Sunday, February 10, 2013

Menyokong Nik Aziz dan Parti PAS Bererti Menghina Allah dan Nabi Muhammad

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Tak tahulah saya jika para pembaca semua pernah mendengar sebelum ini penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. daripada seorang yang bergelar tok guru. Tok guru ke dia! Bagi saya, dia tidak memiliki mertabat seorang tok guru. Perkara ini telah disebut didalam postings saya yang lepas-lepas.

Manusia ini bernama Nik Aziz Nik Mat seorang guru agama disekolah rendah.Mendapat pendidikan aliran agama dan disebut sebagai orang agama. Seperti mana yang saya sebut didalam postings saya yang lepas mengenai perbezaan antara ORANG AGAMA dengan ORANG BERAGAMA. Dia inilah boleh diketogerikan sebagai ORANG AGAMA. Lebih buruk lagi, ORANG AGAMA YANG TIADA HIDAYAH kerana dia belajar ilmu agama;seperti mana manusia lain belajar ilmu akademik,untuk MENCARI MAKAN dimasa hadapan. Dia ini adalah orang agama yang menjaja agamanya untuk kehidupan dunia.

Nasib menyebelahinya;daripada seorang guru agama sekolah rendah,apabila dia dicadangkan kedalam arena politik sahingga dapat menjadi MB kelantan selama 22 tahun. Dia telah berjaya mencandukan bangsa Melayu  Kelantan dengan gula-gula agama. Berselindung disebalik penampilan agama memberi kesan  terhadap bangsa Melayu Kelantan tertipu selama 22 tahun.

Akhirnya segala peribadi buruknya,kerakusannya terhadap dunia ini,kejahilannya menjadi pemerintah negeri TELAH TERDEDAH dengan sendirinya, hasil yang keluar daripada mulut busuknya. Manusia ini telah sampai ketahap tidak boleh menerima TEGURAN. Merasa dirinya semua betul sahingga membawa kepada PENGHINAAN TERHADAP ALLAH SWT dan NABI S.A.W.

Para pembaca dengar dulu video klip ini!



Setelah melihat dan mendengar apa yang diucapkan oleh Nik Aziz ini maka pembaca semua perlu kepada ulasannya pula.

Ada 2 kesalahan besar yang dilakukan oleh Nik aziz ini. Pertama sekali kesalahannya terhadap Allah SWT yang mana kata Nik Aziz ini (0.12 - 0.33):-

Petikan:

" Rasulullah s.a.w. adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia dimuka bumi ini kan;berapa ribu juta trillion manusia ini,ada seorang atas dunia ini namanya Muhammad bin Abdullah s.a.w.. Beliau telah dilantik menjadi Nabi bila umurnya 40 tahun."

Ulasan:

Penghinaan terhadap Allah SWT

Para pembaca yang budiman,

Angka 40 ini mempunyai significant dalam banyak sebutan agama sama ada dalam Al Quran,Hadis mahu pun Sejarah Islam. Tak perlu rasanya saya perpanjangkannya. Daripada petikan klip video tersebut, Nik Aziz mendakwa bahawa Allah SWT memerhatikan Muhammad bin Abdullah ini sejak dia(Muhammad s.a.w.) dari kecil sahingga mencapai umur Muhammad 40 tahun.PERTAMA -  Hal ini memberi gambaran bahawa Allah SWT bersifat lemah(na'uzubillahiminzalik) kerana mengambil masa sebegitu lama untuk memilih calon pesuruhNya. KEDUA - Allah SWT yang Maha Mengatur setiap sesuatu di Alam ini sama ada berupa benda hidup mahu pun benda mati. Mustahil bagi Allah SWT melakukan sesuatu secara Ad Hoc.Maknanya,bilamana Allah SWT menghendaki sesaorang sebagai Nabi,Allah SWT mula mencari. Walhal, semuanya telah terancang seperti didalam Qada' dan QadarNya.

Cuba baca hadis dibawah ini yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim,Imam al Baihaqi,Abu Muthi' al Misri,Imam Ibn Asakir dan Imam al Tabrani: Bab: Tawassul Nabi Adam a.s.,

Daripada Umar bin al Khattab r.a. bahawa beliau berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda:" ketika Adam a.s. melakukan kesalahan lalu baginda(Adam a.s.) berkata: 'Wahai Tuhan,saya memohon dengan hak Muhammad,tidakkah kamu sudi mengampuniku?' Allah SWT lalu berfirman: 'Wahai Adam,bagaimana kamu kenal Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya lagi?' Beliau menjawab: ' Wahai Tuhan. Ia kerana,ketika Engkau menciptakanku dengan yadd(kekuasaan)Mu,lalu Engkau tiupkan padaku daripada rohMu,lalu aku mengangkat kepalaku,maka aku melihat di atas tiang-tiang Arasy telah tertulis "La ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah." Maka,aku ketahui bahawa Engkau tidak akan menggandingkan sesuatu kepada namaMu melainkan seseorang yang kamu paling sayang dalam kalangan makhlukMu disisiMu.' Lalu Allah SWT berfirman: ' Benar wahai Adam,sesungguhnya dia(Muhammad) adalah makhluk yang paling disayangi disisiKu. Berdoalah kepadaKu dengan hak dia(Muhammad). Maka sesungguhnya,Aku telah ampunkan kamu. Jika bukan kerana Muhammad,nescaya Aku tidak menciptakan kamu(Adam a.s.).' "

Ulasan:

Bukan saje penciptaan Adam a.s. bahkan keseluruhan mukhluk hidup dan makhluk mati;kamu bayangkanlah,Cakrawala,Bintang,Bulan,Matahari,Tumbuhan,Binatang,Bukit,Gunung dan apa saje yang boleh kamu fikir,semuanya dicipta ASSEBAB Muhammad Rasulullah s.a.w. Maka,kedatangan Muhammad s.a.w DI DUNIA ini; yang Nik Aziz kata serupo sajo dengan mamat-mamat di kampung, SESUATU YANG SUNGGUH HINA TERHADAP  PERANCANGAN ALLAH SWT. Kerana apa? Perancangan Allah SWT terhadap PENCIPTAAN MAKHLUKNYA Muhammad s.a.w. telah TERSEDIA MULIA sejak dari AWAL LAGI.

Cuba baca hadis riwayat Muslim pula: Bab: Taqdir:

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.:" Berhujjahlah antara Adam dan Musa. Kata Musa:' Kamu Adam telah merugikan kami dan telah mengeluarkan kami dari Syorga.' Jawab Adam: kamu Musa diberi keistimewaan bercakap-cakap langsung dengan Allah dan keturunan kitab,apakah kamu sesali aku atas satu perbuatan yang telah ditaqdirkan bagiku 40 tahun sebelum aku dijadikan? ' Lalu Nabi bersabda: maka menanglah Adam,maka menanglah Adam.' "

Ulasan:

Begitulah kehendak Allah SWT iaitu sesuatu itu TELAH DIRANCANG dengan sempurna SEBELUM sesuatu itu diwujudkan Allah SWT. Perlukah bagi Allah SWT tengok dalam ramai-ramai manusia dimuka bumi ini,ada seorang atas dunia ini namanya Muhammad bin Abdullah sebab dia hendak dilantik oleh Allah SWT menjadi Nabi, pada umur 40 tahun?

Kesalahan kedua: Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

Kita dengar dulu apa kata Nik Aziz dalam klip video ini.( 1.00 - 1.14)

Petikan:

" Kalau Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupo Muhammad Muhammad lain.Orang kampung kita ada Muhammad,situ ada Muhammad, ada Mat,orang melayu kelantan panggil Mat. Mat anak kita,Mat budak kampung kita dengan Mat bin Abdullah di tanah Arab tu waktu dia beranak,serupo aje."

Ulasan:

Didalam Al Qur'an,Allah SWT ada menyebut tentang Muhammad s.a.w. disebut didalam Taurat dan Injil. Ayat 157 surah Al A'raaf:-

" (Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul,Nabi yang ummi,(namanya) mereka dapati termaktub disisi mereka dalam Tuarat dan Injil,dia menyuruh mereka berbuat kebajikan dan melarang mengerjakan yang mungkar(haram),serta menghalalkan yang baik-baik dan mengharamkan yang keji-keji,lagi membuangkan beban mereka dan belenggu yang ada pada mereka........"

Surah Ash Shaf ayat 6,Allah berfirman:-

" Ingatlah,ketika Isa anak Maryam berkata: Hai Bani Israil,sesungguhnya aku rasul Allah kepadamu,serta membenarkan apa yang sebelumku,yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan seorang rasul,yang akan datang kemudianku,namanya Ahmad(Muhammad). Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan (membawa) keterangan,mereka berkata: Ini sihir yang nyata.

Nabi Muhammad disebut dalam Taurat.

Book of Deuteronomy 18:18

"I will raise them up a Prophet from their brethren,like unto you,and I will put my words in his mouth;and he shall speak unto them all that I shall command him."

Ulasan: " A Prophet from their brethren "

Nabi Ismail (Arab) anak Nabi Ibrahim dengan Hajar(Arab) dan Nabi Ishak (Jews) anak Nabi Ibrahim dengan Sarah (Jews). Mereka adalah adik beradik. Nabi Muhammad akan dilahirkan antara adik beradik ini daripada calung Nabi Ismail(Arab).

Para pembaca yang budiman,

Mulianya Muhammad bin Abdullah ini telah disebut didalam Kitab Taurat dan Injil. APAKAH MUHAMMAD BIN ABDULLAH INI;YANG BERADA DI TANAH ARAB,SERUPO AJE DENGAN MUHAMMAD MUHAMMAD LAIN ATAU MAMAT MAMAT DI KAMPUNG NIK AZIZ?

Saya dah terangkan mengenai Nabi Muhammad s.a.w. dalam HADIS,jugak dah diterangkan dalam AL QUR'AN,TAURAT dan INJIL. Dan sekarang ini,saya akan lanjutkan dengan menerangkan MULIANYA NABI MUHAMMAD S.A.W. ini mengikut SIRAH HIDUPNYA.

Sebelum Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan bapanya,Abdullah telah terpilih untuk dijadikan bahan sembelihan oleh datuknya Abdul Muttalib bagi membayar NASARNYA. Pendek ceritanya,Abdul Muttalib menebusnya dengan 100 ekor unta untuk dijadikan pengganti kepada Abdullah sebagai bahan untuk disembelih. Allah SWT telah mentaqdirkan sedemikian rupa kerana bibit baka Muhammad s.a.w. itu ada pada Abdullah. APAKAH MUHAMMAD YANG ADA DIKAMPUNG NIK AZIZ SAMA DENGAN MUHAMMAD DI TANAH ARAB?

Abdullah berkahwin dengan Aminah pada usia lebih kurang 24 tahun. Aminah mengandungkan Nabi Muhmmad s.a.w. pada usia yang begitu muda. Abdullah meninggal dunia beberapa bulan sebelum Muhammad s.a.w. dilahir. Ketika umur Muhammad s.a.w. menjangkau ke 6 tahun,ibunya Aminah meninggal dunia. MUHAMMAD S.A.W. SEKARANG INI BERSTATUSKAN ANAK YATIM PIATU. Umurnya menjangkau ke 7 tahun datuknya Abdul Muttalib meninggal dunia. APAKAH MUHAMMAD YANG ADA DI KAMPUNG-KAMPUNG DI NEGERI KELANTAN ITU SAMA DENGAN MUHAMMAD DI TANAH ARAB ITU?

Muhammad s.a.w. disusukan oleh Thuwaiba beberapa hari saje kemudian di ambil alih oleh Halimah binti Abi Dhua'ib dari keluarga Sa'd. Hampir 5 tahun Muhammad s.a.w. tinggal dipendalaman. Bebas penyusuan selama 2 tahun kemudian terus tinggal bersama dengan Ibu susuan selama 3 tahun lagi. Semasa umur Muhammad s.a.w. 3 tahun dia dibedah perutnya oleh 2 orang Malaikat. APAKAH MUHAMMAD YANG ADA DI KAMPUNG-KAMPUNG DI MALAYSIA INI SAMA DENGAN MUHAMMAD DI TANAH ARAB ITU?

Muhammad dijagai oleh Abu Talib bin Abdul Muttalib iaitu pakciknya yang sangat sayang kepada beliau lebih daripada menyayangi anaknya sendiri setelah datuknya Abdul Muttalib meninggal dunia.Lengkongan umur 12 tahun, Muhammad s.a.w. selalu mengikut rombongan perniagaan bersama pakciknya Abu Talib ke Bushra di selatan Syam. Awan tebal melindungi perjalanan Muhammad s.a.w. bersama rombongan perniagaan dan ini diketahui oleh  para Rahib yahudi tentang tanda KENABIAAN BERLAKU serta menasihatkan Abu Talib sebagai penjaga untuk lebih memastikan keselamatan Muhammad s.a.w. APAKAH MUHAMMAD YANG ADA DI KAMPUNG-KAMPUNG DI SELURUH DUNIA INI SAMA DEN GAN MUHAMMAD DI TANAH ARAB ITU?

Abdul Muttalib ialah seorang pembesar Arab;menjadi pemimpin utama di kota Mekah. Dia adalah pemimpin yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kesucian Ka'bah yang penuh dengan berhala. Selain daripada itu,beliau menguruskan pembagian air dan persediaan makanan bagi penduduk kota Mekah dan pelawat di kota itu. Abdul Muttalib biasanya meletakkan hamparan tempat dia duduk di bawah naungan Ka'bah. Anak-anaknya pula duduk sekeliling hamparan itu sebagai penghormatan kepadanya. Kehadiran Muhammad s.a.w. dalam hidupnya adalah sesuatu yang sangat disayangi melebihi daripada anak-anaknya. Perkara dapat dilihat apabila cucunya iaitu Muhammad s.a.w. didudukkannya di sampingnya di atas hamparan. 

Demikianlah, sejarah telah memperlihatkan KEMULIAAN NABI MUHAMMAD S.A.W. melalui perbuatan datuknya Abdul Muttalib PEMIMPIN SELURUH QURAISY DAN PENJAGA KOTA SUCI MEKAH. 


Pembaca yang budiman,

APAKAH SAMA MANUSIA YANG BERNAMA MUHAMMAD SEJAK DARI MULA KEHIDUPAN NABI ADAM A.S. SAHINGGALAH MUHAMMAD-MUHAMMAD YANG ADA SEKARANG INI, SAMA DENGAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ABDUL MUTTALIB BIN HASYIM BIN ABDUL MANAF BIN QUSHAYY?

Akhir kata,

Nik Aziz adalah seorang pemimpin parti politik yang menjadi pemecah belah umat Islam. Sikapnya yang melampau batas dan mulutnya yang busuk; mengerluarkan hukum yang bertentangan dengan syariat Islam demi kepentingan parti politik sesatnya.


INGATTTTTTTT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MENYETUJUI DAN MENYOKONG NIK AZIZ serta PARTI PAS bermakna BERSEDIA DAN REDHA MEMPERTAHANKAN GOLONGAN INI AGAR TERUS WUJUD MENGHINA ALLAH SWT DAN JUGAK MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

MENGUNDI MEREKA INI DALAM PILIHANRAYA KE 13 BERERTI MENGEKALKAN PERPECAHAN UMAT ISLAM, MEMBAWA IMPLIKASI KEPADA MENENTANG PERINTAH ALLAH SWT DAN RASULNYA TERHADAP KESATUAN UMMAH.


Wassalam.


Lihatlah dibawah ini, seorang manusia bertopengkan agama,merasakan dirinya mengetahui segalanya. Walhal segala tindakannya menampakkan kelemahan serta kebodohannya yang sama sekali tidak layak diangkat menjadi pemimpin.

Macam bagusssssss ajeeee................






1 comment:

  1. Anda salah. Anda tidak boleh menuduh orang sebarang bukti. Mana ke tahu arwah Tok Guru bukan bermaksud sebegitu. Pernah dengar peribahasa kuku dan harimau? Bagai harimau yang menyembunyikan kukunya.. kalau dalam gambar bukan sperti menyembunyikan tapi seperti kuku tu tiada.. macam tu la mksud Arwah Tok Guru,even he said like that blum sure he means it..

    ReplyDelete