Wednesday, February 23, 2011

Nasionalisme,Sekularisme,'Asabiyyah dan Demokrasi Bhg. II

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Pertama-tama sekali kalimah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.melalui Jibril adalah " Iqra' ". Disebut oleh Jibril a.s.akan kalimah itu sebanyak 3 kali. Pada setiap kali sebutan Rasulullah s.a.w. menjawab,'Saya tidak pandai membaca.' Pada setiap kali jawapan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w.,diselangi dengan pelukan kuat dilakukan oleh Jibril a.s. terhadap Rasulullah s.a.w. kemudian dilepaskan. Pada kali yang ke 3 Jibril a.s. membaca penuh ayat 1-5 daripada surah Al-Alaq diikuti oleh Rasulullah s.a.w. dengan jayanya. Ada beberapa pendapat ulamak mengatakan insiden itu berlaku dalam keadaan Nabi tidur dan jaga. Ibn Kathir dalam kitabnya bersumber daripada Al Hafiz Abu Na'im dalam kitabnya,dari Alqama bin Qais bahawa,'Yang mula-mula didatangkan kepada para Nabi itu, mereka dalam keadaan tidur supaya hati mereka tenteram' Apa yang dikatakan oleh Alqama adalah suatu keterangan yang baik,diperkuat oleh yang datang sebelum dan sesudahnya.


Rumusan: Rasulullah s.a.w. dalam keadaan tidur didatangi oleh Malaikat Jibril membawa sehelai lembaran dan disuruh baca. Setiap kali Nabi kata bahawa beliau tak reti membaca dipeluk kuat oleh Jibril a.s kemudian ke 3 kalinya Nabi berjaya membacanya.( Rumusan daripada bacaan  kitab Tafsir AlQur'an dan Sejarah Hidup Muhammad s.a.w.) Kita semua tahu bahawa Nabi s.a.w. adalah sesorang Ummi;tidak reti menulis dan membaca, sepanjang hidupnya. Ini membuktikan bahawa apa yang dibawa oleh Nabi berupa ucapan pada hakikatnya adalah wahyu Allah SWT dan bukti ini juga disebut didalam AlQur'an. Perlakuan Malaikat Jibril memeluk Rasulullah s.a.w. memberi gambaran bahawa pelukan itu adalah penyediaan KALBU Rasulullah s.a.w. untuk seterusnya menerima wahyu yang datang kemudian.


Pembaca yang budiman,


Pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa itu ialah membaca. Kewajipan membaca hendaklah dilakukan kerana Allah SWT. Didalam 1-5 ayat tersebut ada menyebut tentang Allah SWT mengajar manusia dengan KalamNya apa-apa yang tidak diketahui oleh manusia. Dengan membaca jugak manusia itu dapat mengetahui dan menilai kebenaran yang keluar dari mulut sesaorang. Tidak kiralah sama ada, yang keluar itu daripada mulut orang-orang agama,orang-orang bukan agama dan jugak orang-orang beragama. Hakikatnya,kebenaran itu milik Allah kemudian RasulNya


Pembaca yang budiman,


Perangcangan Allah SWT sangat tepat dan Dia yang Maha Mengetahui bahawa NabiNya tidak reti membaca. Kita semua tahu bahawa Malaikat tidak akan berbuat sesuka hati. Apa yang diperintahkan kepadanya oleh Allah SWT pasti dilakukannya bagi setiap arahan. Jesteru,bila Nabi s.a.w disuruh 'baca' memberi suatu pengajaran dan petanda kepada umatnya nanti bahawa membaca sangat memberi manfaat. Dengan membaca umat akan dapat membezakan antara buruk dan baik,lurus dan sesat, amalan salih dan kurafat serta bid'ah,pembela dan penderhaka,amanah dan kianat,iman dan kufur,muslimin dan kafirin serta mukminin dan musyrikin.


Saya ada mengemukakan satu hadis dalam postings yang lepas, perihal perintah Allah SWT kepada
Malaikat agar bertanyakan kepada Nabi s.a.w.,'Kenapa dia menangis'.Hadis itu tentang 3 perkara dalam permohonan Nabi s.a.w. kepada Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui kenapa Nabi s.a.w. menangis tetapi tetap jugak Dia memerintahkan kepada Malaikat agar bertanyakan tentang itu. Oleh itu,setiap perbuatan Allah SWT memberi manfaat,mengajar manusia jugak memberi isyarat bahawa membaca;bukan ikut-ikutan,sesuatu yang dituntut kerana dengannya manusia dapat mengenal segala perintahNya dan segala laranganNya.Dengan mengenal jugak manusia dapat berada pada jalanNya yang lurus untuk menuju keredhaanNya. Allah SWT boleh saje memerintahkan Malaikat agar Nabi s.a.w. ikut saje apa yang dibaca olehnya(Malaikat) tetapi tidak begitu;tetap jugak Dia kata baca. Walaupun telah ada isyarat 'baca' tetap jugak  kebanyakan umat Islam lebih senang menjadi ikut-ikutan atau pak turut tanpa mengenali sama ada yang diikut itu SAHIH atau BATHIL. Keburukan ikut-ikutan ini sebenarnya menutup untuk MEMBACA sekaligus menutup ruang untuk BERFIKIR.


Pembaca yang budiman,


Saya telah jelaskan tentang NASIONALISME dan sekarang penjelasan saya tentang 'ASABIYYAH pulak.
Terlebih dahulu saya kemuka hadis yang bersangkutan dengannya.


Hadis riwayat Abu Daud:


Sabda Rasulullah s.a.w.: "Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada 'ASABIYYAH, dan bukan dari golongan kami orang yang berperang(berjuang) di atas dasar 'ASABIYYAH;dan bukan dari golongan kami orang yang mati di atas 'ASABIYYAH."




Sunan Abi Daud Bayrut;Dar al-Kitab al-Ilmiyyah. Hlm 451 hadis No. 5119 Riwayat Ahmad dan Ibn Majah:


Sabda Rasulullah apabila ditanya oleh seorang lelaki: Wahai Rasulullah,adakah daripada 'ASABIYYAH jika seseorang itu KASIH akan KAUMNYA? Sabda Baginda:" TIDAK,tetapi 'ASABIYYAH itu adalah seseorang yang MENOLONG KAUMNYA di atas KEZALIMAN."


Sengaja saya menaip huruf besar pada KATA-KATA KUNCI agar senang difahami dalam penjelasan saya.


Pembaca yang budiman,


Penjelasan saya tentang tafsiran NASIONALISME; pada postings saya di bahagian I  topik ini, ialah SEMANGAT/EMOSI/PERASAAN. Ianya dikaitkan dengan CINTA/KASIH/SAYANG akan BANGSANYA dan NEGARANYA. Saya letakkan sebaris:


NASIONALISME ialah SEMANGAT/EMOSI/PERASAN CINTA/KASIH/SAYANG akan BANGSA dan NEGARANYA.(Untuk pengetahuan pembaca sekelian definasi ini saya kutip daripada buku penulis tempatan;yang nampak condong kepada menentang,'Nasionalis Sekular Ekstrim di Malaysia'-Ustaz Abdul Basir Alias.)


Oleh itu,'ASABIYYAH bukan NASIONALISME! Apabila ditanya kepada Nabi s.a.w.,adakah daripada 'ASABIYYAH jika seseorang itu kasih akan kaumnya dan Nabi kata:'Tidak'! Apa maknanya? Ini bermakna bahawa kasih kepada bangsa sendiri dibolehkan dan dibenarkan. Jika tidak boleh( Cinta/kasih/sayang kepada kaum atau bangsa),seperti mana yang kita semua tahu bahawa tidak boleh Nabi s.,a.w. biarkan perkara yang salah;kena diterangkan jika perkara itu salah.


Jika perkara itu boleh, maka tepat sekali definasi Nasionalisme itu; yang saya kutip,iaitu Cinta/kasih/sayang akan bangsa dan negara. Sememangnya itu benar kerana terdapat beberapa hadis yang Nabi .s.a.w melarang umatnya mencaci akan keturunan sesaorang dan ada jugak hadis yang melarang umatnya mencaci bangsa Arab. Ini benar sangat!; Assebab bangsa Arab itu,AlQur'an diturunkan; assebab bangsa Arab,Islam dapat disebarkan,assebab bangsa Arab,bangsa Melayu dapat Islam dan yang paling kritikal sekali ialah Nabi s.a.w. daripada BANGSA ARAB.


Pembaca yang budiman,


Saya nak ajak semua pembaca hafal akan makna 'ASABIYYAH yang diperjelas oleh Nabi s.a.w. iaitu 'ASABIYYAH itu adalah sesaorang yang MENOLONG KAUMNYA DI ATAS KEZALIMAN.


Untuk senang diperjelaskan bagi hadis yang lagi satu, saya taip balik dalam bentuk 1,2,3....(point form) dan setiap satu isi saya masukkan makna 'Asabiyyah. Jadi,ianya akan seperti dibawah.


1. Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada 'ASABIYYAH.
    Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada SESAORANG YANG MENOLONG KAUMNYA DI ATAS KEZALIMAN.


2. Bukan dari golongan kami orang yang berperang(berjuang) di atas dasar 'ASABIYYAH.
    Bukan dari golongan kami orang yang berperang(berjuang) di atas dasar SESAORANG YANG MENOLONG KAUMNYA DI ATAS KEZALIMAN.


3. Bukan dari golongan kami orang yang mati di atas dasar 'ASABIYYAH.
    Bukan dari golongan kami orang yang mati di atas dasar SESAORANG YANG MENOLONG KAUMNYA DI ATAS KEZALIMAN.


Pembaca yang budiman,


Secara keseluruhan jika dilihat kepada semua orang iaitu umat Islam secara individu maka siapa yang jatuh kedalamnya,dia boleh diketogerikan sebagai 'ASABIYYAH. Lihat pada semua.


Jika dilihat pada semua kesatuan NGOs maka NGO yang jatuh kedalamnya boleh diketogerikan sebagai 'ASABIYYAH.


Bagi kesatuan POLITIK pula seperti UMNO,PAS,PKR,orang-orang Melayu dalam DAP maka PARTI yang jatuh kedalamnya boleh diketogerikan sebagai 'ASABIYYAH.


TETAPI,


Oleh sebab masalah perpecahan umat Islam adalah satu perkara yang sangat serious dan wajib ditangani oleh semua yang mengaku Islam dan beriman kepada Allah SWT dan RasulNya dan juga salah satu DO'A Rasulullah s.a.w. ditolak, jugak dek kerana berpecah-belah, setelah diselidiki dan dikaji puncanya( Sila baca postings saya yang lepas) maka PARTI PAS,PKR(lebih buruk lagi orang-orang Melayu yang didalam Parti DAP) yang menjadi PARTI TANDINGAN kepada UMNO,adalah PARTI 'ASABIYYAH. Malahan,lebih buruk lagi parti-parti tersebut kerana BERSEKONGKOL dengan parti DAP yang nyata-nyata MENENTANG ISLAM.


Kenapakah saya berkata sedemikian? Lihat pada definasi 'ASABIYYAH tadi!


Parti PAS dan PKR ini,MENYERU,BERJUANG DI ATAS DASAR MENOLONG KAUMNYA/PARTINYA di atas KEZALIMAN.


KEZALIMAN APA?


1. Tidak mengamal syariat Islam- mengambil kesempatan daripada amalan DEMOKRASI mewujudkan PARTI TANDINGAN bagi menentang PARTI ARUS PERDANA.(Apa makna parti arus perdana telah diterangkan pada postings yang lepas)
2. Memporak-perandakan umat Islam dalam banyak hal penyebab kepada umat Islam berpecah-belah.
3. Menggunakan Islam sebagai alat untuk memecah-belah umat Islam.
4. Mengamalkan cara politik maki-hamun,caci-maki,fitnah, dan provokasi.
5. Bersekongkol dengan orang-orang kafir Harbi yang sememangnya menentang Islam.


AKIBATNYA:


1. Umat Islam Berpecah-belah.
2. Kuasa yang ada pada bangsa Melayu(bangsa Muslim-bangsa berpaksikan agama) menjadi lemah.
3. Agama Islam banyak dipermainkan.
4. Image agama Islam banyak tercemar.
5. Mempersulitkan pemerintahan umat Islam serta melambatkan proses membangunkan umat Islam dek kerana pemerintah terpaksa melayan kerenah mereka.


Penjelasan mengenai Sekularisme dan Demokrasi pada Bhg III. Nantikan,InsyaAllah.




Wassalam.

1 comment:

  1. Sedarkan anda bahawa kezaliman itu sebenarnya dicipta oleh UMNO

    KEZALIMAN APA?


    1. Tidak mengamal syariat Islam- tidak mengambil kesempatan daripada pemerintahan mereka selama 50 tahun lebih untuk angkat syariat Islam.

    2. Memporak-perandakan umat Islam dalam banyak hal penyebab kepada umat Islam berpecah-belah. Melalui media masa seperti TV3, Utusan dan BH yang boleh diekses oleh semua rakyat Malaysia tanpa dikenakan sekatan dan berbeza dengan akhbar pembangkang sekatan dikenakan dan tiada media elektronik. Jika internet pun amat terbatas.

    3. Menggunakan Islam sebagai alat untuk memecah-belah umat Islam dengan menuduh PAS rancang laksanakan hudud ala-PAS. walhal jika ikhlas UMNO dan PAS boleh saling bantu membantu dalam merancang hudud.

    4. Mengamalkan cara politik maki-hamun,caci-maki,fitnah, dan provokasi. Namun lebih ketara dilakukan oleh UMNO melalui TV3, Utusan dan BH dan fitnah mereka lebih dasyat kerana media ini hanya boleh diekses oleh semua rakyat Malaysia tanpa SEKATAN (UNdang2) dan berbeza dengan akhbar pembangkang sekatan dikenakan dan tiada media elektronik. Jika internet pun amat terbatas.

    5. Bersekongkol dengan orang-orang kafir Harbi yang sememangnya menentang Islam.. UMNO juga bersengkongkol dengan kafir Harbi bisu (MCA dan MIC)sebagai buktinya, jika UMNO bersungguh berjuang Islam maka syariat Islam telah lama ditegakkan. Ini mungkin berlaku atas beberapa sebab iaitu samada UMNO takut dengan MCA dan MIC selama 50 tahun (jika sokong Islam akan hilang undi) atau UMNO itu sendiri adalah parti yang menentang Islam. Bukti untuk sebab kedua boleh dilihat, tiada usaha untuk memperbaiki kehidupan keluarga pemimpin seperti isteri (tidak bertudung), anak-anak yang dilihat bersosial, kekayaan diluar kemampuan dsbnya.



    AKIBATNYA:


    1. Umat Islam Berpecah-belah dan lemah serta dikelirulkan dengan Islam sebenar.
    2. Kuasa yang ada pada bangsa Melayu(bangsa Muslim-bangsa berpaksikan agama) menjadi lemah kerana parti ini hanya mempermainkan isu agama setelah 50 tahun tiada usaha memantapkan Islam dengan sebenarnya2
    3. Agama Islam banyak dipermainkan oleh kafir harbi dengan UMNO sentiasa mendakwa mereka parti Islam tetapi tindak tanduk pemimpin, keluarga mereka dan pentadbiran mereka penuh dengan seleweng, kroni dan rasuah yang bukan dari islam
    4. Image agama Islam banyak tercemar (seperti perkara 3 di atas)
    5. Mempersulitkan pemerintahan umat Islam serta melambatkan proses membangunkan umat Islam dek kerana pemerintah terpaksa melayan kerenah mereka. Kerenah adalah disebab parti UMNO sentiasa berdolak-dalik dalam melaksanakan syariat Islam. Bagaimana dalam isu nak membangunkan Islam dikatakan lambat tetapi dalam melaksanakan pembangunan boleh dilakukan dengan cepat. Ini menunjukkan ketidakcekapan mereka mengurus Negara.. Perkara kedua bagaimana kerenah ini perlu dilayani kerana setiap pembangunan dan aktiviti dilakukan termasuk pembangunann Islam dibayangi isu penyelewengan dan kroni dikalangan pemimpin UMNO.? Sewajarnya dalam melayani kerenah PAS, UMNO dalam masa sama bergerak dalam memperkembangkan syiar Islam.

    Semua hujah2 blogger ini merupakan hujah ‘tanpa akal’ yang boleh dipatahkan..

    ReplyDelete