Tuesday, August 5, 2014

Besar Kemungkinan DUN Selangor akan DIBUBARKAN! Siap Sedialah!-Baca Kemungkinan Ini-Tak Mungkin Wan Azizah Jadi MB

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Kemelut siapa menjadi MB sedang hangat diperkatakan rakyat Selangor. Ada 3 kemungkinan yang boleh berlaku; 1. Peralihan Pertukaran MB Mendapat Persetujuan Sultan Selangor. 2. Sultan Selangor Memanggil Sidang DUN Tergempar. 3. Undi Tidak Percaya Terhadap MB Berlaku Di Majlis DUN.

Pertama: 

Sekiranya MB Khalid Ibrahim setuju melepaskan jawatan MB atas desakan pemimpin PKR,saya ramalkan bahawa Wan Azizah akan ditolak oleh Sultan Selangor. Hal ini kerana Sultan mempunyai HAK untuk bersetuju atau tidak bersetuju tanpa persoalan. Ini terkandung didalam Pelembagaan Negeri.

Kedua: 

Jika penolakan Wan Azizah menjadikan keadaan tidak tenteram maka Sultan Selangor akan memanggil satu sidang DUN tergempar. Ada 2 kemungkinan berlaku: Undi Tak Percaya Terhadap MB Khalid Ibrahim Mendapat Majoriti. 2. Tidak Mendapat Majoriti maka MB Khalid boleh terus menjadi MB.

Ketiga:

Pembubaran DUN Selangor akan BERLAKU jika MB Khalid Ibrahim mendapat majoriti UNDI TAK PERCAYA didalam DUN maka MB Khalid akan menasihati Sultan Selangor UNTUK MEMBUBARKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR. Sultan Selangor BERHAK untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan saranan MB Khalid itu. Walau bagaimanapun para pembaca yang budiman dapat membuat satu RUMUSAN SENDIRI.


Pada pendapat saya,jika keadaan ini terus mendesak berkemungkinan DUN Selangor akan DIBUBARKAN. Maka,RAKYAT SELANGOR sendiri yang akan MENENTUKAN SIAPA MENTERI BESAR YANG BARU.

WAJIB TAAT KEPADA PEMERINTAH SULTAN SELANGOR KEMUDIAN MENTERI BESAR JIKA KAMU ORANG YANG BERIMAN SELAGI MANA MEREKA ITU TIDAK MEMAKSA KAMU BERBUAT MAKSIAT TERHADAP ALLAH SWT.

SIAPA MENJADI PEMERINTAH DIA WAJIB DITAATI. 

ISLAM MELARANG PERGOLAKAN SEPERTI INI BERLAKU TETAPI DEMOKRASI MEMBENAR INI BERLAKU. INI SESUATU YANG BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT ISLAM.

BENARLAH BAHAWA UMAT ISLAM KURANG MEMAHAMI TENTANG SYARIAT ISLAM DAN MEREKA TERANG-TERANGAN MENJADIKAN DEMOKRASI SEBAGAI TUHAN MEREKA SELAIN ALLAH SWT.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment