Assalamu'alaikum.
Bacalah dengan nama TuhanMu yang Maha Pencipta.
Pembaca yang budiman,
Saya telah menerangkan bahawa UMNO itu adalah nama yang disepakati oleh lebih kurang 26 kesatuan bangsa Melayu pada masa itu. Kesatuan UMNO telah berjaya membebaskan umat Islam daripada penjajahan. Mereka berjaya memerdekakan negara ini sekaligus dapat memerintah negaranya sendiri.
Mereka semua bersepakat di atas asas persaudaraan sesama Islam dan berpegang kepada agama Islam berpaksikan rukun-rukun Iman dan Islam. Oleh yang demikian,mereka disebut sebagai berada dalam satu jemaah Islam. Mengikut tafsiran ulamak, jemaah Islam adalah jemaah yang mempunyai otoriti dalam segala hal ehwal pentakbiran negara. Oleh itu,mereka yang mendakwa berada dalam jemaah itu dan jemaah ini adalah suatu dakwaan yang tidak berasas. Contohnya,seperti jemaah Tabligh,jemaah Arqam,jemaah PAS dan yang seumpamanya. Mereka ini semua bukan jemaah dalam ertikata sebenar. Sebabnya,kerana mereka tidak ada otoriti dalam segala hal pentakbiran negara.
Umat Islam di masa pemerintahan Rasulullah disebut sebagai jemaah Islam. Begitu jugak terhadap umat Islam dibawah pemerintahan saidina Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali. Mereka ini semua disebut sebagai jemaah Islam kerana mempunyai otoriti dalam hal ehwal pentakbiran. Oleh sebab jemaah ini yang terulung,mereka jugak disebut sebagai Jemaah Islam Arus Perdana. Dikatakan ianya Jemaah Arus Perdana kerana mereka yang terulung. Jika ada suatu jemaah Islam yang mendakwa bahawa mereka jugak jemaah Islam yang dipimpin oleh seorang pemimpin maka mereka akan diperangi. Ini berlaku kepada Musailamah yang mengaku menjadi nabi(pemimpin tandingan) kepada saidina Abu Bakar.
Pembaca yang budiman,
UMNO adalah Jemaah Islam Arus Perdana dalam kontek negara ini yang menerajui kepimpinan negara. Mereka memiliki otoriti dalam hal ehwal pentakbiran. Menjadi jemaah terulung hasil kesepakatan kesatuan bangsa Melayu berasaskan persaudaraan Islam dan anutan pegangan berpaksikan Islam. Ternyata Islam menjadi unsur nikmat utama kepada kesatuan umat Islam pada masa itu.
Surah Ali Imran ayat 103:
"Berpeganglah kamu sekalian kepada tali(agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu,ketika kamu telah bermusuh-musuhan,lalu dipersatukanNya hatimu,sehingga kamu jadi bersaudara dengan nikmatNya,dan adalah kamu diatas pinggir lubang Neraka,lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu,mudah-mudahan kamu menerima petunjuk."
Oleh itu,kesatuan umat Islam hasil kesepakatan didalam UMNO itu wajib dikekalkan demi kekuatan dan kekuasaan pemerintahan umat Islam bagi menjaga agamanya,umatnya dan negara yang diperintah. Perpecahan umat Islam boleh mengakibatkan kelemahan dan ketidakstabilan. Tambahan pula negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa serta amalan Demokrasi sebagai sistem pemilihan para pemimpin.Kewujudan kesatuan umat Islam tandingan adalah HARAM disisi syariat Islam. Apa buktinya? Hadis dibawah ini ada menerangkannya.
Hadis riwayat Muslim:
Abdullah bin Amer r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang berbaiah pada suatu imam(kepala/pemerintah) dan telah menyanggupkan taatnya dan setia hatinya,harus taat jika dapat. Maka jika datang lain orang akan merebut kekuasaannya penggallah leher orang yang merebut itu.
Pembaca yang budiman,
Banyak daripada Firman Allah dalam Al Quran yang melarang umatnya berpecah-belah. Ini telah saya nyatakan didalam beberapa postings yang lepas. Di atas terdapat satu FirmanNya: "Jangan kamu berpecah-belah" Mengikut tafsiran ulamak,apabila perkataan "Jangan" digunakan maka itu memberi makna LARANGAN dan jugak mempunyai pengertian HARAM.
Melanggar hukum LARANGAN ini tidak seperti melanggar hukum-hukum hudud dan ta'zir serta qisas yang ada disebut didalam AlQuran yang boleh dikenakan terhadap pelakunya. Tetapi larangan berpecah-belah jika dilakukan boleh melemahkan kekuatan umat Islam seperti yang tersebut didalam AlQuran. Impikasinya melibatkan keseluruhan umat Islam bukan satu atau dua orang saje tetapi keseluruhan umat Islam. Kita semua boleh lihat apa yang sedang berlaku pada masa ini. Tidak perlu saya menghuraikannya. Ianya sangat serious sahinggakan Rasulullah pernah memohon kepada Allah mengenainya. Tiga(3) permohonan melalui do'a Rasulullah kepada Allah,2 dimakbulkan dan 1 ditolak. Yang ditolak itu adalah apa yang sedang dibincangkan. Sila baca hadis tentang itu dibawah.
Hadis riwayat Muslim:
Dari Abu Sa'id r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.:"Aku memohon kepada Tuhanku 3 macam:diperkenankannya 2 dan 1 dilarangnya. Ku minta supaya umatku jangan mati kelaparan kerana musim kering,maka diperkenankannya,ku minta lagi supaya umatku jangan mati karam/tenggelam,maka diperkenankan pula,ku minta lagi supaya umatku jangan terjadi pembunuhan antara sesama mereka,maka tidak diperkenankan."
Kita tumpukan penjelasan bagi permohonan yang tidak diperkenankan Allah.
Didalam riwayat Muslim dari Abu Sa'id disebut, "jangan terjadi pembunuhan antara sesama mereka"
Riwayat Muslim jugak dari Abu Bakar bin Abu Syaibah disebut,"tidak menjadikan perang dahsyat diantara mereka"
Hadis riwayat Ibnu Majah disebut,"tidak menjadikan umatku berkelompok-kelompok dan sebagian mereka menimpakan bahaya kepada sebagian yang lain"
Dipetik dari syarah An Nawawi: Allah tidak mengabulkan permohonan ini kerana adanya hikmah yang tinggi.KeputusanNya,hukum dan perbuatanNya adalah nyata-nyata berhikmah.
Bersambung..........Ke- Bukti: Pemecah-belah Umat Islam adalah MUSYRIK dan SESAT Bhg. II
Wassalam.
No comments:
Post a Comment