Sambungan...............
Assalamu'alaikum.
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pencipta.
Pembaca yang budiman,
Di terangkan dalam Syarah Imam Nawawi bahwa penolakan do'a Nabi ada hikmah yang tinggi. KeputusanNya,hukum dan perbuatanNya adalah nyata-nyata berhikmah.
Pada pendapat saya,2 do'a yang dikabulkan oleh Allah untuk umat Nabi adalah bala yang dikenakan keatas umat ketika itu kerana mendustakan(membunuh) Nabi-nabi dan kitab-kitabNya.Ini adalah benar jika kita baca sirah Nabi-nabi bahwa pengikut mereka tidak berapa banyak. Tetapi pengikut Rasulullah ramai dan mereka menerima ajarannya dan mengakui kebenaran ajaran Islam itu. Mereka ini dihukum oleh sebab tidak mentaati ajaran Islam itu yang mereka sendiri menerima dan mengakui kebenarannya. Ia berlaku secara sunnahtullahNya.
Berapa banyak larangan-laranganNya tentang berpecah-belah ini disebut didalam AlQuran yang mereka tidak hindarkan dan berapa banyak perintah-perintahNya supaya bersatu-padu disebut didalam AlQuran tidak diikuti. Allah SWT ada menyebut 'jangan berpecah-belah nanti kamu jadi lemah', 'jangan kamu berpecah-belah dan ingatlah akan nikmatNya' dan jika umat Islam berperang secara fizikal dan mental,disuruhNya kita berdamai kemudian dikatakan oleh Allah bahawa orang-orang mukmin itu bersaudara. Banyak lagi jika nak diterangkan.Kesemua larangan dan perintahNya mempunyai hikmah yang mana jika ingkar akan membawa bencana dan jika dituruti akan mendapat rahmat.
Contoh terdekat ialah peristiwa 13 Mei 1969 yang dialami oleh rakyat Malaysia hasil daripada umat Islam berpecah-belah. Bagi yang hidup pada masa itu mereka sudah tentu tahu akan azab yang dialami. Tak boleh digambarkan dengan hanya satu muka surat saja,kenalah membaca bukunya. Jika boleh,orang-orang yang mengalaminya dan masih hidup sekarang ini dapat bercerita kepada mereka yang lahir setelah tarikh 13 Mei 1969. Dari tarikh 13 Mei 1969 sahingga sekarang,mereka ini berumur lebih kurang 41 tahun. Jika diambil kira orang-orang yang hidup ketika itu berumur 9 tahun(yang belum lagi mengerti),sekarang ini telah berumur 50 tahun. Kamu bayangkanlah yang berumur 41 tahun hingga 50 tahun sekarang ini,berapa anakkah mereka ini ada dan mungkin telah mempunyai cucu. Sebelum 13 Mei 1969,telah berlaku peristiwa seperti ini di Singapura tetapi umat Islam tidak belajar daripada sejarah. Berulang lagi peristiwa berdarah itu lagi kerana umat Islam tidak mengambil pelajaran daripadanya untuk tidak berpecah-belah. Apakah kita fikir bahawa peristiwa 13 Mei tidak akan berulang lagi? Pada pendapat saya,melihatkan umat Islam masa kini lebih teruk perangainya daripada dahulu, berkemungkinan besar peristiwa seperti ini akan berlaku dan jika berlaku, akan lebih teruk lagi daripada yang sudah-sudah. Lihat sajalah sifat orang PAS dan PKR,seperti kata perpatah Melayu,'Bertegang Urat,Berpatah Arang' terhadap UMNO.
Pembaca yang budiman,
Sebenarnya,didalam AlQuran ada menyebut bahawasanya orang yang memecah-belahkan perpaduan umat Islam;menjadi ahli kepada golongan pemecah-belah,menjadi penyokong dan jugak berpihak kepada mereka,disebut sebagai MUSYRIK dan SESAT. Bacalah buktinya:
Didalam surah Ar-Rum ayat 31 dan 32,Allah berfirman:
Ayat 31,
"Hendaklah kamu kembali(taubat) kepadaNya dan takutlah kepadaNya dan dirikanlah sembahyang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang MUSYRIK.(mempersekutukan Allah)"
Ayat 32,
"Yaitu orang-orang yang berpecah-belah dalam agamanya serta bergolong-golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa-apa yang ada disisinya."
Didalam surah Al Mukminuun ayat 53 dan 54,Allah berfirman:
Ayat 53,
"Mereka berpecah-belah sesamanya tentang urusannya,menjadi beberapa golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa yang ada pada sisinya."
Ayat 54,
"Maka biarkanlah mereka dalam KESESATANNYA hingga seketika(matinya)."
Kita semua tahu bahawa orang-orang MUSYRIK(mempersekutukan Allah) tidak akan dapat masuk Syurga. Dan kita semua tahu bahawa selain dosa musyrik,dosa lainnya berkemungkinan diampunkan oleh Allah,insyaAllah. Tetapi tidak bagi dosa mempersekutukanNya. Mari kita baca apa kata Nabi dalam hal ini:
Hadis riwayat Muslim:
Dari Jubair bin Muth'im r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tidak akan masuk SYURGA orang yang memutuskan TALI PERSAHABATAN.
Mengapakah mereka ini masih lagi berperangai sedemikian?
Apakah mereka tidak tahu ke?
Apakah mereka tidak memahami ke?
Apakah mereka tidak mengimani ke setelah menerima Islam dan mengakui kebenarannya?
Tentu sekali jawapan yang tepat adalah jawapan yang berikan oleh Allah dan RasulNya. Sila baca:
Ini didedahkan oleh Allah SWT dalam surah Asy-Syuuraa ayat 14: "Tiadalah mereka berpecah-belah,melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan kerana berdengki-dengkian sesama mereka.Jikalau tiadalah terdahulu perkataan Tuhanmu sampai waktu yang ditentukan,niscaya dihukum antara mereka.Sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kitab kepadanya,kemudian mereka adalah dalam syak dan ragu-ragu."
Apa Rasul kata:
Riwayat hadis Muslim:
Dari Anas bin Malik r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. melarang supaya jangan bersifat dendam,jangan dengki mendengki dan jangan bermusuhan;dan hendaklah kamu hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak dihalalkan bagi seorang Muslim tidak tegur-menegur(berselisih)
dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
Pembaca yang budiman, perselisihan umat Islam ini bukan setekad 3 hari tetapi sudah menjangkau 54 tahun. Dalam proses kehidupan umat Islam 54 tahun ini,tentu sekali ada yang sudah kembali bersatu-padu dan ada yang MASIH KEKAL didalamnya dan yang baru masuk kedalamnya.
Ada banyak lagi bukti-bukti yang boleh saya muatkan disini tetapi tujuan saya hanya ingin menyampaikan agar kita semua maklum tentangnya. Selalunya,pada setiap topik saya akan kemukakan bukti agar setiap postings akan dapat memberi manfaat kepada pembacanya.
Ingatlah, bahawa mati itu suatu KEMENANGAN bagi orang-orang yang MENTAATI PERINTAHNYA dan MENJAUHIKAN LARANGANNYA.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment