Assalamu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Setelah kita ketahui bahawa Nabi s.a.w. menolak kesemua tawaran yang dibuat oleh Utba;wakil daripada pihak kafir Quraisy,Nabi s.a.w. tetap tidak berganjak melakukan misi da'wah dengan mengajak manusia menyembah Allah Yang Satu dan Yang Maha Esa.
Apalah salahnya Nabi s.a.w menerima tawaran untuk menjadi Raja (Harta,Pangkat,Raja dan Doktor) sebagai jalan pintas, wadah mengembangkan da'wahnya, tetapi itu tidak berlaku. Ini kerana,jalan seperti itu bukanlah jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Sejarah Nabi-nabi dan Rasul-rasul pun dalam membawa risalah TuhanNya, tidak mengikut metod sebegitu.
Seterusnya setelah ayat yang pertama iaitu Iqra',beberapa ayat dalam surah Al Muddatsir pula turun yang mana Allah memberi perintah kepada Nabi s.a.w. supaya bangun dan beri peringatan kepada manusia. Nabi s.a.w. faham benar akan misi ketuhanan itu bahawa kerja yang mesti dilakukan ialah memberi peringatan iaitu misi da'wah.
Surah Al Muddatsir 1 - 7
1. Hai orang yang berselimut(Muhammad)
2. Bangunlah,lalu berilah peringatan(manusia)!
3. Dan Tuhanmu besarkanlah!
4. Dan pakaianmu bersihkanlah!
5. Dan berhala(kejahatan) tinggalkanlah.
6. Janganlah engkau memberikan(sesuatu),karena hendak meminta lebih banyak(daripadanya).
7. Untuk(menurut perintah) Tuhanmu sabarlah!
Itu sebabnya Nabi tetap bertegas dalam pendiriannya walaupun dipujuk oleh bapa saudaranya Abu Talib, masih jugak tidak berganjak dalam misi da'wahnya. Sebanyak 3 kali Abu Talib telah didatangi oleh kafir Quraisy bagi menggagalkan misi Nabi s.a.w itu sahinggakan Abu Talib serba salah. Kedatangan Kafir Quraisy yang ke 3 kalinya meresahkan Abu Talib oleh sebab kafir Quraisy menawarkan seorang pemuda 'Umara bin 'l-Walid bin 'l-Mughira, yang tampan untuk diberikan kepada Abu Talib sebagai anak angkat sebagai tukarganti kepada Nabi .s.a.w. dan rancangan jahat mereka tidak berjaya jugak kerana ditolak oleh Abu Talib. Mereka akan membuat sesuatu tanpa lagi meminta kebenaran daripada Abu Talib sebagai seorang yang terhormat."Sebelum kau suruh dia diam atau kami sama-sama lawan dia hingga salah satu pihak nanti binasa"
Untuk yang ke 3 kalinya jugak Abu Talib bertemu dengan anak saudaranya menasihatkan agar tidak melakukan apa yang disarankan oleh kafir Quraisy itu tetapi Nabi s.a.w. tetap bertegas sahingga mengeluarkan kata-kata:"Paman,demi Allah,kalaupun mereka meletakkan Matahari di tangan kananku dan meletakkan Bulan di tangan kiriku,dengan maksud supaya aku meninggalkan tugas ini,sungguh tidak akan ku tinggalkan,biar nanti Allah yang akan membuktikan kemenangan itu: di tanganku,atau aku binasa karenanya."
Seketika lamanya Abu Talib masih dalam keadaan terpesona. Dia masih dalam kebingungan antara tekanan masyarakatnya dengan sikap anak saudaranya itu. Kemudian dia berkata: "Anakku,katakanlah sekehendakmu. Aku tidak akan menyerahkan engkau bagaimanapun juga!"
Kebijaksanaan Abu Talib bagi melindungi anak saudaranya,perkara itu dibawa ke pengetahuan Banu Hasyim dan Banu Al Muttalib. Pembicaraan tentang Muhammad s.a.w. itu terpengaruh oleh suasana yang dilihat dan dirasakannya ketika itu dan diminta supaya Muhammad s.a.w. dilindungi dari tindakan kafir Quraisy. Mereka semuanya menerima usul itu kecuali Abu Lahab.
Nota Penting: Kesilapan fakta digunakan oleh penda'wah masa kini.
1. Kata-kata Nabi s.a.w itu bukan dihemburkan kepada kafir Quraisy tetapi kepada bapak saudaranya Abu Talib.
2. Bukan hanya Abu Talib seorang saje sebagai orang yang terhormat melindungi Nabi s.a.w. tetapi jugak ke dua-dua Banu berada dibelakang Nabi .s.a.w bagi mempertahanan dan melindungi keselamatan Nabi s.a.w.
Pembaca yang budiman,
Da'wah adalah METOD ISLAM dan tetap akan menjadi cara atau metod yang dikehendaki dan diredhai oleh Allah SWT hingga ke hari Kiamat. Tiada metod lain yang wajib diikuti selain apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT. Metod PAS adalah metod KUFUR. Puak PAS menginginkan KUASA untuk menjadi PEMERINTAH kemudian baru akan dilaksanakan Islam. Nabi s.a.w. tidak menerima tawaran menjadi RAJA(PEMERINTAH) kemudian baru nak mengembangkan Islam. Metod Nabi s.a.w. terbukti berjaya dan itulah jugak metod Allah SWT dalam menegak Islam dalam DIRI MANUSIA sahingga tertegaknya DAULAH ISLAM.
Pembaca yang budiman,
Mari kita sama-sama melihat bukti seorang Rasul,Musa a.s. berda'wah kepada Raja(Pemeriantah) iaitu Fir'aun yang dinukilkan oleh Allah SWT di dalam Al Qur'an:
Surah An-Naazi'aat ayat 15 - 19
15. Adakah sampai kepadamu berita Musa?
16. Ketika dia dipanggil oleh Tuhannya di lembah yang suci,Thuwa(di Thur Sina).
17. Pergilah engkau kepada Fir'aun,sungguh dia sangat durhaka.
18. Maka katakanlah: "Maukah engkau membersihkan diri(dari kekafiran).
19. Dan aku tunjuki engkau(Fir'aun) ke Jalan Tuhanmu,sehingga engkau menjadi takut(kepadaNya)?"
Pembaca yang budiman,
Banyak antara kita yang mengatakan bahawa metod Nabi s.a.w. sesuai di zamannya dan tak sesuai di zaman kita. Mereka berhujah bahawa dewasa ini Islam telah sempurna. Oleh itu,memiliki KUASA untuk melaksanakan Islam adalah cara atau metod yang dibenarkan oleh Islam. Sebenarnya,itu adalah rancangan SYAITAN yang telah mengelirukan dan menyesatkan sebagaian daripada umat Islam agar tidak mengambil Jalan Da'wah untuk menegakkan ISLAM didalam diri manusia. Jika diri manusia itu telah ditegakkan dengan UNSUR KEPERIBADIAN ISLAM maka dengan sendirinya DAULAH ISLAM AKAN TERTEGAK. Mentelah lagi,PEMERINTAHAN telah berada ditangan UMAT ISLAM hanya sanya PENGISIAN DA'WAH kepada manusia;yang akan menjadi SATU TEKANAN PERUBAHAN,saje yang kurang dek kerana TERTIPU DENGAN RANCANGAN SYAITAN yang menyesatkan.
Sebelum dari zaman Nabi s.a.w lagi. telah ada contoh daripada Nabi Musa a.s. yang di kemukakan oleh Allah SWT.
Janganlah puak PAS ini mendabik dada bahawa mereka adalah DIKALANGAN PEJUANG ISLAM dan para pemimpin mereka mengaku mewaris pejuangan Nabi bagi menegakkan DAULAH ISLAMIYAH. Nabi s.a.w. tidak berada dipentas-pentas ceramah umum untuk mengajak manusia dengan memaki-hamun,mencaci serta memfitnah pemerintah untuk mengajak manusia ke Jalan Allah SWT bagi menegakkan Islam.
Pergi Jahanam Sama PAS!!!
Wassalam.
No comments:
Post a Comment