Tuesday, April 2, 2013

Penyembah 2 Tuhan! Siapakah Mereka Ini?

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 51:

"Berfirman Allah: Janganlah kamu sembah DUA TUHAN. Hanya Dia Tuhan yang Esa,sebab itu takutlah kepadaKu."

   

     


Banyak manusia mengakui bahawa Islam itu Addin atau cara hidup. Hal itu disebut-sebut begitu fasih terutama sekali orang-orang yang mendakwa diri mereka pejuang Islam. Lebih ketara,mereka ini memperlihatkan sedemikian dengan menghiasi diri mereka dengan jubah,serban/kupiah serta janggut. Mereka lupa akan pasanan Rasulullah s.a.w. iaitu Allah tidak lihat pada luaran,apa yang Dia lihat ialah HATI; yang menjadi penentu segala amalan diterima atau tidak. Tapi,masalah HATI bukan hak manusia untuk menentukan. Manusia hanya dapat menilai luarannya sahaja saperti LISAN atau PERBUATAN.

Hadis riwayat Muslim:
Dari Abu Hurairah r.a.,katanya: " Bersabda Rasulullah s.a.w.: 'Sesungguhnya Allah tidak akan memperhitungkan bisikan yang jahat dalam HATI seorang,selagi orang itu tidak melahirkannya dengan LISAN atau PERBUATAN.' "

Manusia mestilah mempunyai ilmu untuk mengenal jalan mana yang seharusnya diikuti untuk berada pada JALAN YANG LURUS.Begitu banyak persimpangan yang akan menarik manusia itu ke LEMBAH KESESATAN. Kebanyakan manusia itu boleh melakukan ibadah solat,berpuasa,berzakat dan berhaji tetapi mereka masih berada dalam kemusyrikan. Mengapa? Ini kerana,TIANG AGAMA YANG PERTAMA iaitu Laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah ia-itu KALIMAH TAUHID yang sepatutnya didalami ilmunya bagi menangkis segala bentuk PENYEMBAHAN kepada yang lain SELAIN ALLAH SWT.

Mengucap kalimah Tauhid tanpa mengetahui SYARAT dan RUKUNnya seperti mengucap kalimah Tauhid tanpa apa-apa pengertian. MENGUCAP KALIMAH KOSONG AJE! Kesan daripada itu,penyembahan mereka kepada yang Maha Esa bercampur-baul dengan perkara-perkara yang membawa kepada KEMUSYRIKAN. Ini kerana,ketika beribadah mereka menyembah Tuhan yang Esa tetapi pada masa yang sama mereka jugak menyembah Tuhan lain selain Allah SWT. Manusia mungkin tidak tahu atau pura-pura tidak tahu, TUHAN LAIN MANA yang mereka sembah! Mungkin dek kerana NAFSU,kerana JAHIL dan kerana IKUT-IKUTAN. Lazimnya yang kita dengar," Kita mesti bersama dengan tok-tok guru yang memperjuangkan Islam.Mereka ini, nak kepada Islam. Mereka ini, arif tentang ilmu Islam. Takkanlah mereka ini salah! " Jika ucapan seperti ini yang kita dengar maka, sahlah anutan agama mereka ialah IKUT-IKUTAN.

Hadis riwayat Muslim:
Dari Usman bin Affan r.a. katanya: " Bersabda Rasulullah s.a.w.: 'Barangsiapa mati dalam keadaan YAKIN kepada TUJUAN SYAHADAT itu akan masuk Syurgalah dia.' "

Hadis riwayat Muslim:
Dari Abu Malik dari bapanya,katanya: "Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Barang siapa yang mengucapkan SYAHADAT dan mengingkari PENYEMBAHAN SELAIN daripada ALLAH,maka terjagalah harta dan darahnya,sedangkan perhitungan BATHIN orang itu terserah kepada Allah.' "

Hadis riwayat Muslim:
Dari Mu'az bin Djabal,katanya: "Saya pernah naik unta di belakang Rasulullah s.a.w. sedang antaraku dengan beliau hanya dipisahkan oleh ujung pelana unta. Berkata Rasulullah s.a.w.: 'Hai Mu'az!' Jawabku: Ya. Tak lama kemudian dipanggilnya pula saya,dan ku jawab: Ya. Setelah berjalan pula beberapa lama,beliau memanggilku lagi dan ku jawab pula: Ya. Kemudian beliau lalu berkata:'Adakah anda tahu akan kewajiban hamba terhadap Allah?' Jawabku:Allah dan RasulNyalah yang tahu. Sabda Rasulullah s.a.w.: 'Sesungguhnya kewajiban hamba terhadap Allah ialah supaya mereka itu MENYEMBAHNYA TANPA MENYEKUTUKANNYA dengan sesuatu makhluk.' "

Pembaca yang budiman,

Manusia boleh jatuh akidahnya kerana beberapa faktor. Pada LISANNYA atau pada PERBUATANNYA.
Lihat dan bacalah buktinya!

Hadis riwayat Muslim:
Dari Abu Hurairah r.a.,katanya: " Bersabda Rasulullah s.a.w.: 'Sesungguhnya Allah tidak akan memperhitungkan bisikan yang jahat dalam HATI seorang,selagi orang itu tidak melahirkannya dengan LISAN atau PERBUATAN.' "

Mari kita fahami dengan mengambil beberapa contoh akidah sesaorang boleh ROSAK oleh sebab LISAN atau PERBUATAN.

LISAN- Membenarkan dengan lisan akan kebolehan berpecah daripada Kesatuan Umat Islam Arus Perdana(Kesatuan Umat Islam Terawal) dengan menunggangi amalan Demokrasi.
PERBUATAN- Mendaftar dengan Akta Pertubuhan 1966.

LISAN- Membenarkan dengan lisan Demonstrasi Haram menentang Pemerintah yang sah.
PERBUATAN- Keluar di jalanraya menghuru-harakan keadaan. Kestabilan negara tergugat.

LISAN- Membenarkan dengan lisan kebolehan menjatuhkan Pemerintahan Umat Islam dengan cara mengundi dalam PRU.
PERBUATAN- Mengundi Parti Umat Islam Tandingan (Pembangkang PAS,PKR).Mengundi adalah ALAT seperti MENGANGKAT SENJATA bagi menjatuhkan Pemerintah.

LISAN- Membenarkan dengan lisan akan kebolehan Memfitnah,Mengumpat,Mencaci dan Memaki Pemimpin Umat Islam.
PERBUATAN- Mengadakan ceramah terkandung di dalam perlakuan Memfitnah,Mengumpat,Mencaci dan Memaki Pemimpin Umat Islam.

LISAN- Membenarkan dengan lisan akan kebolehan berkomplot,bersekongkol dengan Kafir Harbi.
PERBUATAN- Menubuhkan Kerajaan Negeri PR hasil sekongkolan dengan Kafir Harbi.

Pembaca yang budiman,

Kesemua LISAN atau PERBUATAN yang disebutkan hasil daripada AMALAN POLITIK DEMOKRASI yang KUFUR. Hal ini bertentangan dengan AMALAN POLITIK ISLAM yang sama sekali berpaksi kepada SYARIAT ISLAM. Tanya diri sendiri,apakah cara seperti itu yang diajar oleh Nabi s.a.w.? Parti 'pejuang Islam',zahirnya berkomestikkan RUPA BENTUK ISLAM dengan teriakan TAKBIR mengamalkan AMALAN DEMOKRASI SERBA BOLEH. Adab tatacara nilai murni Islam dan keperibadian Islam DILONGKANGKAN. Kita tertanya-tanya,apakah mereka ini tahu akan MAKNA DEMOKRASI?

Saya pernah menghadiri satu seminar di IKIM pada tahun 1994 bertajuk: Pemerintahan Islam dalam Masyarakat Majmuk, diresmikan oleh Tun Dr. Mahathir yang dihadiri oleh para ulamak dari dalam dan luar negara. Salah saorang pembentang kertas kerja ialah Allahyarham Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim. Kebiasaannya, jika Tun meresmikan sesuatu seminar kemudian sesudah ucapannya,Pengerusi Majlis akan memberi peluang kepada hadirin untuk menanyakan soalan kepada Tun.

Sebaik saja peluang itu diberi, saya dengan tidak membuang masa mengangkat tangan untuk menanyakan satu soalan mengenai DEMOKRASI di Malaysia dengan membuat perbandingan amalan DEMOKRASI yang diamalkan oleh negara Amerika. Disebabkan tajuk seminar ketika itu bersabit tentang PEMERINTAHAN maka pertanyaan saya jugak bersabit tentang undang-undang yang menjadi AMALAN NEGARA DEMOKRASI bertentangan dengan SYARIAT ISLAM.

Kamu nak tahu apa yang dijawab oleh Tun Dr.Mahathir terhadap soalan itu! Dengan tenang sahaja beliau menjawab bahawa amalan Demokrasi yang diamalkan oleh negara kita tidak lebih daripada CARA PEMILIHAN PEMIMPIN. Beliau berkata lagi," Kita tidak boleh menggunakan SISTEM TUNJUK.Jika ada cara yang lebih baik daripada sistem yang diguna-pakai sekarang maka kita akan mempertimbangkan untuk menggunakannya."

Pembaca yang budiman,

Mari kita fahami apa itu Demokrasi dan apa itu Negara Demokrasi?

Demokrasi terdiri daripada 2 kata dari bahasa Yunani. Pertama 'Demo' dari kata-kata Yunani 'Demos' ertinya rakyat atau penduduk. Yang kedua 'Krasi' dari kata-kata Yunani 'Cracy' bermaksud kekuasaan. Jika dihubungkan 2 kata-kata ini maka terbentuklah perkataan 'Demokrasi' iaitu membawa erti 'kekuasaan rakyat/penduduk'

Daripada pengertian di atas kita fahami bahawa Demokrasi ialah KUASA RAKYAT. Manakala Negara Demokrasi pula ialah Negara yang mengamalkan sistem pemilihan pemimpin yang ditentukan oleh KUASA MEMILIH OLEH RAKYAT.

Kesemua faktor LISAN atau PERBUATAN yang dirungkaikan di atas adalah unsur-unsur dan nilai-nilai KUFUR penterjemahan daripada AMALAN DEMOKRASI untuk MEMPENGARUHI KUASA RAKYAT. Jika manusia itu mencintai Allah dan RasulNya serta menjunjung Prinsip dan Kaedah berpolitik secara Islam maka  unsur-unsur dan nilai-nilai KUFUR DEMOKRASI itu tidak  akan menjadi amalan mereka. Inilah perkara-perkara yang menarik mereka kejalan KESESATAN. Mereka sama sekali tidak menyedarinya kerana KEJAHILAN atau mengetahuinya tetapi tetap jugak berdegil dek kerana KERAKUSAN NAFSU INGIN BERKUASA untuk memenuhi cita rasa TAHKTA,HARTA dan WANITA.


Oleh yang demikian,dari satu sudut mereka menyembah TUHAN yang ESA tetapi dari sudut yang lain pula mereka menyembah TUHAN DEMOKRASI. Inilah yang diistilahkan sebagai manusia yang menjadi PENYEMBAH 2 TUHAN.

Kesimpulannya,
Inilah sumber TERAWAL PERPECAHAN yang berlaku di negara Malaysia ini, melibatkan manusia yang berbangsa Melayu penganut ajaran Islam. Ini telah dibukti oleh Allah SWT sendiri dengan FIRMANNYA dalam surah Asy--Syuuraa ayat 14:

"Tiadalah mereka berpecah belah,melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan karena BERDENGKI-DENGKIAN SESAMA MEREKA."

Walhal Allah SWT telah MEWASIATKAN kepada NUH,IBRAHIM,MUSA dan ISA serta MUHAMMAD s.a.w. :

"Hendaklah kamu dirikan AGAMA dan jangan kamu BERPECAH-BELAH dalam AGAMA. Berat bagi orang-orang MUSYRIK (menerima) apa yang engkau serukan kepada mereka (iaitu mengESAkan Allah). Allah memilih kepadaNya siapa yang dikehendakiNya dan menunjuki siapa yang kembali kepadaNya." Surah As Syuuraa ayat 13.

Oleh itu,
Bersedia kembali ke dalam Kesatuan Umat Islam Terawal yang telah disepakati oleh 29 NGOs Islam ketika itu dengan MENAMAKAN KESATUAN MEREKA UMNO, telah berjaya mengeluarkan manusia itu daripada KEGELAPAN kepada CAHAYA KEHIDUPAN adalah sangat BERTEPATAN.

Menjadi tonggak pemerintahan negara umat Islam sahingga kini yang banyak memberi manfaat kepada AGAMA ISLAM serta BANGSA MELAYU itu sendiri. 

SATU UNDI kepada UMNO/BN adalah DEKLARASI BAI'AH kepada PEMIMPIN UMAT ISLAM disebaliknya, SATU UNDI kepada PEMBANGKANG adalah DEKLARASI PENENTANGAN/PEMBERONTAKAN/PENGKIANATAN untuk MENJATUHKAN PEMIMPIN UMAT ISLAM.

SATU UNDI kepada UMNO adalah DEKLARASI KESATUAN UMAT ISLAM membawa implikasi KETAATAN kepada ULILAMRI menjurus kepada KETAATAN kepada Allah dan RasulNya. SATU UNDI kepada SELAINNYA adalah DEKLARASI PENENTANGAN terhadap Allah dan RasulNya.

Firman Allah: "Hai orang-orang beriman,taati Allah dan taati Rasul dan Ulilamri yang mengurus pekerjaan dari kamu." An Nisa ayat 59

Hadis riwayat Bukhary dan Muslim:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:"Siapa yang taat padaku berarti taat pada Allah dan siapa yang melanggar padaku berarti melanggar kepada Allah. Dan siapa yang taat pada Pemimpin berarti taat padaku,dan siapa maksiat kepada Pemimpinnya berarti maksiat padaku."

Berhati-hati!!!


11 comments:

  1. Asalamualaikum..Kalau kita tak mengundi dalam sistem kafir ni jatuh syirik ke tak?

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam.

    Sistem tidak kafir tetapi manusia yang menjadikan sistem itu kafir. Demokrasi bermaksud kuasa pemilihan pemimpin itu diserah kepada rakyat. Itu saje.

    Bagaimanakah sistem boleh menjadi kafir? Ini persoalannya! Untuk menjawab persoalan itu kita fahami 5 perkara yang saya sebutkan pada tulisan itu.

    Yang terbesar sekali kesalahannya apabila kita menggunakan dan mengambil kesempatan berpecah-belah sesama sendiri dengan menggunakan sistem Demokrasi. Walhal Allah SWT melarang kita berbuat sedemikian. Dan seterus...kedua..ketiga.....ke 5.

    Siapakah yang menggunakan kesempatan ini iaitu menggunakan Demokrasi untuk berpecah? Jawabnya,orang-orang agama didalam UMNO (Kesatuan Arus Perdana yang disepakati) yang sekarang disebut sebagai Kesatuan PAS/Parti PAS.

    Oleh sebab UMNO itu Kesatuan Utama tonggak kepada Pemerintah yang majoritinya terdiri daripada para pemimpin Islam maka mengundi mereka ini bermakna BAI'AH(Penyataan Setia) bagi mengekalkan Pemerintah Umat Islam.

    Saperti mana sabda Rasulullah s.a.w.: Ibn Umar r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Siapa yang melepas tangan dari taat akan bertemu dengan Allah pada hari Qiyamat,tida berhujjah. Dan siapa yang mati,sedang tiada dilehernya suatu bai'ah,mati sebagai mati jahiliyah.(Muslim)

    Satu lagi,

    Ibn Abbas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang membenci sesuatu dari pemerintahnya hendaknya sabar. Sesungguhnya siapa yang keluar dari pemerintahnya walau sekedar satu jengkal,kemudian ia mati,mati dalam jahiliyah.( Bukhary dan Muslim)

    Disebaliknya, jika kita mengundi Parti PAS atau pembangkang maka kita telah menjadikan sistem itu kafir kerana perbuatan mengundi mereka itu bermakna bersetuju kepada berpecah-belah membawa implikasi menentang Allah dan Rasul. Inilah yang dikatakan boleh membawa kepada Musyrik(Syirik).

    Harapan saya,anda dapat memahaminya. Terima kasih kerana bertanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara..jgnlah sedara terburu2 mengatakan sistem ni sama mcm nabi n sahabat dulu disebabkan sangka baik saudara kat parti yg saudara suka,namun SAYA SUKA SIKAP TERBURU2 SAUDARA YG LAHIR DISEBABKAN KUATNYA RASA KASIH SESAMA ISLAM INI,SAYA SANGAT MENGHORMATI RASA KASEH SAYANG YG SAUDARA LAHIRKAN INI,saya cuma ingin berkongsi kebenaran walaupun ianya pahit,
      kalau benar sistem ni boleh suburkan tauhid DISAMPING menyuburkan perpaduan BERLANTAIKAN tauhid,adakah allah lupa nak ajar sistem ni kat nabi saw dulu?yg ni saudara x perlu jawab,saya cuma nak tanya jatuh syirik kah kita jika x ikut mengundi didalam sistem ni,ye atau tidak..JIKA TIDAK DAN IANYA BOLEH MENJAUHI SYIRIK,INILAH PERKARA YG LEBIH POKOK SAUDARA KENA NASEHATKAN SAYA JIKA SAUDARA SAYANGKAN SAYA SEBAGAI SEDARA SESAMA ISLAM..YE ATAU TIDAK JATUH SYIRIK JIKA X IKUT MENGUNDI?YE ATAU TIDAK SAHAJA(sedara pasti seseorang itu x sayangkan najib jika dia x ikut mengundi?yg ni pun x payah jawab..ye atau tidak tadi tu je tq)

      Delete
    2. Salam,

      Apakah anda taat kepada Pemerintah Umat Islam? Jika anda taat kepada pemerintah dan tak mengundi kerana belum mendaftar sebagai pengundi,saya rasa ini dimaafkan. Jika berdaftar dan anda tidak mengundi menyatakan bai'ah anda kepada Pemerintah maka anda dikira melakukan kesalahan.

      Berbalik pada 2 Hadis yang saya kemukakan bagi merungkaikan permasalahan anda;cuba baca balik hadis itu, Nabi sabda,"Siapa yang melepas tangan dari taat.." Maknanya,anda wajib taat. Seterusnya,"Dan siapa yang mati,sedang tiada dilehernya suatu BAI'AH " Ini bermaksud wajib ada BAI'AH.

      Hadis yang satu lagi,Nabi bersabda,"Sesungguhnya siapa yang keluar dari Pemerintahnya,walau sekadar satu jengkal.." Ini memberi makna anda terpaksa berada didalamnya. Tinggal lagi,jika anda membenci Pemerintah sekali pun,anda mesti berada didalamnya dan BERSABAR.

      Saya ada menerangkan pada topik saya itu mengenai dengan LISAN atau PERBUATAN tapi,yang didalam hati itu Hak Allah SWT. Oleh itu, jika anda boleh mengundi tetapi tidak menyatakan dengan LISAN atau PERBUATAN maka renungkanlah maksud kedua-dua hadis itu.

      Harap ini dapat membantu anda.

      Delete
    3. Hebat betul Ilmu Tabligh nie.

      Delete
  3. Ye atau tidak. .Jika sedara org yg benar sebutkan saja. .

    ReplyDelete
  4. Asalamualaikum.. Ya atau tidak sedara?

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum,ye atau tidak sedara??
    Saya tambah la lagi 1 soalan,atas nama Allah tuhan sekalian alam,saudara benar2 pastikah apa yg nabi maksudkan itu adalah pemerintahan atas jalan sistem demokrasi ciptaan org kafir,atau nabi maksudkan adalah pemerintahan atas jalan sunnahnya?sedara pasti atas nama Allah?jika tidak pasti kenapa saudara guna hadis nabi yg mulia untuk backup sistem ciptaan kafir?org pas dan umno 2-2 sedara kita,sayangi dan doakanlah mereka seperti biasa,kita yg ilmu x tinggi ni jgn ikut gaduh..jgn lupe jawab ye sedara,atas nama Allah sedara PASTI ATAU TIDAK?

    ReplyDelete
  6. Secara asas nya, sistem demokrasi ini memang akan memecah belahkan segala-galanya. Demikian, dunia sekarang semua berpaksi kepada sistem ini. Maka wujudlah New World Order dimana , mereka hanya menghantar sistem ini ke sebuah negara untuk memecah belahkan rakyat dan menjauhi Islam yang sebenar. Kita semua tidak akan bersatu dan sentiasa miskin ditelan oleh hutang disebabkan sistem ini. Sedarlah,kita sekarang berada di dalam sistem ini. Kita telah jauh tersasar dari apa yang nabi ajar kan. Berpegang pada Al Quran dan As Sunnah.

    ReplyDelete
  7. ini blog wahabi ni bukan org tabligh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya melihat blog ini seperti blog manusia yang ada
      DNA UMNO-BN dalam darahnya,
      UMNO-BN perjuangannya sehingga ketitisan darah yang terakhir.

      Delete