Sunday, February 12, 2012

Perbalahan Pembunuhan Perkosaan Yang Tiada Kesudahan Azab Perpecahan

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Perbalahan dikalangan umat Islam membawa kepada perpecahan. Itu secara umum tentang apa saja isu agama boleh membawa kepada perbalahan dan seterusnya perpecahan. Manusia yang berpegang teguh dengan agamanya tidak akan terpengaruh untuk berpecah walau apa situasi sekali pun. Dia akan tetap menyayangi saudara seagamanya seperti mana yang dianjurkan oleh Allah dan RasulNya.


Sejarah silam telah menyaksikan perbalahan kerana kuasa memerintah. Bermula dari pemerintahan khalifah Usman bin Affan,puak yang tidak menyenangi kepimpinan beliau senantiasa membuat onak dalam pemerintahannya.Apa sebabnya? Tentu sekali jawapannya ialah menginginkan tampoh pemerintahan.Keinginan kekuasaan inilah penyebab kepada kemunculan,penyebaran banyaknya fitnah,dakwa-dakwi,maki hamun membawa kepada ketidakstabilan keadaan didalam negara sahingga membawa kepada pembunuhan khalifah Usman r.a.


Dalam pemerintahan khalifah Ali bin Abi Thalib,keadaan telah begitu parah. Daripada 2 golongan kepada 3 golongan. Golongan yang menyokong khalifah Ali r.a. dipanggil Syiah,golongan yang tidak bersetuju dengan khalifah Ali mengenai perdamaian dengan golongan Muawiyah disebut Khawarij. Apakah golongan Syiah inikah yang sahingga sekarang masih lagi bermusuh-musuhan dan berbunuh-bunuhan sesama Islam kerana berlainan kefahaman? Jika jawabnya ya, bagaimana mereka boleh digelar sebagai golongan (asal) Syiah;sedangkan golongan inilah yang menyokong perdamaian antara khalifah Ali dan Muawiyah, pada realitinya mereka masih lagi bermusuhan,berdendam dan berbunuhan sesama Islam?


Kita semua dapat mengetahui pergaduhan yang melibatkan golongan yang mendakwa Syiah ini dengan golongan Sunnah berlaku hampir kesemua negara yang berjiran dengan Iran seperti di negara Iraq,Pakistan dan India. Di negara Islam lain kurang kedengaran walaupun golongan mereka ini ada disana. Apakah ini satu petanda bagi peluasan jajahan tahluk? Semasa Saddam Hussein memerintah,tidak timbul perbalahan antara golongan Syiah dan Sunnah walaupun golongan Sunnah adalah minoriti yang memerintah. Ketika beliau memerintah,golongan Kurdish adalah golongan yang menjadi onak dalam pemerintahan. Golongan Kurdish ini dicop sebagai golongan pemberontak sahinggakan ramai daripada mereka ini dibunuh oleh regim Saddam. Akhirnya, Saddam digantung atas alasan inijugak. Kematian Saddam membuka ruang kepada rakyat Iraq bergolongan Syiah ini mengambil kesempatan membunuh,memperkosa rakyatnya yang berfahaman Sunnah. Cuba lihat dan dengar pengakuan salah saorang daripada mereka didalam klip video ini.





Benarlah apa yang disebut oleh Allah SWT didalam Al Quran mengenai AZAB yang menimpa umat Islam dari atas dan dari bawah.Perbalahan,pergaduhan dan pembunuhan sesama umat Islam didalam negara jugak adalah azab yang menimpa mereka.


Masalah ini jugak yang merisaukan Baginda Rasulullah s.a.w. sahingga beliau menadah tangan MEMOHON DOA TETAPI DITOLAK OLEH ALLAH SWT.Hadis ini telah saya kemukakan dalam postings yang lepas.


Pembaca yang budiman,


Jika kita salah penghitungan dalam hidup ini,bencananya akan menimpa kita jugak. Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. mesti menjadi pegangan. Ketaatan kepada Allah SWT dan RasulNya adalah SYARAT KEPADA JALAN KEBENARAN. Kedua-duanya menjadi PEGANGAN BAGI ORANG YANG BERIMAN.PERKARA INI TIADA KERAGUAN KEPADA MEREKA. Al Baqarah ayat 1.


Manusia ini tidak takut kepada Allah SWT walaupun beberapa kali Allah SWT sebut tentang perpecahan ini. Disebabkan manusia itu telah diberi akal,diberi jugak panduan iaitu Al Quran dan Hadis,tetap jugak berdegil. Berkemungkinan,diatas sebab-sebab itu Allah SWT menolak pemohonan Nabi s.a.w.


Sebenarnya,didalam AlQuran ada menyebut bahawasanya orang-orang yang memecah-belahkan perpaduan umat Islam boleh tergolong kedalam golongan MUSYRIK dan SESAT. Tidak terlepas bagi orang-orang yang menjadi ahli kepada golongan pemecah-belah,menjadi penyokong dan jugak berpihak kepada mereka.Bacalah buktinya:




Didalam surah Ar-Rum ayat 31 dan 32,Allah berfirman:
Ayat 31,
"Hendaklah kamu kembali(taubat) kepadaNya dan takutlah kepadaNya dan dirikanlah sembahyang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang MUSYRIK.(mempersekutukan Allah)"




Ayat yang berikutnya,diterangkan siapakah orang-orang yang musyrik itu.




Ayat 32,
"Yaitu orang-orang yang berpecah-belah dalam agamanya serta bergolong-golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa-apa yang ada disisinya."




Didalam surah Al Mukminuun ayat 53 dan 54,Allah berfirman:
Ayat 53,
"Mereka berpecah-belah sesamanya tentang urusannya,menjadi beberapa golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa yang ada pada sisinya."




Ayat 54,
"Maka biarkanlah mereka dalam KESESATANNYA hingga seketika(matinya)."


Semoga kita senantiasa ingat akan nasib kita disana nanti.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment