Assalamu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Semua sedia maklum bahawa kenyataan Anwar Ibrahim kepada The Wall Street Journal tentang sokongannya terhadap semua tindakan terhadap PENDUDUK PALESTINE bagi menjaga KESELAMATAN BANGSA YAHUDI ZIONIS itu untuk terus bertapak dan melakukan keganasan di BUMI PALESTINE.
Perbuatan si Anwar Ibrahim itu selari dengan tindakan PBB yang dikuasa oleh Amerika dan sekutu-sekutunya. Kemana nak diletakkan muka bagi orang-orang yang menjadi ahli dan penyokong PKR terhadap pemimpinnya yang berpendirian seperti itu?
Lebih buruk lagi bagi orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang Islam,diam menikus tidak membuat kenyataan sebagai tanda protes terhadap pemimpin sekutu mereka. Hal seperti ini;bagi orang-orang yang dapat melihat kepincangan golongan ini, tentu sekali dapat membuat kesimpulan bahawa BENARLAH GOLONGAN PAS ini berselindung disebalik KUPIAH,SERBAN DAN JUBAH bagi memperjuangkan PERIUK NASI,PANGKAT DAN KESENANGAN DUNIA SEMATA.
Dahulu,umat Islam terkeliru dengan hal luaran dan penampilan mereka tetapi sekarang terbukti sebaliknya. Seperti firman Allah bahawa apabila datang yang HAK maka akan lenyaplah yang BATHIL!
MENYOKONG ATAU BERDIAM DIRI TERHADAP KENYATAAN SI ANWAR INI MEMBERI IMPLIKASI HUKUM. INILAH YANG DIKATAKAN OLEH NABI PUAK YANG MENYOKONG ASABIYAH.
Jika dahulunya mereka ini MENUDUH UMNO sebagai ASABIYAH tetapi sekarang ini ASABIYAH TELAH BERBALIK KEPADA MEREKA. Bacalah hadis yang dibawah perihal kaum yang sebegini.
Hadis riwayat Abu Daud:
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada 'ASABIYYAH, dan bukan dari golongan kami orang yang berperang(berjuang) di atas dasar 'ASABIYYAH;dan bukan dari golongan kami orang yang mati di atas 'ASABIYYAH."
Sunan Abi Daud Bayrut;Dar al-Kitab al-Ilmiyyah. Hlm 451 hadis No. 5119 Riwayat Ahmad dan Ibn Majah:
Sabda Rasulullah apabila ditanya oleh seorang lelaki: Wahai Rasulullah,adakah daripada 'ASABIYYAH jika seseorang itu KASIH akan KAUMNYA? Sabda Baginda:" TIDAK,tetapi 'ASABIYYAH itu adalah seseorang yang MENOLONG KAUMNYA di atas KEZALIMAN."
Wassalam.
No comments:
Post a Comment