Assalam'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Mari kita semua dengar petikan video daripada mulut seorang yang dikatakan ulamak oleh para pengikut dan penyokong ta'subnya. Dia jugak dikatakan mempunyai keramat.
Pertama sekali saya nak komen tentang si Nik Aziz ini yang mengatakan bahawa pada ayat Qur'an ini tiada satu pun yang tidak terlibat dengan politik. Kenyataan sebegini adalah tersasar daripada kebenaran.
Kita sedia maklum bahawa Islam itu adalah cara hidup mengikut syariat agama(addin) dan perkara itu merangkumi semua bermula daripada akidah,syariat(fekah),munakahat(nikah,cerai,rujuk),muamalat(berjual beli/perdagangan) dan jinayat (hukum terhadap manusia).
Hanya jinayat sahaja bersangkutan dengan politik yang mana bagi menjalankan pengadilan dan hukuman,ianya memerlukan pemerintah. Pemerintahan inilah yang dinamakan politik(seni pentakbiran wilayah/negeri/negara)
Selain itu,ayat Qur'an ada jugak menyebut tentang akhlak,sosial,seksual dan adab serta nasihat. Oleh itu,Nik Aziz telah sekali lagi mempamirkan sebagai seorang yang bukan ulamak, jauh sekali mempunyai mertabat wali.
Segala yang disebut didalam Al Quran adalah kalamullah dengan kebenaran lagi adil. Ini disabitkan oleh Allah SWT sendiri dalam firmanNya: "Telah tamatlah kalimat Tuhanmu dengan kebenaran dan ke'adilan. Tiadalah yang mengubah kalimatNya;dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al An'aam 8:115)
Allah SWT perjelaskan bagi orang-orang yang berakhlak sebegini dalam turutan ayat pada surah yang sama 8:116 iaitu "Jika engkau turut kebanyakan orang yang dibumi,niscaya mereka itu menyesatkan engkau dari jalan Allah,mereka tiadalah mengikut,selain dugaan saja dan mereka tidak lain,hanya mengira-mengira saja."
Allah SWT merumuskan 8:117," Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang yang sesat daripada jalanNya dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."
Bagi si ustaz Azhar pula,ayat-ayat hukum yang disebut olehnya, sememangnya bersangkutan dengan politik. Seperti mana yang saya katakan di atas tadi hukuman terhadap persalah manusia tidak dapat dilaksanakan jika tiada pemerintahan iaitu politik.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment