Wednesday, February 23, 2011

Nasionalisme,Sekularisme,'Asabiyyah dan Demokrasi

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Saya mengajak pembaca semua agar menjadi manusia yang beragama. Seperti mana yang telah saya katakan bahawa orang-orang beragama/salih adalah orang-orang yang berilmu yang senantiasa menuju kearah mencari keridhaan Tuhan. Mereka tidak bersedia untuk mencampurkan apa saje kefahaman yang menyanggah kefahaman yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah.


Mereka ini mencari Akhirat dengan tidak lupa nasib mereka di dunia.Kehidupan mereka sederhana dalam ertikata sebenar. Maksud 'sebenar' boleh di ertikan seperti tidak bermewah-mewahan walaupun mereka mempunyai kemampuan berbuat sedemikian. Apa saje harta yang mereka miliki hanya sekadar keperluan untuk membolehkan mereka beribadat dan lebihan harta dijadi modal perniagaan untuk Allah dan RasulNya.


Pembaca yang budiman,


Dewasa ini banyak sungguh istilah-istilah asing;Sekularisme,Nasionalisme,Sosialisme,Kapitalisme dan Demokrasi, yang sengaja dibawa masuk ke dalam pemikiran dan pengetahuan masyarakat Islam oleh musuh-musuh Islam agar dapat diguna pakai oleh umat Islam itu sendiri sebagai peluru untuk mendakwa-dakwi sesama mereka. Istilah-istilah itu diguna pakai oleh para 'pejuang' Islam bagi menidakkan keislaman orang lain khususnya terhadap para pemimpin umat Islam yang mendominasi pemerintahan negara. Umumnya,umat Islam yang menjadi majoriti rakyat di negara ini menjadi confused dan sukar untuk memahaminya. Akibatnya,apa yang difahami oleh para pemimpin 'pejuang' Islam ini disumbatkan kedalam minda-minda ahli dan penyokong mereka. Tambahan pula istilah-istilah asing ini digabungkan dengan istilah-istilah agama seperti 'Asabiyyah,Jahiliyyah dan sebagainya agar ianya menjadi lebih kronik negatifnya.


Beberapa istilah gabungan seperti Nasionalis Sekular,Nasionalis 'Asabiyyah,Nasionalis Kapitalis 'Asabiyyah,Demokratik Nasionalis Sekular dan sebagainya. Kadang-kadang mereka sendiri pun confused sahingga menggelarkan pemerintah sebagai 'pejuang' Nasionalis dan di hari yang lain pulak digelarnya 'pejuang' Kebangsaan,'pejuang' bangsa juga kadang-kadang disebut 'Asabiyyah. Apabila mereka membahasakan/branded orang lain sebagai pejuang bermacam-macam  istilah yang kesemua tidak nampak islamik maka dengan sendirinya  mereka sajelah pejuang Islam sebenar.


Sebelum saya perjelaskan lebih lanjut, marilah kita dahului dengan menerangkan dulu elemen 'Niat' dalam setiap diri manusia yang berjuang. Dan elemen 'Niat' ini pun tiada siapa yang tahu kecuali Allah SWT sahaja.


Hadis Bukhary dan Muslim:


Dari Amiril Mu'minin Abi Hafsh Umar bin Alkhathab r.a. telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bahawasanya segala amal perbuatan tergantung pada NIAT dan bahawasanya bagi tiap-tiap apa yang ia NIATkan. Maka barang siapa yang hijrah menuju (keredhaan) Allah dan RasulNya,maka hijrahnya itu ke arah (keredhaaan) Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya itu kerana dunia(harta atau kemegahan dunia) atau kerana seorang wanita yang akan dikahwininya,maka hijrahnya itu kearah yang ditujuinya."


Elemen NIAT ini sangat penting kerana jika NIAT itu tidak betul implikasinya akan dapat dilihat nanti. Saya kemuka bukti mengenai implikasi NIAT yang tidak betul.


Hadis Muslim:


Dari Abu Hurairah r.a. katanya,berkata Rasulullah s.a.w.: "Orang pertama yang akan diadili pada hari kiamat kelak ialah orang yang tewas dalam peperangan,guru dan ahli membaca Qur'an dan lain-lain ilmu,dan orang hartawan. Mereka itu dihadapkan kepada Allah;kemudian Allah memberi ingatan mereka kepada nikmat-nikmat yang telah dikurniakanNya kepada masing-masing;semuanya mengakui kurnia-kurnia itu. Kepada masing-masing Allah bertanya:"Untuk apa anda telah pergunakan nikmat itu?" Syahdan,maka orang yang tewas dalam peperangan menjawab,katanya: "Hamba telah berperang sampai tewas untuk TuhanKu." Jawab guru dan ahli membaca AlQur'an:"Hamba telah belajar dan mengajar serta membaca Qur'an untuk TuhanKu." Akhirnya menjawablah orang hartawan: "Hamba telah belanjakan kepada semua lapangan yang TuhanKu sukai sehingga tak ada lagi bidang yang hamba tinggalkan." Kepada semua orang itu Allah telah berkata:"Kamu telah BERDUSTA" Lalu kepada yang tewas dalam peperangan,"Supaya anda dikatakan BERANI;maksudmu itu telah tercapai." dan kataNya kepada orang alim dan ahli Qur'an: "Anda telah belajar ilmu dan membaca Qur'an supaya TERMASYUR ALIM,dan AHLI MEMBACA AL QUR'AN;itu telah tercapai." Akhirnya dikatakanNya kepada orang hartawan: "Anda telah membelanjakan harta itu supaya DIMASYURKAN,ANDA ITU PEMURAH;itu telah tercapai." Kemudian semua mereka itu diperintahkan untuk diseret mukanya ditanah lalu masing-masing dicampakkan didalam API NERAKA.


Begitulah peranan NIAT iaitu PENENTU kepada segala perbuatan kita membawa implikasi BAHAGIA atau SENGSARAnya sesaorang terhadap segala perbuatannya.


Pembaca yang budiman,


Nasionalisme ini dikatakan perjuangan cintakan tanah air. Ianya jugak dikatakan sebagai memperjuangkan bangsa kemudian disebut perjuangan Kebangsaan. Walhal istilah Nasionalisme ini merupakan SEMANGAT/EMOSI, terpupuk sebagai wadah penyatuan spiritual dan physical umat untuk mengerakkan perjuangan membebaskan bangsa yang telah pun menganut agama Islam, merdeka daripada pelbagai penindasan oleh penjajah. Bangsa Melayu penganut agama Islam ini telah terjajah lebih daripada 500 tahun lamanya,telah berjaya keluar daripada dibelengu penjajah.Jika Nasionalisme itu disebut sebagai Kebangsaan dan memperjuangkan Kebangsaan itu disebut sebagai memperjuangkan bangsa.Bukankah perjuangan seperti itu(memperjuangkan bangsa), umum sifatnya? Apa,tak bolehkah bangsa Melayu yang menganut agama Islam disebutkan sebagai bangsa Muslim? Bangsa Muslim ini memang tidak disebut didalam Al Qur'an tetapi disebut sebagai orang-orang beriman. Kenapa? Mereka telah menerima Islam dan mengakui kebenarannya.


Pembaca yang budiman,


Didalam Al Qur'an,Allah SWT ada menyebut bahawa Dia menjadikan manusia itu berbangsa-bangsa agar mereka saling kenal-mengenali antara satu dengan yang lain.


Allah SWT juga menyebut 'Hai Bani Israil'. Itu bersabit dengan keturunan.


Allah SWT juga ada menyebut khusus pada bangsa Musa a.s.:"(Ingatlah) ketika berkata Musa kepada kaumnya."


Allah SWT ada jugak menyebut bangsa yang menganut ajaran dari Langit iaitu yang menerima Kitab:


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman(bangsa Muslim),orang-orang Yahudi,Nasrani dan Shabiin,barang siapa yang beriman diantara mereka itu kepada Allah dan hari yang kemudian,serta beramal salih,maka untuk mereka itu pahala disisi Tuhannya;dan tak ada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berdukacita." (Al Baqarah 2:62)


Penganut agama Muhammad,Rasulullah s.a.w.itu disebut dengan 'orang-orang beriman' iaitu bangsa Muslim.


Kesimpulannya, Rasulullah menerima tugas daripada Allah;sebagai manusia mulia yang dilantik, untuk memerdekakan bangsanya ketika itu daripada penjajahan penyembahan  berhala kepada penyembahan kepada Allah SWT. Physical dan spiritual Rasulullah berpaksi kepada semangat kalimah Laailaahaillallah.Hanya sanya ketika itu beliau saorang diri sahaja kemudian diikuti dengan isterinya Siti Khatijah dan seterusnya. Rasulullah s.a.w. yang telah Islam memperjuangkan kalimah Tauhid memerdekakan bangsanya daripada Penjajahan Berhala. Bangsa Melayu yang telah Islam memperjuangkan kalimah Kebangsaan memerdekakan bangsanya daripada Penjajahan Kuasa Asing. Natijahnya,Rasulullah berjaya dan Islam menjadi sempurna dan bangsa Melayu jugak berjaya dan Islam menjadi Agama Persekutuan. Hanya sanya pengisiannya saje belum sempurna tetapi memberangsangkan dan sekarang ini masih lagi ke arah sesuatu yang positif.


Allah SWT saje yang mengetahui NIAT mereka dan mereka akan mengetahuinya kelak apabila berhadapan dengan Allah nanti sama ada BAHAGIA atau SENGSARA.




Wassalam.


Bersambung.............Nasionalisme,Sekularisme,'Asabiyyah dan Demokrasi Bhg.II

1 comment:

  1. Brader, tulisan kaler kaler tu peninglah nak baca. One more thing. Memang islam tak adapun demokrasi, nasionalisma bagai. Nasionalisma tu assabiyahlah. Islam melarang bentuk2 isme2 lain ni sebab dia macam lidah bercabang. Cantik atas kertas jelah, bila diapplikasi jadi beruk semua. Nak terangkan dekat sini susah tu brader. Pemahaman bangsa muslim tu pun mana ulama kau rujuk tu, macam tak ada rujuk mana mana pun, tafsir quran ikut logik akal ye? No wonder tak ada orang nak jenguk blog brader ni, aku ni pun kesian je ni.

    ReplyDelete