Assalamu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Sukacita ingin saya memberi sedikit komentar mengenai imam mahadi Malaysia yang dikatakan akan membebaskan Al Aqsa. Perkara ni telah diwar-warkan oleh pengikut setianya bernama Badrul Amin yang sepatutnya dia; mengikut kehendak hadis nabi, menjadi Pemuda Bani Tamim. Pemuda inilah yang akan membawa panji-panji Imam Mahadi menjadi introducer kepada masyarakat Islam yang sedang banyak confused.
Suatu ketika dahulu CEO Arqam, Asyaari Muhammad (arwah) adalah insan yang banyak menyebut tentang Imam Mahadi sahingga hal itu menjadi kontroversi dikalangan umat Islam negara ini. Dia diangkat oleh pengikutnya sebagai Pemuda Bani Tamim yang akan membawa panji-panji imam mahadi. Apa yang istimewa imam mahadi dakwaannya (sepatutnya meninggal dunia) telah GHAIB. Ia dikatakan oleh pengikutnya semasa hidupnya sebagai manusia yang mempunyai keramat; berada pada 2 tempat dalam 1 masa. Kesudahannya, Imam Mahadi tajaan Asyaari Muhammad yang dijanjikan akan muncul sekian-sekian haribulan,tidak muncul-muncul sahinggalah akhir hayat Pemuda Bani Tamim itu.
Masalah Imam Mahadi ini bukan baru,ianya disebut-sebut akan muncul oleh setiap pengikut fanatik daripada kelompok atau jemaah tertentu di seluruh dunia. imam mahadi dakwaan mereka semuanya GHAIB kecuali ada satu kelompok yang mengatakan imam mahadinya telah wujud tetapi masih kanak-kanak lagi.
Berbalik kepada dakwaan Badrul Amin bahawa imam mahadinya yang dikatakan akan membebaskan Al Aqsa jugak ada keistimewaannya. imam mahadi dakwaannya jugak telah terbukti mempunyai KERAMAT berada pada 2 TEMPAT DALAM 1 MASA. Majoriti rakyat Malaysia maklum akan peristiwa KEKERAMATANnya. Terbukti, imam mahadi sedang bermain twitter di satu tempat,pada masa yang sama di tempat lain,ia sedang menolak-narik KERIS lamanya kedalam sarung baru buatan Cina.
Pembaca yang budiman,
Jika dibaca dalam blog MIM postingsnya bertajuk Anwar Ibrahim akan bersumpah pada 8 jan 2012 menarik perhatian saya. Sumber asal berita itu daripada blog lain menerangkan secara detail program-program menjelajah ke seluruh negara yang akan berjalan sebelum upacara bersumpah itu.
Kenyataan Badrul Amin ini sangat pelik. Dia tentu sekali mengetahui daripada banyak hadis Nabi s.a.w. tentang Imam Mahadi iaitu salah satu fakta Imam Mahadi ialah namanya sama seperti nama Rasulullah s.a.w. iaitu Muhammad bin Abdullah. Pada nama sahaja sudah K.O. mentelah lagi fakta-fakta yang lain. Oleh itu,saya mengandaikan bahawa ada satu message penting buat umat Islam di negara ini; oleh sebab Badrul Amin ini rapat dengan pemimpin atasan PKR, imam mahadi tajaannya akan GHAIB pada 9 Jan 2012.
Program-program yang sengaja diada-adakan oleh pengikutnya hanyalah untuk mengelirukan SB-SB yang mengikutinya agar senang imam mahadi Malaysia tajaan Badrul Amin,GHAIB. Kemudian daripada itu,akan timbullah perkara-perkara seperti imam mahadi(Anwar Ibrahim) GHAIB kerana membuat persiapan diri untuk membebaskan Al Aqsa dan jugak membuat persiapan mengambil alih tampok pimpinan negara bagi menegakkan KERAJAAN BERKEBAJIKAN yang berpusat di PUTRA JAYA.
Persoalannya,bilakah masanya imam mahadi(Anwar Ibrahim) ini akan muncul kembali didunia ini? Jawapan yang paling tepat bagi persoalan itu ialah JIKA MENANG PILIHANRAYA KE 13. Kalau kalah,imam mahadi akan terus GHAIB dan hanya dapat dihubungi oleh orang-orang yang terdekat dengannya sahaja.
Bagaimana pulak dengan keputusan kes liwat imam mahadi itu? Sudah tentulah keputusannya tidak boleh disampaikan kerana OKT (orang kena tuduh) tidak hadir dan proceedings makamah akan ditangguhkan. Tangguh!........dan tangguh!.......dan tangguh lagiiii!..........dan tangguh lagiiiii!....................................Sampai bila? Sama-samalah kita ikuti sambungannya jika dipanjangkan umur oleh Allah SWT.
Hayat yang masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT sekarang ini, belum lagi dapat mendengar SAMBUNGAN BERITA TENTANG RAJA PETRA DAN JUGAK BALASUNDRAM.KES MASIH LAGI TERGANTUNG DI MAKAMAH.
BERAPA SANGAT JAMINAN ANWAR IBRAHIM KEPADA MAKAMAH JIKA HENDAK DIBANDINGKAN DENGAN PEMBEBASAN AL AQSA DAN MENJADI KHALIFAH DI PUTRA JAYA?
AKAN SAMPAI MASANYA IMAM MAHADI GHAIB DAN MUNCUL KEMBALI PADA HARI PEMBEBASAN.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment