Sunday, February 24, 2013

Kelompok Yang Disebut Didalam Hadis: Bukan Saje Nabi Bahkan Allah Pun Dia Jual

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Klip video YB Zul ini memaparkan dia sedang berceramah tujuan berda'wah atau kata lainnya, dia sedang menyeru manusia kepada KEBENARAN. YB Zul bukanlah dikalangan 'penyeru' yang disebut didalam hadis Nabi s.a.w. Ini kerana; seperti mana yang kita tahu dan dengar kebanyakan daripada ceramahnya, tidaklah dia (YB) mengungkapkan ayat-ayat Al Qur'an dan Al Hadis didalam bahasa Arab secara lisan. Ayat Al Qur'an yang senang-senang dan utama,kebiasaannya semua penceramah boleh lakukan termasuklah YB Zul.

Tetapi,kelompok PAS ini; berserban,berjubah,berjanggut dan apabila berceramah kerap sekali menggunakan ayat-ayat Al Qur'an dan Hadis. Tepat sekali seperti yang diberitakan didalam hadis Nabi s.a.w.. JANGAN LUPA BACA HADIS TERSEBUT DIBAWAH,bertulisan BIRU.




Pada kesempatan ini saya paparkan clip video,ceramah seorang pemimpin politik yang mempunyai ciri-ciri saperti yang disebut didalam hadis saperti dibawah.

1. Apakah kelompok mereka ini PENYERU/ JURU DAKWAH di ambang macam-macam pintu Jahanam?
2. Apakah kelompok mereka ini daripada BANGSA KAMI; sekulit dengan kami yakni sama-sama Islam?
3. Apakah kelompok mereka ini berbicara dengan LIDAH KAMI;sama-sama menyuarakan Al Qur'an dan Al Hadis?

Di beratkan lagi kelompok mereka ini berselimutkan jubah dan serban serta berkosmatikkan janggut untuk menzahirkan image para perjuang Islam yang katanya, bagi menegakkan NEGARA ISLAM. Jika dulu; dengan image mereka yang saperti itu,ramai dikalangan umat Islam tidak dapat menjangkakan kebathilan mereka. Tetapi sekarang,apakah umat Islam tidak jugak dapat melihat kebathilan mereka?


Telah sekian lama mereka menyeru umat Islam dengan menggunakan ayat-ayat Al Qur'an serta banyak daripada hadis Nabi disogokkan kepada umat Islam demi mendapatkan sokongan UNDI bagi menegakkan NEGARA ISLAM. Rupa-rupanya, perjuangan mereka telah bertukar kepada PERJUANGAN MENEGAKKAN NEGARA BERKEBAJIKAN. Kata mereka bahawa perjuangan menegakkan Negara Islam tidak terdapat di dalam Al Qur'an.


Kerosakan terhadap umat Islam telah berlaku dengan teruknya. Umat Islam bertelegah sesama sendiri. Persaudaraan Islam dicemari. Umat Islam dipandang hina oleh sebab pertelengkahan menjadi topik bualan setiap hari.Agama Islam diperlihatkan sebagai sumber perpecahan serta alat untuk mengklasifikasi  kelompok mana yang lebih Islam dan yang tidak.




Sila baca hadis ini yang diriwayatkan oleh Bukhary dan Muslim.

" Ya Rasulullah,sesungguhnya kami dahulu adalah di dalam jahiliyah dan di dalam masa yang buruk(kemulut,kacau balau) kemudian Allah mendatangkan pada kami kebaikan(berupa Islam yang kini kami amalkan dengan hati tenteram). Apakah sesudah kebaikan ini akan berulang pula keburukan(kejahatan)?"


Beliau bersabda,"Ya"


Kembali kami bertanya,"Dan apakah sesudah keburukan itu akan datang pula kebaikan?"


Beliau menjawab,"Ya,akan datang pula kebaikan,tetapi di dalamnya terdapat 'dakhanun',atau kekeruhan."


Kami bertanya lagi,"Apakah kekeruhannya itu(dakhanun)?"


Beliau menjawab,"Yakni orang-orang yang memberi petunjuk bukan dengan petunjukku, mengikut petunjuk yang selain dari petunjukku,engkau ketahui dari mereka itu, dan engkau ingkari."


Kami bertanya lagi,"Apakah sesudah kebaikan itu ada keburukan(kejahatan)?"


Beliau bersabda,"Ya,penyeru(juru da'wah) di ambang macam-macam pintu Jahanam. Dan barangsiapa yang menjawab(mengikuti)seruan mereka itu,pasti akan dicampakkan ke dalam Neraka."


Kami bertanya,"Ya Rasulullah,tunjukkan sifat-sifat mereka itu kepada kami."


Beliau bersabda,"Mereka itu(pada zahirnya) dari bangsa kami(sekulit dengan kami,yakni sama-sama Islam),dan mereka berbicara dengan lidah kami (sama-sama menyuarakan AlQuran dan Al Hadis)."


Kami berkata,"Maka apa yang engkau perintahkan kepada kami jika kami menjumpai hal yang demikian itu?"


Beliau menjawab,"Hendaklah kamu tetap pada Jama'ah kaum Muslimin dan Imam mereka."


Kami berkaa,"Maka jika tidak ada bagi mereka itu Jama'ah dan Imam?"


Beliau bersabda,"Hendaklah kamu keluar menjauhi golongan-golongan itu,sekalipun kamu sampai menggigit(makan) akan akar-akar pepohonan,sehingga maut menjemputmu,engkau dalam keadaan semula(tetap demikian itu,tidak mau berfihak kepada juru-juru da'wah di ambang pintu mereka)."


Sama-samalah kita merenung akan nasib umat Islam dewasa ini. Semoga hal sedemikian dapat dijadi sempadan.


Wassalam.

1 comment:

  1. Membahaya............membahaya................membahaya.............

    Kesian golongan lebaiiiiiiiiii niiiiiii. Bertaubatlah segeraaaaaaa!

    ReplyDelete