Wednesday, August 13, 2014

Gagap Dimulut Fasih Dihati! Nak Main-Main Dengan Bendahara Sultan Ke?

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Begitulah fungsi Bendahara Sultan; kuasa memerintah telah diturunkan kepadanya, menjalankan tugas-tugas memerintah negeri mengikut lunas-lunasnya. Bendahara jika tak bersetuju,hanya mempersembahkan hal elwal negeri kepada Baginda. INILAH PERANAN INSTITUSI RAJA YANG MELINDUNGI KEPENTINGAN RAKYATNYA. Sedia maklum,RAJA tidak mencampuri urusan PARTI.

Perjalanan pemecatan begitu teratur sekali mengikut KEADAH dan SELARI DENGAN MORALNYA. Apakah turutan disebaliknya? Itulah sebabnya saya katakan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim itu hanya GAGAP DIMULUT TETAPI FASIH DIHATI. Dia pun orang Korporat tentu fasih sekali mengenai risiko-risiko sesuatu permasalahan.

Begini ceritanya!

Dipostings yang lepas, saya ada mengatakan bahawa SULTAN mempunyai HAK mengikut atau tidak, nasihat BENDAHARANYA( Menteri Besar ).

Pada hari Rabu lepas;MB Khalid mengadap Sultan, dia telah berbincang secara mendalam mengenai dengan isu pemecatannya daripada parti PKR dan 5 tomahan yang dilemparkan kepadanya. Sultan telah mendengarnya dan merestui MB Khalid meneruskan tugas-tugasnya sebagai MB. Pada hemah saya, Sultan akan memanggil Sidang DUN tergempar bagi memberi laluan kepada PEMBUKTIAN sokongan terhadap MB Khalid. Ini jelas mengikut lunas undang-undang tetapi Sultan mempunyai HAK mengikut kewajarannya untuk tidak berbuat sedemikian. Salah satunya ialah pembaziran wang rakyat Selangor jika diadakan Pilihanraya Negeri Selangor. ITU MEMANG WAJAR! Kewajaran itu tidak mencukupi untuk memberitahu pengamal undang-undang dan juga rakyat yang memahaminya. Itu sebabnya,para penentangnya membuat sidang media tempoh hari memohon MB Khalid membuktikan yang dia mendapat sokongan majoriti ADUN. Saya berasa sangsi jugak bahawa Sultan Selangor mempunyai BUKTI akan majoriti sokongan ADUN yang diperkatakan oleh MB Khalid kepada Sultan seperti yang tersiar di media masa.

Apa yang berlaku di negeri Perak boleh memperjelas situasi di negeri Selangor. Di Perak,Al Marhum Sultan Perak,Sultan Azlan Shah melihat sendiri BUKTI sokongan majoriti dengan memanggil ketiga-tiga ADUN Perak yang berpaling tadah; 1 DAP dan 2 PKR mengadapnya untuk membuat pengakuan di depan Baginda Sultan Perak. Dengan itu,berlakulah peralihan kuasa yang lancar dengan TIDAK BERLAKU UNDI TAK PERCAYA DI DALAM DEWAN terhadap MB Perak Nizar pada ketika itu. Maka, Kerajaan Pakatan Rakyat TUMBANG tanpa mengulangi Pilihanraya Negeri Perak. Sekali lagi saya tegaskan bahawa INILAH PERANAN INSTITUSI RAJA YANG MELINDUNGI KEPENTINGAN RAKYATNYA.

Situasi di negeri Selangor berlainan sedikit dengan di negeri Perak kerana MB yang sama dikekalkan tetapi SOKONGAN MAJORITI MASIH SAMAR. Walau bagaimanapun, seperti mana yang saya katakan bahawa SULTAN MEMPUNYAI HAK dan penyelesaian pada kemelut BEKAS PARTI MB tidak diambil kira kerana SULTAN TIDAK MENCAMPUR URUSAN PARTI dan Sultan LEBIH PERCAYA kepada MEMANDANYA ( Bendahara/MB ). Jesteru,bagi meneruskan kesinambungan Pentakbiran Negeri oleh MB Khalid, PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI; minima 4 EXCO menyokong MB Khalid,diguna-pakai oleh Sultan bagi meneruskannya.

Para pembaca yang budiman,

Jika anda semua mengikuti sidang media yang dibuat oleh MB Khalid,perkara yang disentuh ialah Baginda Sultan merestui beliau menjadi MB untuk meneruskan pentakbiran negeri dan beliau menegaskan bahawa 4 EXCO mencukupi untuk menjalankan tugasnya sebagai MB. Tidak disebut MASALAH PEMECATAN! Tetapi,SENARIO ITU telah dibincang bersama-sama Tuanku Sultan dan Ahli Majlis DiRaja. Tidak timbul masalah pemecatan EXCO DAP dan PKR bertentangan dengan undang-undang seperti yang didakwa oleh mereka kerana SEGALA KEMUNGKINAN telah diambil kira. Oleh itu,apa juga yang diputuskan oleh MB Khalid akan direstui oleh Sultan Selangor. Sepatutnya,mereka kena berambus daripada jawatan politik itu dengan mengosongkan pejabatnya di SUK. Hanya belas ehsan saje membolehkan mereka datang untuk mengambil barang-barang keperluan peribadi. Jika mereka ingkar,tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka kerana MENDERHAKA KEPADA SULTAN SELANGOR. 

MAU MAIN-MAIN KA LU INGAT! BOLE LAMMA DALAM PENJAALA,TA TAK PERCAYA KA?

LIHATLAH,BETAPA BIJAKSANANYA MB KHALID dalam mengemudi permasalahan Pentakbiran Negeri yang diamanahkan kepada beliau. 

Anda semua tidak tahukah, BAGAIMANA SYARIKAT PLANTATION BRITISH HARRISON & CROSSFIELD jatuh ketangan MALAYSIA sahingga  RATUSAN RIBUAN HEKTAR TANAH yang dimiliki oleh mereka dapat semula kepada kita. GERANGAN KEPANDAIAN SIAPA ITU? Banyak JASANYA kepada ORANG MELAYU umumnya kepada RAKYAT MALAYSIA.

Walaupun demikan,kemelut ini tidak akan berkesudahan sahinggalah DUN SELANGOR bersidang nanti pada masa yang terdekat bagi mempengaruhi AHLI DUN terutama sekali AHLI PAS untuk mendapatkan sokongan UNDI TAK PERCAYA kepada MB Khalid kerana itulah saje satu-satunya jalan yang ada. Sebelum itu,dalam masa terdekat ini DAP dan PKR akan mengambil kesempatan membuat pelbagai onak dan duri bagi membuat kekecohan dan tohmahan serta fitnah terhadap MB Khalid,Kerajaan Negeri Selangor dan mungkin Sultan Selangor. 

TUNGGU & LIHAT leee...........................

Wassalam.








No comments:

Post a Comment