belum lagi melihatnya dan tidak mempunyai bahan bukti seperti CD atau slot You-Tube dikemukakan sebagai ASAS kepada repotnya.Ianya masih lagi pada tahap cakap-cakap.Video seks itu diakui oleh Datuk T hanya dia saje yang memilikinya dan didalam genggamannya.
IV. Sekarang ini,Datuk T menginginkan bahawa satu suruhanjaya yang dianggotai oleh NGOs dan beberapa pihak lain bagi mengenal pasti pelakun dalam video seks itu sekaligus menjustifikasikan kesahihan clip video itu.
Persoalannya: Untuk apa tujuan, nak dilakukan sedemikian? Untuk apa! Untuk apa! Untuk apa,jika pelakun sebenar dalam clip video itu memang bukan Ketua pembangkang Anwar Ibrahim. Semuanya dirancang sebegitu rupa sahinggakan dikatakan suara yang ada didalam clip video itu,suara macam Anwar Ibrahim. Dikatakan,suara itu jelas pulak tu! Wowww......bukankah tidak masuk akal, perkara seperti suara boleh jelas kedengaran jika clip video itu diambil secara sulit. Dan selalunya,videocam berdekatan dengan speakernya. Apa,dekat ke benda itu dengan para pelakun. Setahu saya,pembikinan blue filem sahaja yang suara perbualan didalamnya begitu jelas.
V. Dan sekarang ini telah kedengaran tuduhan-tuduhan Ketua Pembangkang itu mengatakan bahawa ini adalah satu lagi konspirasi untuk mengaibkannya,menjatuhkannya,suatu perbuatan yang jijik yang didalangi pemimpin negara. Isu ini akan dimainkan ketelinga rakyat jelata dan berkemungkinan akan dibawa masuk kedalam proceedings makamah hari ini.
VI. Kita semua masih lagi ingat, bagaimana perbicaraan tertangguh gara-gara sesuatu yang dilapurkan oleh akhbar Utusan, menjadi perdebatan didalam makamah sahinggakan USUL TIDAK PERCAYA terhadap HAKIM BICARA disyorkan. Apakah kesudahan sendiwara oleh orang yang bernama Anwar Ibrahim ini? Sama-samalah kita ikuti lakunan seterus..............Harapkan, hari ini hakim bicara dapat memutuskan mengenai dengan DNA Anwar ini dapat diambil untuk dianalisa.
Senjata Makan Tuan
Pembaca yang budiman,
Perbuatan Datuk T ini seolah-olah favouring pihak pemerintah dan discredit Anwar Ibrahim. Sekarang ini,kita harapkan pihak polis DAPAT MENGENAL PASTI IDENTITI DATUK T ini, sekaligus menangkapnya untuk disoal siasat dan seterusnya didakwa dimakamah atas 2 tuduhan iaitu memiliki BAHAN LUCAH dan UGUTAN tanpa memperbesarkan ISU KANDUNGAN CLIP VIDEO ITU. Dengan berbuat sedemikian,Datuk T akan terperangkap dan INILAH YANG DIKATAKAN SENJATA MAKAN TUAN.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment