Thursday, August 28, 2014

PAS = Parti Angkatan Syaitan ! Islam Dicelah Kangkangkan Demokrasi Didewa-dewakan - Jauhilah Puak Ini!

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Banyak daripada postings saya jika dibaca memberi penekanan bahawa Parti PAS ini tersasar jauh daripada jalan yang lurus. Kamu tidak akan lebih Islam jika menyokong puak ini malahan boleh tersasar daripada jalan Islam.

Mereka yang baru berjinak dengan Islam atau yang sayang kepada Islam semestinya terpengaruh dengan apa yang mereka lihatkan;janggut,jubah dan kupiah/serban,dan dengar daripada mulut mereka;ceramah-ceramah agama,merasakan diri mereka selamat. Walhal, itu adalah suatu tipudaya Syaitan yang berjaya mempengaruhi di kalangan umat Islam bersama-sama dengannya(Syaitan) ke jurang kebinasaan. Syaitan senantiasa bersedia untuk menyesatkan umat Islam.

Jadilah manusia itu seperti binatang ternakan; yang mempunyai mata tapi tidak digunakan untuk melihat,mempunyai hati tapi tidak dapat menggunakan untuk mengerti. Telah banyak tanda-tanda bahawa mereka ini menyeleweng daripada jalan yang sebenar. Sinarai dibawah memperlihatkan penyelewengan mereka:-

1. Tidak mentaati perintah Allah - Berpecah daripada Kesatuan Arus Perdana. Islam mengharamkan tapi Demokrasi membenarkan. Mereka mengambil amalan Demokrasi untuk berpecah.

2. Bagi mendahyahkan perjuangan,mereka menghiaskan diri mereka dengan pakaian Islam dan berceramah dengan suara Islam.

3. Mengamalkan siasah adu-domba,mengfitnah,memaki-hamun dan sebagainya.

4. Mengkafirkan Perlembagaan tetapi mereka menjadi sebagaian daripada Perlembagaan yang mereka kafirkan; mengangkat sumpah taat setia apabila menjadi wakil rakyat,mengekal dan melindungi amalan Demokrasi.

5. Begitu lama sekali memperjuangkan negara Islam akhirnya bertukar menjadi negara berkebajikan kerana ingin mendapat kuasa, sanggup bersekongkol dengan perjuang THAGHUT dan kafir HARBI.

6. Tidak melaksanakan hukum Hudud apabila mendapat tampok peperintahan negeri. Cakap tak serupa bikin. Murka Allah seperti yang disebut didalam Al Qur'an.

7. Tidak mentaati Badan Tertinggi yang Berotoriti iaitu Majlis Syura Ulama mereka. Apa lagi yang mereka ada jika Entiti Islam itu sendiri mereka perkotak-katikkan.

8. Tidak mentaati pemerintah dengan mengenepikan perintah Allah dengan mengamalkan Demokrasi sebagai peluang untuk menjatuhkan pemerintah. Sejak dulu lagi mereka mengamalkan amalan Demokrasi ini mengakibatkan perpecahan yang teruk kepada umat Islam. Inilah amalan Demokrasi yang KUFUR bercanggah dengan syariat Islam. Jika amalan itu baik maka umat Islam tidak berpecah sebegitu teruk.

9. Menjadi penyembah 2 Tuhan iaitu Tuhan Islam dan Tuhan Demokrasi. Islam pun mereka sayang Demokrasi pun mereka sayang. Walhal, Islam telah mengajar penganutnya dalam surah Al Kafirun bahawa 2 perbuatan yang bertentangan tidak akan berlaku iaitu Islam atau Kafir. Seperti mana orang-orang kafir mengajak Nabi s.a.w. berkompromi untuk menyembah bersama-sama dengan mereka berselang-seli. Maka,turunlah surah ini agar Nabi s.a.w. membuat satu permisahan antaranya.

10. Mengingkari perintah Rasulullah s.a.w. dalam mentaati pemerintah.

10.1 Hadis Muslim: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tetaplah mendengar dan taat dalam keberatan maupun keringanan,dalam kelancaran dan kesukaran,bahkan dalam reaksi dan berebutan pengaruh dengan kamu.

10.2 Hadis Bukhary dan Muslim: Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang taat padaku bererti taat pada Allah dan siapa yang melanggar padaku bererti melanggar kepada Allah. Dan siapa yang taat pada pemerintah bererti taat padaku dan siapa maksiat kepada pemerintah bererti maksiat padaku.

10.3 Hadis Bukhary dan Muslim: Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang membenci sesuatu dari pemerintahnya hendaknya SABAR. Sesungguhnya siapa yang keluar dari pemerintahnya walau sekedar satu jengkal,kemudian ia mati,mati dalam JAHILIYAH.

Pembaca yang budiman,

Satu lagi keingkaran yang dilakukan oleh puak PAS ini ialah menyokong orang yang INGINKAN JAWATAN MENTERI BESAR dengan menginkari TITAH SULTAN.

1. Mengingkari sumpah yang mereka sendiri ucapkan apabila menjadi wakil rakyat bagi DUN.

2. Menderhaka kepada Sultan kerana tidak mematuhi arahannya.

3. Bersekongkol dengan orang yang berperanan membuat onak dan duri serta pembuat kacau dalam negeri dan jugak negara bersama-sama KAFIR HARBI.

4. Menolak perintah Rasulullah s.a.w. dalam bab orang yang menginginkan JAWATAN. Baca hadis dibawah:

Hadis Bukhary dan Muslim:

Abu Musa Al Asj'ary r.a. berkata: Saya dengan 2 orang sepupuku masuk kepada Rasulullah s.a.w. maka salah seorang dari sepupuku itu berkata: Ya Rasulullah berilah pada kami jabatan di salah satu bagian yang diberikan Allah kepadamu. Yang kedua juga berkata demikian. Maka jawab Nabi s.a.w.: Demi Allah kami tidak mengangkat seorang dalam suatu jabatan,pada orang yang menginginkan atau orang yang berambisi pada jabatan itu.

Berapa banyak lagikah umat Islam di negara ini yang buta dan pekak tentang puak PAS ini! Mereka telah dengan sengaja mengeluarkan tanda-tanda bahawa mereka berada di jalan yang menyimpang daripada JALAN YANG SEBENAR. 

Oleh itu,jika ditanya kelak apakah tiada manusia yang memberitahu kamu tentang hal demikian,apa nak jawab?

Apakah tiada panduan daripada Al Qur'an dan Hadis tentang hal demikian,bagaimana nak jawab?

Berhati-hatilah dalam mengharungi hidup ini yang penuh dengan tipudaya Syaitan dan Manusia yang durjana.

Wassalam.

2 comments:

  1. jadi sokong umno yang terangan tolak agama la ni? bertaubatla saudara.. khawarij juga baca quran.. tp masih lagi sesat.. mcm anda juga.. sekian

    ReplyDelete
  2. as salam. ISLAM 4 ALL . anybody can speak ISLAM bcause hidayah d tgn NYA bukan P*S. Sekuat2 islam P*S, DAP & PKR jugak dijadikannya saudara.
    UMNO sedang bertaubat ke arah MALAYSIAku yg lebih ISLAMIK iaitU mempertahan, mengembangkan & mengamalkan AHLUS SUNAH WAL JAMAAH(ASWAJA)..banyak bukti. Apa yg telah dibuat DAp & PKR utk ASWAJA?Mana sifat TAQWA kamu utk agama Allah YG Maha Suci..ingat NEraka sedang menuggu bg org TAHU AGAMA tapi dia sembunyikannnya.

    ReplyDelete