Friday, January 21, 2011

Bagaimana Sepatutnya Reaksi Umat Islam Terhadap Pemerintah Yang Mereka Katakan "Zalim"

Assalammua'laikum.

Pembaca yang budiman,

Merujuk kepada tajuk di atas saya ingin mengulas dalam 2 perspektif. Pertama perspektif Demokrasi dan yang kedua dalam perspektif Islam.

Semua orang mengetahui bahawa pemerintah yang dikatakan "zalim" boleh ditumbangkan dengan menggunakan salah satu daripada amalan Demokrasi ia itu Pilihanraya. Sesabuah parti atau gabungan parti yang mendapat menang majoriti kerusi didalam Dewan Rakyat dalam Pilihanraya Umum akan menguasai pemerintahan negara.

Dalam proses untuk memenangi majoriti kerusi ,pihak-pihak yang bertanding atau parti yang bertanding menggunakan segala macam helah atau strategi untuk memenangi hati rakyat bagi mendapatkan sokongan. Terlihat dan kedengaran perkara dan perbuatan yang digunakan bagi meraih kemenangan, banyak yang bercanggah dengan norma serta prinsip syariat Islam.

Amalan-amalan yang bercanggah; mencaci,memaki,memfitnah,provokasi,mengaibkan orang lain dan tidak terkecuali rasuah sama ada dalam bentuk material atau spiritual melalui fatwa-fatwa agama songsang, yang kesemuanya itu maklum bagi kita adalah perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam. Ianya merupakan dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia khususnya umat Islam.

Umat Islam menjadi hilang pertimbangan sahingga lupa akan peranan dan tanggungjawab terhadap agama dan bangsanya. Mudah sekali mereka ini lupa akan prinsip-prinsip akidah dan syariah yang sewajibnya dijaga, disanjung serta berpegang kuat dengannya.

Mereka mengamalkan amalan Demokrasi sahingga lupa akan asas pembinaan dan kekuatan ummah itu adalah bersumberkan kesatuan umat. Mentelah lagi,ini sangat berbahaya bagi negara yang mempunyai berbagai bangsa seperti Malaysia. Mereka lupa akan sejarah silam Islam. Mereka tidak pelajari daripada sejarah. Ternyata penganut-penganut agama Islam ini tidak reti akan risiko yang mendatang.

Apakah masalah seperti ini tidak diterangkan oleh Allah dan NabiNya? Dikatakan bahawa Islam penyelesaian kepada segala masalah! Tetapi,kenapa penganut-penganutnya berperangai seperti ini. Maka terbuktilah,bukan Islam itu yang salah tetapi penganut-penganutnya yang tidak pandai serta sanggup menggadaikan prinsip keperibadian Islam demi kerakusan kekuasaan dibumi ini.

Perspektif Islam.

Umat Islam disuruh taat kepada pemerintah. Ketaatan kepada pemerintah itu terhenti (tidak perlu taat) apabila pemerintah memaksa kita melakukan maksiat kepada Allah. Tidak taat kepada pemerintah setekad mana yang berlawanan saje. Bukannya secara terus-terusan tidak taat kepada pemerintah sahingga membawa kepada membenci,memfitnah,mencaci dan sebagainya. Ini berlaku dizaman Nabi terhadap keluarga Yasir dan jugak berlaku di zaman Saidina Uthman dan Ali(telah diterangkan pada tujuk yang lepas).

Apabila dikatakan pemerintah itu zalim ianya mempunyai banyak pengertian. Zalim yang macam mana! Zalim pada pengertian umum ialah tidak melakukan apa yang sepatutnya; tidak melakukan keadilan,jugak dinamakan zalim atau membunuh,menyeksa secara fisikal seperti yang berlaku di zaman Nabi dan zaman Nabi-Nabi.

Jika "zalim" pada pemerintah itu sesuatu yang berbentuk fisikal,saya tidak fikir ada orang yang berani menentang kezaliman pemerintah seperti itu kecuali sesuatu yang berupa kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT.

Oleh itu,"zalim" yang dimaksudkan oleh umat Islam pada masa kini terhadap pemerintah ialah seperti mengaup kekayaan negara, kronism,nepotism dan sebagainya. Perlakuan zalim oleh pemerintah yang seperti ini, tidak terbatal ketaatan sesaorang terhadap pemerintahnya. Apakah buktinya?

Di bawah ini saya kemukakan 2 hadis Nabi yang mengesahkan perilaku pemerintah yang dikatakan "zalim" itu.

Hadis riwayat Muslim:

Abu Hunaidah(Wa'il) bin Hudjur r.a. berkata: Salamah bin Jazid Aldju'fy bertanya pada Rasulullah s.a.w.: Ya Rasulullah,bagaimana jika terangkat di atas kami kepala-kepala yang hanya pandai menuntut haknya dan menahan hak kami,maka bagaimanakah kau menyuruh kami berbuat? Pada mulanya Rasulullah mengabaikan pertanyaan itu,hingga ditanya kedua kalinya, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Dengarlah dan taatlah maka sungguh bagi masing-masing kewajiban sendiri-sendiri atas mereka ada tanggung-jawab dan atas kamu tanggung jawabmu.

Penjelasan: Pada ayat hadis yang di boldkan merah jelas menunjukkan pemerintah yang pandai mengambil haknya tetapi menahan atau tidak memberi hak rakyat. Bukankah itu zalim namanya? Tetapi,cuba baca apakah nasihat Nabi terhadap kita sebagai rakyat?

Hadis riwayat Bukhary dan Muslim:

Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sungguh akan terjadi sepeninggalku nanti monopoli dan mengutamakan diri sendiri,dan hal-hal yang kamu anggap tidak benar. Sahabat bertanya: Apakah yang kau pesankan kepada orang-orang yang mendapati kejadian itu ya Rasulullah? Jawab Nabi: Kamu harus menunaikan kewajipanmu, dan mengharapkan kepada Allah apa yang menjadi hakmu.

Penjelesan: Pada ayat hadis yang di boldkan merah jelas boleh di ertikan sebagai pemimpin yang memonopoli projek-projek dan jugak pemimpin yang mengutamakan diri sendiri dengan mengenepikan rakyat yang dibawah jagaannya.

'Hal-hal yang kamu anggap tidak benar' boleh di ertikan sebagai perkara-perkara yang dilakukan oleh pemimpin atau pemerintah yang kamu nafikan. Contohnya, pemerintah menaikkan harga petrol bagi mengurangkan subsidi agar perbelanjaan negara dikawal dengan baik tetapi kamu kata itu tidak benar,itu helah pemerintah dan sebagainya. Tetapi,cuba kamu baca apakah nasihat Nabi kepada umatnya?

Wahhh...wah.... kalau ikut amalan Demokrasi,siap berdemostrasi lagi,mencaci lagi,memfitnah dan sebagainya. Tetapi,lihat bagaimana Islam menyelesaikan masalah seperti itu!

Kalau tidak ikut Nabi,nak ikut siapa? kamu tidak tahu apakah hikmah disebalik nasihat Nabi itu. Tak usahlah berlagak seperti manusia yang lebih tahu daripada Nabi.

Umat Islam akan jadi haru-biru jika tidak mengikut perintah Nabi. Kuasa pemerintahan yang ada ditangan pemimpin/pemerintah Islam akan menjadi lemah dan seterusnya memberi implikasi yang buruk kepada umat Islam seluruhnya. Mungkin tidak berlaku dimasa ini atau 10 tahun lagi tetapi apakah kamu dapat menjamin bahawa ianya tidak akan berlaku 30,50 atau 70 tahun akan datang?

Bagi mengakhir penulisan ini,saya bawakan nasihat Nabi untuk tatapan kita semua.

Hadis riwayat Muslim:

Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tetaplah mendengar dan taat dalam keberatan mau pun keringanan,dalam kelancaran dan kesukaran,bahkan dalam reaksi dan berebutan pengaruh dengan kamu.

Hadis riwayat Bukhary dan Muslim:

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang taat padaku,berarti taat pada Allah,dan siapa yang melanggar padaku berarti melanggar kepada Allah. Dan siapa yang taat pada pimpinan(kepala)nya berarti taat padaku,dan siapa maksiat kepada pimpinan(kepala)nya berarti maksiat padaku.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment