Monday, September 29, 2014

Melayu UMNO,Melayu PAS,Melayu PKR,Melayu DAP,Melayu PASMA Dan Melayu PPP: Apa Nak Jadi Dengan Bangsa Melayu!

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Perpecahan demi perpecahan berlaku hasil daripada amalan Demokrasi yang KUFUR yang diamalkan oleh bangsa Melayu. Adakah ini baik untuk bangsa Melayu itu sendiri? Jika tidak baik,itu membuktikan bahawa amalan Demokrasi itu SESAT dan bertentangan dengan syariat Islam. Hal demikian boleh melemahkan pemerintahan negara yang dipimpin oleh orang Islam. Buktinya,Agama dicaci,Bangsa dikeji dan Raja dihina. Apakah itu yang bangsa Melayu mahukan?

Bangsa Melayu mesti berpatah balik dengan bersatu ke dalam Kesatuan Umat Islam Arus Perdana yang ditunjangi dan dipelopori oleh kesepakatan dan kemaufakatan kesatuan umat Islam yang ASAL ia-itu UMNO. As sebab sepakat dan maufakat itu,bangsa Melayu berjaya merdeka;mengerluarkan bangsanya daripada dijajah,berjaya mentakbir negaranya sendiri,mengharmonikan ekonomi bangsanya,membasmi kemiskinan bangsanya, sahinggalah kini dihormati oleh dunia Islam seantereo.

Jika dulu bangsa Arab berpecah belah dengan berpuak-puak, disatukan oleh Allah dalam kesatuan kepercayaan agama Islam begitu jugaklah bangsa Melayu yang telah disatukan oleh Allah dalam kesatuan bangsa Melayu berasaskan agama Islam. 

Allah berfirman: Berpeganglah kamu sekalian kepada (kesatuan) agama Allah dan janganlah kamu berpecah-belah....(Ali Imran 103)

Allah kata'Jangan' ini bererti 'Haram' berpecah-belah. Itulah sebabnya,saya meyakini bahawa berpecahnya puak agama daripada UMNO dan menubuhkan kesatuan PAS secara berasingan itu HARAM HUKUMNYA. Penubuhan kesatuan PAS itu diHaram oleh SYARIAT ISLAM tetapi dibenarkan oleh SYARIAT DEMOKRASI. Persoalannya,kamu nak Islam atau nak Demokrasi?

Allah berfirman: ....dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu,ketika kamu telah bermusuh-musuhan lalu dipersatukanNya hatimu,sehingga kamu jadi bersaudara dengan nikmatNya....(sambungan Ali Imran 103)

Kesatuan bangsa Arab telah bersatu hati sahingga tertegaknya negara Islam Madinah dengan termeteranya PIAGAM MADINAH yang menjadi PERLEMBAGAAN NEGARA menjaga segala aspek pemerintahan masyarakat majmuk Madinah ketika itu.

Begitulah juga seperti kesatuan bangsa Melayu(UMNO) yang telah bersatu hati sahingga tertegaknya negara Islam Tanah Melayu dengan termeteranya PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957 jugak telah melahirkan PERLEMBAGAAN NEGARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

Pembaca yang budiman,

Proses untuk mendapatkan kemerdekaan adalah suatu proses yang panjang dan rumit yang telah dilalui oleh para pemimpin UMNO ketika itu. Atas kebijaksaan mereka inilah maka tercapailah kemerdekaan bagi rakyat berbangsa Melayu bersama bangsa lain yang menduduki negara ini. Apakah kamu sekalian maklum tentang isi PERJANJIAN MADINAH dan PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU? Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah Menciptakan!

Jika bangsa Melayu lupa akan NIKMATNYA lalu berpecah-belah maka nantikanlah kehancurannya. Sedarlah wahai bangsaku jika kamu tidak bersatu kembali kepada kesatuan asal bangsamu;UMNO,maka kamu akan lihat kehancuran bangsa kamu sendiri. Sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan! Lihatlah,kehancuran bangsa Arab di negara Timur Tengah sebagai pengajaran bagi kita bangsa Melayu. Mereka telah dipengaruhi dengan fahaman DEMOKRASI yang terkandung didalamnya amalan-amalan yang sesat seperti 1. Penubuhan Parti Politik Tandingan 2. Menukar Pimpinan Negara dengan Berparti menggunakan Undi 3. Kebebasan Bersuara 4. Menuntut Hak Sama-Rata 5. Kebebasan Berdemonstrasi

Kesemua amalan ini MESTI PATUH kepada SYARIAT ISLAM agar tidak melampaui batas-batas KETAATAN KEPADA ALLAH,RASULNYA dan PEMERINTAH.

Lebih mengharu-birukan fahaman Demokrasi ini apabila dijustifikasikan dengan fahaman Islam yang disalah tafsirkan bagi menselarikan tindakan mereka dalam permainan amalan Demokrasi. Parti Politik dihiaskan dengan fahaman agama sehingga agama itu dilacurkan untuk mendapat kekuasaan.

Allah berfirman: ....dan adalah kamu diatas pinggir lubang Neraka lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu mudah-mudahan kamu menerima petunjuk.

Benarlah firman Allah kepada orang-orang beriman maka sesiapa yang mengaku dia beriman dengan mengikut perintahNya,dia akan selamat di dunia juga di akhirat.

Allah berfirman: Hai orang-orang yang beriman,jika kamu ikut segolongan orang-orang ahli kitab,niscaya mereka mengembalikan kamu menjadi kafir sesudah kamu beriman.(Ali Imran: ayat 100)

Janganlah kamu ingat bahawa ahli kitab itu bermaksud hanya untuk penganut Yahudi dan Nasrani aje bahkan hal itu jugak bermaksud penganut Islam kerana kesemuanya adalah ahli kitab.

Allah bertanya dalam firmanNya: Bagaimana kamu kafir,pada hal dibacakan kepadamu ayat-ayat Allah dan padamu ada rasulNya? Barang siapa yang berpegang kepada Allah.sesungguhnya is telah mendapat petunjuk kejalan yang lurus.( Ali Imran:ayat 101)

Mari! Allah ajak kamu kepadaNya seperti dalam firmanNya:

Hai orang-orang yang beriman,takutlah kamu kepada Allah sebenar-benarnya takut dan janganlah kamu mati melainkan kamu orang Muslim. (Ali Imran: ayat 102)

Akhirkata dari saya,bagaimanakah orang-orang Melayu boleh berpecah-belah sedemikian rupa? Apakah Islam ke yang mengajar kamu seperti itu? Adakah benar amalan Demokrasi itu? Kamu sendirilah yang menentukannya. Berapa banyak lagikah bangsa Melayu akan berpecah?

Wassalam.






No comments:

Post a Comment