Saturday, August 16, 2014
Penyelesaian MB Selangor! 2 Senario Berdasarkan Siapa Cepat Mengadap Sultan Selangor
Assalamu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Sekarang ini keadaan krisis dah berubah iaitu puak PKR telah menyatakan bahawa mereka mempunyai 30 ADUN yang menyokong. Jesteru itu,mereka sepatutnya boleh mengadap Sultan bagi membuktikan bahawa mereka mempunyai majoriti sokongan. Tetapi,buat masa ini Sultan tiada di istana kerana keluar negara. Nampaknya, PKR tidak bernasib baik iaitu setelah mendapat majoriti sokongan tapi Sultan tak ada. Hal ini kerana, jika mereka berjaya mengadap Sultan sebelum Baginda ke luar negara maka Baginda terpaksa akur dengan AMALAN DEMOKRASI untuk memberi laluan kepada PKR tetapi tetap juga tidak menerima Wan Azizah kerana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tidak membenarkan pelantikan seorang MB daripada KAUM HAWA. Jadi,nama lainlah mesti disyorkan kepada Baginda.
SENARIO 1 ( PKR berjaya mengadap Sultan sebelum MB Khalid )
a) Namun begitu,setelah dibawa segala bukti sokongan;siap dengan akuan bersumpah oleh PKR, tuanku masih lagi boleh menolak atas sebab Baginda lebih yakin jika diadakan SIDANG DUN TERGEMPAR. Hal ini kerana KEPUTUSAN UNDI TAK PERCAYA dalam DUN akan dibuat oleh SPEAKER DUN dalam bentuk HITAM PUTIH akan memberi suatu keyakinan yang jitu. Ini menunjukkan KESAHIHAN keputusan SIAPA YANG MENDAPAT UNDI MAJORITI.
b) Jika,Sultan menerima pakai bukti sokongan majoriti yang dihadapkan oleh PKR kepada Sultan maka berlakulah PERTUKARAN MENTERI BESAR tanpa ada PILIHANRAYA NEGERI. Tapi,calonnya bukanlah Wan Azizah.
Pembaca yang budiman,
Sudah tentu sekali MB Khalid tidak mahu senario 1(b) berlaku kerana MB khalid akan berasa malu kerana mendakwa dia(MB) mendapat sokongan majoriti DUN tanpa melihat kehadapan 2 ADUN PAS yang akan BERPALING TADAH terhadapnya.
SENARIO 2 ( MB Khalid berjaya mengadap Sultan sebelum PKR )
Oleh sebab MB Khalid tidak mahu SENARIO 1 berlaku kerana mempunyai 50/50 peluang maka sebaik saja tuanku balik dari luar negara MB Khalid akan cepat-cepat mendapat perkenan Sultan untuk mengadap agar dapat menasihatkan Baginda supaya MEMANGGIL SIDANG DUN TERGEMPAR. Apakah STRATEGInya?
Apabila MB Khalid GAGAL mendapat MAJORITI SOKONGAN maka langkah seterusnya, MB Khalid akan menasihati Sultan UNTUK MEMBUBARKAN DUN bagi memberi LALUAN kepada RAKYAT SELANGOR menentukan SIAPA YANG BERHAK MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR. Maka,PILIHANRAYA NEGERI tidak dapat tidak mesti diadakan.
Kesimpulannya:
Siapakah yang cepat MEMOHON PERKENAN untuk MENGADAP SULTAN bila Baginda balik dari LUAR NEGARA.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment