Assalamu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Mulut celupar si Nik Aziz ini ternyata makan diri sendiri dan partinya balik. Dulu, beliau pernah kata dalam satu temuramah,"Pergi Jahanam Sama UMNO" tapi sekarang JAHANAM itu telah berbalik kepada diri sendiri dan partinya. Lihatlah,apa yang dah jadi dengan parti PAS ketika ini sedang menuju kejurang JAHANAM.Setiap hari diasak oleh Dr. Hasan Ali dalam siri ceramahnya ke seluruh negara.
Dulu,beliau (Nik Aziz) pernah kata UMNO itu SEKULAR tapi sekarang ini SEKULAR itu berbalik kepada beliau sendiri dan jugak partinya. Perkara ini bukan dicanang oleh orang-orang UMNO tetapi disebut-sebut oleh BEKAS PEMIMPIN MEREKA SENDIRI iaitu Dr. Hasan Ali, bahawa 75% pimpinan PAS adalah GOLONGAN SEKULAR.
Jadi,nampaknya, dulu kata UMNO SEKULAR tapi sekarang SEKULAR itu telah berbalik kepada diri sendiri dan jugak partinya yang kononnya memperjuangkan Islam.
Nampak-nampaknya ungkapan telah terbalik dan sekarang ini slogan itu telah bertukar kepada " Pergi Jahanam Sama PAS"
Wassalam.
No comments:
Post a Comment