Wednesday, December 21, 2011

Bukti: Nik Aziz Bukan Seorang Yang 'Alim Jauh Sekali Seorang Wali

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Seorang yang 'alim boleh dikatakan pandai dalam sesuatu ilmu sama ada ilmu akhirat atau ilmu dunia. Ilmu akhirat kebiasaannya merujuk kepada kemahiran dalam agama.


Berbanding dengan soleh,sesaorang yang soleh itu boleh dianggap sebagai seorang yang 'alim tetapi sesaorang yang 'alim itu belum boleh lagi dianggap sebagai seorang yang soleh.


Buktinya,didalam Al Qur'an Allah SWT ada menyebut tentang orang 'alim iaitu 'Bertanyakanlah kepada orang 'alim mengenai perkara yang kamu tidak tahu.' Jangan lupa! Orang-orang 'alim tidak disebut sebagai orang-orang yang mendapat nikmat dan rahmat seperti yang disebut di dalam tafsiran surah Al Fatihah iaitu golongan Nabiyyin,Siddiqqin,Syuhada' dan Solehin. Hal ini disebabkan golongan 'alim ini terbahagi kepada 2 iaitu ulamak('alim) benar dan ulamak('alim) jahat. Didalam Al Qur'an jugak ada menyebut tentang ulamak yang sebenarnya iaitu Allah SWT menyebut bahawa hanya yang takut kepada Allah ialah golongan ulamak. Manusia yang tidak takut kepada Allah itu bukanlah ulamak walaupun dia seorang ilmuan agama.


Petikan daripada kitab Imam Habib Abdullah Haddad:


Berkata Umar r.a. "Perkara yang amat aku khawatirkan kepada kamu adalah seorang munafik yang bijak berbicara."
Tafsiran Imam Habib ini terhadap kata-kata Umar r.a.,"Munafik durjana yang ditakuti oleh Umar ialah orang yang gemar memutarbalitkan makna Al Qur'an dan maksud hadis Nabi s.a.w. Sebab,hal ini bisa menimbulkan bala' dan fitnah terhadap kaum muslimin."


Nabi s.a.w. bersabda:" Aku bimbang atas kamu orang-orang yang lebih dahsyat dari Dajjal. Ditanyakan kepada beliau,'Siapakah mereka itu?' Beliau menjawab,'Ulamak Su' ' (ulamak yang memutarbalikkan dan menyelewengkan tujuan-tujuan agama yang benar.)




Manakala wali pula adalah suatu martabat manusia disisi Allah SWT. Seorang yang soleh boleh mencapai martabat seorang wali tetapi tidak pada seorang yang 'alim.


Kita semua tahu bahawa orang 'alim terbahagi kepada 2 iaitu ulamak baik/benar dan ulamak jahat. Justeru itu,apa yang disebut didalam hadis bahawa ulamak itu pewaris Nabi memberi erti bahawa mereka ini mewarisi ilmu tentang agama. Mereka ini dikatakan pewaris kepandaian ilmu agama seperti Nabi apabila mereka berada pada jalan yang benar. Kerana apa? Jika pembawaan mereka tidak benar maka mereka tergolong kedalam ulamak jahat.Jadi,bukan semua ulamak itu pewaris Nabi.


Ingat!.. Ulamak pewaris Nabi itu bukanlah mereka yang mewarisi MARTABAT tetapi mewarisi kepandaian ilmu agama. Oleh sebab itu,jika kepandaian ilmu agama itu diselewengkan maka bukanlah mereka termasuk kedalam tafsiran itu.


Mari kita dengar kata-kata yang keluar daripada mulut seorang yang dikatakan ulamak itu! Tempukan pada masa 1:36 - 2:05


Kata-kata Nik Aziz bukanlah sesuatu yang bisa atau keramat. Oleh itu,dia bukanlah seorang yang keramat seperti yang didakwa oleh pengikut ta'subnya. Saya ambil satu contoh yang berlaku iaitu pemimpin Iran Ayatollah Khomeni pernah berkata bahawa Komunis akan hancur dan Rusia akan hancur. Tidak lama kemudian negara Rusia berpecah. Sesetengah manusia mengatakan bahawa Khomeni ini keramat tetapi tidak pada saya kerana hal sedemikian berlaku secara tidak sengaja.


Apa yang didakwa oleh Nik Aziz kini berlaku sebaliknya.Umat Islam khususnya serta rakyat Malaysia umumnya menyokong program 1 MALAYSIA. Mentelah lagi terhadap orang-orang UMNO.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment