Sunday, February 26, 2012

Mengapakah Bini Orang? Apa Pasal Tidak Janda! Anak Dara! Suatu Analisa

Assalamu'alaikum.














Pembaca yang budiman,

Kita merasa hairan, mengapa puak-puak agama ini suka sangat kepada BINI ORANG untuk melempiaskan NAFSU SERAKAH mereka. Tentu ada sebabnya,bukan? Mari kita imbau kembali peristiwa-peristiwa  yang melibatkan BINI ORANG dengan puak-puak agama ini.


Sebelum saya mengupas mengenai tajuk di atas,elok rasanya saya membuat pengakuan bahawa tajuk dipilih adalah suatu ANALISA SAHAJA dan BUKAN ANJURAN/SYOR terhadap satu pilihan alternatif untuk membuat MAKSIAT.


Pada postings saya yang lepas-lepas,saya ada membicarakan tentang perbandingan antara ORANG AGAMA dengan ORANG BERAGAMA. Istilah orang agama adalah orang-orang yang belajar dalam ALIRAN AGAMA; diperingkat rendah atau menengah atau tinggi, suatu proses pembelajaran dalam hidup mereka. Mereka ini; walaupun melalui proses pembelajaran agama, belum tentu dikurniakan HIDAYAH oleh Allah SWT.


Bagi orang beragama pula diistilahkan kepada orang-orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk mendapat petunjuk dalam beragama. Mereka ini boleh datang dari SEBARANG ALIRAN PEMBELAJARAN termasuklah yang datang  DARI ALIRAN AGAMA. Orang beragama jugak mempunyai ASAS AGAMA melalui pembelajaran secara tidak FORMAL.


Tidak terkecuali,termasuk jugak ke dalam ORANG AGAMA adalah orang-orang yang bercakap pasal agama,yang penampilan mereka jugak berunsur agama;ada janggut,pakai serban dan jubah serta mendakwa memperjuangkan agama.


Berbalik kepada tajuk,terbukti; dengan pencemaran yang dilakukan oleh orang-orang agama,mereka ini iaitu orang-orang agama, belum tentu memiliki HIDAYAH walaupun mereka disebut sebagai ORANG AGAMA.


Manusia yang berpewatakan agama yang memperlihatkan image agama tetapi berfikiran Iblis dan bernafsu Syaitan memilih BINI ORANG untuk melakukan maksiat. Berkemungkinan,dalam perkiraan mereka, melakukan maksiat dengan BINI ORANG memperolehi KESEDAPAN YANG MAKSIMA dengan  IMPLIKASI BURUK yang MINIMA. 


KESEDAPAN YANG MAXIMA dapat dikecapi apabila melakukan PERSETUBUHAN HARAM tanpa menggunakan KONDOM.Pemikiran Iblisnya itu memberitahu,jika TERMENGANDUNG HASILNYA boleh DISABITKAN kepada SUAMINYA.


Keduanya,PENJIMAK agak selesa kerana SKANDAL seperti ini mengikut fikiran Iblisnya tidak akan sama sekali didedahkan oleh WANITA itu( BINI ORANG), walaupun mereka tidak sehaluan lagi pada masa mendatang. MAKA, HUBUNGAN ITU AKAN TERUS BERPANJANGAN. Apabila hal ini berlaku maka  SI SUAMI dapat menghidu DRAMA SONGSANG ISTERINYA.


Oleh sebab implikasi hasil perbuatan maksiat itu MINIMA membolehkan perhubungan maksiat itu berpanjangan DEK KERANA KESEDAPAN MAKSIMA YANG DIPEROLEHI ( BOLEH BERJIMAK SEPERTI SUAMI ISTERI ) tanpa ada perasan takut sikit pun kalau-kalau TERMENGANDUNG. Mereka akan bekerjasama seperti suami isteri dalam melayari bahtera nikmat persetubuhan dengan mengambil pil perancang atau pengiraan putaran haid iaitu MASA SELAMAT. Jika segala pengawasan telah diambil tetapi masih jugak termengandung,hasil itu dapat dihelahkan dengan menyabitkan HASIL JIMAK kepada HASIL JIMAK BERSAMA SUAMINYA.


Pembaca yang budiman,


Sesungguhnya, perbuatan BERJIMAK DENGAN BINI ORANG adalah suatu kesalahan yang sangat serious dalam Islam.Jika disabitkan dengan kesalahan itu ISLAM membenarkan NYAWA MEREKA diambil secara HAK. Apalah nasib bagi pelaku bagi kesalahan ini jika MEREKA DIREJAM SAMPAI MATI.


MAJORITI KES mengenai PERBUATAN BERJIMAK DENGAN BINI ORANG berjaya dikesan oleh Sang Suami,disalurkan info kepada pihak berkuasa untuk tindakan oleh Sang Suami dan banyak jugak yang ditangkap sendiri oleh Sang Suami. Apakah sebab kepada kejayaan itu? Tentulah jawapannya kerana LAMANYA PERHUBUNGAN SULIT yang menghasilkan KESEDAPAN MAKSIMA DAN KEBURUKAN MINIMA ITU sahingga terkesan oleh SANG SUAMI. 


Perbandingan PERSETUBUHAN HARAM dengan JANDA ATAU ANAK DARA memberi suatu RISIKO YANG BESAR dan MODAL YANG JUGAK BESAR. Jika hubungan mereka putus ditengah jalan boleh mengakibatkan suatu pendedahan oleh si wanita yang akan memberi impak besar kepada PENJIMAK. Berkemungkinan,pengeluaran modal yang lebih besar bagi menutup skandal atau bersedia untuk mendapat malu di mata dan telinga umat manusia.


Akhir kata,apa yang dapat disimpulkan daripada ANALISA kepada TAJUK INI,bahawa puak-puak yang mendakwa dakwi bahawa merekalah perjuang Islam dengan memperlihatkan image Islam sebenarnya, menggunakan AGAMA untuk kepentingan DUNIA;HARTA,KUASA DAN WANITA. Perbuatan mereka ini telah banyak merosakan umat Islam di negara ini.


Maka,tinggalkan puak-puak ini kerana bersama,membantu, dan menyokong mereka sebenarnya mencampakkan diri kita ke dalam jurang-jurang Neraka.


Wassalam.

Sunday, February 19, 2012

Cina DAP Signals Cina MCA dan Vice Versa! Mesti Baca!

Assalamu'alaikum.



1 day ag



Pembaca yang budiman,


Dimana lagi mereka ini( kedua-dua parti Cina) nak menyampaikan kepada semua kaum Cina perihal pendirian ketua masing-masing jika tidak pada program debat ini? Inilah suatu strategi mereka yang paling halus tetapi menepati sasaran penghantaran message kepada penonton dan pendengar bangsa Cina di seluruh negara.


Tajuk debat yang dipilih pun begitu bermakna sekali,"Is the Two-Party System Becoming a Two-Race System" kerana bangsa Melayu dan bangsa Cina adalah 2 bangsa terbesar di negara Malaysia ini, hanya cuma bangsa Melayu mempunyai kelebihan bilangan lebih sedikit daripada bangsa Cina. Secara sedarnya, mereka faham bahawa kedudukan bangsa Melayu ketika ini sangat lemah. Mereka mempunyai keyakinan bahawa bangsa Melayu telah berpecah kepada BEBERAPA FACTIONS terbesar iaitu UMNO,PAS,PKR,BEBAS(NGOs),KITA  dan saki baki bangsa Melayu yang berada didalam PPP,DAP mungkin GERAKAN,MCA dan MIC mempunyai keahlian bangsa Melayu jugak. Lain-lain bangsa tidak dihiraukan sangat kerana mereka akan mengikut dan menyokong siapa yang kuat.


Agaknya mereka telah berkeyakinan;mungkin hasil daripada kajian akhlak dan perangai, bahawa bangsa Melayu tidak akan bersatu walaupun disaat-saat kritikal. Buat kata perpatah,'Berpatah Arang Berkerat Rotan' untuk bersatu jauh sekali. Mungkin hasil penelitian kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin utama pembangkang dan jugak kegagalan pembicangan penyatuan UMNO-PAS sedikit masa dulu.


Petikan dari The Star,Sunday 19/2/2012


Dr.Chua Soi Lek berkata,"PAS will be the principal benefactor if Pakatan Rakyat comes to power" "If UMNO fell,the principal benefactor would be PAS and not DAP or PKR" " A vote for DAP is a vote for PAS and PKR" " to empower DAP is to strengthen PAS"


Penjelasan: Kita semua mengetahui bahawa PAS telah banyak menggadaikan prinsip perjuangannya untuk DAP dan bukan disebaliknya. Apa yang ditakuti oleh Dr.Chua adalah isyarat kepada Guan Eng bagaimana nak menyelesaikan masalah ini. Dr.Chua siap bagi contoh lagi.


Dr Chua membawa satu contoh peristiwa di negeri Perak bahawa walaupun DAP menang 18 kerusi negeri,PKR 7 dan PAS 6,"it was a PAS candidate who became the Mentri Besar"


Penjelasan: Kenapa Dr.Chua memberi contoh peristiwa di Perak bagi perkuatkan hujahnya yang mula-mula tadi? Jika diselidiki,makna 'Principal Benefactor' mempunyai pengertian Pemberi Manfaat bukannya Penerima Manfaat. Tetapi pada ayat Dr.Chua yang terawal mengatakan 'PAS will be the principal benefactor' secara umumnya pembaca akan memahami bahawa Penerima Manfaat Utama adalah PAS. Tetapi,makna yang sebenarnya seperti mana dihuraikan didalam Oxford Dictionary ialah Pemberi Manfaat Utama iaitu Yang DiPertuan Agong.


'Benefactor' itu noun dan masculine. Jika feminine 'Benefactress' - A person who gives support(esp. financial) to a person or cause.


Pembaca yang budiman,


Jawapan Guan Eng mengenai kebimbangan Dr. Chua, tersinarai didalam surat khabar the Star :-


"We do not agree the Prime Minister must always be a Malay because we want the people to decide"


Penjelasan: Apa maknanya, 'we want the people to decide' ? Apakah mereka akan melakukan referendum rakyat Malaysia yang berhak mengundi untuk menentukan perkara itu? Jika terjadilah perkara seperti itu,maka tidak hairanlah, cara yang sama jugak akan digunakan untuk membuang INSTITIUSI BERAJA.Jika tidak,masakan boleh seorang Cina menjadi Perdana Menteri kalau YDPA dan Majlis Raja-Raja tidak dibuang jugak. Bukankah puak-puak ini yang menginginkan negara REPUBLIK?


Baca lagi apa komen Lim Guan Eng seterusnya, yang mempunyai niat terselindung disebalik kenyataan yang dibuatnya:


"DAP wants a 2-party system where if BN is not performing,it should step down and let us become the government. And if Pakatan cannot deliver,we step down five years later."


Penjelasan: Wa...wa....wa...!!!.Inilah peluang untuk mengadakan REFERENDUM apabila mereka berjaya memerintah PUSAT SEKALI SAJA,SUDAH CUKUP. Dilihat segala syornya nampak baik tetapi kalau dah KETURUNAN KOMINIS TU,apa yang baik daripada mereka adalah bencana bagi RAKYAT YANG BERAGAMA ISLAM.


Suatu ketika dulu,usaha untuk menghapuskan institiusi BERAJA telah dijalankan dinegara ini. Rakyat Malaysia terutama sekali umat Islam dimomok-momokkan dengan keburukan institiusi BERAJA dengan memainkan sentimen,' Sultans are good for nothing '  'Hidup makan hasil rakyat' 'Kerajaan membelanjakan banyak wang untuk mereka' ' Terlampau banyak Sultans duit banyak habis'......dan banyak lagi sentimen yang dimainkan oleh puak-puak ini supaya rakyat membenci para Sultans.


Rakyat mana agaknya yang disuruh benci kepada Sultan? Dah tentu jawapannya rakyat berbangsa Melayu. Rakyat berbangsa Cina tak usah disebutlah,sendiri-sendiri fahamlah.Jadi,jika semua rancangan telah di SETkan,maka jarum-jarum kebencian akan mula ditusuk-tusuk ke tubuh bangsa Melayu agar BANGSA MELAYU SENDIRI YANG MENOLAK INSTITIUSI BERAJA.


Oleh yang demikian,bangsa Melayu beragama Islam MESTI SEDAR DAN PEKA akan rancangan licik ini. Itu sebabnya, Dr Hasan Ali beriya-iya menjayakan 3 perkara yang mesti dipertahankan oleh umat Islam berbangsa Melayu iaitu AGAMA,BANGSA MELAYU DAN INSTITIUSI BERAJA.


Bersatulah wahai BANGSA KU! Jangan sesekali memberi UNDI kepada PAS dan PKR kerana mereka sedang MABUK UNTUK MENJADI PEMIMPIN bagi berkuasa walaupun AGAMA BANGSA DAN RAJANYA TERGADAI.


Wassalam.

Sunday, February 12, 2012

Perbalahan Pembunuhan Perkosaan Yang Tiada Kesudahan Azab Perpecahan

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Perbalahan dikalangan umat Islam membawa kepada perpecahan. Itu secara umum tentang apa saja isu agama boleh membawa kepada perbalahan dan seterusnya perpecahan. Manusia yang berpegang teguh dengan agamanya tidak akan terpengaruh untuk berpecah walau apa situasi sekali pun. Dia akan tetap menyayangi saudara seagamanya seperti mana yang dianjurkan oleh Allah dan RasulNya.


Sejarah silam telah menyaksikan perbalahan kerana kuasa memerintah. Bermula dari pemerintahan khalifah Usman bin Affan,puak yang tidak menyenangi kepimpinan beliau senantiasa membuat onak dalam pemerintahannya.Apa sebabnya? Tentu sekali jawapannya ialah menginginkan tampoh pemerintahan.Keinginan kekuasaan inilah penyebab kepada kemunculan,penyebaran banyaknya fitnah,dakwa-dakwi,maki hamun membawa kepada ketidakstabilan keadaan didalam negara sahingga membawa kepada pembunuhan khalifah Usman r.a.


Dalam pemerintahan khalifah Ali bin Abi Thalib,keadaan telah begitu parah. Daripada 2 golongan kepada 3 golongan. Golongan yang menyokong khalifah Ali r.a. dipanggil Syiah,golongan yang tidak bersetuju dengan khalifah Ali mengenai perdamaian dengan golongan Muawiyah disebut Khawarij. Apakah golongan Syiah inikah yang sahingga sekarang masih lagi bermusuh-musuhan dan berbunuh-bunuhan sesama Islam kerana berlainan kefahaman? Jika jawabnya ya, bagaimana mereka boleh digelar sebagai golongan (asal) Syiah;sedangkan golongan inilah yang menyokong perdamaian antara khalifah Ali dan Muawiyah, pada realitinya mereka masih lagi bermusuhan,berdendam dan berbunuhan sesama Islam?


Kita semua dapat mengetahui pergaduhan yang melibatkan golongan yang mendakwa Syiah ini dengan golongan Sunnah berlaku hampir kesemua negara yang berjiran dengan Iran seperti di negara Iraq,Pakistan dan India. Di negara Islam lain kurang kedengaran walaupun golongan mereka ini ada disana. Apakah ini satu petanda bagi peluasan jajahan tahluk? Semasa Saddam Hussein memerintah,tidak timbul perbalahan antara golongan Syiah dan Sunnah walaupun golongan Sunnah adalah minoriti yang memerintah. Ketika beliau memerintah,golongan Kurdish adalah golongan yang menjadi onak dalam pemerintahan. Golongan Kurdish ini dicop sebagai golongan pemberontak sahinggakan ramai daripada mereka ini dibunuh oleh regim Saddam. Akhirnya, Saddam digantung atas alasan inijugak. Kematian Saddam membuka ruang kepada rakyat Iraq bergolongan Syiah ini mengambil kesempatan membunuh,memperkosa rakyatnya yang berfahaman Sunnah. Cuba lihat dan dengar pengakuan salah saorang daripada mereka didalam klip video ini.





Benarlah apa yang disebut oleh Allah SWT didalam Al Quran mengenai AZAB yang menimpa umat Islam dari atas dan dari bawah.Perbalahan,pergaduhan dan pembunuhan sesama umat Islam didalam negara jugak adalah azab yang menimpa mereka.


Masalah ini jugak yang merisaukan Baginda Rasulullah s.a.w. sahingga beliau menadah tangan MEMOHON DOA TETAPI DITOLAK OLEH ALLAH SWT.Hadis ini telah saya kemukakan dalam postings yang lepas.


Pembaca yang budiman,


Jika kita salah penghitungan dalam hidup ini,bencananya akan menimpa kita jugak. Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. mesti menjadi pegangan. Ketaatan kepada Allah SWT dan RasulNya adalah SYARAT KEPADA JALAN KEBENARAN. Kedua-duanya menjadi PEGANGAN BAGI ORANG YANG BERIMAN.PERKARA INI TIADA KERAGUAN KEPADA MEREKA. Al Baqarah ayat 1.


Manusia ini tidak takut kepada Allah SWT walaupun beberapa kali Allah SWT sebut tentang perpecahan ini. Disebabkan manusia itu telah diberi akal,diberi jugak panduan iaitu Al Quran dan Hadis,tetap jugak berdegil. Berkemungkinan,diatas sebab-sebab itu Allah SWT menolak pemohonan Nabi s.a.w.


Sebenarnya,didalam AlQuran ada menyebut bahawasanya orang-orang yang memecah-belahkan perpaduan umat Islam boleh tergolong kedalam golongan MUSYRIK dan SESAT. Tidak terlepas bagi orang-orang yang menjadi ahli kepada golongan pemecah-belah,menjadi penyokong dan jugak berpihak kepada mereka.Bacalah buktinya:




Didalam surah Ar-Rum ayat 31 dan 32,Allah berfirman:
Ayat 31,
"Hendaklah kamu kembali(taubat) kepadaNya dan takutlah kepadaNya dan dirikanlah sembahyang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang MUSYRIK.(mempersekutukan Allah)"




Ayat yang berikutnya,diterangkan siapakah orang-orang yang musyrik itu.




Ayat 32,
"Yaitu orang-orang yang berpecah-belah dalam agamanya serta bergolong-golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa-apa yang ada disisinya."




Didalam surah Al Mukminuun ayat 53 dan 54,Allah berfirman:
Ayat 53,
"Mereka berpecah-belah sesamanya tentang urusannya,menjadi beberapa golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa yang ada pada sisinya."




Ayat 54,
"Maka biarkanlah mereka dalam KESESATANNYA hingga seketika(matinya)."


Semoga kita senantiasa ingat akan nasib kita disana nanti.


Wassalam.

Sunday, February 5, 2012

Parti PAS Adalah Parti Asabiyah! Bacalah Buktinya.

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Semua sedia maklum bahawa kenyataan Anwar Ibrahim kepada The Wall Street Journal tentang sokongannya terhadap semua tindakan terhadap PENDUDUK PALESTINE bagi menjaga KESELAMATAN BANGSA YAHUDI ZIONIS itu untuk terus bertapak dan melakukan keganasan di BUMI PALESTINE.


Perbuatan si Anwar Ibrahim itu selari dengan tindakan PBB yang dikuasa oleh Amerika dan sekutu-sekutunya. Kemana nak diletakkan muka bagi orang-orang yang menjadi ahli dan penyokong PKR terhadap pemimpinnya yang berpendirian seperti itu?


Lebih buruk lagi bagi orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang Islam,diam menikus tidak membuat kenyataan sebagai tanda protes terhadap pemimpin sekutu mereka. Hal seperti ini;bagi orang-orang yang dapat melihat kepincangan golongan ini, tentu sekali dapat membuat kesimpulan bahawa BENARLAH GOLONGAN PAS ini berselindung disebalik KUPIAH,SERBAN DAN JUBAH bagi memperjuangkan PERIUK NASI,PANGKAT DAN KESENANGAN DUNIA SEMATA. 


Dahulu,umat Islam terkeliru dengan hal luaran dan penampilan mereka tetapi sekarang terbukti sebaliknya. Seperti firman Allah bahawa apabila datang yang HAK maka akan lenyaplah yang BATHIL! 


MENYOKONG ATAU BERDIAM DIRI TERHADAP KENYATAAN SI ANWAR INI MEMBERI IMPLIKASI HUKUM. INILAH YANG DIKATAKAN OLEH NABI PUAK YANG MENYOKONG ASABIYAH.


Jika dahulunya mereka ini MENUDUH UMNO sebagai ASABIYAH tetapi sekarang ini ASABIYAH TELAH BERBALIK KEPADA MEREKA. Bacalah hadis yang dibawah perihal kaum yang sebegini.


Hadis riwayat Abu Daud:


Sabda Rasulullah s.a.w.: "Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada 'ASABIYYAH, dan bukan dari golongan kami orang yang berperang(berjuang) di atas dasar 'ASABIYYAH;dan bukan dari golongan kami orang yang mati di atas 'ASABIYYAH."




Sunan Abi Daud Bayrut;Dar al-Kitab al-Ilmiyyah. Hlm 451 hadis No. 5119 Riwayat Ahmad dan Ibn Majah:




Sabda Rasulullah apabila ditanya oleh seorang lelaki: Wahai Rasulullah,adakah daripada 'ASABIYYAH jika seseorang itu KASIH akan KAUMNYA? Sabda Baginda:" TIDAK,tetapi 'ASABIYYAH itu adalah seseorang yang MENOLONG KAUMNYA di atas KEZALIMAN."


Wassalam.

Dulu Kata,"Pergi Jahanam Sama UMNO" Sekarang Sudah Terbalik!

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Mulut celupar si Nik Aziz ini ternyata makan diri sendiri dan partinya balik. Dulu, beliau pernah kata dalam satu temuramah,"Pergi Jahanam Sama UMNO" tapi sekarang JAHANAM itu telah berbalik kepada diri sendiri dan partinya. Lihatlah,apa yang dah jadi dengan parti PAS ketika ini sedang menuju kejurang JAHANAM.Setiap hari diasak oleh Dr. Hasan Ali dalam siri ceramahnya ke seluruh negara. 


Dulu,beliau (Nik Aziz) pernah kata UMNO itu SEKULAR tapi sekarang ini SEKULAR itu berbalik kepada beliau sendiri dan jugak partinya. Perkara ini bukan dicanang oleh orang-orang UMNO tetapi disebut-sebut oleh BEKAS PEMIMPIN MEREKA SENDIRI iaitu Dr. Hasan Ali, bahawa 75% pimpinan PAS adalah GOLONGAN SEKULAR.


Jadi,nampaknya, dulu kata UMNO SEKULAR tapi sekarang SEKULAR itu telah berbalik kepada diri sendiri dan jugak partinya yang kononnya memperjuangkan Islam.


Nampak-nampaknya ungkapan telah terbalik dan sekarang ini slogan itu telah bertukar kepada " Pergi Jahanam Sama PAS"


Wassalam.