Sunday, September 18, 2011

Nik Aziz Ni jangankan Tun Mahathir Karpal Singh Pun Dia Takut Tapi Allah Dia Tak Takut

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Artkal yang saya petik ini adalah daripada Mingguan Malaysia oleh Mohd Zuharman Mohammad Nor,wartawan Utusan yang membuat liputan semasa menghadiri Seminar Pelaksanaan Siasah Syar'iyyah Dalam Konteks Semasa Peringkat Kebangsaan 2011 di Dewan Besar Kompleks Balai Islam,Lundang pada 17 Sept 2011. Turut hadir bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri.


Kenyataan Bebal Pertama.


Nik Aziz berkata yang dia yakin masalah sosial seperti peningkatan pesakit HIV dan Aids di negeri ini tidak akan berlaku sekiranya hukum hudud dilaksanakan.


Penjelasan: Si tua ini sebenarnya, tidak hendak mahu mengaku kelemahan pentakbirannya. Begitu ramai apa yang mereka dakwakan sebagai pejuang-pejuang Islam yang berupaya mentarbiahkan rakyat Kelantan tetapi tetap jugak kesalahan itu diletakkan kepada kegagalan melaksanakan hukum hudud.Inilah salah satu daripada sifat manusia yang tidak mahu mengaku kelemahan diri sendiri.


Katanya lagi,Dewan Undangan Negeri(DUN) kelantan telah meluluskan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah(HukumHudud) pada 1993,namun ia gagal dilaksanakan pada era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri.


Penjelasan: Apa ada kena mengena dengan era pentadbiran Tun Dr. Mahathir! Seterusnya dia berkata:


"Hukum Hudud ini kami sudah lulus,segala-gala sudah lulus,tetapi bekas Perdana Menteri datang ke Kelantan pada Ramadan,bercakap di Nilam Puri,kalau Kelantan nak laksana hudud,kami(kerajaan Pusat) akan bertindak."


Penjelasan: Sekiranya Kerajaan Negeri melaksanakan hukum Syariah itu,apa Tun Dr. Mahathir boleh buat! Sebenarnya,Nik Aziz ini lebih takut kepada Tun Dr. Mahathir daripada Allah SWT. Dia lebih bersedia untuk mendurhakai Allah SWT daripada hilang kekuasaan memerintah negeri Kelantan.


Kenyataan Bebal Kedua.


"Barang(hukum) sudah ada,di akhirat nanti kalau Allah tanya kenapa tak laksanakan hudud,saya jawab Mahathir."


Penjelasan: Kesalahan dan kegagalan kamu tu,wahai Nik aziz,tidak boleh digantikan atau digalaskan oleh Tun Dr. Mahathir. Baca buktinya:


Surah Luqman,ayat 33:


" Hai sekalian manusia,takutlah kepada Tuhanmu,dan takutlah akan hari Kiamat(diwaktu itu) bapa tidak dapat menggantikan anaknya dan anak tidak pulak dapat menggantikan bapanya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah sebenarnya,sebab itu janganlah kamu terpedaya oleh hidup di dunia dan jangan pula terpedaya terhadap Allah oleh pendaya(syetan).


Pembaca yang budiman,


Hukum Syariah yang telah dilulus oleh Dewan Undangan Negeri dan telah ditandatangai oleh Sultan Kelantan sebenarnya boleh dilaksanakan oleh negeri itu kerana dalam hal ehwal hukum syariah Sultan adalah KETUA AGAMA bagi negeri itu.Sila rujuk Perlembagaan Negara Perkara 71(1) (Jaminan Persekutuan Terhadap Perlembagaan Negeri). Sila rujuk jugak Perlembagaan Negara Perkara 72(1) (Keistimewaan Dewan Negeri). Sejak 1993 hingga sekarang hampir 20 tahun mereka gagal melaksanakan hukum yang telah dilulus disebaliknya mereka asyik menyalahkan orang lain.Sebenarnya,jika mereka laksanakan(sudah tentu bersabit dengan Makamah Syariah) Makamah Sivil tiada kuasa tentang apa yang diputus oleh Makamah Syariah. Sila rujuk Perlembagaan Negara Perkara 121(1A).


Untuk tatapan para pembaca budiman sekelian Perlembagaan Negara tersebut iaitu Bahagian 9,Perkara 121(1A):-


Bahagian 9(Perhakiman) Perkara 121(1A) (Kuasa kehakiman bagi Persekutuan) : Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.


Untuk lebih penjelasannya saya quote tulisan Allahyarham Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim:


"Perlembagaan itu juga telah dipinda supaya membebaskan Mahkamah Syariah daripada pengaruh Mahkamah Sivil  dan Perkara 121(1A) memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil dan mahkamah-mahkamah di bawahnya tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa Mahkamah Syariah."


Jika mereka berhujah menggunakan Perlembagaan Negara Perkara 4(1) yang menyebut:


" Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu."


Untuk ini,Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim ada menyebut:


"Boleh juga dihujahkan bahawa Perkara 4(1) itu menyentuh tentang undang-undang bertulis sahaja,iaitu undang-undang yang diluluskan oleh Badan Perundangan. Perlembagaan adalah undang-undang bertulis yang utama. Namun demikian ia hanya menyentuh undang-undang yang diluluskan selepas hari kemerdekaan. Undang-undang yang diluluskan sebelum Hari Merdeka tidak terbatal jika ia berlawanan dengan Perlembagaan akan tetapi undang-undang itu hendaklah diubahsuaikan.Dalam konteks Malaysia,boleh dihujahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak boleh menyentuh kesahihan Hukum Syarak,yang bukan undang-undang bertulis dan bukan diluluskan selepas Hari Merdeka,sungguhpun Perlembagaan itu boleh menjejaskan perundangan mengenai pentadbiran undang-undang Islam."


Beliau menyebut lagi: " 'Undang-undang Islam' tetap diiktiraf kerana disebut dalam Senarai II Jadual Ke-9 Perlembagaan Persekutuan."


Pembaca yang budiman,


Nik Aziz berkata lagi," Boleh jadi dia (Tun Dr Mahathir) bertindak seperti Majlis Gerakan Negara(Mageran) dahulu. Dalam kaedah Islam,jangan tinggal semua,jadi kami hentikan dahulu hudud."


Penjelasan: Nampak sangat dia ini buta sejarah;tidak faham keadaan yang macam mana Mageran itu boleh dilaksanakan. Apa,dia ingat boleh sesuka hati ke! Sepatutnya dia membariskan para peguam yang pakar-pakar sebagai standby jika masalah muncul maka para peguam inilah yang akan membela kerajaan negeri kelantan. Sepertimana yang dia lakukan terhadap masalah royalti minyak,bukankah perkara itu dibawa kemuka pengadilan? Sebenarnya,usaha ke arah itu tiada, cuma mereka berkokok aje.Usaha yang macam mana? Begini,sebelum hukum hudud itu boleh dilaksanakan,faktor-faktor ke arah pelaksanaan hukum hudud itu mestlah diminimumkan. Contohnya,faktor kemiskinan mestilah diminimumkan jadi orang tidak mencuri kerana lapar dan sebagainya. Jika majoriti rakyat Kelantan berada pada tahaf miskin dan miskin tegar maka hukum hudud itu tidak dapat dilaksanakan.


Satu masa dulu, Tun Dr. Mahathir pernah memberi comment yang sinis, jika PAS melaksanakan hukum hudud maka banyaklah rakyat Kelantan yang kudung tangan. Sebenarnya,Tun bukan menghina hukum Islam itu tetapi nak bagitahu dengan pemimpin PAS yang bebal itu secara sinis, apa yang sepatutnya mereka mesti lakukan sebelum pelaksanaannya.


Komen Dr Asri bahawa kerajaan PAS Kelantan perlu menyediakan persekitaran yang kondusif terlebih dahulu sebelum mahu melaksanakan hukum hudud agar ia tidak menimbulkan kesan negatif kelak. Umpamanya kata beliau,dalam pelaksanaan hukuman sebat untuk penzina,urusan perkahwinan perlu dipermudahkan agar umat Islam tidak mempunyai alasan lagi untuk melakukan dosa berkenaan. Beliau berkata," Pada masa itu,dengan suasana yang tak menggalakkan zina,maka cantiklah hudud itu(jika dilaksanakan). Saya rasa itu tanggungjawab yang paling besar perlu dibuat Kelantan terlebih dulu sebelum melaksanakan hukum hudud."


Wassalam.

3 comments:

  1. kjaan pskutuan bukannya tolak hudud tp tidak melaksanaknnya. salah satu sebabnya mgkin spt yg dr asri kata kjaan perlu telebih dahulu meyediakn persekitaran yg kondusif sblm mlaksanakan hudud. tentula bukan shj dari segi material tp juga dari segi rohani dan iman. sbb aku khuatir jk rohani dan iman rakyat blm cukup dan bersedia, mrk akan tolak hudud itu bila dilaksanakan. Dan ini tentula lebih bahaya daripada tidak melaksanakn hudud itu sendiri kerana menolaknya boleh merosakkan iman dan jadi kafir.

    ReplyDelete
  2. Artikel yang sangat mantap Tuan.. Nanti malam gua nak copy&paste masuk kat blog gua.. Mohon keizinan yee..

    ReplyDelete
  3. Setuju dgn anon 11:59, menjalankan hukum hudud bukan mudah seperti buat karipap. Semua segi patut diambil kira, persiapan syariat seperti kata Dr Asri perlu mantap. Lebih2 lagi persiapan terhadap umat (rakyat) yang perlu mempunyai tahap keimanan yang tinggi. Sekarang, penyokong PAS banyak yang bangkrap tatasusila serta akhlak, banyak yang masih beli 4 no. ekor, kaki pub/karaoke, x sembahyang, kejar dunia macam nak mampus, kaki betina dll tapi sokong dan dokong PAS. Kalau hudud dilaksanakan, mereka inilah yang dulu akan tentang dan cemuh hudud, maka waktu itu apa hukum memperlekeh hudud?. Tak laksana lagi bolehlah cakap itu ini.
    Perlaksanaan hudud sebenarnya hanya ada dibibir Nik Aziz dan pemimpin pas lain sahaja, tiada di dalam hati mereka sebenarnya. Tambah2 pula dekat nak p/raya, lagi galak dan ligatlah bibir (penipu?) mereka itu akan berkata dusta. Kalau hendak seribu daya, x hendak seribu dalih.
    Ancaman untuk melaksanakan hukum hudud kembali kedengaran bilamana p/raya hampir tiba. Bila sesiapa komen atau cakap sikit, maka mereka akan mula menyalahkan orang itu sebagai penyebab yang menyebabkan hudud x boleh dibuat, atau terus mengkafirkan seseorang sebagai menunjukan keiklasan kpd rakyat bahawa mereka sangat-sangat teruja untuk laksana hudud, ingatlah, Allah tahu apa sebenarnya maksud Nik Aziz dan pemimpin-2 PAS yang terbabit.

    ReplyDelete