Assalamu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Selama sebulan saya berhenti daripada membuat postings. Hal yang sedemikian bagi memuliakan bulan yang tak asing lagi bagi kita. Sungguh pun demikian, saya terus membaca postings para sahabat blogger sealiran untuk tidak ketinggalan. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah yang memperolehi ganjaran daripadaNya di atas niat yang suci lagi benar demi kelansungan perjuangan bangsa Melayu yang telah sekian lama memertabatkan agama Islam seperti mana Allah SWT memilih untuk memberi agama Islam itu kepada bangsa Arab Quraisy.
Pembaca yang budiman,
Permulaan hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah membawa agama Islam bersama-samanya adalah detik permulaan bersatunya kaum Muhajirin dan kaum Ansar setelah daripada itu semakin ramai kaum yang bersatu
didalamnya. Hijrah itu jugak adalah detik permulaan dikira Tahun Islam. Jika dikira dari detik itu sahinggalah kewafatan Nabi s.a.w. iaitu tanggal 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijrah, Nabi memerintah selama 11 tahun dan diikuti oleh Saidina Abu Bakar lebih kurang 3 tahun, wafat pada 13 Hijrah, diikuti pula Saidina Umar selama 10 tahun, wafat pada tahun 23 Hijrah seterusnya Saidina Usman 12 tahun wafat pada tahun 35 Hijrah kemudian tampok pemerintahan dipegang oleh Saidina Ali selama 5 tahu, wafat pada tahun 40 Hijrah,diakhiri oleh Saidina Hasan, wafat pada tahun 50 Hijrah maka setelah itu, pemerintahan terlepas ketangan golongan bukan daripada kalangan GOLONGAN ARUS PERDANA.
Dikira dari permulaan Hijrah sahinggalah ke tahun 50 Hijrah iaitu selama 50 tahun pemerintahan bertukar tangan. Nampaknya, sesuatu pemerintahan itu hanya bertahan setekad lingkungan 50 tahun lamanya. Di negara ini telah ada tanda-tanda iaitu pada pilihanraya 2008 negara menyambut kemerdekaan ke 51 dimana 5 negeri beralik pemerintahan ke tangan pembangkang. Timbul tanda tanya,apakah pada pilihanraya yang akan datang tampok pemerintahan negara akan jatuh ke tangan pembangkang? Perkara ini sama-samalah kita renungi. Bangsa Melayu bertunjangkan agama Islam bersatu ke dalam satu golongan;yang semua mereka menyetujui menamakan UMNO,menjadi TERAS GOLONGAN ARUS PERDANA di negara ini sejak dari kemerdekaan sahingga sekarang, apa bolehkah golongan ini bertahan memegang tampok pemerintahan? Sama-samalah kita renungkan. Apa akan jadi jika trend yang disebutkan menjadi kenyataan! Apakah boleh kita bertahan?
Dilihat daripada perspektif komposisi bangsa dalam pemerintahan terawal,bangsa Arab adalah bangsa dominan. Jesteru,jika tampok pemerintahan terlepas daripada GOLONGAN ARUS PERDANA semesti dapat kepada bangsa Arab juga. Tetapi,di negara ini yang mana bangsa Melayu hanya 60% dominan dan berpecah pulak tu kepada 3 golongan dan diberatkan lagi dengan berpaksikan sistem Demokrasi,tidak mustahil tampok pemerintahan boleh jatuh ke TANGAN BANGSA LAIN. Ini bukan sesuatu yang musytahil kerana perkataan musytahil hanya terdapat didalam KAMUS orang-orang BAGHAL.
Macamlah bermain catur jika salah percaturan boleh membawa impak yang besar terhadap bangsa Melayu. Lihatlah sekarang ini,perjuangan bangsa Melayu yang telah terpahat didalam sejarah sebagai bangsa yang memperjuangkan kemerdekaan iaitu bangsa yang menentang penjajah British,telah dinafikan oleh bangsa Melayu itu sendiri. Tanah Melayu yang semestinya diperintah oleh bangsa Melayu itu sendiri jika tersilap perkiraan akan dapat diperintah oleh bangsa bukan Melayu. Ini memberi pengertian bahawa bangsa Melayu itu dengan sendirinya akan dapat dijajah oleh bangsa Asing(pendatang).
Dalam keadaan bangsa Melayu berpecah sekarang ini,jika berlakulah suatu keadaan yang mendesak; pada pilihanraya yang akan datang, agar bangsa Melayu itu BERSATU baru bangsa Melayu itu mendapat MAJORITI UNTUK MEMERINTAH,bagaimanakah agaknya KEADAAN TARIK TALI yang akan berlaku antara UMNO dan PAS?
Bersatu itu ada takdirnya dan berpecah jugak ada takdirnya,TAKDIR yang mana satu yang dikehendaki oleh bangsa Melayu itu! Jika dulu Negara Islam tapi sekarang dah Negara Berkebajikan! Jika dulunya BARUA DAP tapi sekarang dah jadi BARUA KOMUNIS. Lim Guan Eng happy saje duduk semeja bersama PM di majlis sambutan Hari Raya memperlihatkan bahawa DAP seperti tidak ada kena mengena dengan mulut-mulut celupar pemimpin PAS yang membela perjuangan komunis.Apakah penafian Karpal Singh itu ikhlas terhadap perbuatan Mat Sabu itu? Akhlak pemimpin PAS ini benar-benar ingin dan bertujuan untuk menghancurkan bangsa melayu itu sendiri. Seolah-olah suatu perancangan puak pembangkang yang terselindung niat jahatnya. Jika bangsa Cina yang mengwar-warkannya sudah tentu menjadi kebencian kepada semua bangsa melayu terhadap mereka. Tetapi,ini tidak perlu berlaku lagi! Dulu pernah sekali kaum Cina DAP mempertahankan Chin Peng; dikatakan salah seorang perjuang menentang penjajah untuk dibenarkan pulang ke Malaysia, telah sebulat suara ditolak oleh bangsa Melayu.Lihatlah sekarang,apa dah jadi! Tak perlu lagi DAP untuk memainkan peranan itu,cukup saje dengan peranan Melayu PAS.
Bangsa Melayu semestinya sedar akan hal ini. Mereka semestinya menolak secara TOTAL PARTI BANGSA MELAYU SERPIHAN DI NEGARA INI,baik PAS mahu pun PKR dan SEMUA PEMIMPIN MELAYU yang akan bertanding di atas TIKET DAP. Ingat! Bangsa Melayu itu sendiri yang akan mencorakkan TAKDIR NASIB MEREKA,NASIB BANGSA MEREKA,NASIB ANAK CUCU CICIT MEREKA. Jangan cuba bermain dengan SALAH SATU DARIPADA AMALAN DEMOKRASI PILIHANRAYA YANG SESAT INI!
Pembaca yang budiman,
Di zaman sahabat amalan pilihanraya pemimpin ini dilihat berlaku semasa memilih pemimpin UMAT ISLAM setelah Saidina Umar wafat. Disaat-saat akhir hayatnya Saidina Umar tidak dapat memutuskan siapakah antara 6 sahabat (Ali,Usman,Zubair,Thalha,Saad dan Abdul Rahman bin Auf) yang berhak memimpin umat Islam ketika itu kerana masing-masing mempunyai kelebihannya sendiri. Maka Saidina Umar berkata:"Dari keenam orang ini,siapa yang mendapat jumlah terbanyak pada pihaknya supaya dipilih sebagai khalifah." Pemilihan itu berlaku dikalangan 6 sahabat ini SAJA dan ternyata Saidina Usman telah TERPILIH DENGAN MAJORITI. Apa yang perlu bagi rakyat pada ketika itu ialah membai'ah pemimpin yang terpilih.
Ini jelas berbeza dengan apa yang berlaku di negara Malaysia yang mana amalan Demokrasi pilihanraya melibatkan sebilangan besar rakyat jelata yang berumur 21 tahun keatas merentasi bangsa apa saje asalkan menjadi warga negara. Amalan sebegini bukan bersumber daripada amalan Islam. Jika ianya dikira darurat kerana maslahah bagi mencapai kemerdekaan (rakyat yang berbilang bangsa) sahingga tidak dapat ditolak untuk tidak mengamalkannya,PENGHARAMAN SEPATUTNYA DIKUATKUASAKAN AGAR BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM TIDAK BOLEH BERADA DILUAR DARIPADA SATU KESATUAN BANGSA MELAYU. Ertinya, mengharamkan kewujudan lebih daripada satu kesatuan bangsa Melayu. PENGUATKUASAAN INI DILIHAT SELARI DENGAN AL QUR'AN DAN SUNNAH NABI S.A.W. yang memerintahkan supaya umat Islam bersatu-padu dan tidak berpecah-belah. Inilah yang disebut oleh saya berulang-kali pada postings yang lepas-lepas BAHAWA amalan Demokrasi inilah; yang membenarkan kewujudan parti bangsa melayu lain terpisah daripada kesatuan ARUS PERDANA, sebagai amalan DEMOKRASI YANG KUFUR.
Kita semua mengetahui bahawa tunggak pemerintahan bangsa melayu yang beragama Islam di negara ini berpaksi kepada kesatuan bangsa Melayu ARUS PERDANA iaitu UMNO. Daripadanya dilahirkan pemimpin-pemimpin diperingkat negeri dan parlimen bagi mewakili rakyat jelata khususnya bagi bangsa Melayu yang beragama Islam dan umumnya bagi rakyat berbilang bangsa. Pemimpin Utama UMNO akan memilih dan meletakkan 2 atau 3 calun dikalangan pemimpin tempatan sesuatu daerah yang mempunyai track rekod lagi disayangi oleh rakyat disitu untuk mewakili mereka kerana ini bertepatan dengan tujuan sebenar pemimpin itu diadakan iaitu bagi menyuarakan kehendak rakyat untuk pembangunan dan kemudahan. Jika cara sebegini yang diamalkan maka umat Islam tidak akan berpecah.Oleh yang demikian,politik yang dilihat sekarang ini menjadi pemecah-belah bangsa Melayu beragama Islam tidak akan berlaku. POLITIK DIKUASAI OLEH SYARIAT ISLAM DAN KUASA PEMERINTAHAN TERJAMIN DITANGAN PEMIMPIN ISLAM. Jesturu itu,UNDI yang diberikan oleh rakyat berbangsa Melayu beragama Islam HANYALAH BERFUNGSI BAGI MEMILIH PEMIMPIN TEMPATAN UNTUK MEWAKILI MEREKA DAN JUGAK SATU UNDI BAI'AH KEPADA PEMIMPIN UTAMA UMNO bagi kesinambungan kekuasaan pemerintahan ditangan pemimpin Islam.
Pembaca yang budiman,
Jika berlaku disebaliknya seperti yang diamalkan sekarang ini,UNDI yang diberikan kepada selain KESATUAN ARUS PERDANA iaitu UMNO, boleh bersabit dengan UNDI PENENTANGAN,PEMBERONTAKAN,PENGKIANATAN BAGI MENJATUHKAN PEMIMPIN ISLAM seperti mana yang saya sebut sebagai mengamalkan salah satu daripada AMALAN KUFUR DEMOKRASI.
Marilah kita sama-sama lari daripada SATU TAKDIR; YANG BOLEH MEMBINASAKAN kepada SATU TAKDIR; YANG MENGEKALKAN KESATUAN UMAT ISLAM DAN JUGAK KUASA MEMERINTAH DITANGAN BANGSA MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM.
Tolak secara TOTAL PARTI SERPIHAN BANGSA MELAYU( PAS, PKR DAN JUGAK PEMIMPIN BANGSA MELAYU YANG MEWAKILI PARTI LAIN) pada PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG, dengan NIAT YANG MURNI iaitu "MENGEKALKAN KESATUAN UMAT ISLAM DAN KUASA DITANGAN PEMIMPIN ISLAM", untuk dipertanggongjawabkan dihadapan Allah SWT.
Wassalam.
tipu, sesat, tak boleh pakai....
ReplyDelete