Friday, January 20, 2012

PAS Adalah Golongan Peneroka(Pioneer) Perpecahan Umat Islam Di Malaysia

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Allah SWT berfirman,'Berpeganglah kamu sekalian kepada tali(agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah' memberi pengertian bahawa orang-orang yang menganut ajaran Islam hendaklah berpegang teguh terhadap ajaran serta kepercayaan agamanya.Oleh sebab manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa maka penganut agama itu disebut sebagai BANGSA MUSLIM. Jadi,bolehlah kita rumuskan bahawa MUSLIM itu adalah BANGSA;dalam istilah agama, yang menganut ajaran dan kepercayaan agama ISLAM.


'Berpegang kepada tali(agama) Allah' bermaksud mempercayai(beriman) dan mengamalkan segala ajarannya. Arahan ini bertujuan agar manusia itu senantiasa berada dalam agama Allah yang diredhai(Islam). Oleh itu,manusia yang berada di luar anutan agama Islam disebut sebagai KAFIR.


Baca pesanan Allah SWT dalam surah Al Imran ayat 102:


Hai orang-orang yang beriman,takutlah kamu kepada Allah sebenar-benarnya takut dan JANGANLAH KAMU MATI,MELAINKAN KAMU ORANG MUSLIM.


' Janganlah kamu mati,melainkan kamu orang muslim ' bermaksud jangan mati selain daripada menjadi penganut ajaran Islam. Senang berbicara ialah JANGAN MATI SEBAGAI SEORANG YANG MENGANUT AJARAN KAFIR.


Pembaca yang budiman,


Menjadi seorang muslim mempunyai statusnya atau umumnya BANGSA MUSLIM itu mempunyai STATUS. Apa sebabnya sedemikian? Status ini yang menentukan sama ada sesaorang itu mendapat nikmat Syurga ATAU nikmat Syurga setelah diazab di Neraka ATAU kekal di dalam Neraka;tak keluar-keluar.


Oleh itu,umumnya setiap MUSLIM itu mempunyai STATUSnya tersendiri dan status ini berpaksi kepada AMALAN DALAM KETAATANNYA KEPADA ALLAH DAN RASUL DAN KEPERCAYAANNYA TERHADAP AGAMA yang dianutinya bersabit dengan IMAN DAN ISLAM.


Status yang dimaksud itu adalah MUKMININ,MUNAFIKIN,FASIKIN dan MUSYRIKIN. Di lain masa,akan diterangkan kepada pembaca sekelian, perihal nasib seorang muslim; yang membawa pelbagai status, di hari Kiamat seperti yang diberitakan oleh hadis nabi s.a.w.


Sebenarnya,didalam AlQuran ada menyebut bahawasanya orang-orang yang memecah-belahkan perpaduan umat Islam boleh tergolong kedalam golongan MUSYRIK dan SESAT. Tidak terlepas bagi orang-orang yang menjadi ahli kepada golongan pemecah-belah,menjadi penyokong dan jugak berpihak kepada mereka.Bacalah buktinya:


Didalam surah Ar-Rum ayat 31 dan 32,Allah berfirman:
Ayat 31,
"Hendaklah kamu kembali(taubat) kepadaNya dan takutlah kepadaNya dan dirikanlah sembahyang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang MUSYRIK.(mempersekutukan Allah)"


Ayat yang berikutnya,diterangkan siapakah orang-orang yang musyrik itu.


Ayat 32,
"Yaitu orang-orang yang berpecah-belah dalam agamanya serta bergolong-golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa-apa yang ada disisinya."


Didalam surah Al Mukminuun ayat 53 dan 54,Allah berfirman:
Ayat 53,
"Mereka berpecah-belah sesamanya tentang urusannya,menjadi beberapa golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa yang ada pada sisinya."


Ayat 54,
"Maka biarkanlah mereka dalam KESESATANNYA hingga seketika(matinya)."


Kita semua tahu bahawa orang-orang MUSYRIK(mempersekutukan Allah) tidak akan dapat masuk ke Syurga. Dan kita semua tahu bahawa selain dosa SYIRIK,dosa-dosa selain itu berkemungkinan diampunkan oleh Allah,insyaAllah.Walau bagaimanapun, KUNCI kepada PENGAMPUNAN ALLAH SWT ialah TAUBAT NASUHA. Apa jua JENIS DOSA DAPAT DIAMPUNKAN OLEH ALLAH HATTA DOSA SYIRIK. Mari lihat buktinya:


Az Zumar ayat 17: "Orang-orang yang MENJAUHI menyembah Syetan(Berhala) dan KEMBALI kepada Allah,untuk mereka itu KABAR GEMBIRA.Maka berilah kabar gembira kepada HAMBA-HAMBAKU",


Lihatlah,betapa gembiranya Allah SWT terhadap orang-orang yang BERTAUBAT sahinggakan disebut BERITA GEMBIRA buat mereka itu serta disebut jugak dengan panggilan HAMBA-HAMBAKU.

Mengapa begitu sekali reaksi Allah terhadap mereka ini? Hal ini,ada bersangkutan dengan SIKAP TA'SUB,JUMUD yang menghalang sesaorang itu daripada berlapang dada untuk menerima perkataan(nasihat) agar dapat membuat pilihan,mengikuti mana yang sebaik-baiknya. Mari lihat buktinya:


Az Zumar ayat 18: "Yang mendengarkan perkataan,lalu mereka turut mana yang sebaik-baiknya. Mereka itulah orang-orang yang ditunjuki Allah dan mereka itulah orang yang berakal."


Kontra kepada SIFAT BERLAPANG DADA ATAU SUKA MENDENGAR adalah TA'SUB. Sifat TA'SUB ini ialah tidak mahu menerima pandangan orang lain. Ditolaknya walaupun perkara yang HAK/BENAR. Jadilah mereka ini orang-orang yang SOMBONG/BONGKAK/TAKBUR seperti mana yang ada tersebut didalam Al Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Mari lihat buktinya:


Surah Al A'raaf ayat 36: " Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri,mereka itulah penghuni NERAKA,sedang mereka itu KEKAL DIDALAMNYA.


Hadis Muslim:


Dari Abdullah bin Mas'ud,katanya: "Bersabda Rasulullah s.a.w.:Tidak akan masuk Syurga barangsiapa yang ada didalam hatinya setimbang zarrah(atom) dari sifat TAKBUR(SOMBONG)". Berkata seorang laki-laki:' Sesungguhnyalah semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.' Berkata Rasulullah s.a.w.: " Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan; TAKBUR itu ialah MENOLAK KEBENARAN DAN TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN.


Jika dibaca hadis yang tersebut dibawah,nyatalah bahawa pemecah-belah umat Islam adalah perbuatan orang-orang yang memutuskan TALI PERSAHABATAN dikalangan umat Islam. Seperti mana yang tersebut dalam ayat Ar Rum ayat 31 ianya sepadan dengan apa yang disebut didalam hadis Nabi s.a.w. dibawah.


Musyrik itu menyengutukan Allah dan implikasinya ialah TINGGAL DIDALAM NERAKA BUAT SELAMA-LAMANYA. Hadis menerangkan,' TIDAK AKAN MASUK SYURGA' ertinya ' TINGGAL DALAM NERAKA TAK KELUAR-KELUAR,KEKAL.


Hadis riwayat Muslim:


Dari Jubair bin Muth'im r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tidak akan masuk SYURGA orang yang memutuskan TALI PERSAHABATAN.


Benarlah apa yang disebut didalam Al Quran dan Hadis Nabi s.a.w. bahawa orang-orang yang memecah-belahkan kesatuan umat Islam adalah suatu perbuatan daripada perbuatan orang-orang Musyrik dan musyrik ini adalah perbuatan yang menyengutui Allah. Implikasi perbuatan itu ialah tidak masuk Syurga.


Sifat memecah-belahkan umat Islam ini sepadan dengan sifat takbur/sombong iaitu menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain. Tambahan pula, perbuatan mendustakan ayat-ayat Allah bagi memperkemas hujah-hujah bagi pihak seterunya bertujuan agar umat Islam berada pada tahap kekal berpecah. Bilamana umat Islam kekal berpecah peluang untuk mendapatkan pemerintahan negara dilihat begitu cerah. Dari masa ke masa perpecahan umat Islam semakin menjadi kronik. Ini kerana,sekelian lama golongan musyrik telah mempropagasikan perbuatan itu sahingga perpecahan dianggap satu perkara biasa. Golongan PASlah PUNCANYA sahinggakan orang-orang Islam berjaya menempatkan diri mereka kedalam  golongan DAP(Kafir Harbi).


Hindarilah golongan PAS ini yang telah banyak membawa malapetaka kepada umat Islam di Malaysia ini.


Wassalam.

1 comment:

  1. Nabi Muhammad tidak mengaku umatku yg memperjuangkan assabiyyah semangat kebangsaan. Sbb tu PAS berpecah dari UMNO sbb UMNO memperjuangkan melayu sedangkan rasullullah tidak memperjuangkan bangsa arab tetapi Islam. Wahai org beriman, hendaklah kamu masuk Islam sepenuhnya, jgn kamu ikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya, syaitan itu musuh yg nyata. Jadi, org Islam tidak boleh ambil islam sebahagian dan tolak sebahangian. Kenapa MCA dan MIC menjadi kwn BN sbb mereka ini kafir harbi yg jelas menetang hudud. Sama jgk DAP.

    ReplyDelete