Wednesday, February 20, 2013

Menyengutukan Allah-Memecah-Belah Umat Islam-Takbur-Memfitnah:Tidak Akan Masuk Syurga!

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman sekelian,

Semua manusia mengetahui bahawa sesaorang yang MENYENGUTUKAN Allah SWT, tidak akan masuk Syurga. Itu semua orang tahu tetapi orang-orang yang MENJADI PEMECAH-BELAH KESATUAN UMAT ISLAM disabitkan sebagai MUSYRIK. Allah SWT telah nyatakan di dalam surah Ar Rum ayat 31 dan 32 sebagai BUKTI. Sila lihat dan baca ayat-ayat itu seperti yang tertera di bawah. Jadi,jika telah musyrik maka mereka ini tidak akan masuk Syurga.

Kalau dikaitkan dengan hadis Muslim yang dibawah mengenai dengan memutuskan hubungan kekeluargaan,akibat daripada perbuatan itu ialah sesaorang itu TIDAK MASUKSYURGA. Begitu berat sekali hukuman bagi orang-orang yang memecah-belahkan KESATUAN UMMAH atau KESATUAN KELUARGA sahingga boleh membawa kepada terhalangnya memasuki Syurga. Nampaknya Al Hadis dengan Al Qur'an saling ikat-mengikat antara satu sama lain.

Hadis Muslim:

Dalam sebuah lagi hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.”

Pembaca yang budiman,

Seperkara lagi mengenai HALANGAN kepada MANUSIA daripada MEMASUKI SYURGA ialah TAKBUR. Jika dibaca hadis yang dibawah ini,kita dapati SIFAT TAKBUR ini menghalang manusia daripada MEMASUKI SYURGA. Apakah SIGNIFICANCE daripada sabdaan Nabi s.a.w."TIDAK AKAN MASUK SYURGA" bagi manusia yang ada didalam hatinya sifat takbur walaupun sebesar zarrah?

Nabi s.a.w. mendefinasikan TAKBUR sebagai MENOLAK KEBENARAN dan TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN. Jika diamat-amati, menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain adalah SUATU SIFAT yang boleh membawa kepada PERTENGKARAN,PERGADUHAN dan akhir sekali PERPECAHAN. Sifat ini dapat dilihat pada PARA PENYOKONG dan PEMIMPIN PARTI POLITIK. Tambahan pula,hal sedemikian sangat ketara dilihat pada pemimpin utama PEMBANGKANG. Memiliki SIFAT TAKBUR ini BOLEH MENGHALANG terjadinya KESATUAN UMAT ISLAM.

Jadi, jika SIFAT TAKBUR ini menghalang umat daripada BERSATU-PADU maka dengan memiliki sifat ini manusia akan BERDIRI TEGUH DENGAN PENDIRIANNYA MEMBAWA KEPADA PERPECAHAN UMAT YANG BERPANJANGAN. Hal ini jugak bersabit dengan KEMUSYRIKAN dan kerananya MANUSIA TERHALANG DARIPADA MEMASUKI SYURGA. Maka benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Hadis Muslim:

Dari Abdullah bin Mas'ud,katanya: " Bersabda Rasulullah s.a.w.: 'TIDAK AKAN MASUK SYURGA barangsiapa yang ada didalam hatinya SETIMBANG ZARRAH (atom) dari SIFAT TAKBUR (sombong)' Berkata seorang laki-laki: ' Sesungguhnyalah semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.' Bersabda Rasulullah s.a.w.:' Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan; TAKBUR ITU IALAH MENOLAK KEBENARAN dan TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN."

Pembaca yang budiman,

Perbuatan MENGFITNAH jugak boleh membawa kepada keadaan HURU HARA,PERGADUHAN dan akhir sekali PERPECAHAN. Satu kelompok menyokong apa yang difitnahkan dan satu lagi kelompok tidak menyokong. Maka,terjadilah perpecahan umat. Nabi s.a.w. bersabda bahawa si TUKANG FITNAH TIDAKLAH AKAN MASUK SYURGA(Hadis riwayat Muslim).

Allah SWT telah mengingatkan kepada manusia agar BERSATU-PADU dan JANGAN BERPECAH-BELAH. Allah SWT jugak mengajak manusia supaya mengingati NIKMATNYA. Ingatlah akan NIKMAT- KU!........Ingatlah akan NIKMAT-KU!. Ini kerana,akibat daripada berpecah-belah itu sangat buruk. Oleh yang demikian,perintah Allah SWT tentang itu disebut beberapa kali didalam Al Qur'an dan jugak disebut oleh Nabi s.a.w.

Marilah kita sama-sama mendekati HIDAYAH ALLAH SWT agar kita bersatu-padu dan jangan berpecah-belah. Bersatu-padu yang bagaimana? Bersatu-padu dalam Jemaah Arus Perdana; jemaah yang mula-mula sekali disepakati oleh 29 NGOs Islam, disebut sebagai UMNO yang berjaya mengeluarkan umat Islam di negara ini dari KEGELAPAN kepada CAHAYA KEHIDUPAN yang BEBAS daripada PENJAJAHAN.

Perbuatan berpecah-belah ini membawa maksud atau gambaran bahawa telah terdahulu daripada itu SATU KESATUAN UMAT sebelum PERPECAHAN BERLAKU. Lain kata,PERBUATAN BERPECAH itu bersumber daripada KESATUAN UMAT YANG TELAH WUJUD BERSATU-PADU.

Oleh itu,WUJUDnya parti PAS itu sesuatu yang DIHARAMKAN oleh SYARIAT ISLAM kerana ianya berlawanan dengan perintah Allah SWT. Setiap APA YANG DILARANG OLEH ISLAM memberi KEMUDHARATAN (bersabit dengan kemusyrikan) dan setiap KEMUDHARATAN membawa kepada KECELAKAAN (bersabit dengan keadaan huru-hara,bercakaran,berbunuh-bunuhan) kepada UMAT ISLAM ITU SENDIRI. Lihatlah apa telah berlaku kepada negara-negara Arab,sahingga sekarang, telah banyak nyawa umat Islam yang menjadi KORBAN tetapi permasalahan masih lagi diperingkat  PENYELESAIAN.

BERAPA RAMAIKAH LAGI NYAWA UMAT ISLAM YANG HENDAK DIKORBANKAN SEBELUM PENYELESAIAN DAPAT DIKECAPI?

Pembaca yang budiman,lihatlah klip video ini pada 2 tempat. Pertama: Dari 0.48 - 1.00 dan kedua: 2.38 - 3.00




AMAT BAHAYA SEKALI sekiranya kita termasuk ke dalam manusia yang MENYOKONG kesatuan/parti PAS ini, kerana, kita boleh disabitkan dengan MENYOKONG PERPECAHAN. Apakah kesan dan akibat bagi orang-orang seperti ini? Adakah hal ini ada disebut oleh Allah SWT? 

Didalam surah Ar-Rum ayat 31 dan 32,Allah berfirman:
Ayat 31,
"Hendaklah kamu kembali(taubat) kepadaNya dan takutlah kepadaNya dan dirikanlah sembahyang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang MUSYRIK.(mempersekutukan Allah)"

Orang-orang yang MUSYRIK itu SIAPA? Diterangkan oleh Allah SWT sendiri dalam firmanNya pada ayat berikutnya iaitu ayat 32.

Ayat 32,
"Yaitu orang-orang yang berpecah-belah dalam agamanya serta bergolong-golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa-apa yang ada disisinya."

Wassalam



No comments:

Post a Comment