Sunday, February 19, 2012

Cina DAP Signals Cina MCA dan Vice Versa! Mesti Baca!

Assalamu'alaikum.



1 day ag



Pembaca yang budiman,


Dimana lagi mereka ini( kedua-dua parti Cina) nak menyampaikan kepada semua kaum Cina perihal pendirian ketua masing-masing jika tidak pada program debat ini? Inilah suatu strategi mereka yang paling halus tetapi menepati sasaran penghantaran message kepada penonton dan pendengar bangsa Cina di seluruh negara.


Tajuk debat yang dipilih pun begitu bermakna sekali,"Is the Two-Party System Becoming a Two-Race System" kerana bangsa Melayu dan bangsa Cina adalah 2 bangsa terbesar di negara Malaysia ini, hanya cuma bangsa Melayu mempunyai kelebihan bilangan lebih sedikit daripada bangsa Cina. Secara sedarnya, mereka faham bahawa kedudukan bangsa Melayu ketika ini sangat lemah. Mereka mempunyai keyakinan bahawa bangsa Melayu telah berpecah kepada BEBERAPA FACTIONS terbesar iaitu UMNO,PAS,PKR,BEBAS(NGOs),KITA  dan saki baki bangsa Melayu yang berada didalam PPP,DAP mungkin GERAKAN,MCA dan MIC mempunyai keahlian bangsa Melayu jugak. Lain-lain bangsa tidak dihiraukan sangat kerana mereka akan mengikut dan menyokong siapa yang kuat.


Agaknya mereka telah berkeyakinan;mungkin hasil daripada kajian akhlak dan perangai, bahawa bangsa Melayu tidak akan bersatu walaupun disaat-saat kritikal. Buat kata perpatah,'Berpatah Arang Berkerat Rotan' untuk bersatu jauh sekali. Mungkin hasil penelitian kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin utama pembangkang dan jugak kegagalan pembicangan penyatuan UMNO-PAS sedikit masa dulu.


Petikan dari The Star,Sunday 19/2/2012


Dr.Chua Soi Lek berkata,"PAS will be the principal benefactor if Pakatan Rakyat comes to power" "If UMNO fell,the principal benefactor would be PAS and not DAP or PKR" " A vote for DAP is a vote for PAS and PKR" " to empower DAP is to strengthen PAS"


Penjelasan: Kita semua mengetahui bahawa PAS telah banyak menggadaikan prinsip perjuangannya untuk DAP dan bukan disebaliknya. Apa yang ditakuti oleh Dr.Chua adalah isyarat kepada Guan Eng bagaimana nak menyelesaikan masalah ini. Dr.Chua siap bagi contoh lagi.


Dr Chua membawa satu contoh peristiwa di negeri Perak bahawa walaupun DAP menang 18 kerusi negeri,PKR 7 dan PAS 6,"it was a PAS candidate who became the Mentri Besar"


Penjelasan: Kenapa Dr.Chua memberi contoh peristiwa di Perak bagi perkuatkan hujahnya yang mula-mula tadi? Jika diselidiki,makna 'Principal Benefactor' mempunyai pengertian Pemberi Manfaat bukannya Penerima Manfaat. Tetapi pada ayat Dr.Chua yang terawal mengatakan 'PAS will be the principal benefactor' secara umumnya pembaca akan memahami bahawa Penerima Manfaat Utama adalah PAS. Tetapi,makna yang sebenarnya seperti mana dihuraikan didalam Oxford Dictionary ialah Pemberi Manfaat Utama iaitu Yang DiPertuan Agong.


'Benefactor' itu noun dan masculine. Jika feminine 'Benefactress' - A person who gives support(esp. financial) to a person or cause.


Pembaca yang budiman,


Jawapan Guan Eng mengenai kebimbangan Dr. Chua, tersinarai didalam surat khabar the Star :-


"We do not agree the Prime Minister must always be a Malay because we want the people to decide"


Penjelasan: Apa maknanya, 'we want the people to decide' ? Apakah mereka akan melakukan referendum rakyat Malaysia yang berhak mengundi untuk menentukan perkara itu? Jika terjadilah perkara seperti itu,maka tidak hairanlah, cara yang sama jugak akan digunakan untuk membuang INSTITIUSI BERAJA.Jika tidak,masakan boleh seorang Cina menjadi Perdana Menteri kalau YDPA dan Majlis Raja-Raja tidak dibuang jugak. Bukankah puak-puak ini yang menginginkan negara REPUBLIK?


Baca lagi apa komen Lim Guan Eng seterusnya, yang mempunyai niat terselindung disebalik kenyataan yang dibuatnya:


"DAP wants a 2-party system where if BN is not performing,it should step down and let us become the government. And if Pakatan cannot deliver,we step down five years later."


Penjelasan: Wa...wa....wa...!!!.Inilah peluang untuk mengadakan REFERENDUM apabila mereka berjaya memerintah PUSAT SEKALI SAJA,SUDAH CUKUP. Dilihat segala syornya nampak baik tetapi kalau dah KETURUNAN KOMINIS TU,apa yang baik daripada mereka adalah bencana bagi RAKYAT YANG BERAGAMA ISLAM.


Suatu ketika dulu,usaha untuk menghapuskan institiusi BERAJA telah dijalankan dinegara ini. Rakyat Malaysia terutama sekali umat Islam dimomok-momokkan dengan keburukan institiusi BERAJA dengan memainkan sentimen,' Sultans are good for nothing '  'Hidup makan hasil rakyat' 'Kerajaan membelanjakan banyak wang untuk mereka' ' Terlampau banyak Sultans duit banyak habis'......dan banyak lagi sentimen yang dimainkan oleh puak-puak ini supaya rakyat membenci para Sultans.


Rakyat mana agaknya yang disuruh benci kepada Sultan? Dah tentu jawapannya rakyat berbangsa Melayu. Rakyat berbangsa Cina tak usah disebutlah,sendiri-sendiri fahamlah.Jadi,jika semua rancangan telah di SETkan,maka jarum-jarum kebencian akan mula ditusuk-tusuk ke tubuh bangsa Melayu agar BANGSA MELAYU SENDIRI YANG MENOLAK INSTITIUSI BERAJA.


Oleh yang demikian,bangsa Melayu beragama Islam MESTI SEDAR DAN PEKA akan rancangan licik ini. Itu sebabnya, Dr Hasan Ali beriya-iya menjayakan 3 perkara yang mesti dipertahankan oleh umat Islam berbangsa Melayu iaitu AGAMA,BANGSA MELAYU DAN INSTITIUSI BERAJA.


Bersatulah wahai BANGSA KU! Jangan sesekali memberi UNDI kepada PAS dan PKR kerana mereka sedang MABUK UNTUK MENJADI PEMIMPIN bagi berkuasa walaupun AGAMA BANGSA DAN RAJANYA TERGADAI.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment