Monday, August 18, 2014

Inilah Kelompok Yang Disebut Didalam Hadis Nabi! PENYERU DI AMBANG MACAM-MACAM PINTU JAHANAM - Mesti Baca!


Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,

Sebenarnya,para pembaca dapat menilai apa yang tertera dibawah ini. Jika dulu para penyerunya mengagongkan bahawa mereka mempunyai MAJLIS SYURA ULAMA yang mempunyai OTORITI bagi membuat keputusan tentang apa jua permasalahan PARTI sesuai dengan mertabatnya sebagai BADAN TERTINGGI PARTI PAS tetapi sekarang ini PARA PEMIMPINNYA SENDIRI yang menolak untuk MENTAATINYA.

KEWUJUDAN BADAN TERTINGGI itu sesuai dengan SYARIAT ISLAM! Membuat keputusan BERASASKAN HUKUM SYARAK! 

Apakah HUKUMNYA bagi orang yang TIDAK MEMATUHI BADAN TERTINGGI MERCU TANDA SYARIAT ISLAM?

Apakah HUKUMNYA bagi orang yang TIDAK MEMATUHI KEPUTUSAN BERASASKAN HUKUM SYARAK OLEH BADAN TERTINGGI ITU?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Fasal 5(1) Perlembagaan (baca dibawah) - Para pejuang tidak mematuhi STRUKTUR OTORITI ORGANASASI PARTI SENDIRI! Apakah itu dinamakan memperjuangkan nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya?

Fasal 3 Perlembagaan (baca dibawah) - Dasar PAS mana yang Islam? Islam ke, jika tidak mematuhi BADAN TERTINGGI BEROTORITI yang sendiri menamakan MAJLIS SYURA ULAMA?

Fasal 6(2) Perlembagaan (baca dibawah) - Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan BERPOLITIK dan BERNEGARA yang macam mana? Apakah dengan TIDAK MEMATUHI MANHAJ PERJUANGAN, mendakwa memperjuangkan Islam sebagai AQIDAH dan SYARIAT?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
RUJUKAN:

Badan tertinggi PAS Majlis Syura Ulama PAS hari ini membuat penekanan dan perakuan rasmi bahawa perjuangan dan arah tuju parti itu tidak lari daripada perjuangan asal PAS dahulu seperti yang termaktub dalam fasal 5 (1) perlembagaan parti.
Fasal tersebut berbunyi:
"memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah"

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
RUJUKAN:

Kenyataan penuh Majlis Syura Ulama PAS yang disiarkan harakahdaily.net adalah seperti berikut :
Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah “memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara” ,
Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:
“Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pembaca yang budiman,

60% populasi rakyat Malaysia berbangsa Melayu. Hampir majoritinya penganut agama Islam. Oleh sebab negara Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Raja Beperlembagaan,ianya tidak semuanya menepati atau sesuai dengan kehendak syariat dalam Islam. Tidak semua rakyatnya tahu tentang amalan sistem Demokrasi itu yang bercanggah dengan Islam. Rata-rata rakyatnya sama ada jahil dan menjadi ikut-ikutan atau tahu tapi merasakan ianya tidak menjadi kesalahan atau suatu dosa yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT disana kelak.

Lebih memburukkan lagi apabila ada kelompok yang mengaku memperjuangkan Islam berselimutkan sistem Demokrasi sebagai wadah perjuangan mereka. Mereka mengenakan pakaian Islam;berjubah,beserban dan berjanggut,bagi mengelabui sokongan umat Islam terhadap perjuangan mereka. Tambahan pula,nama parti mereka jugak disalut dengan nama Islam,ini menggelapkan lagi pandangan umat Islam untuk dapat berada pada jalan yang diredhai. Ini diperindahkan lagi oleh mereka dengan menggunakan bahasa Islam;mengungkap ayat-ayat Al Quran dan hadis-hadis Nabi,sebagai medium interaksi dan propagasi bagi menawan para pendengar bertujuan mendapatkan sokongan terhadap perjuangan kelompok mereka.

Siapakah kelompok yang dimaksudkan itu? Kelompok manakah yang menggunakan bahasa Islam dalam kebanyakan ceramah mereka? Apakah tidak ada pertunjuk daripada Nabi perihal kelompok ini? Sama-samalah kita ikuti penjelasan daripada hadis Nabi riwayat Bukhari dan Muslim.

" Ya Rasulullah,sesungguhnya kami dahulu adalah di dalam jahiliyah dan di dalam masa yang buruk(kemulut,kacau balau) kemudian Allah mendatangkan pada kami kebaikan(berupa Islam yang kini kami amalkan dengan hati tenteram). Apakah sesudah kebaikan ini akan berulang pula keburukan(kejahatan)?"

Beliau bersabda,"Ya"

Kembali kami bertanya,"Dan apakah sesudah keburukan itu akan datang pula kebaikan?"

Beliau menjawab,"Ya,akan datang pula kebaikan,tetapi di dalamnya terdapat 'dakhanun',atau kekeruhan."

Kami bertanya lagi,"Apakah kekeruhannya itu(dakhanun)?"

Beliau menjawab,"Yakni orang-orang yang memberi petunjuk bukan dengan petunjukku, mengikut petunjuk yang selain dari petunjukku,engkau ketahui dari mereka itu, dan engkau ingkari."

Kami bertanya lagi,"Apakah sesudah kebaikan itu ada keburukan(kejahatan)?"

Beliau bersabda,"Ya,penyeru(juru da'wah) di ambang macam-macam pintu Jahanam. Dan barangsiapa yang menjawab(mengikuti)seruan mereka itu,pasti akan dicampakkan ke dalam Neraka."

Kami bertanya,"Ya Rasulullah,tunjukkan sifat-sifat mereka itu kepada kami."

Beliau bersabda,"Mereka itu(pada zahirnya) dari bangsa kami(sekulit dengan kami,yakni sama-sama Islam),dan mereka berbicara dengan lidah kami (sama-sama menyuarakan AlQuran dan Al Hadis)."

Kami berkata,"Maka apa yang engkau perintahkan kepada kami jika kami menjumpai hal yang demikian itu?"

Beliau menjawab,"Hendaklah kamu tetap pada Jama'ah kaum Muslimin dan Imam mereka."

Kami berkata,"Maka jika tidak ada bagi mereka itu Jama'ah dan Imam?"

Beliau bersabda,"Hendaklah kamu keluar menjauhi golongan-golongan itu,sekalipun kamu sampai menggigit(makan) akan akar-akar pepohonan,sehingga maut menjemputmu,engkau dalam keadaan semula(tetap demikian itu,tidak mau berfihak kepada juru-juru da'wah di ambang pintu mereka)."


Pembaca yang budiman,

Jauhilah kelompok ini kerana banyak tanda-tanda yang telah diperlihatkan bahawa mereka telah tersasar daripada apa yang mereka dakwa sebagai memperjuangkan Islam.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment