Sunday, January 8, 2012

Siapakah Yang Benar? Hakim Atau Para Pakar DNA!

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Walau pun hati ini tidak bersetuju dengan keputusan hakim bicara kes liwat itu namun, hal sedemikian wajib diakur. Ini kerana,hakim bicara adalah hakim yang dilantik dan makamah mempunyai kepercayaan terhadap pegawainya.

Agama jugak ada mensyariatkan seperti mana ada tersebut didalam hadis Nabi s.a.w. bahawa hakim bicara mendapat PAHALA di atas keputusan yang dijatuhkan kepada yang terdakwa. Salah atau benar pasti ia mendapat PAHALA. Jika benar keputusannya maka hakim akan mendapat 2 PAHALA.

Walaubagaimana pun DPP telah membuat rayuan ke atas untuk menyemak keputusan yang dibuat oleh hakim bicara. Sama-samalah kita nantikan kesudahan kes ini.

Ingin saya membuat sedikit komen tentang DNA yang dikatakan oleh hakim tidak ketentuan 100%. Dalam perbicaraan kes,ada 2 bahagian mengenai DNA ini iaitu pertama,DNA tertuduh yang berada didalam dubur Saiful,menjadi asas pertuduhan. Dan kedua, DNA sample tertuduh yang didapati semasa tertuduh ditahan di lokap bagi tujuan soalsiasat iaitu DNA terdapat diberus gigi dan seterusnya.

Pada mulanya, hakim bicara menolak untuk menerima sample DNA tersebut sebagai pemadanan kepada sample DNA iaitu asas bagi pertuduhan tetapi setelah permasalahan itu dirayu oleh DPP untuk dibicarakan dalam perbicaraan,maka hal itu diterima oleh hakim. Oleh itu,pemadanan boleh dibuat. Jika tidak,maka tidak ada lagi sumber pembuktian yang kukuh secara saintifik bagi kes liwat oleh sebab tertuduh tidak membenarkan sample DNAnya diambil daripadanya. Dia tidak bekerjasama bagi menyelesaikan permasalahan yang ditimbulkan oleh dia sendiri.

Saya pun tidak faham mengapa makamah tidak menggunakan kuasanya untuk meminta sample DNA daripada TERTUDUH! Ini kerana MANGSA mengenali PERLAKUNYA. Bukti kes(air mani/DNA) telah ditinggalkan,hanya pembuktian DNA daripada tertuduh menjadi penyelesaian utama selain dari pembuktian sampingan yang jugak penting dalam sesuatu pembuktian.

Pernah terjadi di negara Amerika dimana kejadian rogol kerap berlaku di suatu daerah yang mana MANGSA tidak dapat mengenali si PERLAKU. Dan pihak polis tidak boleh menangkap secara serkap jarang bagi mencari penjenayah tersebut untuk mengambil sample DNA untuk tujuan pembuktian pemadanan. Ini kerana,ditakuti pihak polis menyalahi atau menzalimi sesaorang.Berbeza dengan kes Saiful ini yang mana si MANGSA mengenali si PELAKUNYA.

Okey,bagi kes Saiful,sample DNA bahagian kedua telah diterima makamah dan pemadanan telah pun dibuat ternyata hal pemadanan DNA sahih bersumber daripada TERTUDUH.

Jika, ketidaktentuan DNA berpaksi daripada DNA asas pertuduhan maka sebenarnya, dari awal lagi kes ini tidak dibawa oleh pihak PENDAKWA. Perlu diingat bahawa yang menjadi asas pertuduhan ialah kehadiran sample DNA yang ada didalam RECTUM SAIFUL. Pengendalian sample DNA itu jugak dibuat oleh PENJAWAT AWAM sama seperti HAKIM BICARA. Dan mereka ini PAKAR atau ARIF dalam bidang mereka.

Jika sample DNA kepada asas pertuduhan bukan daripada AIR MANI; katakanlah DNA daripada jenis bulu,DNA daripada gisiran kulit dan lain-lain,maka ketidaktentuan memang ketara.

Bukan senang untuk mendapat bahan bukti sebagai asas pertuduhan bersumber AIR MANI kerana hal sedemikian hendaklah terdahulu dirangsang ORGANNYA. Selain daripada itu,hanya mimpi saja yang boleh diperolehi tanpa rangsangan secara fisikal.

Pembaca yang budiman,

DNA bahagian kedua sepadan dengan DNA asal pertuduhan seperti yang dinyatakan oleh pakar DNA penjawat awam,agar sukar sebenar untuk menafikan pembuktian cara sebegini. Struktur DNA ini bukanlah suatu yang simple pembentukannya.Jika dibuktikan SEPADAN maka pembuktian itu menyamai pencapaian tahap 100%.

Jika KERAGUAN KES berpaksi kepada teknikal penyebab daripada ketidaktentuan 100% perihal DNA seperti,cara mengambilnya,jangkamasa baik bagi sample,kehadiran faktor perosak kepada sample dan sebagainya menjadi penyebab MAKA bagaimana pulak HALNYA BAGI KEDUA-DUA PAKAR DNA BERJAYA MELAKUKAN PEMADANAN.



SIAPAKAH YANG BENAR? HAKIM ATAU PARA PAKAR DNA!


Wassalam.

1 comment:

  1. nakkan 100%...MEMANG GILA!!!!!!
    ujian pemadanan cop jari tidak ada yg capai 100%. namun demikian, ia diterima sebagai bukti kukuh!
    jk cop jari boleh diterima sbgai bukti kukuh, inikan pula bukti DNA yg lebih saintifik....
    pendakwa memang patut dan wajar buat rayuan. jgn dengar cakap majlis peguam yg jelas dipengaruhi oleh elemen politik dan perkakas pembangkang!

    ReplyDelete