Saturday, February 26, 2011

Parti PAS dan PKR adalah Parti 'ASABIYYAH!

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Saya telah jelaskan tentang NASIONALISME dan sekarang penjelasan saya tentang 'ASABIYYAH pulak.
Terlebih dahulu saya kemuka hadis yang bersangkutan dengannya.


Hadis riwayat Abu Daud:


Sabda Rasulullah s.a.w.: "Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada 'ASABIYYAH, dan bukan dari golongan kami orang yang berperang(berjuang) di atas dasar 'ASABIYYAH;dan bukan dari golongan kami orang yang mati di atas 'ASABIYYAH."


Sunan Abi Daud Bayrut;Dar al-Kitab al-Ilmiyyah. Hlm 451 hadis No. 5119 Riwayat Ahmad dan Ibn Majah:


Sabda Rasulullah apabila ditanya oleh seorang lelaki: Wahai Rasulullah,adakah daripada 'ASABIYYAH jika seseorang itu KASIH akan KAUMNYA? Sabda Baginda:" TIDAK,tetapi 'ASABIYYAH itu adalah seseorang yang MENOLONG KAUMNYA di atas KEZALIMAN."


Sengaja saya menaip huruf besar pada KATA-KATA KUNCI agar senang difahami dalam penjelasan saya.


Pembaca yang budiman,


Penjelasan saya tentang tafsiran NASIONALISME; pada postings saya di bahagian I topik ini, ialah SEMANGAT/EMOSI/PERASAAN. Ianya dikaitkan dengan CINTA/KASIH/SAYANG akan BANGSANYA dan NEGARANYA. Saya letakkan sebaris:


NASIONALISME ialah SEMANGAT/EMOSI/PERASAN CINTA/KASIH/SAYANG akan BANGSA dan NEGARANYA.(Untuk pengetahuan pembaca sekelian definasi ini saya kutip daripada buku penulis tempatan;yang nampak condong kepada menentang,'Nasionalis Sekular Ekstrim di Malaysia'-Ustaz Abdul Basir Alias.)


Oleh itu,'ASABIYYAH bukan NASIONALISME! Apabila ditanya kepada Nabi s.a.w.,adakah daripada 'ASABIYYAH jika seseorang itu kasih akan kaumnya dan Nabi kata:'Tidak'! Apa maknanya? Ini bermakna bahawa kasih kepada bangsa sendiri dibolehkan dan dibenarkan. Jika tidak boleh( Cinta/kasih/sayang kepada kaum atau bangsa),seperti mana yang kita semua tahu bahawa tidak boleh Nabi s.,a.w. biarkan perkara yang salah;kena diterangkan jika perkara itu salah.


Jika perkara itu boleh, maka tepat sekali definasi Nasionalisme itu; yang saya kutip,iaitu Cinta/kasih/sayang akan bangsa dan negara. Sememangnya itu benar kerana terdapat beberapa hadis yang Nabi .s.a.w melarang umatnya mencaci akan keturunan sesaorang dan ada jugak hadis yang melarang umatnya mencaci bangsa Arab. Ini benar sangat!; Assebab bangsa Arab itu,AlQur'an diturunkan; assebab bangsa Arab,Islam dapat disebarkan,assebab bangsa Arab,bangsa Melayu dapat Islam dan yang paling kritikal sekali ialah Nabi s.a.w. daripada BANGSA ARAB.


Pembaca yang budiman,


Saya nak ajak semua pembaca hafal akan makna 'ASABIYYAH yang diperjelas oleh Nabi s.a.w. iaitu 'ASABIYYAH itu adalah sesaorang yang MENOLONG KAUMNYA DI ATAS KEZALIMAN.


Untuk senang diperjelaskan bagi hadis yang lagi satu, saya taip balik dalam bentuk 1,2,3....(point form) dan setiap satu isi saya masukkan makna 'Asabiyyah. Jadi,ianya akan seperti dibawah.


1. Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada 'ASABIYYAH.
Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada SESAORANG YANG MENOLONG KAUMNYA DI ATAS KEZALIMAN.


2. Bukan dari golongan kami orang yang berperang(berjuang) di atas dasar 'ASABIYYAH.
Bukan dari golongan kami orang yang berperang(berjuang) di atas dasar SESAORANG YANG MENOLONG KAUMNYA DI ATAS KEZALIMAN.


3. Bukan dari golongan kami orang yang mati di atas dasar 'ASABIYYAH.
Bukan dari golongan kami orang yang mati di atas dasar SESAORANG YANG MENOLONG KAUMNYA DI ATAS KEZALIMAN.


Pembaca yang budiman,


Secara keseluruhan jika dilihat kepada semua orang iaitu umat Islam secara individu maka siapa yang jatuh kedalamnya,dia boleh diketogerikan sebagai 'ASABIYYAH. Lihat pada semua.


Jika dilihat pada semua kesatuan NGOs maka NGO yang jatuh kedalamnya boleh diketogerikan sebagai 'ASABIYYAH.


Bagi kesatuan POLITIK pula seperti UMNO,PAS,PKR,orang-orang Melayu dalam DAP maka PARTI yang jatuh kedalamnya boleh diketogerikan sebagai 'ASABIYYAH.


TETAPI,


Oleh sebab masalah perpecahan umat Islam adalah satu perkara yang sangat serious dan wajib ditangani oleh semua yang mengaku Islam dan beriman kepada Allah SWT dan RasulNya dan juga salah satu DO'A Rasulullah s.a.w. ditolak, jugak dek kerana berpecah-belah, setelah diselidiki dan dikaji puncanya( Sila baca postings saya yang lepas) maka PARTI PAS,PKR(lebih buruk lagi orang-orang Melayu yang didalam Parti DAP) yang menjadi PARTI TANDINGAN kepada UMNO,adalah PARTI 'ASABIYYAH. Malahan,lebih buruk lagi parti-parti tersebut kerana BERSEKONGKOL dengan parti DAP yang nyata-nyata MENENTANG ISLAM.


Kenapakah saya berkata sedemikian? Lihat pada definasi 'ASABIYYAH tadi!


Parti PAS dan PKR ini,MENYERU,BERJUANG DI ATAS DASAR MENOLONG KAUMNYA/PARTINYA di atas KEZALIMAN.


KEZALIMAN APA?


1. Tidak mengamal syariat Islam- mengambil kesempatan daripada amalan DEMOKRASI mewujudkan PARTI TANDINGAN bagi menentang PARTI ARUS PERDANA.(Apa makna parti arus perdana telah diterangkan pada postings yang lepas)
2. Memporak-perandakan umat Islam dalam banyak hal penyebab kepada umat Islam berpecah-belah.
3. Menggunakan Islam sebagai alat untuk memecah-belah umat Islam.
4. Mengamalkan cara politik maki-hamun,caci-maki,fitnah, dan provokasi.
5. Bersekongkol dengan orang-orang kafir Harbi yang sememangnya menentang Islam.


AKIBATNYA:


1. Umat Islam Berpecah-belah.
2. Kuasa yang ada pada bangsa Melayu(bangsa Muslim-bangsa berpaksikan agama) menjadi lemah.
3. Agama Islam banyak dipermainkan.
4. Image agama Islam banyak tercemar.
5. Mempersulitkan pemerintahan umat Islam serta melambatkan proses membangunkan umat Islam dek kerana pemerintah terpaksa melayan kerenah mereka.




Wassalam.

Wednesday, February 23, 2011

Nasionalisme,Sekularisme,'Asabiyyah dan Demokrasi Bhg. II

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Pertama-tama sekali kalimah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.melalui Jibril adalah " Iqra' ". Disebut oleh Jibril a.s.akan kalimah itu sebanyak 3 kali. Pada setiap kali sebutan Rasulullah s.a.w. menjawab,'Saya tidak pandai membaca.' Pada setiap kali jawapan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w.,diselangi dengan pelukan kuat dilakukan oleh Jibril a.s. terhadap Rasulullah s.a.w. kemudian dilepaskan. Pada kali yang ke 3 Jibril a.s. membaca penuh ayat 1-5 daripada surah Al-Alaq diikuti oleh Rasulullah s.a.w. dengan jayanya. Ada beberapa pendapat ulamak mengatakan insiden itu berlaku dalam keadaan Nabi tidur dan jaga. Ibn Kathir dalam kitabnya bersumber daripada Al Hafiz Abu Na'im dalam kitabnya,dari Alqama bin Qais bahawa,'Yang mula-mula didatangkan kepada para Nabi itu, mereka dalam keadaan tidur supaya hati mereka tenteram' Apa yang dikatakan oleh Alqama adalah suatu keterangan yang baik,diperkuat oleh yang datang sebelum dan sesudahnya.


Rumusan: Rasulullah s.a.w. dalam keadaan tidur didatangi oleh Malaikat Jibril membawa sehelai lembaran dan disuruh baca. Setiap kali Nabi kata bahawa beliau tak reti membaca dipeluk kuat oleh Jibril a.s kemudian ke 3 kalinya Nabi berjaya membacanya.( Rumusan daripada bacaan  kitab Tafsir AlQur'an dan Sejarah Hidup Muhammad s.a.w.) Kita semua tahu bahawa Nabi s.a.w. adalah sesorang Ummi;tidak reti menulis dan membaca, sepanjang hidupnya. Ini membuktikan bahawa apa yang dibawa oleh Nabi berupa ucapan pada hakikatnya adalah wahyu Allah SWT dan bukti ini juga disebut didalam AlQur'an. Perlakuan Malaikat Jibril memeluk Rasulullah s.a.w. memberi gambaran bahawa pelukan itu adalah penyediaan KALBU Rasulullah s.a.w. untuk seterusnya menerima wahyu yang datang kemudian.


Pembaca yang budiman,


Pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa itu ialah membaca. Kewajipan membaca hendaklah dilakukan kerana Allah SWT. Didalam 1-5 ayat tersebut ada menyebut tentang Allah SWT mengajar manusia dengan KalamNya apa-apa yang tidak diketahui oleh manusia. Dengan membaca jugak manusia itu dapat mengetahui dan menilai kebenaran yang keluar dari mulut sesaorang. Tidak kiralah sama ada, yang keluar itu daripada mulut orang-orang agama,orang-orang bukan agama dan jugak orang-orang beragama. Hakikatnya,kebenaran itu milik Allah kemudian RasulNya


Pembaca yang budiman,


Perangcangan Allah SWT sangat tepat dan Dia yang Maha Mengetahui bahawa NabiNya tidak reti membaca. Kita semua tahu bahawa Malaikat tidak akan berbuat sesuka hati. Apa yang diperintahkan kepadanya oleh Allah SWT pasti dilakukannya bagi setiap arahan. Jesteru,bila Nabi s.a.w disuruh 'baca' memberi suatu pengajaran dan petanda kepada umatnya nanti bahawa membaca sangat memberi manfaat. Dengan membaca umat akan dapat membezakan antara buruk dan baik,lurus dan sesat, amalan salih dan kurafat serta bid'ah,pembela dan penderhaka,amanah dan kianat,iman dan kufur,muslimin dan kafirin serta mukminin dan musyrikin.


Saya ada mengemukakan satu hadis dalam postings yang lepas, perihal perintah Allah SWT kepada
Malaikat agar bertanyakan kepada Nabi s.a.w.,'Kenapa dia menangis'.Hadis itu tentang 3 perkara dalam permohonan Nabi s.a.w. kepada Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui kenapa Nabi s.a.w. menangis tetapi tetap jugak Dia memerintahkan kepada Malaikat agar bertanyakan tentang itu. Oleh itu,setiap perbuatan Allah SWT memberi manfaat,mengajar manusia jugak memberi isyarat bahawa membaca;bukan ikut-ikutan,sesuatu yang dituntut kerana dengannya manusia dapat mengenal segala perintahNya dan segala laranganNya.Dengan mengenal jugak manusia dapat berada pada jalanNya yang lurus untuk menuju keredhaanNya. Allah SWT boleh saje memerintahkan Malaikat agar Nabi s.a.w. ikut saje apa yang dibaca olehnya(Malaikat) tetapi tidak begitu;tetap jugak Dia kata baca. Walaupun telah ada isyarat 'baca' tetap jugak  kebanyakan umat Islam lebih senang menjadi ikut-ikutan atau pak turut tanpa mengenali sama ada yang diikut itu SAHIH atau BATHIL. Keburukan ikut-ikutan ini sebenarnya menutup untuk MEMBACA sekaligus menutup ruang untuk BERFIKIR.


Pembaca yang budiman,


Saya telah jelaskan tentang NASIONALISME dan sekarang penjelasan saya tentang 'ASABIYYAH pulak.
Terlebih dahulu saya kemuka hadis yang bersangkutan dengannya.


Hadis riwayat Abu Daud:


Sabda Rasulullah s.a.w.: "Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada 'ASABIYYAH, dan bukan dari golongan kami orang yang berperang(berjuang) di atas dasar 'ASABIYYAH;dan bukan dari golongan kami orang yang mati di atas 'ASABIYYAH."




Sunan Abi Daud Bayrut;Dar al-Kitab al-Ilmiyyah. Hlm 451 hadis No. 5119 Riwayat Ahmad dan Ibn Majah:


Sabda Rasulullah apabila ditanya oleh seorang lelaki: Wahai Rasulullah,adakah daripada 'ASABIYYAH jika seseorang itu KASIH akan KAUMNYA? Sabda Baginda:" TIDAK,tetapi 'ASABIYYAH itu adalah seseorang yang MENOLONG KAUMNYA di atas KEZALIMAN."


Sengaja saya menaip huruf besar pada KATA-KATA KUNCI agar senang difahami dalam penjelasan saya.


Pembaca yang budiman,


Penjelasan saya tentang tafsiran NASIONALISME; pada postings saya di bahagian I  topik ini, ialah SEMANGAT/EMOSI/PERASAAN. Ianya dikaitkan dengan CINTA/KASIH/SAYANG akan BANGSANYA dan NEGARANYA. Saya letakkan sebaris:


NASIONALISME ialah SEMANGAT/EMOSI/PERASAN CINTA/KASIH/SAYANG akan BANGSA dan NEGARANYA.(Untuk pengetahuan pembaca sekelian definasi ini saya kutip daripada buku penulis tempatan;yang nampak condong kepada menentang,'Nasionalis Sekular Ekstrim di Malaysia'-Ustaz Abdul Basir Alias.)


Oleh itu,'ASABIYYAH bukan NASIONALISME! Apabila ditanya kepada Nabi s.a.w.,adakah daripada 'ASABIYYAH jika seseorang itu kasih akan kaumnya dan Nabi kata:'Tidak'! Apa maknanya? Ini bermakna bahawa kasih kepada bangsa sendiri dibolehkan dan dibenarkan. Jika tidak boleh( Cinta/kasih/sayang kepada kaum atau bangsa),seperti mana yang kita semua tahu bahawa tidak boleh Nabi s.,a.w. biarkan perkara yang salah;kena diterangkan jika perkara itu salah.


Jika perkara itu boleh, maka tepat sekali definasi Nasionalisme itu; yang saya kutip,iaitu Cinta/kasih/sayang akan bangsa dan negara. Sememangnya itu benar kerana terdapat beberapa hadis yang Nabi .s.a.w melarang umatnya mencaci akan keturunan sesaorang dan ada jugak hadis yang melarang umatnya mencaci bangsa Arab. Ini benar sangat!; Assebab bangsa Arab itu,AlQur'an diturunkan; assebab bangsa Arab,Islam dapat disebarkan,assebab bangsa Arab,bangsa Melayu dapat Islam dan yang paling kritikal sekali ialah Nabi s.a.w. daripada BANGSA ARAB.


Pembaca yang budiman,


Saya nak ajak semua pembaca hafal akan makna 'ASABIYYAH yang diperjelas oleh Nabi s.a.w. iaitu 'ASABIYYAH itu adalah sesaorang yang MENOLONG KAUMNYA DI ATAS KEZALIMAN.


Untuk senang diperjelaskan bagi hadis yang lagi satu, saya taip balik dalam bentuk 1,2,3....(point form) dan setiap satu isi saya masukkan makna 'Asabiyyah. Jadi,ianya akan seperti dibawah.


1. Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada 'ASABIYYAH.
    Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada SESAORANG YANG MENOLONG KAUMNYA DI ATAS KEZALIMAN.


2. Bukan dari golongan kami orang yang berperang(berjuang) di atas dasar 'ASABIYYAH.
    Bukan dari golongan kami orang yang berperang(berjuang) di atas dasar SESAORANG YANG MENOLONG KAUMNYA DI ATAS KEZALIMAN.


3. Bukan dari golongan kami orang yang mati di atas dasar 'ASABIYYAH.
    Bukan dari golongan kami orang yang mati di atas dasar SESAORANG YANG MENOLONG KAUMNYA DI ATAS KEZALIMAN.


Pembaca yang budiman,


Secara keseluruhan jika dilihat kepada semua orang iaitu umat Islam secara individu maka siapa yang jatuh kedalamnya,dia boleh diketogerikan sebagai 'ASABIYYAH. Lihat pada semua.


Jika dilihat pada semua kesatuan NGOs maka NGO yang jatuh kedalamnya boleh diketogerikan sebagai 'ASABIYYAH.


Bagi kesatuan POLITIK pula seperti UMNO,PAS,PKR,orang-orang Melayu dalam DAP maka PARTI yang jatuh kedalamnya boleh diketogerikan sebagai 'ASABIYYAH.


TETAPI,


Oleh sebab masalah perpecahan umat Islam adalah satu perkara yang sangat serious dan wajib ditangani oleh semua yang mengaku Islam dan beriman kepada Allah SWT dan RasulNya dan juga salah satu DO'A Rasulullah s.a.w. ditolak, jugak dek kerana berpecah-belah, setelah diselidiki dan dikaji puncanya( Sila baca postings saya yang lepas) maka PARTI PAS,PKR(lebih buruk lagi orang-orang Melayu yang didalam Parti DAP) yang menjadi PARTI TANDINGAN kepada UMNO,adalah PARTI 'ASABIYYAH. Malahan,lebih buruk lagi parti-parti tersebut kerana BERSEKONGKOL dengan parti DAP yang nyata-nyata MENENTANG ISLAM.


Kenapakah saya berkata sedemikian? Lihat pada definasi 'ASABIYYAH tadi!


Parti PAS dan PKR ini,MENYERU,BERJUANG DI ATAS DASAR MENOLONG KAUMNYA/PARTINYA di atas KEZALIMAN.


KEZALIMAN APA?


1. Tidak mengamal syariat Islam- mengambil kesempatan daripada amalan DEMOKRASI mewujudkan PARTI TANDINGAN bagi menentang PARTI ARUS PERDANA.(Apa makna parti arus perdana telah diterangkan pada postings yang lepas)
2. Memporak-perandakan umat Islam dalam banyak hal penyebab kepada umat Islam berpecah-belah.
3. Menggunakan Islam sebagai alat untuk memecah-belah umat Islam.
4. Mengamalkan cara politik maki-hamun,caci-maki,fitnah, dan provokasi.
5. Bersekongkol dengan orang-orang kafir Harbi yang sememangnya menentang Islam.


AKIBATNYA:


1. Umat Islam Berpecah-belah.
2. Kuasa yang ada pada bangsa Melayu(bangsa Muslim-bangsa berpaksikan agama) menjadi lemah.
3. Agama Islam banyak dipermainkan.
4. Image agama Islam banyak tercemar.
5. Mempersulitkan pemerintahan umat Islam serta melambatkan proses membangunkan umat Islam dek kerana pemerintah terpaksa melayan kerenah mereka.


Penjelasan mengenai Sekularisme dan Demokrasi pada Bhg III. Nantikan,InsyaAllah.




Wassalam.

Nasionalisme,Sekularisme,'Asabiyyah dan Demokrasi

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Saya mengajak pembaca semua agar menjadi manusia yang beragama. Seperti mana yang telah saya katakan bahawa orang-orang beragama/salih adalah orang-orang yang berilmu yang senantiasa menuju kearah mencari keridhaan Tuhan. Mereka tidak bersedia untuk mencampurkan apa saje kefahaman yang menyanggah kefahaman yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah.


Mereka ini mencari Akhirat dengan tidak lupa nasib mereka di dunia.Kehidupan mereka sederhana dalam ertikata sebenar. Maksud 'sebenar' boleh di ertikan seperti tidak bermewah-mewahan walaupun mereka mempunyai kemampuan berbuat sedemikian. Apa saje harta yang mereka miliki hanya sekadar keperluan untuk membolehkan mereka beribadat dan lebihan harta dijadi modal perniagaan untuk Allah dan RasulNya.


Pembaca yang budiman,


Dewasa ini banyak sungguh istilah-istilah asing;Sekularisme,Nasionalisme,Sosialisme,Kapitalisme dan Demokrasi, yang sengaja dibawa masuk ke dalam pemikiran dan pengetahuan masyarakat Islam oleh musuh-musuh Islam agar dapat diguna pakai oleh umat Islam itu sendiri sebagai peluru untuk mendakwa-dakwi sesama mereka. Istilah-istilah itu diguna pakai oleh para 'pejuang' Islam bagi menidakkan keislaman orang lain khususnya terhadap para pemimpin umat Islam yang mendominasi pemerintahan negara. Umumnya,umat Islam yang menjadi majoriti rakyat di negara ini menjadi confused dan sukar untuk memahaminya. Akibatnya,apa yang difahami oleh para pemimpin 'pejuang' Islam ini disumbatkan kedalam minda-minda ahli dan penyokong mereka. Tambahan pula istilah-istilah asing ini digabungkan dengan istilah-istilah agama seperti 'Asabiyyah,Jahiliyyah dan sebagainya agar ianya menjadi lebih kronik negatifnya.


Beberapa istilah gabungan seperti Nasionalis Sekular,Nasionalis 'Asabiyyah,Nasionalis Kapitalis 'Asabiyyah,Demokratik Nasionalis Sekular dan sebagainya. Kadang-kadang mereka sendiri pun confused sahingga menggelarkan pemerintah sebagai 'pejuang' Nasionalis dan di hari yang lain pulak digelarnya 'pejuang' Kebangsaan,'pejuang' bangsa juga kadang-kadang disebut 'Asabiyyah. Apabila mereka membahasakan/branded orang lain sebagai pejuang bermacam-macam  istilah yang kesemua tidak nampak islamik maka dengan sendirinya  mereka sajelah pejuang Islam sebenar.


Sebelum saya perjelaskan lebih lanjut, marilah kita dahului dengan menerangkan dulu elemen 'Niat' dalam setiap diri manusia yang berjuang. Dan elemen 'Niat' ini pun tiada siapa yang tahu kecuali Allah SWT sahaja.


Hadis Bukhary dan Muslim:


Dari Amiril Mu'minin Abi Hafsh Umar bin Alkhathab r.a. telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bahawasanya segala amal perbuatan tergantung pada NIAT dan bahawasanya bagi tiap-tiap apa yang ia NIATkan. Maka barang siapa yang hijrah menuju (keredhaan) Allah dan RasulNya,maka hijrahnya itu ke arah (keredhaaan) Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya itu kerana dunia(harta atau kemegahan dunia) atau kerana seorang wanita yang akan dikahwininya,maka hijrahnya itu kearah yang ditujuinya."


Elemen NIAT ini sangat penting kerana jika NIAT itu tidak betul implikasinya akan dapat dilihat nanti. Saya kemuka bukti mengenai implikasi NIAT yang tidak betul.


Hadis Muslim:


Dari Abu Hurairah r.a. katanya,berkata Rasulullah s.a.w.: "Orang pertama yang akan diadili pada hari kiamat kelak ialah orang yang tewas dalam peperangan,guru dan ahli membaca Qur'an dan lain-lain ilmu,dan orang hartawan. Mereka itu dihadapkan kepada Allah;kemudian Allah memberi ingatan mereka kepada nikmat-nikmat yang telah dikurniakanNya kepada masing-masing;semuanya mengakui kurnia-kurnia itu. Kepada masing-masing Allah bertanya:"Untuk apa anda telah pergunakan nikmat itu?" Syahdan,maka orang yang tewas dalam peperangan menjawab,katanya: "Hamba telah berperang sampai tewas untuk TuhanKu." Jawab guru dan ahli membaca AlQur'an:"Hamba telah belajar dan mengajar serta membaca Qur'an untuk TuhanKu." Akhirnya menjawablah orang hartawan: "Hamba telah belanjakan kepada semua lapangan yang TuhanKu sukai sehingga tak ada lagi bidang yang hamba tinggalkan." Kepada semua orang itu Allah telah berkata:"Kamu telah BERDUSTA" Lalu kepada yang tewas dalam peperangan,"Supaya anda dikatakan BERANI;maksudmu itu telah tercapai." dan kataNya kepada orang alim dan ahli Qur'an: "Anda telah belajar ilmu dan membaca Qur'an supaya TERMASYUR ALIM,dan AHLI MEMBACA AL QUR'AN;itu telah tercapai." Akhirnya dikatakanNya kepada orang hartawan: "Anda telah membelanjakan harta itu supaya DIMASYURKAN,ANDA ITU PEMURAH;itu telah tercapai." Kemudian semua mereka itu diperintahkan untuk diseret mukanya ditanah lalu masing-masing dicampakkan didalam API NERAKA.


Begitulah peranan NIAT iaitu PENENTU kepada segala perbuatan kita membawa implikasi BAHAGIA atau SENGSARAnya sesaorang terhadap segala perbuatannya.


Pembaca yang budiman,


Nasionalisme ini dikatakan perjuangan cintakan tanah air. Ianya jugak dikatakan sebagai memperjuangkan bangsa kemudian disebut perjuangan Kebangsaan. Walhal istilah Nasionalisme ini merupakan SEMANGAT/EMOSI, terpupuk sebagai wadah penyatuan spiritual dan physical umat untuk mengerakkan perjuangan membebaskan bangsa yang telah pun menganut agama Islam, merdeka daripada pelbagai penindasan oleh penjajah. Bangsa Melayu penganut agama Islam ini telah terjajah lebih daripada 500 tahun lamanya,telah berjaya keluar daripada dibelengu penjajah.Jika Nasionalisme itu disebut sebagai Kebangsaan dan memperjuangkan Kebangsaan itu disebut sebagai memperjuangkan bangsa.Bukankah perjuangan seperti itu(memperjuangkan bangsa), umum sifatnya? Apa,tak bolehkah bangsa Melayu yang menganut agama Islam disebutkan sebagai bangsa Muslim? Bangsa Muslim ini memang tidak disebut didalam Al Qur'an tetapi disebut sebagai orang-orang beriman. Kenapa? Mereka telah menerima Islam dan mengakui kebenarannya.


Pembaca yang budiman,


Didalam Al Qur'an,Allah SWT ada menyebut bahawa Dia menjadikan manusia itu berbangsa-bangsa agar mereka saling kenal-mengenali antara satu dengan yang lain.


Allah SWT juga menyebut 'Hai Bani Israil'. Itu bersabit dengan keturunan.


Allah SWT juga ada menyebut khusus pada bangsa Musa a.s.:"(Ingatlah) ketika berkata Musa kepada kaumnya."


Allah SWT ada jugak menyebut bangsa yang menganut ajaran dari Langit iaitu yang menerima Kitab:


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman(bangsa Muslim),orang-orang Yahudi,Nasrani dan Shabiin,barang siapa yang beriman diantara mereka itu kepada Allah dan hari yang kemudian,serta beramal salih,maka untuk mereka itu pahala disisi Tuhannya;dan tak ada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berdukacita." (Al Baqarah 2:62)


Penganut agama Muhammad,Rasulullah s.a.w.itu disebut dengan 'orang-orang beriman' iaitu bangsa Muslim.


Kesimpulannya, Rasulullah menerima tugas daripada Allah;sebagai manusia mulia yang dilantik, untuk memerdekakan bangsanya ketika itu daripada penjajahan penyembahan  berhala kepada penyembahan kepada Allah SWT. Physical dan spiritual Rasulullah berpaksi kepada semangat kalimah Laailaahaillallah.Hanya sanya ketika itu beliau saorang diri sahaja kemudian diikuti dengan isterinya Siti Khatijah dan seterusnya. Rasulullah s.a.w. yang telah Islam memperjuangkan kalimah Tauhid memerdekakan bangsanya daripada Penjajahan Berhala. Bangsa Melayu yang telah Islam memperjuangkan kalimah Kebangsaan memerdekakan bangsanya daripada Penjajahan Kuasa Asing. Natijahnya,Rasulullah berjaya dan Islam menjadi sempurna dan bangsa Melayu jugak berjaya dan Islam menjadi Agama Persekutuan. Hanya sanya pengisiannya saje belum sempurna tetapi memberangsangkan dan sekarang ini masih lagi ke arah sesuatu yang positif.


Allah SWT saje yang mengetahui NIAT mereka dan mereka akan mengetahuinya kelak apabila berhadapan dengan Allah nanti sama ada BAHAGIA atau SENGSARA.




Wassalam.


Bersambung.............Nasionalisme,Sekularisme,'Asabiyyah dan Demokrasi Bhg.II

Thursday, February 17, 2011

Orang-Orang Agama Atau Orang-Orang Bukan Agama Verses Orang-Orang Beragama

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Jika dilihat pada tujuk,serba sedikit kita dapat pengertian akan makna tajuk itu. Sepintas lalu kita akan katakan bahawa 'Orang-Orang Agama' adalah orang-orang yang belajar dalam jurusan agama.Walaupun pada peringkat  rendah mereka belajar akedemik  tetapi pada peringkat menengah dan seterusnya keluar negara mereka berada pada jurusan yang sama iaitu jurusan agama.


Jalur yang lain pula ialah mereka yang belajar agama disekolah-sekolah pondok dan seterus ke peringkat menengah dan ke universiti dalam dan luar negara.


Mereka ini belajar agama untuk menjadi pandai dalam agama agar boleh membimbing manusia lain kearah penghayatan beragama. Tidak lupa jugak peluang pekerjaan dalam bidang ini amat luas yang telah disediakan oleh pemerintah.Kamu boleh bayangkan,begitu banyak peluang pekerjaan seperti di jabatan-jabatan agama,di  kementerian agama;makamah-makamah syariah,rendah dan tinggi dan seterusnya menjadi para peguam syariah.


Di sektor swasta pula,peluang menjawat jawatan berkaitan dengan agama sangat luas terbuka seperti di bank-bank Islam dan di bank-bank Islam milik bank conventional,takaful dan takaful milik takaful conventional. Tidak lupa jugak pajak-gadai yang berlandaskan syariah.


Selain daripada itu,kumpulan professional seperti Accountants,lecturers yang bersangkutan dengan kemahiran masing-masing dalam bidang syariah.Secara keseluruhannya,orang-orang agama ini mendapat tempat didalam pemerintahan di negara ini. Jangan lupa, ini berlaku diseluruh negara.


"Orang-Orang Bukan Agama' pula adalah orang-orang yang mendapat pendidikan selain daripada jurusan agama.Sepertimana yang kita ketahui,mereka ini berada dalam jurusan teknikal serta teknologi.Kamu boleh sinaraikan mereka yang berada dalam jurusan ini seperti kedoktoran,kejuteraan,IT, architecture dan yang sewaktu dengannya. Mereka ini mendapatkan asas agama pada peringkat rendah dan seterus mempelajari ilmu agama melalui kelas,kuliah agama di surau,masjid selain daripada membaca kitab-kitab agama.


Pembaca yang budiman,


Apa pun bidang yang manusia ceburi;samaada jurusan agama atau bukan,satu perkara penting yang mereka itu miliki ialah asas agama. Allah tidak menilai jurusan apa kamu berada tetapi penilaianNya adalah pada KETAQWAAN. Rumusannya,manusia itu tidak kira apa juga jurusan yang mereka miliki, mereka saling menghendaki/perlu memerlukan antara satu dengan yang lain bagi menjayakan kehidupan mereka untuk faedah di dunia dan di akhirat. Tentu sekali segala ilmu yang kita miliki dapat menjuruskan kita kearah hidup beragama atau pun menjadikan kita ORANG-ORANG BERAGAMA.


Pengertian 'Orang-Orang Beragama' tidak sama dengan pengertian 'Orang-Orang Agama'. dan 'Orang-Orang Bukan Agama'. Saya boleh katakan bahawa 'Orang-Orang Beragama' itu ialah 'Orang-Orang Saleh' dan untuk kedua-dua entiti tersebut,boleh saya katakan 'Orang-Orang Berilmu'. Jika orang-orang berilmu tunduk serta patut kepada agama maka mereka akan berada dalam ketegori orang-orang beragama/orang-orang salih. Untuk pengetahuan pembaca sekelian,saya tidak kaitkan dengan apa-apa mertabat kerana MERTABAT itu adalah HAK ALLAH.


Pembaca yang budiman,


Orang-orang berilmu jika tidak menyandarkan ilmu itu kepada tuntutan agama maka ianya akan menjadi bencana terhadap diri sendiri.Mereka boleh menjadi seperti DURI DALAM DAGING. Seperkara yang hendak diterangkan disini ialah mengenai ORANG-ORANG YANG MENDAPAT PERTUNJUK. Bagi ketegori ini,mereka yang berada dalam kelompok ini boleh dikatakan ORANG-ORANG YANG SELAMAT. Secara umumnya,orang-orang beragama/salih adalah orang-orang yang mendapat pertunjuk. Namun pun demikian, mereka perlu diikuti jika mereka senantiasa mengikuti PERTUNJUK ALLAH kemudian PERTUNJUK RASULULLAH.Secara jelasnya mengikuti KITABULLAH dan SUNNAH RASUL.


Dibawah ini saya paparkan beberapa contoh untuk ditontoni:

ORANG-ORANG AGAMA.



ORANG-ORANG BUKAN AGAMA



ORANG-ORANG BERAGAMA/MENDAPAT PERTUNJUK




Saya berharap pembaca yang budiman mendapat message nya.


Wassalam.

Saturday, February 12, 2011

Pada Telaga yang Jernih Tidak Akan Mengalir Air Yang Kotor

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,




Jika dilihat sekarang ini kebanyakan daripada  telaga mempunyai air yang tidak jernih dan ianya akan bertambah teruk lagi jika air itu mengandungi bakteria yang membawa bermacam-macam penyakit.


Nabi bersabda,tak ada air tiada kehidupan. Ini memberi erti bahawa air tersangat penting dalam kehidupan. Ulangan kejadian manusia ini pun disebabkan air. Air 'Tuan' yang baik (jernih); yang membawa jutaan baka, akan melahirkan insan yang baik.


Sekarang ini,air 'Tuan' sudah tidak kelihatan baik (jernih) kerna insan yang terbentuk daripadanya kebanyakan suka membuat fitnah,memaki-hamun,mengumpat,merasuah,menipu,makan benda-benda haram,minum arak,berjudi,kurafat.bid'ah dan sebagainya. Apa silapnya air 'Tuan'yang dihasilkan sekarang ini? Sudah tentu ianya bercampur dengan benda-benda kotor tambahan pula jika air mengandungi bakteria dan virus.


Oleh itu,pengertian peribahasa diatas ialah " Pada sifat yang mulia tidak akan lahir sifat yang buruk "


Sebagai rumusan daripada peribahasa itu:-


Jika bapa kencing berdiri,anak tentu kencing berlari.
Jika bapa kaki caci,anak tentu kaki maki.
Jika bapa kaki celaka,anak tentu kaki derhaka.
Jika bapa ikut sempat,anak tentu kaki rembat.
Jika bapa kaki ranggi,anak tentu kaki _uki.
Jika bapa kaki mentekedarah,anak tentu kaki rasuah.
Jika bapa kaki tipu,anak tentu kaki sapu.
Jika bapa kaki seranah,anak tentu kaki fitnah.
Jika bapa kaki belit,anak tentu kaki rempit
Jika bapa kaki dangdut,anak tentu kaki sedut
Jika bapa kaki botol,anak tentu jadi samdol.
Jika bapa kaki liwat,anak tentu kaki khalwat.
Jika bapa kaki emo(emosi),anak tentu kaki demo.
Jika bapa kaki joget,anak tentu kaki songket.
Jika bapa kaki riba,anak tentu kaki raba.
Jika bapa kaki judi,boleh jadi anak buang bayi.




Walau bagaimanapun,tak semua macam itu. Ada jugak bapa macam Iblis,anak semua above average. Maknanya,bapa macam setan,anak semua orang atasan. Tapi,ada jugak bapa macam malaikat,anak suka buat khurafat.


Tentu sekali tidak semua macam itu. Oleh itu,janganlah bersedih kerana itu hanya celoteh. Apa yang diperkatakan,tidak ada kena mengena bagi yang masih hidup,jauh sekali yang dah mati. Anggaplah ianya satu selingan setelah penat menulis type tangan.


Begitulah peranan air dalam kehidupan manusia. Buat kata perpatah, bagaimana acuan begitulah bentuk kuehnya.


Wassalam.

Thursday, February 10, 2011

Akibat Tidak Taat Pemerintah 3 Amirul Mukminin Dan 2 Cucu Rasulullah Terbunuh

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,
Pembunuhan Amirul Mukminin Umar Al Khothab dek kerana puak penderhaka. Puak penderhaka ini sering membuat onak,fitnah sana-sini dan rasa tidak berpuas hati dengan Umar. Pembunuhan Umar adalah fitnah yang terbesar berlaku dizaman sahabat.

Pembunuhan Amirul Mukminin Usman Affan jugak angkara puak penderhaka yang sering tidak berpuas hati dengan apa yang dilaksanakan oleh saidina Usman. Mereka memfitnah bahawa saidina Usman mengutamakan kroni (suku-sakatnya) dan bermacam-macam fitnah yang dihemburkan kepada saidina Usman. Akhirnya beliau kecundang ditangan puak penderhaka.

Saidina Ali terbunuh dek kerana puak penderhaka yang sering memainkan sentimen hasutan bahawa saidina Ali ada kena mengena dengan pembunuhan saidina Usman. Mereka jugak mendakwa bahawa saidina Ali tidak mengambil tindakan ke atas pembunuh saidina Usman. Ade saje puak-puak penderhaka ini yang membuat huru-hara didalam negara.

Cucu Rasulullah s.a.w. iaitu saidina Hassan dan Hussein jugak terbunuh dek kerana umat Islam ketika itu senantiasa didalam suasana pergolakan inginkan kuasa. Semuanya bersabit dengan dengki-mendengki terhadap kuasa politik.
Perhatikanlah wahai puak-puak penderhaka sepertimana sabda Nabi ini:

Hadis Muslim Jilid 1 No. 69:

Dari Huzaifah,katanya: "Ia mendengar khabar bahwa ada seorang yang membuat fitnah dengan perkataan: maka berkatalah ia: 'Saya dengar Rasulullah SAW bersabda: 'Tukang fitnah tidaklah akan masuk syurga.' "

Wassalam.

Durhaka Pemerintah! Kamu Berhadapan Allah Tidak Berhujah! Mati Dalam Jahiliyah!

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Raja atau Sultan atau Presiden atau apa saje yang dinamakan Ketua Negara/Pemerintah wajib ditaati. Tidak kira di negara mana kamu berada,ketaatan itu wajib diberikan kepada Pemerintah.Sama ada kita berada dalam sesabuah negara atau menjadi warga negara umat Islam atau warga negara bukan umat Islam,ketaatan itu wajib kepada Pemerintah. Jika tidak,sesaorang itu boleh dikenakan hukuman yang ada pada sesabuah negara itu.

Perkara ketaatan kepada Pemerintah ini lebih dititik beratkan oleh Pemerintah Negara Islam. Mereka boleh dikenakan hukum BUGHAH;penjara,buang negeri atau pun semaxima hukuman mati. Bukan senang untuk memerintah rakyat jelata tambahan pulak rakyat yang berbilang kaum. Pemerintah itu diwujudkan bagi membantu rakyatnya dalam urusan kehidupan mereka. Memberi keselesaan,kesenangan,kemakmuran dan kemudahan dari segala aspek kehidupan. Jadi wajarlah Pemerintah itu ditaati.

Hanya senya, ketaatan itu TERLARANG apabila Pemerintah menyuruh atau memaksa kamu untuk berbuat MAKSIAT terhadap Allah SWT. Mithalnya,Pemerintah MENYURUH atau MEMAKSA kamu minum arak,menyembah berhala dan yang sewaktu dengannya.

Bukan saje tidak boleh MENDERHAKA bahkan hendak MENCERCA Pemerintah pun tak boleh. Begitu sekali syariat Islam menitik-beratkan persoalan ini.

APA FAEDAHNYA JIKA RAKYAT MENTAATI PEMERINTAH?

Negara menjadi aman dan makmur,urusan harian kehidupan manusia dapat berjalan dengan baik tanpa mempunyai perasaan takut dan gusar tentang keselamatan. Tidak timbul huru-hara dan kacau-bilau,ini  memberi peluang kepada Pemerintah menyelenggarakan urusan rakyat dan negara.

BUKTI HADIS BAGI YANG MENENTANG DAN MENCERCA PEMERINTAH

1. Hadis Bukhary dan Muslim dipetik daripada Kitab RIADHUS SHALIHIN:

Ibu Abbas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:" Siapa yang membenci sesuatu dari pemerintahnya hendaknya SABAR. Sesungguhnya siapa yang keluar dari pemerintahnya walau satu jenkal,kemudian ia mati,mati dalam JAHILIYAH.

Ulasan: Hadis ini menerangkan perihal bagaimana kita seharusnya berakhlak terhadap pemerintah dan akibatnya. Iaitu mesti bersabar dan jika KAMU MELAKUKAN PENDURHAKAAN hendaklah bertaubat atau MATI KAMU DALAM JAHILIYAH.

2. Hadis Muslim jugak dari Kitab yang sama:

Ibu Umar r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: " Siapa yang melepas tangan dari TAAT,akan bertemu dengan Allah SWT pada hari Qiyamat,tidak berhujjah. Dan siapa yang mati,sedang tiada dilehernya suatu bai'at, MATI SEBAGAI MATI JAHILIYAH.

3. Hadis Attirmidzy jugak dari Kitab yang sama:

Abu Bakrah r.a. berkata: Saya telah mendengar dari Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang menghina RAJA (PEMERINTAH), Allah SWT akan menghinakannya.

HARAM MENTAATI PEMERINTAH YANG MENYURUH ATAUPUN YANG MEMAKSA KE ATAS KAMU BERBUAT MAKSIAT KEPADA ALLAH SWT DAN KELONGGARANYA.

BILAMASA HARAMNYA: Ini diperjelaskan dengan hadis seperti dibawah:

Hadis Muslim: jilid 3, Hadis 1124

Dari Ibnu Umar r.a. katanya: Bahwa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Wajib atas orang muslim patuh setia kepada pemerintah;baik hal yang disukai atau dibencinya kecuali apabila diperintahkan dengan suatu kemaksiatan;jika ia diperintah dengan suatu maksiat,haramlah mematuhi perintah itu.

Saya bagi satu hadis lagi yang menjelaskan tentang bagaimana ianya HARAM mematuhi perintah yang BERMAKSIAT KEPADA ALLAH.

Hadis ini dipetik dari kitab tafsir Al Quran oleh Dr.Hamka.

Hadis yang dirawikan oleh Al Imam Ahmad dari pada Ali bin Abi Talib;dia berkata: " Pada satu waktu Rasulullah s.a.w. mengirim suatu siryah (angkatan perang yang bukan beliau sendiri memimpinnya),dan diangkatnya menjadi amirnya(ketua) seorang dari Anshar.Rasulullah memerintahkan supaya semua tentera mentaatinya. Setelah berangkat menuju tempat yang dituju,di tengah jalan amir itu tiba-tiba marah karena ada suatu kesalahan yang diperbuat oleh anak buahnya. Diapun berkata: "Bukankah Rasulullah sudah memerintahkan kepada kamu supaya taat kepadaku?" Semua menjawab: "Benar! Kami mesti taat kepada engkau!" Maka amir itu berkata pula: "Sekarang aku perintahkan supaya kamu semua mengumpulkan kayu api lalu kamu nyalakan apinya,kemudian itu kamu sekalian harus masuk kedalam api nyala itu!" Perintah itu mereka lakukan,kayu api mereka kumpulkan dan api mereka nyalakan. Tatkala mereka akan melakukan perintah yang ketiga itu,iaitu supaya kamu menyerbu ke dalam api nyala itu,berpandang-pandanganlah satu sama lain,lalu ada yang berani membuka mulut: "Selama ini kita taat kepada perintah Rasulullah s.a.w. ialah karena kita hendak lari dari api. Mengapa sekarang kita akan menyerbu api?" Sedang dalam keadaan demikian,api nyala itu beransur padam dan kemarahan amir itupun beransur turun. Dan setelah mereka kembali ke Madinah,peristiwa itu mereka sampaikan kepada Nabi s.a.w. Maka bersabdalah beliau: " Kalau kamu sekalian jadi masuk ke dalam api nyala itu,kamu tidak akan keluar-keluar lagi dari dalamnya,terus masuk neraka. Sebab kamu diperintah taat hanyalah kepada yang ma'ruf. Yaitu perintah yang benar"

KELONGGARAN BAGI SESIAPA YANG TIDAK TERTAHAN DENGAN PAKSAAN YANG DIKENAKAN OLEH PEMERINTAH

Insiden paksaan terjadi terhadap AMMAR BIN YASIR yang dipaksa menyengutukan Allah SWT kerana tidak tertahan dengan penderitaan yang dialami

Saya petik dari SIRAH SAHABAT:

Ketika Rasulullah s.a.w. menemui sahabatnya ( Ammar) itu didapatinya ia sedang menangis,maka disapunyalah tangisnya itu dengan tangan beliau seraya sabdanya:

" Orang-orang kafir itu telah menyiksamu dan menenggelamkanmu ke dalam air sampai kamu mengucapkan begini dan begitu.....?" "Benar,wahai Rasulullah.",ujar Ammar sambil meratap. Maka sabda Rasulullah sambil tersenyum: " Jika mereka memaksamu lagi,tidak apa,ucapkanlah seperti apa yang kamu katakan tadi..!"

Lalu dibacakan Rasulullah kepadannya ayat Al Quran surah An Nahl:106

" Kecuali orang yang dipaksa,sedang hatinya tetap teguh dalam keimanan......"

Saya harap pembaca yang budiman dapat manafaat apa yang dibentangkan.

Bersambung.........Ke Tajuk 'Akibat Tidak Taat Pemerintah 3 Amirul Mukminin 2 Cucu Rasulullah Terbunuh'

Wassalam.

Monday, February 7, 2011

Dulu Melacurkan Agama Sekarang Agama diLacurkan

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Pada postings yang lepas, saya ada membawa hadis menerangkan perihal juru da'wah di ambang bermacam-macam pintu JAHANAM. Nabi bersabda bahawa mereka ini sebangsa dengan kita(bangsa muslim atau seagama dengan kita) dan berkata-kata menggunakan lidah kita(menggunakan AlQuran dan Hadis). Siapa dia tu, UMNO ke atau PAS?

Jelas sekali bagi orang yang dapat berfikir bahawa yang menggunakan AlQuran dan Hadis semasa berceramah adalah puak-puak PAS ini. UMNO,kalau berceramah tidak menggunakan AlQuran dan Hadis sebaliknya mereka menggunakan isu pembangunan,bantuan,keamanan dan pembasmian kemiskinan sebagai landasannya. Semua yang diperkatakan oleh UMNO menjurus kepada TUJUAN PEMERINTAH itu diWUJUDkan dan juga pengertian saya daripada kefahaman AlQuran dan Hadis.

Jika dulu mereka sendri MELACURKAN AGAMA tetapi sekarang mereka telah mempunyai KADIR-KADIR untuk melakukannya. Maknanya,mereka telah berada pada satu langkah kehadapan. kadir-kadir mereka seperti juru da'wah Nga Ko Ming,N.Gobala serta lain-lain. Apa yang mereka perlu buat ialah menyokong tindakan kadir-kadir ini agar agama mereka(PAS) sendiri berjaya dilacurkan.

Para pelacur seperti Cina Doll dan Si Bibir Merah melacurkan 'APAM' untuk tujuan wang ringgit tetapi para pelacur(PAS) melacurkan 'Air Liur' untuk tujuan PENGARUH dan UNDI. Terbaru,mereka telah mendapat pelacur tambahan;'kuda putih' Nga Ko ming dan 'kuda hitam' N.Gobala bagi tujuan melacurkan agama dengan 'air liur' mereka.

Ini jelas bahawa PAS bukan saja MELACURKAN AGAMA bahkan membenarkan AGAMA DILACURKAN.

JAUHILAH MEREKA INI! Mereka mengajak kepada KESESATAN yang membawa kepada bermacam-macam pintu JAHANAM.

Wassalam.






Thursday, February 3, 2011

Bukti: Pemecah-belah Umat Islam adalah MUSYRIK dan SESAT Bhg III

Sambungan...............

Assalamu'alaikum.

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pencipta.

Pembaca yang budiman,

Di terangkan dalam Syarah Imam Nawawi bahwa penolakan do'a Nabi ada hikmah yang tinggi. KeputusanNya,hukum dan perbuatanNya adalah nyata-nyata berhikmah.

Pada pendapat saya,2 do'a yang dikabulkan oleh Allah untuk umat Nabi adalah bala yang dikenakan keatas umat ketika itu kerana mendustakan(membunuh) Nabi-nabi dan kitab-kitabNya.Ini adalah benar jika kita baca sirah Nabi-nabi bahwa pengikut mereka tidak berapa banyak. Tetapi pengikut Rasulullah ramai dan mereka menerima ajarannya dan mengakui kebenaran ajaran Islam itu. Mereka ini dihukum oleh sebab tidak mentaati ajaran Islam itu yang mereka sendiri menerima dan mengakui kebenarannya. Ia berlaku secara sunnahtullahNya.

Berapa banyak larangan-laranganNya tentang berpecah-belah ini disebut didalam AlQuran yang mereka tidak hindarkan dan berapa banyak perintah-perintahNya supaya bersatu-padu disebut didalam AlQuran tidak diikuti. Allah SWT ada menyebut 'jangan berpecah-belah nanti kamu jadi lemah', 'jangan kamu berpecah-belah dan ingatlah akan nikmatNya' dan jika umat Islam berperang secara fizikal dan mental,disuruhNya kita berdamai kemudian dikatakan oleh Allah bahawa orang-orang mukmin itu bersaudara. Banyak lagi jika nak diterangkan.Kesemua larangan dan perintahNya mempunyai hikmah yang mana jika ingkar akan membawa bencana dan jika dituruti akan mendapat rahmat.

Contoh terdekat ialah peristiwa 13 Mei 1969 yang dialami oleh rakyat Malaysia hasil daripada umat Islam berpecah-belah. Bagi yang hidup pada masa itu mereka sudah tentu tahu akan azab yang dialami. Tak boleh digambarkan dengan hanya satu muka surat saja,kenalah membaca bukunya. Jika boleh,orang-orang yang mengalaminya dan masih hidup sekarang ini dapat bercerita kepada mereka yang lahir setelah tarikh 13 Mei 1969. Dari tarikh 13 Mei 1969 sahingga sekarang,mereka ini berumur lebih kurang 41 tahun. Jika diambil kira orang-orang yang hidup ketika itu berumur 9 tahun(yang belum lagi mengerti),sekarang ini telah berumur 50 tahun. Kamu bayangkanlah yang berumur 41 tahun hingga 50 tahun sekarang ini,berapa anakkah mereka ini ada dan mungkin telah mempunyai cucu. Sebelum 13 Mei 1969,telah berlaku peristiwa seperti ini di Singapura tetapi umat Islam tidak belajar daripada sejarah. Berulang lagi peristiwa berdarah itu lagi kerana umat Islam tidak mengambil pelajaran daripadanya untuk tidak berpecah-belah. Apakah kita fikir bahawa peristiwa 13 Mei tidak akan berulang lagi? Pada pendapat saya,melihatkan umat Islam masa kini lebih teruk perangainya daripada dahulu, berkemungkinan besar peristiwa seperti ini akan berlaku dan jika berlaku, akan lebih teruk lagi daripada yang sudah-sudah. Lihat sajalah sifat orang PAS dan PKR,seperti kata perpatah Melayu,'Bertegang Urat,Berpatah Arang' terhadap UMNO.

Pembaca yang budiman,

Sebenarnya,didalam AlQuran ada menyebut bahawasanya orang yang memecah-belahkan perpaduan umat Islam;menjadi ahli kepada golongan pemecah-belah,menjadi penyokong dan jugak berpihak kepada mereka,disebut sebagai MUSYRIK dan SESAT. Bacalah buktinya:

Didalam surah Ar-Rum ayat 31 dan 32,Allah berfirman:
Ayat 31,
"Hendaklah kamu kembali(taubat) kepadaNya dan takutlah kepadaNya dan dirikanlah sembahyang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang MUSYRIK.(mempersekutukan Allah)"

Ayat 32,
"Yaitu orang-orang yang berpecah-belah dalam agamanya serta bergolong-golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa-apa yang ada disisinya."

Didalam surah Al Mukminuun ayat 53 dan 54,Allah berfirman:
Ayat 53,
"Mereka berpecah-belah sesamanya tentang urusannya,menjadi beberapa golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa yang ada pada sisinya."

Ayat 54,
"Maka biarkanlah mereka dalam KESESATANNYA hingga seketika(matinya)."

Kita semua tahu bahawa orang-orang MUSYRIK(mempersekutukan Allah) tidak akan dapat masuk Syurga. Dan kita semua tahu bahawa selain dosa musyrik,dosa lainnya berkemungkinan diampunkan oleh Allah,insyaAllah. Tetapi tidak bagi dosa mempersekutukanNya. Mari kita baca apa kata Nabi dalam hal ini:

Hadis riwayat Muslim:

Dari Jubair bin Muth'im r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tidak akan masuk SYURGA orang yang memutuskan TALI PERSAHABATAN.

Mengapakah mereka ini masih lagi berperangai sedemikian?
Apakah mereka tidak tahu ke?
Apakah mereka tidak memahami ke?
Apakah mereka tidak mengimani ke setelah menerima Islam dan mengakui kebenarannya?

Tentu sekali jawapan yang tepat adalah jawapan yang berikan oleh Allah dan RasulNya. Sila baca:

Ini didedahkan oleh Allah SWT dalam surah Asy-Syuuraa ayat 14: "Tiadalah mereka berpecah-belah,melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan kerana berdengki-dengkian sesama mereka.Jikalau tiadalah terdahulu perkataan Tuhanmu sampai waktu yang ditentukan,niscaya dihukum antara mereka.Sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kitab kepadanya,kemudian mereka adalah dalam syak dan ragu-ragu."

Apa Rasul kata:

Riwayat hadis Muslim:

Dari Anas bin Malik r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. melarang supaya jangan bersifat dendam,jangan dengki mendengki dan jangan bermusuhan;dan hendaklah kamu hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak dihalalkan bagi seorang Muslim tidak tegur-menegur(berselisih)
dengan saudaranya lebih dari 3 hari.


Pembaca yang budiman, perselisihan umat Islam ini bukan setekad 3 hari tetapi sudah menjangkau 54 tahun. Dalam proses kehidupan umat Islam 54 tahun ini,tentu sekali ada yang sudah kembali bersatu-padu dan ada yang MASIH KEKAL didalamnya dan yang baru masuk kedalamnya.

Ada banyak lagi bukti-bukti yang boleh saya muatkan disini tetapi tujuan saya hanya ingin menyampaikan agar kita semua maklum tentangnya. Selalunya,pada setiap topik saya akan kemukakan bukti agar setiap postings akan dapat memberi manfaat kepada pembacanya.

Ingatlah, bahawa mati itu suatu KEMENANGAN bagi orang-orang yang MENTAATI PERINTAHNYA dan MENJAUHIKAN LARANGANNYA.

Wassalam.

Tuesday, February 1, 2011

Bukti: Pemecah-belah Umat Islam adalah MUSYRIK dan SESAT Bhg. II

Sambungan.....................

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Bacalah dengan nama TuhanMu yang Maha Pencipta.

Sebelum saya menyambung,ingin saya memohon kepada sekelian pembaca yang budiman, sama ada pembaca singgahan atau pembaca tetap blog saya dan juga kepada para blogger sealiran,agar dapat blog saya disenaraikan dalam blog list anda semua. Ini kerana,setiap kali tajuk baru yang akan dikemukakan,sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Ianya juga memberi satu kelainan kepada blog anda sekelian. Saya mohon jasa baik para blogger sealiran.

Salah satu daripada rukun-rukun beriman kepada Al Quran;selain daripada membacanya untuk pahala;memahaminya;mengimaninya; ianya juga wajib disampaikan(Tabligh).

Hendak menyetujui atau tidak setelah membacanya,terpulang kepada diri masing-masing. Sekurang-kurangnya,kita mengimani Firman Allah SWT tersebut dibawah ini.


Firman Allah SWT dalam surah Az Zumar ayat 17 dan 18:

"Orang-orang yang menjauhi menyembah syaitan dan kembali kepada Allah,untuk mereka itu kabar gembira. Maka berilah kabar gembira kepada hamba-hambaKu,Yang mendengarkan perkataan,lalu mereka turut mana yang sebaik-baiknya. Mereka itulah orang-orang yang ditunjuki Allah dan mereka itulah orang yang berakal."

Penjelasan:

Bagaimanakah kita hendak menjauhi daripada menyembah syaitan jika kita tidak mendengar(membaca),untuk dapat kembali kepada Allah?

Oleh itu,setelah membacanya,kita ambil mana yang sebaik-baiknya. Terhadap mereka yang mempunyai sifat ini: 1. Allah hadiah berita gembira. 2. Allah hadiah dengan panggilan hamba-hambaKu. Natijah daripada berbuat sedemikian Allah branded kita dengan 2 perkara: 1. Orang-orang yang ditunjuki.
2. Orang-orang yang berakal.

Pembaca yang budiman,

Kita sedang membincangkan tentang 1 do'a Rasulullah yang ditolak oleh Allah SWT.

Saya akan membawakan kisahnya. Persoalannya:-

1. Mengapakah Rasulullah berdo'a kepada Allah untuk 3 permohonan itu?
2. Bila dan bagaimanakah Rasulullah mengetahui bahawa 2 permohonannya diterima dan 1 ditolak?

Assebabnya turun ayat 65 surah Al An'aam ini, Nabi memohon do'a kepada Allah kerana kasih sayang Nabi terhadap umatnya. Allah SWT berfirman:

"Katakanlah: Dialah Yang Maha Kuasa mengirimkan siksaan/azab kepadamu,dari atas (kepala)mu dan dari bawah kakimu(bumi),atau Dia menjadikan kamu bergolong-golongan sehingga setengah kamu merasa kesakitan daripada setengah yang lain. Perhatikanlah,bagaimana Kami menerangkan beberapa ayat,mudah-mudahan mereka memahaminya."

Tentang 3 permohonan Nabi saya telah berikan text hadis Muslim pada postings 'Musyrik dan Sesat Bhg I' dan pada riwayat hadis Muslim yang lain,isi/mattan hadis yang sama tapi lebih panjang sikit iaitu,

Abu Bakar bin Abu Syaibah: Bahawanya Rasulullah s.a.w. suatu hari datang dari Al Aliyah,sehingga ketika melewati mesjid Bani Mu'awiyah beliau masuk lalu shalat 2 rakaat.Kami pun shalat bersama beliau. Beliau lama berdo'a kepada Tuhan kemudian berpaling kepada kami seraya bersabda:"Aku memohon kepada Tuhanku 3 hal,Dia memberikan 2 hal kepadaku dan mencegahku 1 hal. Aku memohon kepada Tuhanku agar Dia tidak menghancurkan umatku dengan tahun lalu Dia memberikannya kepadaku. Aku memohon kepadaNya agar Dia tidak menghancurkan umatku dengan tenggelam lalu Dia memberikannya kepadaku. Aku memohon agar Dia tidak menjadikan perang dahsyat diantara mereka lalu Dia mencegahnya dariku."

Pada baris 3 -'Beliau lama berdo'a kepada Tuhan kemudian berpaling kepada kami'

Penjelasan: Lamanya Rasulullah berdo'a kerana pada ketika itu Jibril membawa khabar berita. Itu sebabnya,setelah itu Rasulullah berpaling memberitahu kepada mereka yang ada bersama.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Do'a Rasulullah dijawab pada ketika itu jugak.

Diriwayatkan oleh Muslim pada hadis yang lain bersangkutan dengan peristiwa itu bahawa Nabi menyebut dalam do'anya,'Wahai umatku....umatku', sambil menangis.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash bahawanya Nabi s.a.w. membaca firman Allah tentang Ibrahim a.s. iaitu Surah Ibrahim ayat 36 dan tentang Isa a.s. iaitu Surah Al Maidah ayat 118. Beliau mengangkat kedua tangan seraya bersabda:"Wahai umatku....umatku" dan beliau menangis. Allah yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman:"Wahai Jibril,pergilah kepada Muhammad(sedang Tuhanmu lebih mengetahui),tanyalah kepadanya:"Apakah yang menyebabkan kamu menangis?". Jibril a.s. datang kepada beliau(Nabi) lalu bertanya kepada beliau(Nabi),maka utusan Allah itu(Jibril) memberitahukan kepadaNya(Allah) akan apa yang disabdakan beliau(Nabi)-padahal Allah lebih mengetahui,lalu Allah Ta'ala berfirman kepada Jibril:"Pergilah kepada Muhammad,dan katakan:"Sungguh Kami akan ridha terhadap umatmu dan Kami tidak berbuat buruk kepadamu"

Pembaca yang budiman,

Apa yang saya lakukan adalah kerana Allah. Keinsafan yang ada dalam diri mendorong untuk mencari kebenaran dengan berusaha merujuk kepada Al Quran,Kitab Hadis,Himpunan Hadis Qudsi,Kitab Tafsir Al-Azhar dan buku-buku agama bagi mencari penyelesaian terhadap permasalahan umat,agar dapat berada pada landasan yang benar lagi diredhaiNya. Keyakinan yang terpahat dihati ini,mendesak agar ianya dapat dikongsi bersama dengan pembaca dalam blog saya ini.

Didalam Tafsir Al-Azhar bagi ayat 65 ini:

Apa yang datang dari atas itu seperti kemarau kering yang memusnahkan tanaman dan tumbuhan serta ketiadaan air yang boleh memusnahkan semua kehidupan termasuklah manusia.(Dirumus oleh saya daripada kefahaman syarah Imam Nawawi ketas hadis Muslim itu.)

Apa yang datang dari bawah kaki itu seperti banjir besar yang menenggelamkan umat manusia seperti yang berlaku terhadap umat Nabi Nuh.(Rumusan saya sama seperti diatas.)

"Atau Dia menjadikan kamu bergolong-golongan sahingga setengah kamu merasa kesakitan daripada setengah yang lain."

Itupun suatu azab yang maha pedih lagi,iaitu hilangnya keamanan dalam satu negeri karena adanya perpecahan,bergolong-golongan,berbenci-bencian,misalnya karena pertarungan politik atau perebutan kuasa,sehingga dalam satu negeri timbul benci membenci bahkan kadang-kadang menimbulkan perang saudara. Pengalaman karena perang saudara,jauh lebih hebat dan ngeri daripada perang karena serangan musuh dari luar. Dalam suatu perang saudara,seorang kakak bisa membunuh adik kandungnya. Bukankah ini azab?

Mujahid mengatakan bahawa azab yang ketiga ialah azab kepada ahli-iqrar,iaitu orang yang telah menerima Islam(mengakui kebenaran kitab-kitab dan kedatangan Nabi-nabi) itu sendiri tetapi mereka diazab tersebab dosa-dosa mereka,dan azab yang pertama dan kedua ialah azab kepada orang yang mendustakan(mendustakan Nabi mereka dan menolak kitab Tuhan mereka).

Maka diberitahukanlah kepada beliau(Nabi) bukanlah umatnya saja yang akan kena fitnah itu,melainkan seluruh umat-umat,bahwa diapun akan ditimpa bala sebagai umat yang lain-lain juga. Kemudian itu, diturunkanlah kepada beliau ayat: "Katakanlah:Ya Allah sekiranya akan Engkau perlihatkan kepadaku apa yang dijanjikan terhadap mereka ya Allah, maka janganlah Engkau jadikan daku pada kaum yang zalim."(23:93-94) Maka berlindung dirilah Nabi Allah,maka dikabulkan Tuhan permohonan perlindungannya itu. Sehingga tidaklah pernah mata beliau melihat umatnya kecuali dalam bersatu,berkasih-kasihan dan taat.

Kemudian itu datang pulalah satu ayat menyuruh awas terhadap tukang-tukang fitnah dan dikabarkanNya kepadanya bahwa tukang fitnah itu berkhusus kepada sebagian manusia dan tidak kena mengena dengan yang lain. Iaitu ayat:"Dan berjaga dirilah kamu dari fitnah yang sekali-kali bukanlah dia menimpa kepada kamu yang zalim khusus saja,dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaanNya.(8:25)

Kepada Abu Hurairah pernah Nabi s.a.w menerangkan rahsia itu,iaitu bahwa sesudah matinya akan ada fitnah,tetapi karena takut berbahaya kepada jiwanya sendiri,rahsia itu ditutup rapat-rapat oleh Abu Hurairah. Dan do'anya agar mati sebelum hal itu terjadi,dikabulkan Allah.

Kemudian terjadilah perang saudara yang hebat di antara Ali dengan golongan Mu'awiyah.Dan kita diperingati akan hal ini,agar senantiasa umat Muhammad awas,jangan sampai mereka musnah karena benci membenci sesama sendiri.

"Perhatikanlah,bagaimana Kami menerangkan beberapa ayat, mudah-mudahan mereka memahaminya."

Allah menerangkan segala perumpamaan ini,tetapi perumpamaan yang nyata,tentang bahaya-bahaya yang bisa ditimpakanNya sewaktu-waktu,baik bahaya dari alam atau bahaya yang tumbuh dalam kalangan manusia sendiri,yang mereka sendiri tidak berdaya sedikit juapun buat mengatasinya,maka belum jugalah mereka mau mengerti akan kekuasaan Allah.

Bersambung..........Ke-Bukti:Pemecah-belah Umat Islam adalah MUSYRIK dan SESAT Bhg. III

Wassalam.







"

Bukti:Pemecah-belah Umat Islam adalah MUSYRIK dan SESAT - Bhg. I

Assalamu'alaikum.

Bacalah dengan nama TuhanMu yang Maha Pencipta.

Pembaca yang budiman,

Saya telah menerangkan bahawa UMNO itu adalah nama yang disepakati oleh lebih kurang 26 kesatuan bangsa Melayu pada masa itu. Kesatuan UMNO telah berjaya membebaskan umat Islam daripada penjajahan. Mereka berjaya memerdekakan negara ini sekaligus dapat memerintah negaranya sendiri.

Mereka semua bersepakat di atas asas persaudaraan sesama Islam dan berpegang kepada agama Islam berpaksikan rukun-rukun Iman dan Islam. Oleh yang demikian,mereka disebut sebagai berada dalam satu jemaah Islam. Mengikut tafsiran ulamak, jemaah Islam adalah jemaah yang mempunyai otoriti dalam segala hal ehwal pentakbiran negara. Oleh itu,mereka yang mendakwa berada dalam jemaah itu dan jemaah ini adalah suatu dakwaan yang tidak berasas. Contohnya,seperti jemaah Tabligh,jemaah Arqam,jemaah PAS dan yang seumpamanya. Mereka ini semua bukan jemaah dalam ertikata sebenar. Sebabnya,kerana mereka tidak ada otoriti dalam segala hal pentakbiran negara.

Umat Islam di masa pemerintahan Rasulullah disebut sebagai jemaah Islam. Begitu jugak terhadap umat Islam dibawah pemerintahan saidina Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali. Mereka ini semua disebut sebagai jemaah Islam kerana mempunyai otoriti dalam hal ehwal pentakbiran. Oleh sebab jemaah ini yang terulung,mereka jugak disebut sebagai Jemaah Islam Arus Perdana. Dikatakan ianya Jemaah Arus Perdana kerana mereka yang terulung. Jika ada suatu jemaah Islam yang mendakwa bahawa mereka jugak jemaah Islam yang dipimpin oleh seorang pemimpin maka mereka akan diperangi. Ini berlaku kepada Musailamah yang mengaku menjadi nabi(pemimpin tandingan) kepada saidina Abu Bakar.

Pembaca yang budiman,

UMNO adalah Jemaah Islam Arus Perdana dalam kontek negara ini yang menerajui kepimpinan negara. Mereka memiliki otoriti dalam hal ehwal pentakbiran. Menjadi jemaah terulung hasil kesepakatan kesatuan bangsa Melayu berasaskan persaudaraan Islam dan anutan pegangan berpaksikan Islam. Ternyata Islam menjadi unsur nikmat utama kepada kesatuan umat Islam pada masa itu.

Surah Ali Imran ayat 103:

"Berpeganglah kamu sekalian kepada tali(agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu,ketika kamu telah bermusuh-musuhan,lalu dipersatukanNya hatimu,sehingga kamu jadi bersaudara dengan nikmatNya,dan adalah kamu diatas pinggir lubang Neraka,lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu,mudah-mudahan kamu menerima petunjuk."

Oleh itu,kesatuan umat Islam hasil kesepakatan didalam UMNO itu wajib dikekalkan demi kekuatan dan kekuasaan pemerintahan umat Islam bagi menjaga agamanya,umatnya dan negara yang diperintah. Perpecahan umat Islam boleh mengakibatkan kelemahan dan ketidakstabilan. Tambahan pula negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa serta amalan Demokrasi sebagai sistem pemilihan para pemimpin.Kewujudan kesatuan umat Islam tandingan adalah HARAM disisi syariat Islam. Apa buktinya? Hadis dibawah ini ada menerangkannya.

Hadis riwayat Muslim:

Abdullah bin Amer r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang berbaiah pada suatu imam(kepala/pemerintah) dan telah menyanggupkan taatnya dan setia hatinya,harus taat jika dapat. Maka jika datang lain orang akan merebut kekuasaannya penggallah leher orang yang merebut itu.

Pembaca yang budiman,

Banyak daripada Firman Allah dalam Al Quran yang melarang umatnya berpecah-belah. Ini telah saya nyatakan didalam beberapa postings yang lepas. Di atas terdapat satu FirmanNya: "Jangan kamu berpecah-belah" Mengikut tafsiran ulamak,apabila perkataan "Jangan" digunakan maka itu memberi makna LARANGAN dan jugak mempunyai pengertian HARAM.

Melanggar hukum LARANGAN ini tidak seperti melanggar hukum-hukum hudud dan ta'zir serta qisas yang ada disebut didalam AlQuran yang boleh dikenakan terhadap pelakunya. Tetapi larangan berpecah-belah jika dilakukan boleh melemahkan kekuatan umat Islam seperti yang tersebut didalam AlQuran. Impikasinya melibatkan keseluruhan umat Islam bukan satu atau dua orang saje tetapi keseluruhan umat Islam. Kita semua boleh lihat apa yang sedang berlaku pada masa ini. Tidak perlu saya menghuraikannya. Ianya sangat serious sahinggakan Rasulullah pernah memohon kepada Allah mengenainya. Tiga(3) permohonan melalui do'a Rasulullah kepada Allah,2 dimakbulkan dan 1 ditolak. Yang ditolak itu adalah apa yang sedang dibincangkan. Sila baca hadis tentang itu dibawah.

Hadis riwayat Muslim:

Dari Abu Sa'id r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.:"Aku memohon kepada Tuhanku 3 macam:diperkenankannya 2 dan 1 dilarangnya. Ku minta supaya umatku jangan mati kelaparan kerana musim kering,maka diperkenankannya,ku minta lagi supaya umatku jangan mati karam/tenggelam,maka diperkenankan pula,ku minta lagi supaya umatku jangan terjadi pembunuhan antara sesama mereka,maka tidak diperkenankan."

Kita tumpukan penjelasan bagi permohonan yang tidak diperkenankan Allah.

Didalam riwayat Muslim dari Abu Sa'id disebut, "jangan terjadi pembunuhan antara sesama mereka"

Riwayat Muslim jugak dari Abu Bakar bin Abu Syaibah disebut,"tidak menjadikan perang dahsyat diantara mereka"

Hadis riwayat Ibnu Majah disebut,"tidak menjadikan umatku berkelompok-kelompok dan sebagian mereka menimpakan bahaya kepada sebagian yang lain"

Dipetik dari syarah An Nawawi: Allah tidak mengabulkan permohonan ini kerana adanya hikmah yang tinggi.KeputusanNya,hukum dan perbuatanNya adalah nyata-nyata berhikmah.

Bersambung..........Ke- Bukti: Pemecah-belah Umat Islam adalah MUSYRIK dan SESAT Bhg. II

Wassalam.