Wednesday, September 14, 2011

Generasi Bangsa Melayu Berpotensi Menjadi Barua Sebenar - Lihat Buktinya

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Nampak-nampaknya bangsa Melayu benar-benar nak jadi BARUA. Apa tidaknya! Dah diberi peluang belajar di IPT,belajarlah bersunguh-sungguh agar boleh merubah masa depan sendiri dan juga memertabatkan MARUAH bangsa Melayu itu sendiri. Apa lagi yang mereka nak! Pembiayaan disediakan,peluang terbuka tetapi mengapa tidak cemerlang. Apakah kebanyakan daripada para pelajar berbangsa Melayu ini terlalu banyak sangat dan asyik berpolitik sahingga kurang menumpukan perhatian terhadap pelajaran di IPT?

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said bahawa sejumlah RM312.24 juta pembiayaan telah dilupuskan oleh pihaknya kepada 10,849 peminjam. Kesemua mereka adalah graduan yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

Daripada bilangan 10,849 peminjam yang dilupuskan hanya 2,103 peminjam dikalangan Pelajar Bumiputera melibatkan sejumlah wang RM42.84 juta. Selebihnya,seramai 8,746 penerima pembiayaan pinjaman yang dilupuskan berjumlah RM269.39 juta dinikmati oleh sebilangan besar Pelajar Bukan Bumiputera.

Insaflah wahai bangsa Melayu,apa dah jadi dengan bangsa kamu tu! Berita itu tidak dijelaskan dengan terperinci jumlah bangsa Melayu yang sebenar. Mengikut tafsiran Perlembangaan Negara, Bumiputera terdiri daripada bangsa Melayu dan jugak Bumiputera Sabah dan Sarawak. Jika benar tafsiran itu diguna-pakai oleh pihak PTPTN maka bilangan pelajar bangsa Melayu nampaknya benar-benar nak jadi BARUA. Pertandanya telah nyata, cuma jika bangsa Melayu itu hendak menjadi BARUA YANG SEBENARNYA maka PILIHLAH PEMBANGKANG PADA PILIHANRAYA KE 13 NANTI. Benar-benar BANGSA MELAYU ITU MENJADI BARUA YANG SEBENAR.

Pembaca yang budiman,

Lilhatlah, bertapa banyaknya BANGSA BUKAN BUMIPUTERA YANG BERPONTENSI MENJADI BOSS/TUAN di satu masa nanti. Jika dilaksanakan oleh Pemerintah Pembangkang (ditakdirkan mereka memerintah) hanya yang layak saja diambil bekerja dengan pemerintah menggunakan MERITOKRASI maka apa akan jadi kepada BANGSA MELAYU.

Mengikut statistik itu lagi,setakad bulan Julai 2011,sebanyak RM39.87 bilion telah diberikan kepada 1.8 juta peminjam pelbagai bangsa dikalangan rakyat warga negara. Bagaimanapun,bayaran balik yang diterima setakat ini ialah sebanyak RM2.6 bilion membabitkan 715,000 orang peminjam  WALHAL jumlah yang sepatutnya diterima ialah RM5.9 bilion melibatkan 998,000 orang peminjam tetapi majoriti mereka GAGAL menjelaskan mengikut perjanjian. Selain daripada yang telah mendapat kelulusan seramai 31,000 orang peminjam daripada pihak PTPTN bagi menangguhkan pembayaran balik,mana perginya baki 252,000 orang peminjam?

Pembaca yang budiman,

Siapakah mereka 252,000 orang peminjam ini? Adakah mereka ini BERBANGSA MELAYU? Sebenarnya,tidak diketahui RUPA BANGSA dikalangan 252,000 ini. Tetapi, kita semua boleh membuat tafsiran sendiri, RUPA BANGSA APAKAH YANG MENDOMINASI RAKYAT MISKIN DAN SEDERHANA DI NEGARA INI?

Oleh itu,JANGAN MENYESAL DIKEMUDIAN HARI kerana KUASA POLITIK ITULAH SAJA YANG TINGGAL BUAT BANGSA MELAYU ITU.

JANGAN ASYIK JADI BARUA POLITIK NESCAYA BANGSA MELAYU ITU AKAN MENJADI BARUA SEBENAR DI NEGARA SENDIRI.

PERKUATKAN KESATUAN UMAT ISLAM,BERSATULAH DIBAWAH SATU NAUNGAN KESATUAN BANGSA MELAYU ARUS PERDANA IAITU DENGANNYA UMAT ISLAM BERBANGSA MELAYU TELAH BERSATU DIDALAMNYA SERTA TELAH BERJAYA MENUNTUT KEMERDEKAAN. KAMU TIDAK AKAN MENJADI KAFIR KERANANYA DAN TIDAK JUGAK KAMU AKAN MENJADI LEBIH ISLAM JIKA MEMILIH PEMBANGKANG BERBANGSA MELAYU, MALAHAN KAMU BOLEH DICOP SEBAGAI SEORANG YANG MEMILIH UNTUK MENDERHAKA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA KERANA SENANTIASA BERADA DIDALAM KEMUNGKARAN, MENJADI PEMECAH-BELAH UMAT ISLAM.

SESAT DIHUJUNG JALAN,BERBALIKLAH KEPANGKAL JALAN. SEJARAH SILAM TIDAK DAPAT DITIPU IANYA TELAH TERPAHAT. LIHATLAH KE SELURUH PELUSUK DUNIA,APA YANG TELAH DIALAMI OLEH NEGARA-NEGARA UMAT ISLAM SEKARANG INI.PEREBUTAN KUASA POLITIK MENJADIKAN UMAT ISLAM ITU HINA DISISI BANGSA-BANGSA DUNIA.

JIKA HARI INI MEREKA BERJAYA MENJATUHKAN PEMERINTAH YANG ADA,HARI ESOK PULAK, AKAN ADA MEREKA YANG AKAN MENJATUHKAN MEREKA PULAK. APAKAH KESUDAHANNYA?

Wassalam.





No comments:

Post a Comment